Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

GARIS PANDUAN INTERNSHIP

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)


DAN
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)

Institut Pendidikan Guru Malaysia


Kementerian Pendidikan Malaysia

1
Definisi Istilah

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia iaitu bahagian di bawah


Kementerian Pendidikan Malaysia yang melaksanakan
Program Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996. IPGM juga merancang dan memantau
Perkhidmatan Pendidikan Guru yang dilaksanakan oleh
IPG.

IPG : Institut Pendidikan Guru yang melaksanakan Program


Pendidikan Guru Praperkhidmatan dan Dalam
Perkhidmatan seperti yang ditetapkan dalam Akta
Pendidikan 1996.

Senat : Senat Institut-institut Pendidikan Guru adalah badan


akademik yang ditubuhkan di bawah Perkara 6,
Peraturan-peraturan Pendidikan (Institut-institut
Pendidikan Guru) 2010.

PPG : Program Pensiswazahan Guru adalah kesinambungan


daripada rancangan pembangunan pendidikan dalam
Rancangan Malaysia Ke-9 yang dilaksanakan dalam
Rancangan Malaysia Ke-10 (2011-2015) untuk Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah mengikuti
pengajian peringkat ijazah pertama secara Pendidikan
Jarak Jauh.

Internship : Satu latihan amali bertujuan mengaitkan pengalaman


amalan profesional perguruan pelajar yang terdahulu
dengan dapatan pengetahuan baharu untuk diaplikasi
dalam perkhidmatan pendidikan.

Penilai : Pensyarah IPG dan mentor yang dilantik oleh Pengarah


IPGK dan Pengarah JPN masing-masing untuk menilai
prestasi pelajar semasa Internship.

Mentor : Penolong Kanan/Ketua Panitia/Guru sekolah yang


berpengalaman dalam mata pelajaran sekolah dan
dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Pengurus Sekolah : Pentadbir sekolah yang terdiri daripada Guru Besar dan
Guru Penolong Kanan.

Pelajar : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah


(PPPBS) yang sedang mengikuti Program
Pensiswazahan Guru (PPG).

Murid : Murid sekolah tempat Internshipdilaksanakan.

Bilik Darjah : Tempat sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP)


dijalankan, termasuk bilik khas, bengkel, dan makmal.

Sekolah : Institusi pendidikan tempat Internshipdilaksanakan.

2
Pemantauan : Proses mengesan pelaksanaan Internshipoleh ahli
JKIAPIPGK/JKIPIPGK.

Gagal : Markah kurang 50 % atau gagal mematuhi garis


panduanInternship.

Senarai Singkatan

IPGM : Institut Pendidikan Guru Malaysia

IPGK : Institut Pendidikan Guru Kampus

JKIAPIPGK/ JKIPIPGK : Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut


Pendidikan Guru Kampus/Jawatankuasa Induk Praktikum
Institut Pendidikan Guru Kampus

JPN : Jabatan Pendidikan Negeri

PPD : Pejabat Pendidikan Daerah

PPG : Program Pensiswazahan Guru

PPPBS : Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah

SM : sekolah menengah

PdP : pengajaran dan pembelajaran

RPH : Rancangan Pengajaran Harian

RPI : Rancangan Pengajaran Individu

TMK : Teknologi Maklumat dan Komunikasi

3
INTERNSHIP

1. KONSEP

Internship adalah latihan lapangan yang bertujuan untuk mengembang serta


mengaplikasipengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia adasebagai seorang guru.
Pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projekinovasi yang berkaitan
dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Pada peringkat ini, pelajar
perlu menunjukkan dayakreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran di
sekolah. Internship juga memberi peluang kepada pelajar untuk meningkatkan
kompetensi diri, keyakinan, ketahanan dan jati diri serta membentuk sifat kepemimpinan
serta memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru yang berinovasi.

