Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Apa itu buli?

Buli ialah perlakuan yang boleh menakutkan atau membahayakan orang lain.
Kanak-kanak pembuli biasanya akan memilih mangsa yang lebih lemah dan sering
bersendirian dan membuli mereka berulang kali. Biasanya buli bermula di sekolah
rendah dan paling banyak berlaku di sekolah menengah.

Sebenarnya buli ada beberapa bentuk iaitu:

Fizikal Emosi

membabitkan cubit, pukul, tumbuk, mengejek, menyindir, mengumpat


sepak, menolak atau sengaja atau memberi gelaran tertentu
membuatkan seseorang terjatuh. terutama yang memalukan
semuanya termasuk dalam kategori
buli.
banyak berlaku buli siber iaitu
menulis dengan tujuan memburuk-
burukkan atau memalukan
seseorang menerusi laman sosial,
blog, e-mel atau pesanan ringkas
(SMS) juga dikira sebagai buli.

Membuli dengan teknologi

Buli melalui teknologi moden ini lebih besar kesannya daripada kaedah buli
konvensional kerana ia boleh dilengkapkan dengan gambar dan disebarkan kepada
beribu-ribu orang dalam sekelip mata melalui hujung jari saja.

Buli alam siber


Bagi anda yang menerima apa sahaja e-mel atau SMS mengenai keburukan
seseorang, buangkan segera dan jangan anda pula yang menjadi posmen
memanjangkan cerita tidak baik itu. Dengan berbuat demikian, anda secara tidak
langsung terhindar daripada menjadi pembuli tanpa sedar.
Meskipun buli siber tidak menyebabkan sebarang lebam atau luka, ia meninggalkan
kesan yang sangat mendalam kerana ia mencederakan emosi dan meruntuhkan
keyakinan serta harga diri seseorang.

Ejekan satu bentuk buli

Buli di kalangan kanak-kanak perempuan biasanya membabitkan kaedah yang


berkaitan dengan emosi contohnya mangsa diasingkan dan disindir atau diumpat. Di
kalangan kanak-kanak lelaki, kedua-dua bentuk buli dilakukan (fizikal dan emosi)
seperti ditolak dan diejek dengan nama memalukan.

Ciri pembuli dan mangsa

Mengapa kanak-kanak boleh menjadi pembuli? Kanak-kanak yang membuli rakan


sebaya biasanya datang daripada keluarga yang agresif yang mana dia sering
melihat orang dewasa bergaduh di rumah. Kanak-kanak ini menjadi pembuli kerana
mereka sering dibuli di rumah.

Ramai ibu bapa tidak sedar anak mereka menjadi pembuli. Dalam kesibukan kerja,
ramai ibu bapa menyerahkan lebih separuh daripada tanggungjawab mendidik anak
kepada guru. Namun sedarkah anda, guru tidak mungkin dapat memberi perhatian
sebaik ibu bapa kerana waktu mereka bersama anak anda adalah terhad dan dalam
masa singkat ini mereka perlu mengawal ramai pelajar. Jadi tidak kira sesibuk mana
pun, sebagai ibu bapa, kita perlu meluangkan masa untuk mendekati dan
memerhatikan keadaan anak.
Ciri kanak-kanak pembuli:

Mungkin menyaksikan keganasan fizikal dan percakapan mahupun sebarang


tindakan agresif di rumah. Mereka menganggapnya sebagai perlakuan biasa dan
bertindak mengikut apa yang dilihat.

Mungkin memukul atau menolak kanak-kanak lain.

Biasanya mempunyai kekuatan fizikal.

Pembuli boleh jadi popular atau tidak di kalangan rakan sebaya.

Sukar untuk mematuhi peraturan.

Tidak kisah atau mempedulikan perasaan orang lain.

Berasa atau berfikiran mereka lebih hebat daripada orang lain.

Suka dipandang tinggi.

Berasakan orang lain perlu mematuhi kata-kata mereka.

Ciri mangsa buli


Kanak-kanak mangsa buli sering berasa malu dan tidak mahu hal berkenaan
diketahui oleh guru, ibu bapa atau orang dewasa. Inilah sebabnya ibu bapa perlu
memerhatikan keadaan anak dan carilah jika mereka menunjukkan tanda dibuli.
Kanak-kanak yang dibuli akan menunjukkan perlakuan seperti:

Sensitif.

Lebih suka menyendiri, tidak mahu bergaul dengan orang lain.

Menganggap dirinya lemah, tidak berguna.

Sikapnya boleh bertukar menjadi cepat marah.

Resah.

Sukar tidur pada waktu malam.

Pasif dan membiarkan orang lain mengawal keadaan. Malah mereka juga tidak
mahu menegakkan hak sendiri.

Murung dan bersedih.

Ada kesan lebam pada badannya.


Kerap menangis.

Enggan pergi sekolah dengan memberikan pelbagai alasan.

Hilang selera makan.

Apa yang boleh dilakukan oleh mangsa?

Biasanya mangsa buli pendiam dan pemalu. Mereka tidak pandai mempertahankan
diri sendiri dan lama-kelamaan, mangsa buli mulai berfikir mereka memang layak
untuk dibuli.

