Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 24

INDEKS PRESTASI

KECERGASAN FIZIKAL KEBANGSAAN


PELAJAR BERUMUR 13 HINGGA 17 TAHUN

Oleh
DR. AHMAD BIN HASHIM, DR. MOHD. SANI BIN MADON DAN
PROF MADYA DR SHAHARUDDIN BIN ABD AZIZ
FAKUL TI SAINS SUKAN
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN'IDRIS

KOD PENYELIDIKAN UPSI


09-09-44-05

TAHUN 2007
JADUAL KANDUNGAN

Muka surat

SENARAI JADUAL iii


SENARAI RAJAH v

ABSTRAK xi

BAB

1 PENGENALAN 1

Latar Belakang 9
Penyataan Masalah. 11
Kepentingan Kajian .. 12
Objektif Kajian 13
Hipotesis Kajian 14
Limitasi Kajian 15
Definisi Operational. 16

II SOROTAN LlTERATUR 19

III METODOLOGI KAJIAN 29

Reka Bentuk Kajian . 29


Kerangka Konseptual Kajian. 30
Instrumen Kajian dan Prosedur Ujian 32
Pentadbiran Instrumen Ujian 45
Sam pel Kajian 50
Pengumpulan Data. 50
Penganalisisan Data 51

IV KEPUTUSAN KAJIAN 52

V KESIMPULAN DAN CADANGAN .


74

Cadangan 79

RUJUKAN 83

II
SENARAI JADUAL

Jadual Muka surat

1 KriteriaRujukan Piawai FITNESSGRAM 8agi Ujian


PACER, Curl Up, Tekan Tubi dan Trunk Lift Untuk
Pelajar Lelaki 48

2 KriteriaRujukan Piawai FITNESSGRAM Bagi Ujian


PACER, Curl Up, Tekan Tubi dan Trunk Lift Untuk
Pelajar Perempuan . 48

3 Kriteria Rujukan Piawai FITNESSGRAM Bagi Indeks


Jisim Badan Untuk Pelajar Lelaki dan Perempuan. 49

4 Rujukan Piawai The World Health


Kriteria
Organization (WHO) Untuk Lebihan Berat Badan
dan Obesiti Bagi Pelajar Lelaki dan Perempuan
Berdasarkan Indeks Jisirn Badan . 49