2. OBJEKTIF

Melalui Internship, pelajar dapat:

i. Merancang dan melaksana projek inovasi yang berkaitan dengan pengajaran


dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

ii. Menunjukkan komitmen yang tinggi ke arah kecemerlangan, akauntabiliti dan


integriti dalam melaksanakan tugas.

iii. Menampilkan ciri-ciri kepemimpinanbersesuaian dengan tanggungjawab yang


diberikan.

iv. Mengaplikasi kemahiran komunikasi secara berkesan dengan komuniti


sekolah/tempat bertugas dalam pelbagai situasi.

v. Menunjukkan usaha menangani pelbagai cabaran untuk memenuhi kehendak


program pendidikan semasa.

vi. Membuat refleksi dan menilaiamalan pengajaran dan pembelajaran serta


projekinovasi yang telah dilaksanakan untuk penambahbaikan yang
berterusan.

vii. Memantapkan usaha dan inisiatif ke arah pemupukan ciri-ciri inovasi dan
kreativiti dalam meningkatkan nilai profesionalisme keguruan secara
berterusan.

4
3. PROSEDUR PELAKSANAAN

i. Tempoh

Pelajar perlu menjalani Internship selama empat (4) minggu dengan


peruntukan sebanyak dua (2) kredit dalam Semester 8.

ii. PenempatanInternship

Pelajar wajibmenjalani Internship di sekolah rendah sahaja.

iii. Bilangan Waktu Mengajar

Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yang terdiri daripada Guru


Besar/Penolong Kanan/Ketua Panitia/guru yang mengajar di sekolah
rendah adalah tertakluk kepada pihak sekolah.

Bilangan waktu mengajar untuk pelajar yangtidak mengajar di sekolah


rendah seperti PPPBSyang bertugasdi Bahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SMadalahsebanyak 2 - 4 waktu seminggu di sekolah
rendah.

iv. Mata Pelajaran

Pelajar wajib mengajar mata pelajaran bidang pengkhususan sahaja di


samping melaksanakan tugas hakiki dalam tempoh Internship.

v. Taklimat Internship

Pelajar wajib menghadiri taklimat Internship yang dikendalikan oleh Unit


Praktikum IPGK.

vi. Portfolio

Pelajar mesti menyediakan portfolio Internship(rujuk Lampiran 3).

.
4. PROJEK INTERNSHIP

i. Pelajar wajib melaksanakansatu(1)projek inovasi dalam pengajaran dan


pembelajaran (PdP) yang berkaitan dengan major masing-masing. Projek
tersebut perlu dibuat rakaman video berdurasi 20 30 minit (satu waktu)

ii. Pelajar dikehendaki mengaplikasikaninovasi tersebut dalam satu sesi


pengajaran dan pembelajaran di sekolah rendah.

iii. Projek inovasi hendaklah dijalankan secara individu dan atas pembiayaan
sendiri.

iv. Pelajar perlu menyediakan kertas cadangan yang menjelaskan objektif,


strategi dan pelan tindakan projek inovasi.

5
v. Pelajar hendaklah membuat penilaian pelaksanaan dan keberkesanan
projek inovasi dalam PdP yang telah dilaksanakan. Sehubungandengan itu,
penulisan perancangan dan laporan perlu melibatkan output, outcome,
aplikasi ilmu, kreativiti dan inovasi.

vi. Pelajar hendaklah menyediakan laporan bertulis antara 8 10 muka surat


(tidak termasuk abstrak, lampiran atau keterangan berkenaan bahan
grafik seperti rajah, peta, jadual, gambar, illustrasi dan sebagainya)
mengenai projek yang dijalankan berdasarkan panduan yang disediakan
(rujuk Lampiran 1).

vii. Laporan bertulis yang dimuatkan di dalam portfolio, portfolio internship


berserta rakaman video pelaksanaan projek inovasi dalam PdP hendaklah
diserahkan kepada mentor/pensyarah dalam tempoh SATU (1) minggu
selepas tamat Internship untuk dinilai.

