Ctu211 Report

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

CTU 211

(SCIENCE AND TECHNOLOGY IN ISLAM)

GENETICALLY MODIFIED FOOD (GMF)

KUMPULAN :
J4EH1104A

DISEDIAKAN OLEH:
AINA AFIQAH BINTI ROSLAN (2015846334)
DHIYA HANIS BINTI ISMAIL (2015893456)
NAZIRAH NATASHA BINTI MOHD REDZUAN
(2015468158)
NOR AIFA NABILAH BINTI ZAMRAN (2015416558)
SURAYA BINTI MOHAMAD TAIB (2015889734)

DISEDIAKAN UNTUK:
MOHD FARHAN BIN AHMAD

SEMESTER DIS-MAC 2016/2017

Pendahulu Isi 4 x 4 Penutup Rujuka Etika Markah


an n

1
ISI KANDUNGAN
NO. TAJUK MUKASURAT

1.0 PENGHARGAAN 3

2.0 PENGENALAN 4

3.0 DEFINISI MAKANAN UBAHSUAI GENETIK 5

4.0 CONTOH-CONTOH MAKANAN UBAHSUAI 6-8


GENETIK
5.0 HUKUM MAKANAN UBAHSUAI GENETIK 9-10

6.0 KEBAIKAN MAKANAN UBAHSUAI 11


GENETIK
7.0 KEBURUKAN MAKANAN UBAHSUAI 12
GENETIK
8.0 PERSOALAN-PERSOALAN ISU GMF 13-14

9.0 KESIMPULAN 15

10.0 RUJUKAN 16

1.0 PENGHARGAAN
2
Assalamualaikum,

Alhamdulillah dengan limpah dan kurnia-Nya kami dapat menyiapkan tugasan ini

dengan jayanya dan menghantar tepat pada masanya. Setelah bertungkus

lumus mencari maklumat, akhirnya kami berjaya menghasilkan satu folio yang

bertajuk MAKANAN UBAHSUAI GENETIK (GMF) DALAM PANDANGAN ISLAM

atas kerjasama satu kumpulan dan nasihat ustaz Mohd.Farhan bin Ahmad serta

berpandukan rujukan beberapa buah buku dan melalui internet.

Terlebih dahulu, ribuan terima kasih yang tidak terhingga kami ucapkan kepada

ustaz Mohd. Farhan bin Ahmad kerana telah banyak memberi tunjuk ajar dan

nasihat kepada kami dalam usaha menyiapkan tugasan ini.

Terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli kumpulan kami kerana dapat

bekerjasama dalam satu kumpulan untuk menyiapkan tugasan yang diberikan.

Selain itu, jutaan terima kasih diucapkan kepada perpustakaan UiTM kerana

telah memberi peluang kepada kami untuk meminjamkan buku-buku yang

berkaitan dengan tugasan ini.

Akhir sekali, tidak dilupakan juga kepada rakan-rakan kami yang serba sedikit

telah membantu kami dalam memberi idea-idea yang dapat dimuatkan dalam

tajuk ini.

Sekian, terima kasih.

2.0 PENGENALAN

3
Kemajuan sains dan teknologi merupakan satu anjakan dalam kemodenan
dunia hari ini. Penggunaan bioteknologi sebagai alat pemacu kemajuan dapat
membangunkan negara. Dengan adanya kemajuan dalam bidang bioteknologi,
sektor pertanian negara mampu memberikan natijah yang baik dengan
meningkatkan pengeluaran hasil dan mutu makanan.

Menerusi teknologi seperti kejuruteraan genetik, negara akan memperolehi


hasil tanaman yang tinggi dan nilai pemakanan yang baik. Ruang bioteknologi
yang luas ini menyaksikan wujudnya perkembangan terkini termasuklah
Genetically Modification Food (GMF) atau erti kata lain makanan ubahsuai
genetik. Pengasingan gen daripada satu organisma dan memindahkannya
kepada organisma lain akan menghasilkan makanan ubahsuai genetik (GMF)
yang menyebabkan kualiti dan kuantiti hasil pertanian atau makanan dapat
ditingkatkan.

