Surat Permohonan Kebenaran Menjalankan Kajian Di Sekolah Peringkat JPN

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Siti Nabillah Bt Mohd Zon,

D23, Kg Muhibbah Fasa 1,


Persiaran Muhibbah 4,
31100 Sg Siput,
Perak Darul Ridzuan.

Pengarah,
Unit Perhubungan Dan Pendaftaran,
Jabatan Pendidikan Negeri Perak,
Jalan Tun Abdul Razak,
30640 Ipoh Perak Darul Ridzuan 10 Januari 2017

Tuan,

PERMOHONAN KEBENARAN MENJALANKAN KAJIAN PENYELIDIKAN


SARJANA MUDA DI SEKOLAH MENENGAH DI PERAK (DAERAH: KINTA
UTARA)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada Tuan bahawa saya ialah pelajar Universiti Pendidikan
Sultan Idris (UPSI), ingin memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan
penyelidikan peringkat sarjana muda di sekolah menengah kebangsaan di negeri Perak dalam
daerah Kinta Utara.

3. Maklumat permohonan saya adalah seperti berikut:

Nama : Siti Nabillah Mohd Zon


No. Kad Pengenalan : 941207-02-6342
No. Telefon : 011-11508070
E-mel : sitinabillah7@gmail.com
Tajuk Kajian : Tahap kemahiran dan amalan kemahiran berfikir aras tinggi
(KBAT) dalam kalangan guru sains di daerah kuala kangsar
Perak.
Sampel kajian : Guru sains yang mengajar di beberapa sekolah menengah di
dalam daerah kinta utara.

4. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat kebenaran menjalankan penyelidikan dari
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Kementerian Pendidikan
Malaysia untuk rujukan tuan.
5. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar saya memperoleh kebenaran
untuk menjalankan penyelidikan demi meningkatkan lagi kualiti pendidikan. Segala perhatian
dan keprihatinan tuan dalam hal ini didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

6. Bagi memudahkan aklu balas dari pihak tua, tuan boleh merujuk maklumat berikut:

Siti Nabillah Bt Mohd Zon,


D23, Kg Muhibbah Fasa 1,
Persiaran Muhibbah 4,
31100 Sg Siput,
Perak Darul Ridzuan.

Sekian.

Yang benar,

------------------------------
(Siti Nabillah Mohd Zon)

You might also like