5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

(i) Pelajar

a) Menghadiri taklimat yang dikendalikan oleh Unit Praktikum IPGK.

b) Memahami, menghayati dan berusaha mencapai matlamat dan objektif


Internship.

c) Memaklumkan kepada Unit Praktikum (PPPBS yang bertugas di


Bahagian-bahagian di KPM/JPN/PPD/SM):
i. maklumat sekolah yang dipilih untuk melaksanakan
Internship
ii. mentoryang telah dilantik olehpengurusan sekolah
berkenaan

d) Menyediakan kertas cadangan projek inovasi yang akan dilaksanakan


sebelum menjalani Internship.

e) Berbincang dengan pengurus sekolah dan mentor/pensyarah untuk


mencapai persetujuan bersama tentang projekinovasi yang akan
dilaksanakan.

f) Membina hubungan profesional dengan pengurus sekolah,


guru/pegawai dan staf sokongan.

g) Mematuhi dan mengamalkan Tatasusila Profesion Perguruan, Etika


Kerja Kementerian Pendidikan Malaysia, peraturan IPG, dan peraturan
sekolah.

h) Hadir ke sekolah/tempat bertugas dan terlibat dengan aktiviti anjuran


sekolah/tempat bertugas sepanjang tempoh Internship. Pelajar
kategoriPPPBSyang bertugas diBahagian-bahagian di
KPM/JPN/PPD/SM dikehendaki hadir ke sekolah satu (1) hari untuk
sesi persekolahan dalam seminggu.

i) Merekod kehadiran pada setiap hari persekolahan/bertugas.

j) Melengkap dan menghantar borang kehadiran Internshipkepada Unit


Praktikum IPGK.
6
k) Melaksanakan projek inovasi dalam PdP yang dicadangkan secara
individu. Projek inovasi dalam PdP hendaklah berkaitan dengan mata
pelajaran pengkhususan, praktikal dan boleh disempurnakan dalam
masa empat minggu. Projek inovasi hendaklah asli dan tidak
memplagiat inovasi terdahulu. Walau bagaimanapun, penambahbaikan
terhadap projek inovasi sedia ada adalah dibenarkan.
Contoh Projek Inovasi dalam PdP:
i. Kaedah BacaCepat Dalam Pengajaran Jawi (bidang
Pendidikan Islam)
ii. Rekreasi Matematik (bidang Matematik)
iii. Teknik Parodi Dalam Set Induksi (bidang Sains Sosial)

l) Membuat rakaman video satu slot pengajaran pelaksanaan projek


inovasi tersebut berdurasi selama 20-30 minit (1 waktu) dalam bentuk
cakera padat (CD) beserta RPH perlu disediakan untuk tujuan penilaian.
(Pelajar dinasihatkan membuat salinan rakaman dalam fail peribadi)

m) Membina dan melengkapkan portfolio Internship yang mengandungi


antaranya laporan bertulis projek inovasi serta menghantar kepada
mentor/penilai

n) Mengamalkan pemikiran reflektif dan membuat penulisan refleksipada


setiap minggu sepanjang tempoh Internship berpandukan format yang
ditetapkan.(rujuk Lampiran 2 dan 2a).

o) Pelajar kategori PPPBS yang bertugas sebagai guru di sekolah


rendahperlu menghantar rakaman video, RPH dan portfolio internship
untuk dinilai oleh mentor yang dilantik oleh pihak sekolah dalam tempoh
satu (1)minggu setelah tamat internship. Seterusnya bahan-bahan
yang telah dinilai oleh mentor perlu di hantar ke Unit Praktikum IPGK
untuk proses penilaian oleh pensyarah selewat-lewatnya dua (2)
minggu selepas tamat Internship.

p) Pelajar kategori PPPBS yang bertugas di Bahagian-bahagian di


KPM/JPN/PPD/SM pula rakaman video, RPH dan portfolio
internshipperlu menghantar terus ke Unit Praktikum IPG untuk proses
penilaian oleh pensyarah dalam tempoh satu (1)minggu selepas tamat
Internship.

(ii) Pengurus Sekolah

a) Memahami, menghayati dan bekerjasama dengan IPGK ke arah


pencapaian matlamat dan objektif Internship.

b) Menerima maklumatdaripada Unit Praktikum IPGK.

c) Memastikan dan membantupelajar melaksanakan tanggungjawab dan


tugasan yang dipersetujubersama oleh pihak sekolah sepanjang
tempoh Internship.

d) Mencalonkan mentor dalam kalangan Penolong Kanan/Ketua


Panitia/guru untuk dilantik oleh JPNbagi membimbing pelajar semasa
Internship. Seorang mentor dibenarkan membimbing maksimum dua
orang pelajar.