Namun yang menjadi kebimbangan ramai pihak sekarang adalah


berkenaan isu halal dan keselamatan GMF tersebut sama ada ianya halal
mahupun haram. Kita harus berfikir sejenak akan pandangan syariat tentang isu
makanan ubahsuaian genetik (GMF) ini. Sebagai umat Islam, adalah sangat
penting untuk kita mengetahui sesuatu makanan itu halal atau haram kerana
sesungguhnya Allah SWT melarang umatnya dari makan makanan yang haram.
Dengan itu, sebagai umat Islam yang suci dan bersih, kita perlu menimbal balik
hal ini dari pandangan Islam yang menjadi pegangan kita dalam kehidupan
seharian demi ketakwaan kita kepada Allah SWT.

4
3.0 DEFINISI MAKANAN UBAHSUAI GENETIK (GMF)

Makanan ubahsuai genetik ialah makanan yang telah melalui proses


kejuruteraan genetik dengan mengubah struktur dan ciri-ciri gen secara
langsung. Asid Deoksiribonukleik (DNA) dimanipulasi melalui proses
penggabungan dan pengasingan antara DNA satu organisma dengan DNA satu
organisma yang lain. Proses ini menghasilkan satu organisma yang baru yang
tidak akan wujud secara semula jadi. Makanan ubah suai genetik (GMF)
merupakan makanan yang dihasilkan daripada organisma ubah suai genetik
dengan mengubah gen tumbuhan atau haiwan untuk tujuan tertentu. Teknik ubah
suai genetik ini telah ada sejak zaman dahulu, namun menggunakan teknik yang
berbeza. Antara contoh teknik bioteknologi konvensional yang telah ada sekian
lamanya ialah penggunaan mikroorganisma dalam proses pembuatan roti, wain
atau rennin untuk membuat keju.

Manakala bioteknologi moden atau dikenali sebagai biologi molekul


melibatkan teknik terkini yang canggih yang membolehkan saintis untuk
mencapai sasaran yang sama dengan lebih cepat dan tepat. Kebanyakan
negara maju bersetuju bahawa bioteknologi moden berbeza daripada teknk
klasik seperti teknik pembiak baka dan mutagenesis. Bioteknologi moden
melibatkan pengubahsuaian secara selektif dan sengaja DNA sesuatu organisma
dengan campur tangan manusia, sama ada melibatkan penyelitan,
pengubahsuaian atau pengeluaran gen-gen tertentu menggunakan teknik biologi
molekul atau penggabungan DNA. Dalam kes percampuran protoplasma atau
sel, hanya teknik yang dapat mengatasi halangan pembiakan fisionlogi semula
jadi diambil kira.

4.0 CONTOH-CONTOH MAKANAN UBAHSUAI GENETIK


5
Antara contoh-contoh produk makanan yang popular yang telah dikenalpasti
termasuk dalam kategori makanan ubahsuai genetic (GMF) adalah seperti
berikut:

1. Jagung

Jagung telah diubahsuai untuk membuat racun serangga sendiri.US Food and
Drug Administration telah mendedahkan bahawa setengah dari ladang jagung
manis di Amerika Syarikat mempunyai benih yang diubahsuai secara genetik.
Jagung telah disuntik dengan gen tikus yang telah diubahsuai untuk
mendapatkan tanaman yang lebih subur dan tahan racun serangga.

2. Golden Rice

Golden Rice atau pun beras perang, sebenarnya merupakan sebahagian


daripada produk ubahsuai genetik yang telah dicampurkan dengan genetik lobak
merah. Ini bermakna, Golden Rice bukan sahaja mengandungi kandungan
karbohidrat seperti beras biasa, tetapi juga kandungan vitamin A yang tinggi. Dari
segi luaran, beras GMF ini berwarna keperang-perangan kerana terdapatnya
beta kerotina iaitu sejenis pigmen merah yang diekstrak daripada lobak merah.