5 Bilangan Pelajar Mengikut Umur dan Jantina 52

6 MinPencapaian Bilangan Ulangan Larian Ujian Pacer


Mengikut Umur dan Jantina 53

7 MinPencapaian V02Max Berdasarkan Ujian Pacer


Mengikut Umur dan Jantina 54

8 MinPencapaian Ulangan Bagi Ujian Curl Up


Mengikut Umur dan Jantina 55

9 MinPencapaian Ulangan Bagi Ujian Tekan Tubi


Mengikut Umur dan Jantina 56

10 MinPencapaian Jarak Bagi Ujian Trunk Lift (cm)


Mengikut Umur dan Jantina 57

iii
11 Min Indeks Jisim Badan (kg/m2) Mengikut
Umur dan Jantina 58

12 Kebolehpercayaan Rujukan Kriteria Ujian


PACER (Ulangan) Berbanding Piawaian FITNESSGRAM
Berdasarkan Umur dan Jantina 59

13 Kebolehpercayaan Rujukan Kriteria Ujian


Tekan Tubi Berbanding Piawaian FITNESSGRAM
Berdasarkan Umur dan Jantina 60

14 Kebolehpercayaan Rujukan Kriteria Ujian Curl Up


Berbanding Piawaian FITNESSGRAM
Berdasarkan Umur dan Jantina 61

15 Kebolehpereayaan Rujukan Kriteria Ujian Trunk Lit


Berbanding Piawaian FITNESSGRAM Berdasarkan
Umur dan Jantina 62

16 Indeks Jisim Badan berdasarkan Kriteria The World


Health Organization (WHO) Berdasarkan
Umur dan Jantina 64

17 Norma Persentil Ujian PACER (Ulangan)


Mengikut Umur dan Jantina 66

18 Norma Persentil V02Max Ujian PACER (ml.kql.rnin' )


Mengikut Umur dan Jantina 66

19 Norma Persentil Ujian Tekan Tubi (Bilangan Ulangan)


Mengikut Umur dan Jantina 67

20 Norma Persentil Ujian Curl Up


Mengikut Umur dan Jantina 67

21 Norma Persentil Ujian Trunk Lift (em)


Mengikut Umur dan Jantina 68

22 ANOVA Sehala Ujian Keeergasan Fizikal Antara


Pelajar Lelaki Mengikut Umur 69

23 ANOVA Sehala Ujian Keeergasan Fizikal Antara


Pelajar Perempuan Mengikut Umur 72

IV
SENARAI RAJAH

Rajah Muka surat

1 Kerangka Konseptual Kajian Indeks Prestasi Kecergasan


Fizikal Kebangsaan pelajar berumur 13 hingga 17 tahun
Sekolah Menengah .
31

2 Ujian Push -Up (Tekan tubi) 37

3 Ujian Curl-up. 40

4 Ujian Trunk Lift 42


Abstrak

Kajian ini dijalankan untuk menentukan indeks kecergasan fizikal kebangsaan


peJajar lelaki dan perempuan berumur 13 tahun hingga 17 tahun sekolah

menengah di Malaysia. Sampel kajian adalah seramai 10,300 orang pelajar


daripada 140 buah sekolah menengah seluruh negeri di Malaysia yang dipilih
secara rawak menggunakan strategi pemilihan sampel rawak berlapis. Sam pel
kajian terdiri dari (N =
5177) subjek lelaki dan (N =
5,123) subjek perempuan
dimana bilangan pelajar berumur 13 tahun (N =
2,073), 14 tahun (N =
2,048), 15

tahun (N =
2,082), 16 tahun (N =
2,068) dan 17 tahun (N =
2,029). Penyelidik
menggunakan persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berdasarkan

norma ujian yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM ke atas

Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian
Trunk Lift. Dapatan kajian menunjukkan jumlah peratusan pelajar lelaki dan
perempuan yang "lulus' Ujian PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian
Tekan Tubi dan Ujian Trunk Lift berdasarkan kriteria rujukan piawaian
FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research), (Baumgartner et aI.,

2003) serta menunjukkan tahap prestasi kecergasan fizikal subjek berdasarkan


setiap ujian FITNESSGRAM tersebut. Dapatan kajian juga menentukan

sejauhmanakah persamaan kebolehpercayaan di kalangan sampel yang dapat di


kelaskan sebagai Underweight, Normal Weight, Overweight, Obesity Class I,
Obesity Class II dan Obesity Class III berbanding rujukan kriteria menggunakan
piawaian The World Health Organization (WHO). Hasil kajian juga digunakan
untuk membentuk norma indeks kecergasan fizikal kebangsaan pelajar lelaki dan

perempuan berumur 13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun

sekolah menengah Malaysia berdasarkan prestasi Ujian PACER, Indeks Jisim


Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian Trunk Lifttersebut.

vi
BABI

PENDAHULUAN

Pengenalan

Guru Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Sains Sukan serta jurulatih

sukan sekolah menengah di Malaysia biasanya memilih program

kecergasan fizikal yang diterima pakai seluruh dunia iaitu Prudential

FITNESSGRAM (Cooper Institute for Aerobics Research) (Baumgartner,

T.A, Jackson, A.S., Mahar, M.T., & Rowe, D.A, 2003) bagi menilai prestasi

kecergasan fizikal pelajar. Program kecergasan FITNESSGRAM ini begitu

popular sehinggakan digunakan secara menyeluruh dalam program

kecergasan remaja kebangsaan yang telah ambil dan diguna pakai oleh

American Alliance for Health, Physical Education, Recreation, and Dance

(Safrit, 1995).

Program kecergasan fizikal kebangsaan di Malaysia pada masa kini

perlu menggunakan kriteria rujukan. Ini bermaksud bahawa satu indeks

kecergasan fizikal yang piawai dan khusus perlu ditetapkan setiap ujian

bagi setiap kumpulan peringkat umur dan jantina. Subjek kemudiannya

dikategorikan sebagai lulus sekiranya telah memenuhi indeks piawaian

kecergasan fizikal kebangsaan dan gagal sekiranya tidak dapat memenuhi

kehendak piawaian. Piawaian rujukan kriteria FITNESSGRAM telah

digunakan bagi mewakili ketekalan paras kecergasan fizikal kebangsaan.