7
e) Memaklumkan kepada IPGK jika terdapat kes-kes disiplin dan pelajar
berpotensi gagal.

f) Mengesahkan markah penilaian Internship yang dibuat oleh mentor.

g) Menghantar markah penilaian Internship (Borang PR5) kepada Unit


Praktikum IPGK dalam tempoh satu (1) minggu selepas tamat
Internship. Semua dokumen pemarkahan adalah SULIT.

h) Melaporkan kepada IPGK secara bertulis kes gagal Internship

(iii) Mentor

a) Menerima maklumat daripada Unit Praktikum IPGK.

b) Memberi kerjasama dan membantu pelajar melaksanakanprojekinovasi


yang dijalankan.

c) Membimbing pelajar ke arah perkembangan sahsiah pendidik yang


cemerlang, kompeten dan berjiwa pendidik.

d) Memaklumkan kepada pengurus sekolahmengenai perkembangan dan


kemajuan pelajar dari semasa ke semasa.

g) Menilai pelaksanaan projek inovasi pelajar semasaInternship dengan


menggunakan Borang PR5 dalam tempoh satu(1) minggu selepas
tamat Internship untuk disahkan oleh pengurus sekolah.Sila rujuk
Lampiran 4 dan Lampiran 4a.

(iv) Pensyarah

a) Menerima surat pelantikan sebagai penilaidaripadaPengarah IPGK.

b) Menerima maklumat berkaitan Internship daripada Unit Praktikum.

c) Menyemak dan menilai portfolio serta rakaman pelaksanaan projek


inovasi pelajar dalam PdP.

d) Melengkapkan dan menyerahkan Borang Penilaian (PR5) kepada Unit


Praktikum.

(v) Unit Praktikum

a) Melaksanakan garis panduanInternship yang dikeluarkan oleh IPGM.

b) Menguruskan pelantikan mentor/pensyarah yang telah dicalonkan oleh


pengurus sekolah/Ketua Jabatan dengan kerjasama Jabatan
Pendidikan Negeri/IPGK.

c) Merancang dan menguruskan dokumenberkaitan pelaksanaan


Internship.

d) Merancang dan menguruskan taklimat pengurusan Internship kepada


pelajar.
8
e) Menguruskan pengumpulan dan penyimpanan dokumen/rekod
Internship.

f) Menyediakan dokumen dan laporan kes-kes Internship (jika ada) untuk


dibawa ke mesyuarat JKPIPGK/JKIAPIPGK.

g) Mengurus dan membentang keputusan Internship untuk disahkan oleh


JKPIPGK/JKIAPIPGKsebelum diserahkan kepada Unit Peperiksaan
dan PenganugerahanInstitut Pendidikan Guru.

(v) Jawatankuasa Induk Praktikum Institut Pendidikan Guru


Kampus/Jawatankuasa Induk Amalan Profesional Institut Pendidikan
Guru Kampus (JKIPIPGK/JKIAPIPGK)

a) Memastikan pelaksanaangaris panduanInternship dipatuhi.

b) Mengendalikan kes-kes khas seperti penangguhan, melengkapkan


tempohInternship, disiplin dan gagal serta mengambil tindakan susulan
yang sewajarnya.

c) Mengesahkan kehadiran dan keputusan Internship pelajar.

6. KEHADIRAN INTERNSHIP

a) Pelajar wajib hadir 100%kecuali dengan kebenaran Pengarah JPN/


Pengarah IPGK /Pegawai Pendidikan Daerah /Pengetua/Guru Besar/
Ketua Jabatan tempat bertugas tetapi tidak melebihi 30% daripada
jumlah hari internship adalah atas sebab-sebab berikut:
.
Pelajar sakit atau cedera dan disahkan oleh pegawai perubatan.

Menjadi saksi atau terlibat dalam perbicaraan kes mahkamah.

Keluarga terdekat meninggal dunia dengan disertakan sijil kematian.


(Nyatakan ahli keluarga terdekat. Rujuk Pekeliling Perkhidmatan
Awam Bab Cuti)

Peristiwa di luar jangkaan atau hal-hal kecemasan.

