STD 4 BM

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

PUSAT TUISYEN BESTARI ILMU

BAHASA MELAYU TAHUN 4 UJIAN PENGGAL 1

Soalan 1-10

Bulatkan jawapan yang paling sesuai.

1. Buah durian itu gugur ______ tanah apabila ditiup angin.

A di
B pada
C ke
D dari

2. Pak Seman menggunakan _______________ kapak untuk menebang sebatang pokok

rambutan yang berdekatan dengan rumahnya. Kata Samad kepada adiknya.
A sebatang
B sebilah
C sebuah
D sekeping
3 _______________ berikrar untuk melakukan apa sahaja yang terdaya bagi menjayakan
majlis itu.
A Aku
B Saya
C Awak
D Anda

4 Sekiranya tidak ada apa-apa perubahan, ___________ikutlah jadual yang telah

disiapkan tadi, Kata Cikgu Rahman kepada murid-muridnya.
A kalian
B kamu
C anda
D kita

Soalan 5 berdasarkan Gambar 1

Gambar 1

5. Kuda itu berlari dengan ______________ untuk mengelakkan diri daripada

ditanduk oleh kerbau.
A perlahan
B pantas
C cepat
D laju

6. Suara juruhebah itu kurang ____________ .

A jelas
B gopoh
C kasar
D kuat

Soalan 7 berdasarkan Gambar 2

Gambar 2
7. Sazali, Kamal dan Yahya berlatih _menyanyi sambil __________alat muzik
untuk menyertai Pertandingan Bintang Kecil di sekolahnya.

A bermain
B permainan
C memainkan
D memeti

Soalan 8 berdasarkan Gambar 3

Gambar 3
8. Pemandu lori itu
memecut lorinya
dengan laju untuk
_______________
bas yang ada di hadapannya.
A melanggar
B menyelit
C memotong
D menyusup

9. Tun Haji Abdul Razak bin Husin ialah Perdana Menteri Malaysia yang kedua.
Beliau berasal _____________ negeri Pahang.
A pada
B dari
C kepada
D daripada
10. Zaiton menulis surat _________________ sahabatnya yang sedang belajar di
Universiti Malaya.
A bagi
B untuk
C kepada
D daripada

PEMAHAMAN 1

Baca petikan surat di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad,
71000 Port Dickson.

Ketua Pengarah,
Arkib Negara Malaysia,
Jalan Duta,
50568 KUALA LUMPUR. 6 OKTOBER 2010.

Tuan,

Memohon Kebenaran Melawat ke Arkib Negara

Merujuk kepada perkara di atas, saya, bagi pihak ahli Persatuan Sejarah Sekolah Kebangsaan
Datuk Abdul Samad, ingin memohon kebenaran untuk melawat ke Arkib Negara.

2. Butir-butir lawatan tersebut adalah seperti yang berikut:

Masa : 2.00 petang
Tarikh : 21 November 2010
Ahli rombongan : 42 orang murid dan 2 orang guru
3. Tujuan lawatan kami adalah seperti yang berikut:
(a) Meluaskan pengetahuan pelajar
(b) Melihat sendiri cara bahan-bahan sejarah disimpan dan direkodkan
(c) Mengetahui kepentingan bahan sejarah dan peranan Arkib Negara
(d) Memahami perkhidmatan yang dapat diperoleh orang ramai daripada Arkib Negara
4. Kami berharap agar pihak tuan dapat memberikan taklimat menyeluruh tentang fungsi Arkib
Negara dan kerja-kerja yang dilakukan di jabatan tersebut.

Mudah-mudahan permohonan kami diberikan pertimbangan yang sewajarnya. Kerjasama dan

jasa baik pihak tuan dalam perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima
kasih.

Yang menjalankan tugas,

Hayati
(HAYATI KARIM)
Setiausaha Persatuan Sejarah,
Sekolah Kebangsaan Datuk Abdul Samad.
1 Siapakah pengirim surat itu?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

2 Apakah yang dimintanya daripada Ketua Pengarah Arkib Negara?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

3 Rombongan yang akan melawat ke Arkib Negara terdiri daripada berapa orang?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

4 Apakah peranan yang dimainkan oleh Arkib Negara?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________

5 Rangkai kata meluaskan pengetahuan dalam petikan bermaksud