Tumpuan kajian ini adalah kepada lima jenis ujian kecergasan fizikal iaitu

komponen keupayaan aerobik (Ujian PACER, larian ulang-alik 20m

pelbagai aras); komposisi lemak badan ( Indeks Jisim Badan); kekuatan

dan daya tahan otot abdominal (Ujian Curl Up); kekuatan dan daya tahan

otot bahagian atas badan (Ujian Tekan Tubi); serta kekuatan otot dan

fleksibiliti (Ujian Trunk Lift).

Melalui aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan tahap

kecergasan fizikal dan juga dapat mengurangkan risiko penyakit jantung,

diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang tertentu (Larsen, George,

Alaxender, dan Feliingham, 2002). Program latihan atau kurikulum

Pendidikan Jasmani yang sistematik perlu untuk meningkatkan serta

mengekalkan tahap kecergasan fizikal (Shephard & Trudeau, 2005). Kajian

oleh Bradley, Cardinal, Marita, dan Molly (2005), menunjukkan bahawa

pendidikan kecergasan fizikal melalui mata pelajaran Pendidikan Jasmani

boleh menjamin kesihatan disamping membentuk sikap positif dan tingkah

laku yang baik. Pengajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah

menengah harus dapat memberi kesedaran dan ilmu pengetahuan yang

boleh dijadikan amalan sepanjang hayat. Ujian penilaian kecergasan fizikal

perlu mudah dan boleh dijalankan dengan sendiri oleh semua guru

Pendidikan Jasmani tanpa memerlukan peralatan yang canggih atau

mahal.

Donald Seigel (2006), menjelaskan bahawa penglibatan dalam

aktiviti fizikal dapat memberikan kesan positif terhadap kesihatan. Di

2
antaranya adalah mengurangkan risiko pelbagai penyakit, mengurangkan

kandungan kolestrol dalam badan, meningkatkan tahap kecergasan,

kesihatan mental dan prestasi pencapaian akademik. Beliau juga

merumuskan bahawa individu yang melibatkan diri dalam aktiviti fizikal

selama 60 minit sehari akan menikmati kehidupan yang sihat dari segi

fisiologi, psikologi dan sosial. Kajian yang dilakukan oleh penyelidik lampau

(Clarke, 1971; Ellis, Caron, & Bailey, 1975; Branta, Haubenstricker, &

Seefeldt, 1984; Beunen & Malina, 1988) menunjukkan pengaruh umur

memberi kesan ke atas prestasi kecergasan fizikal. Kanak-kanak dan

remaja akan berubah menjadi semakin tinggi, melebar dan kuat dengan

peningkatan umur. Dapatan tersebut dapat menyokong hasil kajian

sebelum yang dilakukan oleh Espenschade (1963), mendapati ketinggian

dan berat badan adalah signifikan ke atas prestasi ujian kecergasan fizikal.

Menurut Shepard (1982), pertambahan kekuatan disebabkan peningkatan

umur adalah berkait rapat dengan jumlah jisim otot.

Pelajar yang aktif bersukan memiliki tahap kecergasan yang tinggi

berbanding dengan pelajar yang tidak aktif (Michael & Kenneth, 2005).

Penglibatan secara berterusan dalam sukan meningkatkan daya tahan

kardiovaskular (Patricia, 1992; Vanderburg, Mahar & Chou, 1995; Michael

& Kenneth, 2005). Walaubagaimanapun kesan dari perlakuan dan

penglibatan yang bersungguh-sungguh dalam aktiviti bersukan dan

kecergasan aerobik adalah lebih baik berbanding dengan pengamalan

aktiviti secara umum. Kanak-kanak perempuan mempunyai tahap prestasi

kecergasan fizikal yang berbeza dengan lelaki mengikut peringkat umur

3
(Borms, 1986). Ini mungkin disebabkan oleh suasana persekitaran

pengajaran pembelajaran yang diterima oleh kanak-kanak mempengaruhi

kesan terhadap prestasi kecergasan fizikal. Perbezaan jantina dalam

kecergasan fizikal akan sentiasa berubah dari masa ke semasa (Callister &

McLaren, 2001) kerana prestasi kecergasan fizikal dipengaruhi oleh faktor

latihan, peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran

tertentu.

