Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

HARI INI DALAM SEJARAH

SEJARAH PENUBUHAN MALAYSIA 16 SEPTEMBER 1963

Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun untuk memperingati


penubuhan persekutuan Malaysia di tarikh yang sama pada tahun 1963. Ia
menandakan penyertaan bersama Tanah Melayu, Borneo Utara (kini Sabah),
Sarawak dan Singapura bagi membentuk Malaysia.

Pembentukan persekutuan baru ini dirancangkan berlaku pada 1 Jun 1963 namun
kemudiannya ditangguhkan ke 31 Ogos 1963 bagi membolehkan ia disambut
bersama-sama dengan sambutan hari kemerdekaan ke-6. Beberapa isu berkaitan
dengan bantahan Indonesia dan Filipina untuk pembentukan Malaysia
memperlambatkan pengisytiharan hingga ke 16 September pada tahun yang sama.
Penangguhan itu juga dibuat bagi membolehkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu memperuntukkan masa membuat pungutan suara di Borneo Utara (kini
Sabah) dan Sarawak.

Hari Malaysia merupakan cuti am di negeri Sabah sempena hari keputeraan Yang
Di-Pertua Negeri. Walupun pada awalnya Hari Malaysia bukan merupakan cuti am di
Sarawak dan Semenanjung Malaysia, namun mulai tahun 2010, Hari Malaysia juga
merupakan cuti am di semua negeri di Malaysia.
Penubuhan Persekutuan Malaysia ditentang hebat oleh Indonesia dan Filipina.
Indonesia tidak senang dengan penubuhan Persekutuan Malaysia lantas,
melancarkan konfrantasi ketenteraan di bawah slogan "Ganyang Malaysia" yang
berlanjutan sehingga tahun 1966.

Filipina pula menuntut haknya ke atas Sabah atas hujahan perjanjian yang dimeterai
antara Kesultanan Sulu dengan pihak British. Brunei yang turut termasuk dalam
rancangan penubuhan Persekutuan Malaysia membatalkan penyertaannya setelah
berdepan dengan pemberontakan besar-besaran di Brunei oleh Sheikh Azhari pada
penghujung 1962.

Sekalipun begitu, akhirnya pada 9 Julai 1963, Perjanjian penubuhan Persekutuan


Malaysia dimeterai di London hanya setelah Laporan Suruhanjaya Cobbold yang
dikeluarkan menyatakan, lebih 80 peratus rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju
dengan cadangan kemerdekaan melalui penggabungan bersama Persekutuan
Tanah Melayu.

Tarikh perasmian pengisytiharan Persekutuan Malaysia telah ditangguhkan daripada


1 Jun 1963 ke 31 Ogos 1963 kerana menunggu Laporan Suruhanjaya Cobbold.
Namun tarikh tersebut pula ditangguhkan setelah Indonesia dan Filipina
emperhebatkan tentangan mereka terhadap penubuhan Persekutuan Malaysia. Dan
akhirnya 16 September 1963 menjadi hari secara rasminya Persekutuan Malaysia
ditubuhkan.

Penubuhan Malaysia 16 September 1963 Membawa Perubahan Kepada Negara

TARIKH 16 September 1963 sememangnya memberi perubahan kepada negara


khususnya dalam penyatuan 14 buah negeri sebagai Malaysia yang terdiri daripada
11 negeri Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, Sabah dan Sarawak di
samping jumlah penduduknya yang menjangkau 10 juta orang.

Menyusur semula pembentukan Malaysia yang direalisasikan oleh Perdana Menteri


Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sebenarnya telah
disuarakan pada bulan Mei 1961 lagi melalui satu ucapannya dalam Persatuan
Wartawan Asing Asia-Tenggara di Singapura.

Dalam ucapan tersebut, beliau telah mencadangkan agar Persekutuan Tanah


Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei digabungkan dalam satu kesatuan
atau satu negara yang disebut sebagai Malaysia.Kata Tunku dalam ucapannya,
Persekutuan Tanah Melayu tidak mampu wujud secara bersendirian tanpa
kerjasama politik dan ekonomi dengan Singapura, Sabah dan Sarawak.
___________________________________________________________________
__

Perjanjian Penubuhan Persekutuan Malaysia ini telah ditandatangani oleh wakil-


wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
Persetujuan telah di peroleh untuk menubuhkan Malaysia pada 31 Ogos 1963.
Walau bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut
terpaksa ditangguhkan kerana laporan Setiausaha Bangsa-Bangsa Bersatu hanya
dapat disiapkan pada 14 September 1963. Malaysia akhirnya diisytiharkan pada 16
September 1963. Upacara pengisytiharan Malaysia telah diadakan di Stadium
Merdeka Kuala Lumpur pada 16 September 1963. Upacara gilang gemilang ini telah
dihadiri oleh SPB Yang di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu, Gabenor Pulau Pinang,
Melaka, Singapura, Sarawak dan Sabah. Upacara ini juga dihadiri oleh anggota
kabinet, diplomat asing di Kuala Lumpur serta jemputan khas.

Pengisytiharan penubuhan Malaysia telah dibacakan oleh Perdana Menteri, Tunku


Abdul Rahman Putra di hadapan lebih kurang 30,000 rakyat Malaysia yang turut
meraikan hari bersejarah tersebut. Tunku kemudiannya melaungkan Merdeka
sebanyak tujuh kali diselang seli dengan laungan oleh rakyat yang hadir. Upacara
diakhiri dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sembilan, Tuan Haji Ahmad
bin Mohammad Said.

Ingatlah bahawa sejarah bukan sekadar masa silam tetapi sejarah merupakan
perkara yang perlu dihayati kerana sejarah bukan untuk dikenang sebagai masa
lampau tetapi sejarah merupakan teladan dan pemangkin kepada bangsa
terkemudiannya dalam pembinaan sebuah negara bangsa yang kuat, disegani dan
menjadi sebuah ketamadunan yang agung.....sekian.

You might also like