Kertas Kerja Tarian Singa

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK BANDAR UTAMA DAMANSARA 2

KERTAS KERJA

1.0 TAJUK

Persembahan Tarian Singa

2.0 RASIONAL

Aktiviti ini dijalankan untuk mewujudkan sifat kepimpinan, bekerjasama, tolenrasi,


saling bantu-membantu dan sifat penyayang di kalangan pemimpin pelajar yang
terdiri dari pelbagai kaum.

3.0 MATLAMAT

Program ini juga bertujuan mengeratkan silaturahim di antara pelajar


dengan pelajar dan di antara pelajar dengan guru-guru. Persembahan tarian singa
ini juga boleh dianggap sebagai sesi pembelajaran berterusan dan platform untuk
mendidik murid-murid mengenai semangat perpaduan, yang boleh disuburkan
melalui sambutan perayaan. Selain itu, program ini juga mampu memberi aura
positif melalui jalinan hubungan baik dalam kalangan masyarakat majmuk di
sekolah.

4.0 OBJEKTIF PROGRAM

4.1 Menghuraikan fungsi tarian singa dalam warisan kesenian masyarakat Cina.
4.2 Melibatkan diri dalam usaha mengekalkan warisan kesenian pelbagai kaum.
4.3 Mengapresiasi sumbangan pelbagai kesenian dalam pembentukan budaya
Malaysia.
4.4 Menerima dan menghormati warisan kesenian pelbagai kaum.

5.0 PELAKSANAAN

Tarikh : 10 Februari 2017


Hari : Jumaat
Masa : 7.30 8.30 pagi
Tempat : Tapak Perhimpunan
6.0 AJK PELAKSANA

6.1 Penasihat : Cik Mah Pin Sin (Pengetua)


6.2 Pengerusi 1 : Encik Khairulnizam bin Mohamed Amin
(Penolong Kanan HEM)
6.3 Pengerusi 2 : Puan Lily Fariza binti Ismail
(Penolong Kanan Kurikulum )
6.4 Pengerusi 3 : Puan Noor Jehan binti Mohd Ali
(Pk Kokurikulum)
6.5 Penyelaras Program : Puan Hazwani Noor Bt Mohd Yahya
(KP Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan)
6.6 AJK : 1). Puan Loh Tzu Yuen
2). Cik Malathi A/P A. Kasippillai
3). Guru mata pelajaran Pendidikan Sivik &
Kewarganegaraan

7.0 PESERTA:

7.1 Semua murid SMK BUD2 : 839 orang


7.2 Semua guru SMK BUD2 : orang

8.0 ATURCARA / AGENDA / FORMAT PERTANDINGAN


MASA AKTIVITI TINDAKAN
7.20 pg Semua murid beratur di tapak perhimpunan Guru Tingkatan
mengikut kelas masing-masing dan murid
7.30 pg Bacaan doa, ikrar murid dan nyanyian lagu Guru dan murid
NegaraKu, lagu Selangor dan lagu sekolah
7.40 pg Ucapan aluan Penyelaras Program Pn. Hazwani Noor
Bt Mohd Yahya
7.45 pg Ucapan Pengetua Miss Mah Pin Sin
7.45 pg Persembahan Tarian Singa Pn. Siti Mariam
8.30 pg Majlis tamat

9.0 PERALATAN

9.1 Senarai peralatan yang diperlukan:


- PA Sistem

10.0 KEWANGAN
Sumber Kewangan RM
1 Panitia Pendidikan Sivik 500
2
JUMLAH RM500

Anggaran Perbelanjaan RM
1 Limau (2 Kotak) 48.00
2 Buah Nenas 7.50
JUMLAH RM 55.50

11.0 PENUTUP

Pihak sekolah berharap program Persembahan Tarian Singa ini dapat memberi
pendedahan kepada semua murid di SMKBUD2 tentang keunikan warisan dan
kebudayaan bagi masyarakat majmuk di negara Malaysia di samping dapat merasa
bangga dengan kekayaan kesenian Malaysia.

Disediakan oleh,

.
(PN HAZWANI NOOR BT MOHD YAHYA)
Penyelaras Lembaga Ketua Tingkatan

Disemak oleh, Diluluskan oleh,


(EN AMIR BIN HAMZA) (CIK MAH PIN SIN)
GKMP Kemanusiaan Pengetua
SMK Bandar Utama Damansara 2 SMK Bandar Utama Damansara 2

You might also like