Hasil kajian yang dilakukan oleh McKenzie, Sallis, Broyles & Zive

(2002), juga mendapati kanak-kanak perempuan mempunyai prestasi

kecergasan fizikal yang lebih baik dalam aspek lompatan dan

keseimbangan berbanding lelaki. Manakala kanak-kanak lelaki pula

menunjukkan pencapaian yang lebih baik dalam aspek keupayaan

menangkap dan menyambut bola. Menurut McKenzie dan rakan (2002),

perbezaan jantina dalam kecergasan fizikal akan sentiasa bertambah dari

masa ke semasa, kerana prestasi kecergasan fizikal dipengaruhi oleh

fa kto r peluang, harapan keluarga dan keperluan dalam persekitaran

tertentu. Penglibatan kanak-kanak lelaki dalam aktiviti fizikal lebih banyak

dan lebih lasak berbanding perempuan pada usia 12 tahun (McKenzie,

Sallis, Broyles & Zive, 2002).

Dapatan kajian oleh Willett dan Manson (1995), menunjukkan

faktor umur dan berat badan wanita yang tinggi menghadapi risiko

penyakit jantung kronari dua kali ganda berbanding berat bad an pad a

tahap normal. Bagi wanita yang berada di tahap obes 29.0 ke atas

4
risikonya tiga kali ganda berbanding dengan individu yang berada di

bawah tahap obes 21.0. Peningkatan berat badan selepas umur 18

tahun akan meningkatkan 3.1 % risiko penyakit jantung kronari bagi

setiap kilogram berat badan di kalangan wanita. Waaler (1984),

menjelaskan individu yang memiliki berat bad an melebihi 15% dari tahap

normal akan menghadapi ancaman penyakit jantung kronari tiga kali

ganda berbanding dengan orang yang berada di tahap normal.

Manakala, individu yang kurang be rat badan dari tahap normal akan

menghadapi risiko penyakit lain seperti kanser, hipertensi, osteoporosis,

artritis dan sebagainya.

Terdapat hubungan yang positif di antara pertumbuhan fizikal dengan

ketangkasan bagi kanak-kanak lelaki dan perempuan (Seils, 1951). Hasil

kajian yang dilakukan oleh Milne, Seefeldt & Reuschlein (1976), mendapati

pengaruh gred memberi kesan yang signifikan terhadap ujian kepantasan,

kuasa dan daya tahan. Kanak-kanak lelaki menunjukkan prestasi yang

lebih baik daripada kanak-kanak perempuan dalam semua item ujian

kecuali kelembutan. Dube, Andreacci, Robertson, Goss, dan Arslanian

(2002), telah menjelaskan bahawa pelajar yang obes akan membakar

kandungan lemak dalam bad an secara berlebihan semasa menjalani

aktiviti fizikal yang berterusan kerana lemak akan membekalkan tenaga

yang secukupnya untuk terus bermain atau berlatih. Komposisi badan

mempengaruhi tahap kecergasan fizikal di kalangan atlet perempuan.

5
Pate (1991), melaporkan terdapat hubungan yang konsisten antara

pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal dan penyakit yang

berkaitan dengan kardiovaskular. Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh

mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular seseorang dan

mencadangkan latihan yang sesuai bagi mereka. la boleh dijadikan

motivasi untuk peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup sihat,

dan juga sebagai langkah awal untuk pengesanan penyakit (Miller, 1994).

Menurut Franks dan Howley (1998), kecergasan kardiovaskular

dikaitkan dengan keupayaan pengambilan isipadu maksima oksigen (V02

max). Pengambilan isipadu maksima oksigen bermaksud jumlah isipadu

maksima gas oksigen yang digunakan oleh seseorang sewaktu melakukan

aktiviti yang meletihkan (Baumgartner dan Jackson, 1999). American

College of Sports Medicine (ACSM, 1999), menjelaskan bahawa V02 max

adalah indikator yang paling baik untuk menentukan tahap kecergasan

kardiovaskular seseorang. Semakin tinggi nilai V02 max, semakin tinggilah

tahap kecergasan kardiovaskular seseorang itu (Siedentop, 2004).