3. Tomato flavr savr

Tomato biasa agak sensitive kepada fros atau cuaca sejuk. Jurutera genetik
telah mengenalpasti satu gen dalam ikan flounder yang mampu hidup dalam
perairan Artik yang sejuk, lalu mereka membelah dan mengeluarkan gen ikan itu
dan menyuntiknya ke dalam DNA tomato. Hasilnya, baka dan buah baru itu
dapat menahan cuaca sejuk, dengan itu mempunyai musim membesar yang
lebih panjang.

4. Serbuk santan
6
Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk
menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit
yang diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat
menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan
berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna,
bau, rupa dan rasanya.

Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana
ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak
tengik) kerana mempunyai anti oksida semulajadi seperti tokopherol dan
tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik.

5. Makanan proses

Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lemak istimewa bagi menggantikan
lemak haiwan dalam pembuatan makanan proses yang berasaskan daging
seperti sosej, burger bebola daging dan ayam, serta nugget. Makanan proses
diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia dirumus khusus sebagai pengganti
lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam. Makanan keluaran berasaskan sawit
ini tidak menimbulkan rasa kurang enak apabila dimakan, malah menambah lagi
keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa kolesterol dan mikrob makanan
perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati.

6. Kelapa sawit

7
Kelapa sawit adalah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang
berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil
sampingan juga mempunyai kadar pengeluaran yang tinggi. Kelapa sawit juga
termasuk dalam tumbuhan pohon. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta
bercabang banyak. Hasil minyak daripada kelapa sawit digunakan sebagai
bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampas kelapa sawit digunakan untuk
makanan haiwan ternakan, antaranya adalah ia menjadi salah satu bahan
pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan
arang.

Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan


ketebalan tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan
pisifera (tiada tempurung). Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak
berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah
buah betina mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk
menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini
menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak
mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur.

5.0 HUKUM MAKANAN UBAHSUAI GENETIK

8
Hukum asal bagi setiap bahan yang bermanfaat contohnya dalam makanan,
minuman, pakaian, ubat-ubatan dan lain-lain kecuali dalam hal yang berkaitan
dengan ibadat adalah harus (halal) selagi mana tiada dalil Syarak atau petunjuk
yang menyatakan sebaliknya dan hukum asal bagi setiap bahan (jirim seperti
haiwan, tumbuhan, mikroorganisma) adalah suci selagi mana tiada dalil Syarak
yang memutuskan sebagai najis.

Najis mengikut undang-undang syariah adalah seperti berikut:

1. Anjing dan babi beserta keturunan mereka .


2. Makanan halal yang tercemar dengan hal-hal yang bukan halal.
3. Makanan halal yang masuk ke dalam kenalan langsung dengan hal-hal
yang bukan halal.
4. Cecair dan benda yang dikeluarkan dari lubang manusia atau binatang
seperti urin, darah, muntahan, nanah, plasenta, dan kotoran, sperma dan
ovum dari babi.

Kedua-dua prinsip ini digunakan bagi menentukan sama ada makanan ubahsuai
genetik itu halal atau haram untuk dimakan.

Makanan ubahsuai genetik mestilah berasaskan konsep halalan tayyiban yang


hanya membernarkan umatnya memakan makanan yang baik, bersih, berkualiti,
menyihatkan, tidak memudaratkan dan yang paling penting sekali halal dan
dibenarkan oleh syarak. Perdebatan manfaat dan risiko teknologi ini ditangani
menerusi kaedah pentarjihan dimana penggunaan produk makanan ubahsuai
genetik adalah dibenarkan sekiranya ianya memberi manfaat yang besar kepada
manusia. Penggunaannya pula dilarang sama sekali sekiranya mendatangkan
kesan mudarat kepada manusia sejagat. Pada tahun 2011, fatwa yang
mengharamkan penggunaan bahan bagi menghasilkan makanan ubahsuai
genetik yang berbahaya kepada manusia dan alam sekitar telah dikeluarkan oleh
Majlis Fatwa Kebangsaan.