9
b) Kehadiran yang kurang daripada 100% tanpa sebab atau tanpa
kebenaran, kesnya akan dirujuk kepada pihak jawatankuasa
tatatertib IPGK untuk tindakan seperti yang berikut:

Kehadiran
Tindakan
Internship
JKIPIPGK/JKIAPIPGK akan menentukan sama ada
90 % ke atas pelajar perlu melengkapkan kehadiran Internship
atau tidak.

70% - 89.9% Pelajar wajib melengkapkan kehadiran Internship.

Kurang daripada
Pelajar wajib mengulang keseluruhan Internship.
69.9%

Jadual 2: Tindakan Bagi Kes Kehadiran InternshipTanpa


Sebab Atau TanpaKebenaran dan Kurang Daripada100%

7. PENANGGUHAN INTERNSHIP

a) Semua permohonan penangguhan Internship hendaklah dibuat kepada


Rektor IPGM melalui Pengarah IPGK.

b) Kelulusan penangguhan Internship tertakluk kepada keputusan yang


dibuat oleh Rektor IPGM.

c) Penangguhan tidak boleh melebihi satu tahun selepas tamat tempoh


pengajian.

d) Internship yang tertangguh perlu disempurnakan sebagai syarat lulus dan


sebelumboleh dianugerahkan ijazah.

e) Pelajar mesti melaporkan diri ke IPGK asal mereka selepas tamat tempoh
penangguhan yang dimohon untuk meneruskan Internship.

f) Pelajar tidak dibenarkan menukar sekolah penempatan Internship kecuali


dengan kelulusan Pengarah IPGK.

g) Pelajar tidak dibenarkan bertukar IPGK ketika melaksanakan Internship


kecuali dengan kebenaran Rektor IPGM.

9. PENILAIAN INTERNSHIP

a) Penilaian oleh mentor/pensyarah terhadap projek inovasi dalam


pengajaran dan pembelajaran akan dilaksanakan selepas tamat internship.

b) Penilaian pelajar dalam Internship melibatkan aspek-aspek perancangan,


pelaksanaan dan penilaian projek inovasiyang dijalankan, penulisan
refleksi.

10
c) Penilaian Internship pelajar PPG dilakukan oleh mentor (50%) dan
Pensyarah (50%) menggunakan Borang PR5 (Rujuk Lampiran 4 dan
4a).

d) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh mentor dilakukan oleh


Guru Besar.

e) Pengesahan markah penilaian yang dilakukan oleh Pensyarah dilakukan


oleh Ketua Jabatan di IPGK.

f) Wajaran bagi penilaian pelajar adalah seperti berikut:

Wajaran Penilaian
Kategori Pelajar
Sekolah IPG
PPPBS yang bertugas
sebagai guru di sekolah 50% 50%
rendah
PPPBS (Guru Besar,
Penolong Kanan, pegawai
bertugas Bahagian- 50% 50%
bahagian di KPM/ JPN/
PPD/SM

Jadual 3: Wajaran Penilaian Internship

g) Komponen Penilaian Internship adalah seperti berikut :-

Aspek Penilaian Rujukan Markah

A.Perancangan ProjekInovasi Portfolio Internship/RPH 20%

B. Pelaksanaan Projek Portfolio Internship/RPH 30%


Inovasi dan
rakaman video projek
C. Penilaian Projek Inovasi inovasi dalam PdP. 30%

D. Penulisan Refleksi Portfolio Internship 20%

JUMLAH 100%

Jadual 4: Komponen Penilaian Internship

10. SYARAT LULUS ATAU GAGAL INTERNSHIP

a) Syarat penentuan keputusan

Prestasi pelajar dalam Internship diputuskan mengikut gred seperti yang


ditetapkan dalam syarat danperaturan sistem peperiksaan, penilaiandan
penganugerahan pendidikan guru yang dikeluarkan oleh Senat.

11
b) Penentuan lulus berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

Kehadiran 100 %.
Lulus dalam penilaian Internship (rujuk PR5)
Tidak melanggar mana-mana peraturan di bawah Akta 174 dan
disabitkankesalahan.

c) Penentuan gagal Internship berdasarkan kepada syarat-syarat berikut:-

Pelajar tidak memenuhi syarat-syarat seperti disenaraikan dalam syarat


penentuan lulus.

d) Pelajar yang lulus/gagal perlu disahkan oleh JKIPIPGK/JKIAPIPGK.

e) Pelajar yang gagal diberi peluang mengulang sekali sahaja.