Tidak dinafikan terdapat pelbagai ujian yang boleh digunakan untuk

mengukur kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia. Walau

bagaimanapun, tiada satu pun ujian yang tekal dan digunapakai di semua

sekolah-sekolah di negara kita. Falls (1980), menyatakan bahawa

kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-aspek yang berkaitan

dengan fungsi fisiologi dan psikologi yang dipercayai memberi seseorang

individu perlindungan dari ancaman penyakit-penyakit hipokinetik

6
(kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung, kegemukkan dan

berbagai penyakit otot serta tulang. Pendekatan pengajaran pembelajaran

Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan yang mantap perlu melalui proses

pengujian dan pengukuran kecergasan fizikal yang piawai dan berterusan.

Sehingga kini, belum ada ujian kecergasan fizikal piawai yang boleh

digunakan secara berterusan oleh pelajar Malaysia.

Kebanyakan guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan serta

jurulatih sukan di negara kita selama ini menggunakan pelbagai kaedah

ujian bagi mengukur dan mendapatkan indeks kecergasan fizikal pelajar.

Apa yang pasti hanya dengan menggunakan pelbagai kaedah ujian

tersebut tanpa merujuk kepada sebarang kriteria piawai, bermakna kita

masih belum berjaya mengetahui tahap prestasi kecergasan fizikal pelajar

yang sebenarnya. Dengan adanya bateri ujian beserta norma Prudential

FITNESSGRAM yang telah digunapakai secara meluas seluruh dunia oleh

pengamal Pendidikan Jasmani, sekurang-kurangnya dapatlah membantu

kita membuat anggaran mengenai indeks prestasi kecergasan fizikal

kebangsaan bagi pelajar sekolah menengah Malaysia.

Seta kat ini belum ada sebarang kriteria rujukan piawai yang boleh di

guna pakai sebagai indeks untuk mengukur tahap prestasi kecergasan

fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia. Oleh itu, bagi mendapatkan

indeks kecergasan fizikal kebangsaan pelajar berumur 13 tahun hingga 17

tahun sekolah menengah Malaysia, maka penyelidik menggunakan

persetujuan rujukan kriteria dan rujukan norma berdasarkan norma ujian

7
yang telah diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM ke atas Ujian

PACER, Indeks Jisim Badan, Ujian Curl Up, Ujian Tekan Tubi dan Ujian

Trunk Lift. Kriteria rujukan dan norma rujukan piawai Prudential

FITNESSGRAM telah digunakan secara meluas di seluruh dunia.

Kehidupan pada zaman serba moden sekarang, menuntut kepada

perlunya kecergasan fizikal. Apa yang harus disedari oleh setiap individu

kini adalah sekiranya berlaku kemerosotan kecergasan fizikal akan

memberi pengaruh yang ketara terhadap kapasiti mental dan aspek sosial

individu. Kecergasan fizikal merupakan hak individu dan berbeza antara

satu sama lain. la harus dituntut oleh semua golongan sam a ada lelaki

atau perempuan, muda atau tua, kecil atau besar untuk mengekalkan

kecergasan fizikal hingga akhir hayat. Begitu juga dengan pelajar-pelajar di

sekolah. Kecergasan yang optimum boleh membantu pelajar

melaksanakan aktiviti harian tanpa rasa letih dan lesu. Selaras dengan itu

aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna

untuk menjamin kehidupan yang sihat dan sejahtera. Kecergasan untuk

kesihatan merangkumi aspek yang berkaitan dengan fungsi fisiologi dan

psikologi yang dipercayai memberi individu perlindungan dari ancaman

penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan) seperti penyakit jantung,

kegemukan dan pelbagai penyakit otot dan tulang. Kecergasan untuk

prestasi pula merujuk kepada fungsi dan keupayaan individu untuk

bertanding dalam aktiviti sukan dengan bertenaga, berdaya kuasa,

kekuatan, berdaya tahan, kemahiran dan sebagainya." ( Ahmad Hashim,

2002 ).