Jika anak anda dibuli, ajarlah dia untuk:

Membalas percakapan dengan berkata Jangan buat begini pada saya, Saya
tidak takut. Ajak anak untuk berlatih menuturkan ayat mudah ini dengan tenang
dalam suara yang kuat dan jelas.

Jalan dan tinggalkan tempat berkenaan. Katakan pada anak supaya dia tidak lari
walaupun hatinya berasa kecut.

Beritahu guru dan ibu bapa. Guru dan ibu bapa boleh mengambil tindakan pantas
untuk menghentikan perkara ini.
Bantuan ibu bapa

Mangsa buli perlu diberi perlindungan dan sokongan supaya ia tidak menjejaskan
keyakinan mereka. Kanak-kanak pembuli perlukan bantuan kaunseling. Ia
membantu pembuli memahami mengapa mereka tidak boleh berkelakuan demikian.
Ia juga mengajar kanak-kanak pembuli bagaimana untuk berinteraksi dengan rakan
sebaya dengan cara yang sihat.

Pada masa sama, ahli keluarga juga perlu diberikan kaunseling supaya ibu bapa
(dan ahli keluarga) boleh bersama-sama mengubah situasi dalam rumah demi
kebaikan anak yang masih kecil.

Mengapa buli perlu dihentikan? Kajian jelas menunjukkan pembuli biasanya


mempunyai pencapaian pelajaran yang kurang baik dan berkemungkinan tidak
dapat menamatkan sekolah. Rentetan itu, mereka akan cenderung untuk terbabit
dalam pelbagai jenayah apabila dewasa kelak khususnya apabila sukar
mendapatkan pekerjaan. Malah ada kajian mendapati pembuli lebih berisiko
menyalahgunakan dadah dan alkohol.

Ada pakar psikologi berkata, ibu bapa perlu membantu anak mempunyai kawan
sama ada di sekolah atau luar sekolah yang saling memberi sokongan antara satu
sama lain. Kehadiran kawan dapat mengelakkan anak anda dan kawan-kawannya
daripada menjadi mangsa buli.

Pada masa sama, ibu bapa juga disarankan belajar cara untuk memperkasakan
emosi anak-anak. Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah dengan bertanya
apa yang dilakukan anak-anak ketika di sekolah. Tanyakan dengan siapa mereka
makan dan bermain, siapa yang duduk di sebelah mereka di bilik darjah atau dalam
bas, apa yang berlaku dalam perjalanan pergi dan balik dari sekolah, adakah
mereka nampak rakan mereka diejek atau dipulaukan?

Semua pertanyaan ini bukan sekadar mengajar anak anda berinteraksi bahkan ia
secara tidak langsung menguatkan emosi si kecil kerana tahu mereka mempunyai
ramai kawan. Jika anak anda memberitahu ada kawannya yang dipulaukan, anda
bertanggungjawab memaklumkannya kepada guru sekolah, walaupun anda tidak
kenal si mangsa supaya perkara itu boleh diselidik dan diambil tindakan sewajarnya.

Awasi tingkah laku dan aktiviti anak anda.

Antara kaedah lain yang berguna ialah memasukkan anak anda dalam kelas seni
mempertahankan diri. Selalu tekankan kepada anak supaya tidak menyalahgunakan
ilmu yang ada sebaliknya ia digunakan bagi melindungi diri sendiri.

Kanak-kanak yang belajar ilmu mempertahankan diri biasanya berasa lebih yakin
dengan diri sendiri dan ia juga secara tidak langsung dapat menjadi pendinding
daripada dibuli kerana pembuli biasanya mencari mangsa yang dilihat lemah dan
takut.

Namun apa yang paling penting ialah didikan asas di rumah supaya anak sentiasa
menghormati, mengambil berat dan menyayangi orang lain. Jika anda melihat anak
suka membuli adik-adiknya, tanyakan pada anak, adakah dia suka jika diperlakukan
begitu.

Menerima hakikat anak anda dibuli lebih mudah daripada mendengar berita anak
anda menjadi pembuli. Jika anak anda pembuli, anda perlu bertindak segera dengan
membantu dia memahami kesan daripada tindakannya itu.

Ambil perhatian serius terhadap perkara ini. Beritahu anak dengan tegas bahawa
buli adalah perbuatan yang tidak boleh diterima sama sekali.
Buat peraturan dan denda (yang menyebabkan dia kehilangan beberapa manfaat)
jika dia membuli. Antara denda ini ialah tidak dibenarkan menonton rancangan
kegemarannya buat satu tempoh, tidak boleh bermain permainan yang disukainya
atau apa saja yang anda anggap wajar (tanpa menyebabkan kesakitan fizikal).

Maklumkan kepada guru, pentadbir sekolah dan minta bantuan guru kaunseling
untuk turut sama membimbing anak anda.

Pantau aktiviti anak anda. Masukkan dia dalam aktiviti komuniti atau sukan dan
galakkan dia berkawan dengan rakan yang cemerlang.

Anda sendiri perlu menjadi teladan yang baik kepada anak. Elak daripada
menunjukkan perlakuan agresif atau menggunakan perkataan yang menyakitkan
hati.

Puji anak apabila dia bercakap sopan, rajin dan berkelakuan baik.

Sentiasa beritahu anak bahawa bersikap baik itu adalah perlakuan yang indah,
disukai manusia dan disayangi Allah.

You might also like