Isu berkaitan penggunaan DNA babi juga kerap kali dicetuskan oleh pengguna
beragama islam. Sebarang penggunaan DNA babi adalah haram dan tidak
dibenarkan sama sekali di dalam penghasilan produk makanan ubahsuai genetik

9
sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun
1999 (JAKIM,1999). Ini adalah kerana penggunaan DNA babi masih belum
sampai ke tahap darurat lagi dan masih terdapat banyak sumber halal yang lain.

Kaedah asas syarak dalam penentuaan hukum produk makanan ubahsuai


genetik adalah diasaskan berdasarkan firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah
ayat 29 yang bermaksud:

Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala apa yang ada di bumi
(halal untuk dimanfaatkan dalam kehidupan iaitu selagimana tidak diharamkan
oleh dalil Syarak yang lain serta tidak memudaratkan)

Selain itu Nabi Muhammad S.A.W juga bersabda yang diriwayatkan oleh Abu
Darda yang bermaksud:

Apa-apa benda yang Allah s.w.t telah halalkan maka ia adalah halal dan apa-
apa yang Allah s.w.t telah haramkan maka is adalah haram, manakala apa-apa
yang Allah s.w.t sengaja diamkan mengenainya maka ia adalah suatu
pengampunan (keharusan daripadaNya selagimana tiada bukti yang
mengharamkannya) maka terimalah pengampunan tersebut daripadaNya kerana
sesungguhnya Allah s.w.t tidak mungkin lupa (tentang sesuatu pun dalam
menentukan hukumnya)

6.0 KEBAIKAN MAKANAN UBAHSUAI GENETIK

10
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Baqarah ayat 168 yang bermaksud:

Hai manusia, makanlah dari apa-apa yang ada dibumi ini yang halal dan baik,
dan janganlah kamu mengikuti jejak syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu
musuh yang terang-terangan bagi kamu.

Oleh itu, kita hendaklah memakan makanan yang halal lagi baik kerana ia akan
memberikan kita banyak manfaat dari segi rohani dan jasmani. Oleh yang
demikian, banyak keuntungan dan kelebihan dalam menggunakan cara
pengubahsuian genetik makanan.

Dengan cara ini ia dapat melindungi alam sekitar dari tercemar. Tanaman juga
dapat tumbuh di daerah-daerah di mana ia tidak boleh ditanam di masa lalu
kerana iklim yang berbeza. Selain itu apabila kita menggunakan cara ubahsuai
genetik makanan ini, makanan juga akan boleh bertahan lebih lama tanpa
merosakkannya dan dapat juga menambah kualiti makanan tersebut. Dengan
cara ini juga ia dapat mengurangkan peratusan kebuluran yang dihadapi, dan
penyakit juga dapat dikawal dengan lebih mudah.

Kini, produk makanan ubahsuai genetik sedang memacu negara ke arah


pembangunan yang pesat. Bidang pengubahsuaian genetik makanan ini
mempunyai ciri-ciri yang baik seperti tahan lama, murah serta meningkatkan
pengeluaran tanaman. Contohnya beras perang, tomato dan cili. Makanan yang
dihasilkan adalah sama tetapi mempunyai sifat-sifat yang berbeza yang
dimasukkan dengan pelbagai gabungan gen organisma lain dan ini akan
menambah baik kualiti makanan tersebut

7.0 KEBURUKAN MAKANAN UBAHSUAI GENETIK

11
Kebiasaannya, produk makanan ubahsuai genetik ini mungkin terdiri daripada
mikroorganisma yang telah dicipta untuk digunakan sebagai racun untuk
makhluk perosak atau biji benih yang diubahsuai secara genetik bagi
menghasilkan tanaman yang kebal penyakit dan membesar dengan lebih baik.
Apabila petani menggunakan benih tersebut,mikroorganisma mungkin akan
tersebarkan dan menghasilkan buah yang mungkin mengandungi virus yang
boleh memberi keburukan terhadap tubuh badan manusia. Sebagai contoh,
keracunan makanan, sakit perut, cirit-birit dan muntah.

