Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

2 Pengumpulan Data Awal

Jadual 1

Kaedah Mengumpul Data Awal


Kaedah Kumpulan Sasaran Tujuan
Ujian 1 orang subjek kajian Mengenal pasti dan memastikan
diagnostik masalah penglihatan bahagian kelemahan murid.
tahun 4 Ujian ini meliputi 4 soalan menentukan
garisan serenjang dan menegak, 5
soalan menghitung perimeter dan luas
permukaan dan 6 soalan menghitung
isipadu pepejal kubus dan kuboid.

Pemerhatian 1 orang subjek kajian Mengenal pasti masalah yang dihadapi


tidak masalah penglihatan peserta kajian dalam kemahiran
berstruktur tahun 4 menghitung isipadu pepejal.

Memerhati tingkah laku peserta kajian


seperti penglibatan di dalam kelas,
minat, keyakinan menjawab soalan dan
memberi respons terhadap guru.

Temubual 1 orang peserta Kajian - Mendapatkan maklumat daripada sumber


primer berkenaan latar belakang dan
kelemahan subjek kajian
Guru subjek matematik Mendapatkan maklumat daripada guru yang
mengajar Matematik peserta kajian

i) Ujian Diagnostik

Ujian diagnostik telah dijalankan ke atas seorang peserta kajian. Pengkaji telah membina

instrument ujian diagnostik dengan merujuk Standard Kandungan dan

Standard Pembelajaran bidang Sukatan dan Geometri Matematik tahun 4,


Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). Ujian diagnostic tersebut terdiri daripada

3 bahagian iaitu Bahagian A terdiri daripada 4 soalan menentukan garis serenjang

dan menegak. Bahagian B terdiri daripada 5 soalan menghitung perimeter dan luas

permukaan. Bahagian C pula terdiri daripada 6 soalan menghitung isipadu pepejal

kubus dan kuboid. Jumlah keseluruhan soalan ujian diagnostik ialah 15 soalan

(Rujuk Lampiran 1).

Jadual 2

dapatan Keputusan Ujian Diagnostik

Peserta Bilangan Jawapan Betul Jumlah Peratus (%) Gred

Kajian (PK) (30 Pencapaian


Bahagian A Bahagian B
Soalan)
PK 1 5 9 14 47 D

Berdasarkan Jadual 2, didapati bahawa peserta kajian memperoleh markah yang

rendah dalam ujian diagnostik. Pengkaji mendapati dia hanya dapat menjawab

soalan menentukan garis serenjang dan menegak sahaja bagi Bahagian B, peserta

kajian menjawab 4 daripada 5 soalan dengan betul. Manakala Bahagian C, PK 1

langsung tidak dapat menjawab soalan dengan betul.

ii) Pemerhatian

Pengkaji telah menjalankan pemerhatian tidak berstruktur ke atas peserta kajian.

Pengkaji melakukan nota lapangan semasa menjalankan pemerhatian tersebut.

Pengkaji mendapati PK 1 mengalami masalah untuk menghitung isipadu pepejal

kubus dan kuboid semasa sesi PdP di dalam kelas.

Tambahan pula, pengkaji juga melihat sikap PK 1 seperti tidak berminat dan

tidak yakin apabila menjawab soalan menghitung isipadu pepejal yang diberikan
guru melalui lisan dan juga lembaran kerja yang diberikan pada sesi PdP. PK 1 juga

kelihatan cepat berputus asa apabila tidak dapat menjawab sesuatu soalan

menghitung isipadu pepejal.

iii) Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temubual tidak berstruktur dengan peserta

kajian. Berdasarkan temubual tersebut, pengkaji mendapati bahawa PK 1 kerap

mengeluh apabila ditanya tentang kemahiran menghitung isipadu pepejal kubus dan

kuboid (Rujuk Lampiran B). PK 1 sering mengatakan susahlah cikgu, tak tahulah

dan tak retilah apabila diajukan soalan berkaitan tajuk tersebut.

Pengkaji turut menjalankan temu bual tidak berstruktur dengan guru mata pelajaran

Matematik peserta kajian. Berdasarkan maklumat yang diberikan, guru tersebut

mengatakan dia memang belum menguasai kemahiran tu lagi. Beliau juga

mengatakan dia tak dapat nak sentuh gambar rajah timbul dengan baik sebab

terlalu banyak garisan yang mengelirukan. Selain itu dia cepat lupa apa yang

diajarkan terutamanya rumus menghitung isipadu pepejal.


Lampiran a dan b

TRANSKRIPSI TEMUBUAL TIDAK BERSTRUKTUR BERSAMA SUBJEK KAJIAN 1

Tarikh : 13 mac 2017

Tempat : Kelas Tahun 4

Soalan : Adakah kamu suka subjek Matematik?

Subjek Kajian 2 : Kalau susah, tak sukalah cikgu.

Soalan : Adakah soalan kira isipadu tadi senang?

Subjek Kajian 2 : Saya Cuma tahu buat yang awal-awal je. Yang kira isipadu tu tak ingat nak
buat macam mana. Susah nak tahu garisan yang mana satu.

Soalan : Bagaimana cikgu boleh membantu kamu?

Subjek Kajian : entahlah.

Lampiran B
TRANSKRIPSI TEMUBUAL TIDAK BERSTRUKTUR BERSAMA GURU
MATEMATIK

Tarikh : 13 mac 2017

Tempat : Bilik Guru

Soalan : Adakah subjek kajian 1 mempunyai masalah dalam menghitung isipadu pepejal
kubus dan kuboid, cikgu?

Guru : Memang 1 orang murid tu tak kuasai kemahiran hitung isipadu pepejal lagi. Mereka,
susah nak ingat rumus yang saya ajar. Nak tentukan garisan panjang atau lebar atau tinggi
pun belum dapat lagi.

Soalan : Pada pendapat cikgu, apakah yang menyebabkan murid tidak dapat menjawab soalan
hitung isipadu kubus dan kuboid?

Guru : Pada pendapat saya, mereka belum betul-betul faham konsep tiga dimensi. Lagipun
gambarajah timbul objek tiga dimensi pun susah nak sentuh dan mengelirukan sebab terlalu
banyak garisan timbul. Sebab itulah mereka tak dapat nak jawab soalan isipadu kubus dan
kuboid.

You might also like