BM Karangan spm19-10-16

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kerja-kerja sukarela mendatangkan pelbagai manfaat

kepada masyarakat. Walaupun begitu, sesetengah


anggota masyarakat kita kurang berminat untuk
menyertainya. pada pendapat anda, mengapakah
mereka bersikap demikian?

"Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang


menerima". Ungkapan ini sangat bermakna kepada semua
orang. Sesuatu pemberian tidak semestinya harus dengan
wang. Kesukarelawanan ialah suatu konsep berkaitan
dengan sumbangan atau perkongsian masa, sumber,
pengetahuan, kemahiran, pengalaman dan sebagainya yang
dilakukan atau dikongsikan secara sukarela, yakni tanpa
paksaan oleh sesiapa tanpa berbayar atau mengharapkan
ganjaran kewangan atau material. Kegiatan sukarelawan
sebenarnya sudah lama beroperasi di negara Malaysia
tetapi tidak disedari ramai rakyat Malaysia terutamanya
golongan belia. Antara contoh kerja-kerja sukarela ialah
memberi bantuan kepada mangsa bencana alam, gotong-
royong dan melakukan rondaan pada waktu malam di
kawasan kejiranan.

Antara manfaat kerja-kerja sukarela ialah dapat


melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan
terutamanya kepada golongan remaja. Seseorang individu
boleh belajar pelbagai kemahiran yang tidak dapat dipelajari
di sekolah mahupun di rumah. Antaranya ialah kemahiran
berkomunikasi dengan masyarakat sekelilng, pengurusan
media dan mempelajari ertinya kerjasama. Kesannya, kerja-
kerja sukarela sebegini dapat melatih dan memupuk sifat
kepimpinan di dalam seseorang individu. Hal ini kerana
mereka akan memberi motivasi kepada masyarakat yang
lain dan dapat menguruskan sesuatu organisasi tentang
sesebuah aktiviti kesukarelawanan. Tegasnya, seseorang
individu hendaklah mencuba sekurang-kurangnya sekali
dalam aktiviti kemasyarakatan seperti ini.

Selain itu, aktiviti kesukarelawanan juga adalah salah


satu alternatif untuk menghindarkan diri daripada terjebak
dengan gejala negatif. Seseorang individu akan banyak
meluangkan masa melakukan aktiviti yang lebih berfaedah
seperti aktiviti kesukarelawanan daripada melakukan gejala
sosial. Antara contoh gejala negatif ialah mengamalkan
budaya lepak bersama rakan sebaya, melakukan
vandalisme dan gangsterisme. Secara tidak langsung,
remaja akan mempunyai lebih ramai rakan yang
mempunyai aura positif daripada negatif. Seseorang
individu juga akan lebih mengamalkan nilai-nilai murni
akibat kesedaran yang telah dilalui ketika melakukan aktiviti
kemasyarakatan. Tuntasnya, remaja haruslah aktif
melibatkan diri dalam program kemasyarakatan agar gejala
sosial di negara dapat dikurangkan.

Meskipun aktiviti kemasyarakatan mempunyai pelbagai


kebaikan, terdapat segelintir masyarakat yang tidak
berminat dengan program ini. Punca dominan sesetengah
masyarakat tidak berminat dengan aktiviti seperti ini ialah
kurangnya sikap kesedaran dengan masyarakat sekeliling.
Sesetengah individu akan menggunakan alasan 'sibuk' dan
'tiada masa' jika diajak untuk sertai. Kanak-kanak juga lebih
gemar bermain dengan gajet-gajet yang telah dibekalkan
kepada mereka. Laman-laman sosial seperti 'Instagram',
'Twitter' dan 'Facebook' lebih menarik minat mereka
berbanding dengan aktiviti kemasyarakatan yang lebih
mendatangkan faedah. Kesannya, anak muda akan lebih
bersikap 'seperti katak di bawah tempurung' yang tidak
menghiraukan keadaan sekeliling dan isu-isu semasa.

Selain itu, masyarakat yang bersifat kebendaan


ataupun materialistik juga merupakan salah satu faktor.
Sesetengah individu tidak mahu terlibat dengan aktiviti
kemasyarakatan. Tidak dinafikan di dunia yang serba
moden kita memerlukan duit untuk meneruskan hidup. Kita
hendaklah sedar akan ganjaran yang kita tidak nampak di
akhirat kelak. Secara realitinya, kita akan berasa lebih lega
daripada mendapat duit jika kita berjaya membuat
seseorang itu gembira dan tersenyum. Kesannya, duit yang
dilaburkan untuk orang yang berkemampuan akan menjadi
lebih berkat dan lebih melimpah-ruah. Tegasnya, kita
hendaklah bijak membahagikan duit kepada yang lebih
memerlukan dan keperluan kita.

Seterusnya, masyarakat yang bersifat hedonistik dan


individualistik juga punca sesetengah masyarakat tidak
menggemari aktiviti kemasyarakatan. Budaya hedonistik
ialah satu budaya atau cara hidup yang suka akan hiburan
dan keseronokan semata-mata tanpa menghiraukan perkara
lain manakala individualistik ialah suatu cara hidup yang
mementingkan diri sendiri dan tidak suka akan teguran atau
pendapat orang lain. Segelintir individu yang memiliki sikap
ini, mereka tidak akan menghadirkan diri daripada
menyertai aktiviti kesukarelawanan. Mereka lebih suka
hidup dalam dunia mereka sendiri seperti melayari internet,
membaca buku atau melakukan kerja rumah tanpa keluar
dari rumah. Tegasnya, masyarakat Malaysia sememangnya
mudah terpengaruh dengan budaya tidak sihat ini.

Kesimpulannya, kita hendaklah berganding bahu bagi


memperkenalkan lagi aktiviti kemasyarakatan ini. Kita tidak
boleh mengharapkan satu pihak sahaja untuk
menggerakkan aktiviti ini. Sebagai amsyarakat yang
prihatin, kita haruslah peka akan program seperti ini dan
sentiasa bersedia untuk melibatkan diri. Tidak rugi malahan
banyak manfaat jika kita sertai program seperti ini.
Kepuasan yang kita peroleh tidak akan kita dapat walaupun
duit jutaan ringgit. Amalan yang murni ini dapat dijadikan
contoh kepada negara lain seterusnya meningkatkan imej
negara ke persada antarabangsa sebagai contoh negara
yang prihatin.

You might also like