Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27 (1)

JALAN SELAYANG 27/27


SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM
_________________________________________________________________________________________________
Ruj. Kami :
Tarikh : 11 JANUARI 2017
Kepada;

Jawatan kuasa Unit Pemulihan 2017


Sekolah Kebangsaan Seksyen 27 (1)
40000 Shah Alam
Selangor Daru Ehsan

Tuan,

MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN KALI PERTAMA SESI 2017

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa meyuarat tersebut akan diadakan berdasarkan


ketetapan berikut;

Tarikh :18 JANUARI 2017

Masa :1.00 PETANG- 2.00 PETANG

Tempat :BILIK GERAKAN SK SEKYEN 27 (1)

Pengerusi :PUAN LEE SUET PING

Pakaian :RASMI

3. Agenda mesyuarat adalah seperti berikut;

3.1 Perutusan Pengerusi


3.2 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
3.3 Perkara-perkara berbangkit (maklum balas minit mesyuarat yang lepas)
3.4 Pembentangan kertas kerja/ isu/ laporan
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup

Kehadiran dan kerjasama tuan diucapkan terima kasih.

Sekian.

Saya yang menurut perintah,

..
(ROKIAH BINTI ALANG ABDUL SHUKER)
GURU PEMULIHAN SK SEKSYEN 27 (1)
SK SEKSYEN 27 (1)
SEKOLAH KEBANGSAAN SEKSYEN 27 (1)
JALAN SELAYANG 27/27
SEKSYEN 27,
40000 SHAH ALAM

MINIT MESYUARAT PANITIA PEMULIHAN BILANGAN 1 TAHUN 2017

Tarikh : 18 JANUARI 2017


Masa : 1.00- 2.00 Petang
Tempat : Bilik Gerakan Sk Seksyen 27 (1)

Kehadiran :

1. Puan Lee Suet Ping - GPK Kurikulum


2. Puan Rokiah Binti Alang Abdul Shuker - Guru Pemulihan
3. Puan Zainon Binti Ismail - Guru Bimbingan dan Kaunseling
4. Puan Azlina bt Baslan - KP Bahasa Malaysia
5. En.Rosdi bin Ismail - KP Matematik
6. Puan Rosmarizan Binti Manaf - Guru BM 3 Mutiara
7. Cik Norhidayah Binti Abdullah - Guru BM 2 Delima
8. Cik Siti Farah Diyana Binti Mohd Noor - Guru Linus

Turut Hadir : Tiada

Tidak Hadir Bersebab : Puan Mazura Binti Jusoh (bersalin)

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Pengerusi mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua ahli unit kerana
menghadirkan diri ke mesyuarat Unit Pemulihan kali pertama bagi sesi 2017. Beliau
berharap supaya semua ahli dalam unit tersebut dapat memberi kerjasama yang
sepenuhnya semasa menjalankan tugas serta berkerja dalam satu pasukan.
1.2 Tujuan mesyuarat kali ini diadakan supaya setiap ahli dapat membincangakan
pelaksanaan program serta aktiviti yang akan dijalankan di bawah unit Pemulihan
sepanjang tahun 2017.
2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Ahli mesyuarat bersetuju Minit Mesyuarat Pemulihan Bil 4/ 2016 diterima dan disahkan
sebulat suara tanpa sebarang pindaan.
Cadangan : Puan Rosmarizan Binti Manaf
Sokongan : Cik Norhidayah Binti Abdullah
3. PERKARA BERBANGKIT
Tiada-

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA/ ISU/ LAPORAN

4.1 Puan Rokiah menyatakan pengambilan murid pemulihan bagi tahun 2017 akan diambil
berdasarkan keputusan ujian IPP2M yang akan dijalankan pada 1 Februari -3 Februari
2017.

4.2 Murid juga boleh dihantar ke kelas pemulihan melalui cadangan dan perbincangan
guru kelas dan guru pemulihan.

4.3 Data Pemulihan akan dihantar pada pegawai Pemulihan Daerah Petaling Perdana
pada 7 Februari 2017.
Tindakan : Guru Pemulihan Dan Guru LINUS
4.4 Puan Rokiah juga berharap supaya semua ahli unit pemulihan dapat berkerjasama
untuk mensifarkan murid yang tidak menguasai kemahiran k1 dan k2 bagi ujian LINUS.

4.5 Kelas Pemulihan juga telah bekerjasama dengan penyelaras LINUS untuk
menyediakan satu modul pengajaran bagi murid yang menghdapi masalah dalam
kemahiran membaca dan menulis.Modul tersebut akan disediakan murid sebagai
tugasan yang perlu disiapkan di rumah dengan bantuan dan bimbingan daripada ibu
bapa.

4.6 Puan Rokiah juga turut membentangkan beberapa program pemulihan yang akan
dijalankan sepanjang tahun 2017. Semua program tersebut akan melibatkan murid
pemulihan dan murid LINUS.

Tindakan : Guru Pemulihan Dan Guru LINUS


5. HAL- HAL LAIN

5.1 Semua ahli jawatankuasa telah dimaklumkan bahawa dua orang murid dari kelas 2
Delima telah dicalonkan untuk memasuki sekolah pendidikan khas setelah dibawa oleh
ibu bapa mereka bagi mendapatkan pemeriksaan serta nasihat daripada pakar .

5.2 Semua guru Linus diingatkan supaya selalu menggunakan bahan bantu mengajar dan
buku latihan yang ada di dalam kelas Pemulihan.

5.3 Guru Pemulihan dan guru LINUS diminta menghias dan melengkapkan maklumat di
papan kenyataan yang telah disediakan untuk PEMULIHAN dan juga LINUS.

Tindakan : Guru Pemulihan Dan Guru LINUS

6. PENUTUP

6.1 Mesyurat telah ditangguhkan pada pukul 2.00 petang

6.2 Pengerusi merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat atas
sumbangan idea dan komitmen sepanjang mesyuarat ini dijalankan .

6.3 Beliau juga berharap supaya setiap tugas dan program dapat dijalankan mengikut
perancangan yang telah ditetapkan.

6.4 Mesyuarat Bil 2/ 2017 akan diadakan selepas saringan LINUS kali pertama .

Makluman
Disediakan Oleh :
Urusetia Mesyuarat
18 Januari 2017

You might also like