12
LAMPIRAN

13
LAMPIRAN 1

LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP


(Laporan antara 8 10 muka surat)

NAMA PELAJAR :

NO. KAD PENGENALAN :

PROGRAM :

NAMA SEKOLAH :

NAMA PROJEK :

TEMPOH PELAKSANAAN :

1. OBJEKTIF
..
..
...
...
2. STRATEGI PELAKSANAAN





3. REFLEKSI

a) Kekuatan Projek:





b) Kelemahan Projek:




..
4. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN





5. KESIMPULAN


14
LAMPIRAN 2

CATATAN REFLEKSI PENGAJARAN & PEMBELAJARAN


(Perlu disediakan bagi setiap aktiviti yang dijalankan oleh pelajar)

1. Isu / Perkara yang difokus:

2. Analisis isu / perkara yang difokus:

2.1 Kekuatan:

2.2 Kelemahan:

3. Cadangan penambahbaikan:

(sila simpan dokumen ini di dalam portfolio anda)

15
LAMPIRAN 2a

PENULISAN REFLEKSI

1. Definisi Refleksi
Proses merenung, menganalisis, mencari alasan, cadangan dan tindakan
untuk membaiki diri yang dilakukan secara berterusan. (Hanipah, 1999)
Amalan refleksi merupakan perlakuan memikirkan semula pengalaman
pelajar. Ia memerlukan penerokaan unsur-unsur yang ketara dan tersirat.
Proses ini membuat andaian sebab musabab berasaskan fakta
pemerhatian, temu bual dan soal selidik.
Refleksi dalam Internship membolehkan pelajar dibimbing untuk menaakul,
memilih strategi pelaksanaan tugasan dan seterusnya membuat penilaian
kendiri. Amalan refleksi ini membolehkan pelajar menghayati dan
meningkatkan profesionalisme keguruan secara efektif.
2. Tujuan Refleksi:
Pelajar dapat mengesan keberkesanan pelaksanaan setiap tugasan yang
dilaksanakan.
Pelajar dapat menjadikan refleksi sebagai asas untuk menambahbaik dan
meningkatkan kualiti setiap tugasan secara berterusan.
Memperkembangkan keupayaan celik akal pelajar bagi melahirkan kreativiti
dan inovasi dalam setiap tugas yang dijalankan.
Meningkatkan kualiti insan guru yang mempunyai ilmu profesional keguruan.
3. Ciri-Ciri Refleksi
Bermula dengan mengingat kembali
Melibatkan perasaan(domain afektif) terhadap sesuatu
Menentukan usaha secara sedar (conscious effort)
Bersedia mengubah sikap, kesedaran diri, amalan dan tingkah laku positif

4. Amalan Refleksi/Penilaian Kendiri DalamInternship


a) Satu proses mengkaji semula keberkesanan pelaksanaan Internship oleh
pelajar sendiri melalui refleksi untuk mempertingkatkan kemahiran keguruan.

b) Antara panduan yang boleh diikuti ialah:-


i). Hendaklah dibuat selepas projek inovasi dalam PdP yang dijalankan oleh
PPPBSselesai dilaksanakan.Antara perkara-perkara yang dicadangkan
adalah seperti berikut:
Sejauh manakah objektif projek yang dirancang dan dilaksanakan
tercapai?
Apakah kekuatan dan kelemahan yang dapat dikenal pasti?
Jelaskan langkah-langkah yang boleh difikirkan untuk membaiki
pelaksanaan aktiviti tersebut ?
Apakah faktor-faktor yang dapat membantu dalam meningkatkan
atau menambah baikkan pelaksanaan projek tersebut?

ii) Melaksanakan proses refleksi berpandukan format refleksi seperti di


Lampiran 2 dan 2a.
16
LAMPIRAN 3

SENARAI SEMAK KANDUNGAN PORTFOLIO INTERNSHIP PPG

Tandakan
Bahagian No. Perkara
( )
A01 Biodata Pelajar
Maklumat
A A02 Surat Pengenalan Diri
Diri
A03 Salinan Borang Kehadiran Internship
B01 Kertas Cadangan Projek Inovasi Dalam PdP
Maklumat B02 Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
B Projek
Inovasi B03 Menyediakan Laporan Projek Inovasi
B04 Cadangan Penambahbaikan
Amalan
C C01 Catatan Refleksi Mingguan
Refleksi
D01 Maklumat Tambahan Projek Inovasi PdP
Rakaman video yang disimpan dalam cakera padat
D Lain-lain D02
(CD)
D03

