Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

MISKONSEPSI DALAM WANG.

PENDAHULUAN

Pengajaran matematik sekolah rendah amat menekankan kepada penguasaan


dalam wang. Penekanan terhadap asas wang bukan sahaja memberi pengetahuan
dan kemahiran kepada murid-murid, tetapi jauh lebih penting adalah mewujudkan
pengalaman bermakna kepada murid-murid. Melalui pengalaman bermakna murid-
murid akan membina makna terhadap wang dan seterusnya berupaya
mengaplikasikannya dalam situasi yang baru dalam kehidupan mereka. Oleh itu,
penguasaanpengetahuan isi kandungan pedagogi (pedagogical content knowledge
atau PCK) amat diutamakan demi memastikan matlamat pengajaran dan
pembelajaran dapat dicapai..Seseorang guru seharusnya bukan hanya
menganggap pengetahuan isi kandungan atau konsep sahajalah penting untuk
pembelajaran berkesan, malah sama pentingnya ialah strateg iatau kaedah
pengajaran yang sesuai. Konsep dan miskonsepsi dalam pengajaran perlu diambil
kira di samping pengetahuan isi kandungan pedagogi.

Kesukaran dan Miskonsepsi Dalam Pengajaran Topik Wang

Dalam mempelajari matematik murid menghadapi pelbagai kesukaran samada


memahami atau mengetahui langkah penyelesaian. Tetapi kesukaran yang sering
dihadapi oleh murid-murid banyak berpunca daripada kecuaian dan miskonsepsi.
Kesukaran berpunca daripada kecuaian murid agak mudah dikesan oleh guru tetapi
kesukaran yang berpunca daripada miskonsepsi agak mencabar dan lebih sukar
diatasi.
Begitu juga semasa mempelajari topik wang,murid-murid menghadapi pelbagai
kesukaran dan miskonsepsi di dalam bilik darjah.Pengajaran tentang wang ini harus
dilihat daripada dua aspek yang berbeza. Pertamanya ialah, operasi matematik
yang melibatkan wang dimana dalam aspek ini murid bukan sahaja perlu menguasai
operasi matematik asas yangbiasa digunakan seperti +, -, x dan tetapi juga
operasi dan konsep wang seperti nilai sesuatu unit wang dan penggunaan
wang.Keduanya ialah kemahiran penyelesaian masalah melibatkan wang.Berlaku
banyak miskonsepsi semasa mengajar topik wang kepada murid Antaranya ialah;

RM 1 50 sen = 105sen atau 000sen.

Dalam ayat matematik tersebut murid memberi jawapan yang salah kerana dia
menghadapi miskonsepsi kekeliruan nilai wang.Inj adalah kerana pelajar-pelajar keliru
dengan nilai wang RM 1 dan 50 sen. Murid murid perlu memahami yang RM 1
adalah bersamaan dengan 100sen. Murid-murid juga perlu mengetahui nilai kedua-
dua wang ini. Cara mengatasi masalah ini boleh dijalankan seperti keadah kaedah
dibawah.

Langkah 1

1. Guru membekalkan RM 1 dan wang syiling 10 sen sebanyak 10. Pelajar-pelajar


mengira duit sepuluh sen sehingga RM 1. Baru mereka akan memahami yang RM 1
adalah bersamaan dengan 100 sen.

10 10 10 10 10
sen sen sen sen sen

10
10 10 10 10
sen
sen sen sen sen

Langkah 2

1. Guru mengajar untuk menggunakan konsep tangan terutama sekali untuk pelajar
pelajar tahap satu dimana penolakan wang dalam linkungan seratus. Misalnya RM 1-
50 sen , pelajar mengeluarkan sepuluh jari dimana setiap satu jari mewakili 10 sen dan
10 jari mewakili 100 sen. Rm 1 bersamaan dengan 100sen. Pelajar-pelajar boleh
menolok nilai yang ditolak dengan menggunakan jari. Dari 10 jari itu, pelajar menolak 5
jari iaitu 50 sen dan bakinya ialah 5jari iaitu 50 sen. Penggunaan jari adalah untuk nilai
yang kecil sahaja.

