Dondang Sayang

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

DONDANG SAYANG

Dondang Sayang ibunya lagu,


Lagu terkarang zaman dahulu,
Dondang Sayang lagu Melayu,
Bila dikenang bertambah pilu.

Di dalam bidang seni sebutan Dondang Sayang tidak pernah dan tidak akan
dilupakan di dalam mengenali negeri Melaka. Ia merupakan identiti seni
yang sinonim dengan negeri Melaka.

Perkataan Dondang Sayang bermula dari situasi semasa iaitu duduk


bersenang-senang hati dan bersuka-suka dengan kemahuan sendiri yang
disebut sebagai sedang berdendang sayang. Dondang Sayang merupakan
satu dondangan, dendangan atau nyanyian mengulit kasih. Apa yang
penting, rangkap-rangkap pantun dicipta spontan.

Dondang Sayang ialah suatu bidang seni Melayu tradisional di mana


penyanyi-penyanyi akan saling bertukar-tukar pantun atau berjual beli
pantun. Ia dilakukan tanpa persediaan iaitu secara sepontan dalam gaya
yang riang, lucu dan bersahaja. Mendondangkan pantun Dondang Sayang ini
ada adab dan tertibnya seperti pantun untuk menyambut orang ramai turut
berpantun dan berdondang dan sebagainya.

Pantun Dondang Sayang merupakan bentuk sastera lisan ciptaan asal


masyarakat Melayu. Dimulakan apabila biola digesekkan dan gendang
dipalu. Pantun yang didondangkan untuk tujuan dijual akan dibeli oleh
pemantun lain dengan tema atau tajuk yang sama.

Persembahan Dondang Sayang boleh diadakan di dalam pelbagai cara. Di


Melaka, pada kebiasaannya persembahan diadakan di serambi-serambi
rumah, halaman rumah dan kawasan lapang seperti di Temasya Mandi Safar
dan sebagainya. Hari ini persembahan juga diadakan di sebarang majlis
rasmi kerajaan.

Nyanyian-nyanyian Dondang Sayang akan diiringi oleh beberapa orang


pemuzik yang terdiri daripada:-

a) Seorang pemain biola


b) dua orang pemain rebana
c) seorang pemain tawak atau gong kecil
d) seorang pemain tamborin (tambahan).
Pemuzik biola merupakan ketua kumpulan kepada ahli-ahli muzik yang lain.
Muzik yang dimainkan untuk Dondang Sayang merupakan muzik yang
perlahan.

Pemain (pemuzik dan penyanyi) Dondang Sayang tiada pakaian yang


khusus. Pada kebiasaannya adalah pakaian biasa orang Melayu seperti bagi
kaum lelaki berbaju Melayu Teluk Belanga, seluar Melayu, samping, songkok
dan capal. Bagi kaum perempuan pula dipakai baju kebaya, kain sarung,
selendang dan alas kaki.

Dari Melaka ke Sungai Baru


Pantai Klebang tempat singgahan
Seni Pusaka bangsa Melayu
Dondang Sayang jadi Kemegahan

Sumber: Buku Dondang Sayang Seni Tradisi Negeri Melaka oleh Madulara

You might also like