17
LAMPIRAN 4

BORANG PR5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS KOTA BHARU


16109 Pengkalan Chepa, Kelantan

BORANG PENILAIAN INTERNSHIP

Perhatian: Borang ini digunakan untuk penilaian Internship yang perlu dilengkapkan oleh
mentor/pensyarah dan pengurus sekolah.

Nama Pelajar : ____________________________________ No. K.P.: ______________________

Kursus : ________________________________ Ambilan : _____________________

Major : _________________________________ Elektif : _____________________

Nama Sekolah : ________________________________________________________________

RUMUSAN UNTUK INTERNSHIP

Petunjuk Tahap

Tahap 1 : Terdapat banyak kelemahan

Tahap 2 : Terdapat beberapa kelemahan

Tahap 3 : Pencapaian sederhana

Tahap 4 : Baik dalam banyak aspek

Tahap 5 : Amat baik, cemerlang dalam banyak aspek

KRITERIA PEMARKAHAN MENGIKUT TAHAP

TAHAP 10% 20% 30%


1 0.0 - 1.9 0.0 - 3.9 0.0 - 5.9
2 2.0 - 3.9 4.0 - 7.9 6.0 - 11.9
3 4.0 - 6.4 8.0 - 12.9 12.0 - 19.4
4 6.5 - 7.9 13.0 - 15.9 19.5 - 23.9
5 8.0 - 10.0 16.0 - 20.0 24.0 - 30.0

18
BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)

Arahan: Sila bulatkan angka yang berkenaan

Aspek Tahap Ulasan

A. PERANCANGAN PROJEK INOVASI PdP 1 2 3 4 5


(20 MARKAH)

- Objektif jelas dan sesuai Markah A =


- Pelan tindakan disediakan
- Sasaran pelajar dinyatakan __________
- Inovasi sesuai dengan sasaran

B. PELAKSANAAN PROJEK INOVASI DALAM 1 2 3 4 5


PdP
(30 MARKAH)

- Mengikut kesesuaian jadual perancangan Markah B =


- Penglibatan aktif murid
- Impak kepada murid __________

C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP


(rujuk portfolio)
(30 MARKAH)
1 2 3 4 5
- Menyediakan laporan projek inovasi
- Cadangan penambahbaikan
- Laporan akhir pelaksanaan projek inovasi Markah C =

__________

D. CATATAN REFLEKSI (rujuk portfolio)


(20 MARKAH) 1 2 3 4 5

-
Isu/perkara difokus
-
Analisis kekuatan/kelemahan
- Cadangan penambahbaikan Markah D =
- Rumusan
__________

Jumlah Keseluruhan Markah = (A + B + C + D) = _______%

RUMUSAN KESELURUHAN
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________
________________________________________________________________________________

Tandatangan Mentor/Pensyarah Tandatangan Pengurus Sekolah/Ketua


Jabatan

________________________________ _______________________________
(Nama: ) (Nama: )

Tarikh: _________________________ Tarikh: _________________________

19
LAMPIRAN 5a

PANDUAN PENGGUNAAN BORANG PENILAIAN INTERNSHIP (PR5)


1. Borang PR5 digunakan untuk membuat penilaian Internship.

2. Pengurus sekolah dan mentor perlu membuat perbincangan sebelum membuat rumusan dan
penilaian pada borang PR5.

3. Empat komponen yang mengandungi aspek-aspek tertentu disediakan sebagai fokus membuat
rumusan. Setiap aspek disediakan tahap yang digunakan sebagai petunjuk pencapaian pelajar.