8
Latar Belakang

Dewasa ini masalah yang banyak ditimbulkan oleh penyelidik

kecergasan adalah tidak ada indeks yang piawai untuk dijadikan rujukan

menilai tahap kecergasan pelajar-pelajar sekolah menengah. Kebanyakan

pengkaji atau penyelidik banyak bergantung kepada norma dari luar negara

dan disesuaikan dengan pelajar sekolah, di Malaysia. Oleh itu hasil

dapatan tersebut sebenarnya kurang tepat dan boleh dipertikaikan kerana

bentuk tubuh pelajar, corak pemakanan, cara latihan dan keadaan cuaca

adalah berbeza dengan apa yang dihadapi oleh pelajar-pelajar di Malaysia.

Dari segi fisiologi pasti ada perbezaan tahap kecergasan. Oleh itu, kajian

ini cuba membantu para guru dan penyelidik menghasilkan indeks

kecergasan fizikal pelajar-pelajar sekolah menengah di Malaysia mengikut

tahap kecergasan pelajar di Malaysia.

Selain itu, kesukaran memperolehi norma tempatan bagi tujuan

rujukan atau perbandingan dalam penilaian prestasi kecergasan fizikal

pelajar, menyebabkan kurangnya penyelidikan dalam bidang Pendidikan

Jasmani di Malaysia. Pada masa ini, kebanyakan pengukuran dan

penilaian dalam Pendidikan Jasmani, ke atas pelajar-pelajar sekolah

menengah telah menggunakan norma-norma yang diambil dari negara

Barat. Amalan ini adalah kurang sesuai untuk digunakan secara terus

kepada pelajar kita. Penyelidik berusaha untuk membina norma bagi ujian

yang sama digunapakai oleh fitnessgram. Oi samping itu, bateri ujian ini

9
juga harus mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi supaya

sah digunapakai oleh semua orang. Selain daripada itu, norma yang

diberikan oleh fitnessgram dari negara barat juga tidak boleh digunakan

lagi kerana norma yang melebihi lima tahun dianggap jumud dan harus

dikaji semula, (Baumgartner 2003).

Indeks prestasi kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di

Malaysia adalah satu alat yang boleh digunakan bagi menentukan tahap

prestasi kecergasan fizikal. Banyak indeks kecergasan fizikal yang

digunakan masa kini hanya berpandukan pada sesuatu yang tidak

berlandaskan pada situasi atau pad a tahap kebolehan pelajar setempat.

Sehingga kini belum ada satu norma atau indeks prestasi kecergasan

fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia yang dikeluarkan oleh mana

mana pihak yang boleh menentukan tahap kecergasan fizikal pelajar di

Malaysia. Oleh itu, rujukan pada norma atau indeks prestasi kecergasan

fizikal pelajar sekolah menengah yang tidak relevan dengan pelajar

setempat menimbulkan banyak persoalan.

10
Penyataan Masalah

Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan adalah suatu

kriteria yang boleh digunakan bagi membantu mentafsirkan tahap

kecergasan fizikal pelajar dalam sesuatu kemahiran sukan. Indeks Prestasi

Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang diperoleh melalui ujian kecergasan

fizikal dapat membantu guru Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan

mengetahui tahap prestasi kecergasan fizikal pelajar. Berdasarkan Indeks

Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan tersebut, guru dapat mengenal

pasti pelajar yang mempunyai kekuatan dan kelemahan dalam kecergasan.

Pengetahuan mengenai tahap kecergasan fizikal pelajar dapat membantu

guru menyediakan bahan pengajaran yang sesuai dalam proses

pengajaran dan pemelajaran mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Proses

pengajaran pemelajaran mata Pelajaran Pendidikan Jasmani dalam

Kurikulum Baru Sekolah Menengah sepatutnya membolehkan pel ajar yang

berumur 13 tahun dan ke atas menguasai kecergasan fizikal dengan

berkesan. Ini membolehkan pelajar yang berminat dalam sukan memilih

jenis sukan dan permainan yang digemari. Pelajar ini juga nanti dapat

bergiat cergas dalam aktiviti sukan berbentuk pertandingan dan rekreasi

dengan lebih bermakna. Pembentukan Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal

Kebangsaan di kalangan pelajar sekolah menengah Malaysia sangat

diperlukan ketika ini bagi melihat tahap prestasi kecergasan fizikal pelajar.