Selain dari itu, produk makanan ubahsuai genetik ini masih tidak mempunyai
kajian keselamatan untuk jangka masa panjang. Kemungkinan kandungan yang
ada dalam produk makanan ubahsuai genetik ini merupakan bahan yang tidak
pernah berada dalam sumber bekalan makanan manusia.Tanpa kajian jangka
masa panjang, tiada siapa yang dapat menentukan sama ada makanan ini
selamat atau tidak.

Kaedah pengubahsuaian genetik makanan ini juga boleh menyebabkan


perubahan struktur (mutasi) dalam suatu organisma yang akan mencipta toksin
atau racun yang baru dalam kadar yang lebih tinggi dalam makanan. Ini akan
memberi kesan buruk terhadap kesihatan manusia.

Makanan ubahsuai genetik ini boleh menghasilkan kesan alergi yang tidak
dikenalpasti dan tidak diketahui dalam makanan. Bukan itu sahaja, produk
makanan ini juga mengelirukan pengguna dengan rupa kesegaran yang palsu.
Pada hakikatnya hasil makanan daripada kaedah pengubahsuaian genetik
makanan ini akan menyebabkan zat dalam makanan tersebut berkurangan.
Sebagai contoh tomato yang merah dan kelihatan lazat mungkin telah berusia
beberapa minggu dan mempunyai kandungan zat yang rendah.

8.0 PERSOALAN-PERSOALAN ISU GMF

12
Berikut merupakan persoalan-persoalan yang masih menghantui para saintis
dan ulamapada masa kini terbahagi kepada beberapa perkara:

1. Adakah makanan ubahsuai genetik (GMF) ini mengubah ciptaan Allah


SWT?

Hal ini kerana adakah perubahan radikal dalam produk GMF dikira
sebagai mengubah ciptaan Allah. Contohnya tomato flavr savr, walaupun
ditambah genetik ikan ke dalam genetiknya yang asal, tidak pernah pula
saintis menemui tomato yang mempunyai sisik ataupun tomato yang
berperisa seperti ikan.

2. Adakah pemprosesan makanan ubahsuai genetik (GMF) selamat dan


suci daripada perkara-perkara yang meragukan dan juga tidak
memudaratkan manusia dana lam semulajadi?

Seperti yang dimaklumkan, rekombinan DNA merupakan satu proses


yang kompleks kerana ia merupakan satu proses gabungan maklumat
genetik suatu organisma kepada organisma yang lain yang menggunakan
bakteria dan virus sebagai alat untuk melakukan proses tersebut. Oleh
yang demikian, para saintis juga tidak boleh memastikan kelancaran
proses itu sepenuhnya kerana kita tidak mengetahui perkara yang berlaku
semasa virus ataupun bakteria mengklon DNA tersebut. Kemudian DNA
tersebut dimasukkan ke dalam bahan makanan manusia.

13
3. Adakah produk akhir GMF tidak memudaratkan dan membahayakan
manusia secara holistiknya sama ada kesan dalam jangka masa yang
pendek ataupun panjang?

Hal ini kerana tidak ada juga bukti yang jelas menyatakan bahawa produk
makanan ubahsuai genetik (GMF) itu selamat dimakan oleh manusia
tetapi tidak ada lagi laporan yang mencatatkan bahawa makanan GMF
telah menyebabkan kematioan kepada seseorang individu. Namun pada
masa yang akan datang, tiada siapa pun yang mengetahui kesahihannya.
Oleh sebab itu, kita hendaklah mengambil langkah yang berjaga-jaga
kerana mencegah adalah lebih baik daripada mengubati.