4. BORANG RUMUSAN PR5 INI TIDAK BOLEH DIBERIKAN KEPADA PELAJAR.

A. PERANCANGAN INOVASI DALAM PdP

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Perancangan tidak jelas, Perancangan projek Perancangan projek Perancangan Perancangan


tidak teratur, strategi inovasi kurang jelas, inovasi jelas, tetapi projekinovasi jelas dan projekinovasi sangat
tidak sesuai, tidak ada kurang teratur, strategi kurang teratur, strategi teratur, strategi sesuai, jelas dan teratur, strategi
sumber rujukan, kurang sesuai, sumber sesuai, sumber rujukan sumber rujukan sesuai sesuai, sumber rujukan
persembahan sangat rujukan sangat terhad, terhad, persembahan dengan tajuk, pelbagai dan sesuai
lemah persembahan lemah mengikut format persembahan mengikut dengan tajuk,
format persembahan kreatif dan
mengikut format

B. PELAKSANAAN INOVASI DALAM PdP

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Penglibatan murid Penglibatan murid Penglibatan murid Penglibatan murid Penglibatan murid
tidak jelas, tidak teratur kurang jelas, kurang jelas, tetapi kurang jelas, teratur dan sangat jelas, sangat
dan tidak mengikut teratur dan kurang teratur dan kurang mengikut jadual teratur danmengikut
jadual perancangan. mengikut jadual mengikut jadual perancangan. jadual perancangan.
perancangan. perancangan.

Projek inovasi tidak Projek inovasi kurang Projek inovasi kurang Projek inovasi jelas Projek inovasi sangat
memberi Impak kepada memberi Impak kepada memberi Impak kepada memberi Impak kepada jelas memberi Impak
murid murid murid murid kepada murid

20
C. PENILAIAN PROJEK INOVASI DALAM PdP

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Tidak jelas dan tidak Kurang jelas dan kurang Jelas tetapi kurang Jelas dan teratur dalam Sangat jelas dan sangat
teratur dalam teratur dalam teratur dalam menyediakan laporan teratur dalam
menyediakanlaporan menyediakan laporan menyediakan laporan projek inovasi menyediakan laporan
projek inovasi projek inovasi projek inovasi projek inovasi

Tidak jelas dan tidak Kurang jelas dan kurang Jelas tetapikurang Jelas dan teratur dalam Sangat jelas dan sangat
teratur dalam teratur dalam teratur dalam menyediakan cadangan teratur dalam
menyediakan cadangan menyediakan cadangan menyediakan cadangan penambahbaikan dan menyediakan cadangan
penambahbaikan dan penambahbaikan dan penambahbaikan dan laporan akhir penambahbaikan dan
laporan akhir laporan akhir laporan akhir pelaksanaan projek laporan akhir
pelaksanaan pelaksanaan projek pelaksanaan projek inovasi pelaksanaan projek
projekinovasi inovasi inovasi inovasi

D. CATATAN REFLEKSI

Tahap 1 Tahap 2 Tahap 3 Tahap 4 Tahap 5

Kurang berusaha untuk Ada usaha untuk menilai Sentiasa berusaha Berjaya menilai kekuatan Sangat berjaya menilai
menilai diri kekuatan dan kelemahan menilai kekuatan dan dan kelemahan diri. kekuatan dan kelemahan
diri. kelemahan diri. diri.

Tidak dapat Kurang dapat Dapat Berjaya Sangat berjaya


menghubungkaitkan menghubungkaitkan menghubungkaitkan menghubungkaitkan menghubungkaitkan
sebab dan akibat tentang sebab dan akibat tentang sebab dan akibat yang sebab dan akibat tentang sebab dan akibat tentang
tindakan yang telah tindakan yang telah telah diambil. tindakan yang diambil tindakan yang diambil
diambil. diambil.

Berjaya mengaitkan Sangat berjaya


Tidak menunjukkan Kurang mengaitkan Dapat mengaitkan situasi sebab dan akibat untuk mengaitkan sebab dan
usaha untuk situasi dan pengalaman dan pengalaman untuk membuat inferens. akibat untuk membuat
menghubung kait dalam untuk membuat inferens. membuat inferens. inferens.
merancang dan
membuat tindakan Berjaya meramal kesan Sangat berjaya meramal
susulan. sesuatu tindakan dan kesan sesuatu tindakan
bertindak berlandaskan dan bertindak
bukti, seterusnya berlandaskan bukti,
merancang langkah seterusnya merancang
susulan. langkah susulan.

21

You might also like