Miskonsepsi yang kedua pula semasa melakukan operasi penambahan yang


melibatkan lima sen.

Contohnya :

35 sen + 5 sen = 85 sen

20 sen + 5 sen = 70 sen

Ini adalah kerana mereka menganggap yang 5 sen adalah bersamaan dengan 50 sen.
Bagi mengatasi masalah ini guru perlu menunjukkan duit syiling sebenar atau / duit
syiling contoh kepada pelajar pelajar tersebut supaya mengetahui perbezaan nilai
diantara dua syiling itu. Selain itu guru juga menyuruh pelajar-pelajar untuk menambah
10 sen dengan 5 sen dan menjumlahkanya. Murid-murid perlu menulis ayat matematik
berkenaan. Ia diiikuti dengan 20 sen tambah lima sen , 30 sen + 5sen, 40 sen+ 5sen ,
50 sen + 5sen dan seterusnya. Ini membolehkan pelajar pelajar mengetahui nilai duit
syiling tersebut.

10 5
sen + sen 10 sen + 5 sen = 15 sen
sen

20 5
sen + 20 sen + 5 sen = 25 sen
sen
sen

5
50
+ sen+ 50 sen + 5 sen = 55 sen
sen
sen
Miskonspsi yang ketiga ialah,banyak atau sedikit kepingan atau helaian wang
juga boleh mempengaruhi murid dalam menentukan nilai wang. Dalam hal ini terdapat
murid-murid terutama di peringkat awal persekolahan yang menganggap 2 helai duit
RM1.00 adalah lebih berharga daripada 1helai RM5.00.

Untuk mengatasi miskonsepsi ini, guru hendaklah mengadakan aktiviti yang


melibatkan muriddengan wang. Murid diberi wang contoh seakan-akan wang sebenar.
Murid diminta menelitiwang berikut dengan mencatat butiran wang seperti warna, berat,
nombor yang ditulis danukiran di belakang syiling. Murid dibimbing untuk mengisi jadual
yang disediakan olehguru.Contoh jadual :

Jenis duit Saiz duit Catatan pada permukaan duit


syiling
syiling syiling
Depan Belakang

5 sen

10 sen

20 sen

50 sen

Miskonsepsi yang keempat yang dapat dilihat semasa mengajar topik ini ialah
murid menghadapi kesukaran menulis nilai mata wang dengan tempat perpuluhan yang
betul semasa membuat operasi tambah mahupun tolak.Contohnya,
RM 7 + 80 sen = -------------------------

Sebagai langkah penyelesaiannya, murid menulis ayat matematik tersebut seperti,


RM 7 atau RM 7
+ RM 80 + 80 sen
------------ ------------
------------ ------------
Untuk menyelesaikan masalah seperti ini guru perlu banyak membimbing murid
cara menulis nilai wang sen dan ringgit di tempat perpuluhan yang betul.murid-murid
perlu diberi penekanan untuk meletakkan sifar di tempat ringgit atau sen sekiranya nilai
bagi tempat tersebut adalah kosong.Contohnya;

RM 7 ditulis sebagai RM7.00 manakala,

80 sen ditulis sebagai RM 0.80.

Miskonsepsi yang kelima ialah,murid murid cuai semasa menjawab soalan,iaitu


mereka silap memahami kehendak soalan dimana mereka menggunakan operasi
tambah bagi ayat matematik tolak dan menggunakan operasi tolak untuk ayat
matematik tambah.Contohnya,guru memberi 4 soalan yang meliputi operasi tambah
diikuti dengan 4 soalan lagi yang meliputi operasi tolak.Apabila murid menggunakan
operasi tambahsahaja untuk masa yang panjang maka mereka terus mengaplikasi
operasi tambah untuk menyelesaikan soalan penolakan.Murid-murid tidak peka
terhadap simbol tolak yang diletakkan pada soalan.

Sebagai langkah penyelesaian ,murid murid perlu diberi penekanan supaya


meneliti simbol-simbol matematik yang terdapat dalam soalan.Murid-murid juga perlu
diberi penekanan untuk membaca kehendak soalaanya lebih dari sekali.

You might also like