9.0 KESIMPULAN
14
Seperti yang kita sedia maklum, makanan ubahsuai genetik (GMF) ini
mempunyai banyak kebaikan tetapi tidak kurang pula keburukannya. Setelah
dikaji, antara kebaikan yang dapat diperolehi melalui GMF ini adalah untuk
membantu manusia sejagat yang serba kekurangan untuk mendapatkan bekalan
makanan dan nutrisi yang secukupnya. Hal ini kerana kebanyakan makanan
keluaran yang diproses sama ada di eksport mahupun import akan menjadi
cepat busuk dan berkulat. Ini sekaligus akan menyebabkan ekonomi negara
merudum akibat daripada kerugian yang di tanggung. Oleh itu, dengan adanya
GMF, makanan yang diproses mahupun yang perlu dijual dapat bertahan dengan
lama. Tetapi disebaliknya, GMF ini juga mempunyai keburukannya seperti proses
bioteknologi ini boleh merosakkan alam sekitar dan ada kalanya bahan yang
digunakan untuk dicampurkan ke dalam makanan memudaratkan kesihatan
manusia. Hal yang demikian, terdapat percanggahan pandangan dalam syariat
Islam tentang isu ini dan menimbulkan rasa curiga atau syubhah terhadap
sesuatu produk yang telah diubahsuai.

Sebagai contoh, jika makanan itu telah dicampur dengan bahan yang haram kita
diharamkan untuk memakan makanan tersebut dan walaupun sesuatu makanan
itu halal untuk dimakan tetapi dicampur dengan bahan yang memudaratkan
kesihatan, kita tetap tidak boleh memakannya. Selain itu, jika sesuatu makanan
yang dicampur dengan genetik yang halal dan bersih serta dijamin
keselamatannya kita tidak dilarang oleh syarak untuk memakannya dan
hukumnya adalah halal disisi islam.

Hakikatnya, umat Islam perlu peka dalam hal ini dan perlu berani dalam
meneroka bidang ilmu yang semakin berkembang kini terutamanya bioteknologi
agar kita mampu bersedia menghadapi cabaran dan dapat mempertahankan diri
daripada serangan-serangan berbentuk baru kerana bioteknologi boleh dijadikan
senjata secara senyap oleh musuh Islam dalam memerangi umat Islam itu
sendiri. Oleh itu, menjadi kewajipan kita mengikuti perkembangan ilmu terkini
agar diri kita menjadi lebih maj udan menguasai pelbagai cabang ilmu.

10.0 RUJUKAN
15
RUJUKAN BUKU:

1. McGraw-Hill Encyclopedia of Science and Technology: An International


Reference Work (VOL 2) (2007)

2. Sempadan Bioteknologi: Menurut Perspektif Islam oleh Shaikh Mohd


Saifuddeen Shaikh Mohd Salleh ,Wan Roslili Abd.Majid dan Azrina Sobian

Diterbitkan oleh Institut Kefahaman Islam Malaysia (2005)

3. Halal Haram: An Important Book for Muslim Consumer oleh Persatuan


Pengguna, Pulau Pinang. Diterbitkan oleh Jutaprint(2005)

4. Pengantar Syariah Islam oleh Mohd.Saleh Hj.Ahmad . Diterbitkan oleh


Pustaka Haji Abdul Majid (1999)

5. Teori Istilah Menurut Perspektif Islam dan Islam Sains: Aplikasi Terhadap
Beberapa Penghasilan Produk Makanan oleh Mohammad Aizat bin
Jamaludin.

RUJUKAN INTERNET

1. https://marinki.org/2014/01/23/10-jenis-makanan-yang-dimodifikasi-
secara-genetik-yang-harus-dihindari-dikonsumsi/
2. https://bobex.wordpress.com/2008/03/05/isu-makanan-
pengubahsuaian-genetik-gm/
3. http://superkiram.blogspot.my/2016/12/makanan-ubah-suai-genetik-
gmf-baik-atau.html
4. file:///C:/Users/rozilah/Documents/Makanan%20Ubahsuai
%20Genetik.pdf
5. http://gengdebatesaina.blogspot.my/2009/12/oleh-noorzihan-
mohamed-yin-bioteknologi.html

16

You might also like