Professional Documents
Culture Documents
Minit Mesyuarat Agung Koop2016
Minit Mesyuarat Agung Koop2016
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pengetua SMK Pasir Besar dan didahului dengan bacaan
Al-Fatihah.
Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Safar selaku pengerusi dan pengetua SMK Pasir Besar
merakamkan ucapan tahniah kepada pihak pengurusan koperasi yang telah bertungkus lumus
sehingga mesyuarat agung ini dapat diadakan dengan sempurna.
Beliau membuat pindaan tarikh pada notis Mesyuarat Agung Koperasi kali- 33 dari 6 Mac
2014 ke 6 Mac 2016. Pindaan masa dari 3.00 petang ke 8.00 pagi. Beliau turut menyampaikan
ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah berjaya menjadi anggota koperasi. Beliau
menyatakan kejayaan koperasi merupakan kejayaan semua anggota koperasi terutama sekali
ahli-ahli yang hadir pada pagi ini.
Tahniah sekali lagi kepada barisan ALK yang telah menjalankan tugas dan tahniah juga
kepada semua anggota yang memberi sokongan kuat terhadap semua aktiviti koperasi yang
menjana kepada peningkatan dalam jualan. Beliau berharap pihak pengurusan koperasi
sekolah tidak berputus asa dan terus memacu kejayaan koperasi pada masa hadapan dan dapat
memberikan dividen kepada semua ahli di samping mencari jalan penyelesaian bagi
memastikan aktiviti koperasi terus mampan.
Pn. Suriani binti Hassan mengucapkan terima kasih pengerusi majlis,ucapan aluan kepada Tn.
Hj. Abdul Rahman Bin Safar selaku Pengerusi Koperasi SMK Pasir Besar Berhad,GPK
Kokurikulum, Pn. Zalina binti Jais dan semua anggota koperasi yang dapat
1
hadir .Pembentangan Minit Mesyuarat Agung Koperasi Sekolah Menengah Kebangsaan Pasir
Besar kali 33 telah dibentangkan oleh Pn. Suriani.
( Rujuk Lampiran Minit Mesyuarat Agung Kali ke -33 bermula muka surat 1 hingga 4)
Eka Sarlini binti Rafai dari tingkatan 4A telah mencadangkan minit Mesyuarat AGUNG Kali
ke -32 diterima, manakala Eva Azmira Binti Azmi dari tingkatan 3C menyokong cadangan
tersebut.
Pn. Roslina Binti Raof selaku bendahari Koperasi telah membentangkan Akaun Perdagangan
untuk berakhir 31 0gos 2015. Pembentangan Akaun Perdagangan untuk tahun Berakhir 31
0gos 2015, Pembentangan Akaun Untung Rugi dan Pembentangan kunci kira-kira.
Mohd Firdaus Bin Mohd Helmi dari 1C telah mencadangankan Akaun Perdagangan Untuk
Berakhir 2015 diterima, manakala Nurazira Binti Abdul dari 2C menyokong cadangan
tersebut.
Ahmad Shamsuri telah mencadangkan pemberian dividen sebanyak 10% ini diterima dan
Nurzulaika Binti Zaini dari 1B menyokong.
Pengerusi Koperasi Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad telah mencadangkan seperti
berikut sebagai Ahli Lembaga Kopersai Sekolah Menengah Pasir Besar Berhad
2
PENGURUS STOK : Pn. Yusnita Binti Yusof
AJK GURU : Cik Siti Asmak Binti Ibrahim.
AJK PELAJAR :Nurul Atiqah Binti Salfia
:Nazatul Nadhilla Binti Md Kamal
:Ruzaitul Hazirah Binti Ruslan
:Siti Nur Izzati Binti Rafaie
:Muhammad Farhan Bin Mohd Akhir
:Nurhaidah Binti Hasan
:Mathimagalai A/P Rajamanicam
:Siti Noraida Mohd Nasir
:Zulhilme Bin Roslan
:Mohd Iqbal Bin Ruzaimi
:Nur Dania Asyura Binti Haidir
:Siti Nurfazira Binti Mohd
Pemberian elaun petugas koperasi yang menjalankan tugas jualan pada waktu
rehat diberikan RM 5.00 sebulan telah dicadangkan oleh Norshakirah dari
kelas 5A.Cadanga ini dibangkang oleh Umi Suhaila dari 4A. Beliau
mencadangkan Rm 1 diberikan kepada petugas.Bantahan ini telah diterima
sebulat suara oleh ahli.
3
Asal
Pindaan
Saham-saham dan dividen yang tidak ditututkan oleh pelajar akan pindahkan
ke Tabung Kecemerlangan Sekolah.Begitu juga keuntungan koperasi akan
digunakan untuk aktiviti kecemerlangan seperti PT 3 dan SPM. Selain itu
wang ini juga akan digunakan untuk membeli buku latihan, hari kualiti dan
graduasi pelajar.
Mesyuarat Agung Tahunan 2014/2015 telah ditangguhkan jam 8.45 pagi. Anggota koperasi
yang hadir telah diberi cenderahati.
.
(Pn. Suriani Binti Hassan) (Tn. Hj. Abdul Rahman Bin Safar)
Setiausaha Pengerusi
Koperasi Sekolah Menengah Pasir Berhad. Koperasi Sekolah Menengah Pasir Berhad
4
.