Kesukaran mendapatkan Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal

Kebangsaan menyebabkan negara kita masih menggunakan ujian yang

1 1
tidak mempunyai prosedur yang piawai untuk mengukur prestasi

kecergasan fizikal. Ini akan menimbulkan masalah besar kepada guru

Pendidikan Jasmani. Seta kat ini belum ada Indeks Prestasi Kecergasan

Fizikal Kebangsaan yang dapat di guna pakai bagi menentukan tahap

pencapaian kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia.

Seta kat ini belum ada prosedur ujian dan norma kecergasan fizikal yang

piawai yang dapat diperkenalkan dan dilaksanakan di sekolah menengah

Malaysia. Seta kat ini pelajar tidak dapat mengetahui tahap prestasi

kecergasan fizikal kerana prestasi mereka tidak diukur dan dinilai secara

sistematik. Guru tidak berjaya menggunakan ujian pengukuran yang tekal

kerana tidak ada Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang

piawai, oleh itu pencapaian skor ujian yang diperoleh tidak berjaya

menunjukkan tahap kecergasan fizikal pelajar yang sebenar.

Kepentingan kajian

Maklum balas mengenai indeks prestasi kecergasan fizikal pelajar

sekolah menengah di Malaysia dapat membantu guru mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan pelajar.Di antara kepentingan kajian ini adalah:-

i. Kajian ini dapat memberi maklum balas tentang tahap daya tahan

otot, kekuatan otot, daya tahan kardiovaskular, kelembutan dan

komposisi lemak badan pelajar sekolah menengah di Malaysia

berumur antara 13 hingga 17 tahun.

12
ii. Kajian ini juga dapat memberi maklum balas tentang tahap

kecergasan fizikal sebenar pelajar sekolah menengah di Malaysia

berumur antara 13 hingga 17 tahun.

iii. Hasil analisis dapat membentuk satu Indeks Prestasi Kecergasan

Fizikal Kebangsaan yang terulung bagi pelajar sekolah menengah di

Malaysia berumur antara 13 hingga 17 tahun.

iv. Hasil kajian ini dapat memberi maklum balas yang berguna kepada

Sahagian Sekolah Sekolah, Sahagian Pendidikan Guru dan Pusat

Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia tentang

prestasi kecergasan fizikal pelajar sekolah menengah di Malaysia

berumur antara 13 hingga 17 tahun.

v. Hasil kajian ini juga nanti dapat memberi maklum balas kepada

pihak yang bertanggung jawab mengubal kurikulum Pendidika

Jasmani dan Sains Sukan supaya dapat melihat semula

keberkesanan kursus yang berkaitan dengan aktiviti fizikal dan

kecergasan.

Objektif Kajian

Kajian Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan di kalangan

pelajar sekolah menengah di Malaysia ini dijalankan bagi mencapai

objektif-objektif berikut:-

i. Membentuk manual prosedur ujian kecergasan fizikal yang piawai

dan diguna pakai oleh semua pelajar sekolah menengah di

Malaysia.

13
ii. Membentuk Indeks Prestasi Kecergasan Fizikal Kebangsaan

sebagai norma rujukan kecergasan fizikal pelajar lelaki dan

perempuan yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun yang boleh

digunakan untuk semua pelajar sekolah menengah di Malaysia.

iii. Melihat tahap pencapaian kecergasan fizikal pelajar sekolah

menengah di Malaysia beradasarkan umur dan jantina

Hipotesis Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan kajian tersebut, penyelidik akan

menjawab hipotesis kajian berikut.-

Ho 1: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi daya

tahan otot di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13

tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.

Ho2: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi daya

tahan kardiovaskular di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang

berumur 13 tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut

umur.

Ho3: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi kekuatan

otot di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13 tahun, 14

tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.

14
Ho4: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi

kelembutan di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13

tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.

Ho5: Tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi Inindeks

Jisim Badan di antara pelajar lelaki sekolah menengah yang berumur 13

tahun, 14 tahun, 15 tahun, 16 tahun dan 17 tahun mengikut umur.

Limitasi Kajian

Kajian indeks prestasi kecergasan fizikal pelajar sekolah Menengah

di Malaysia dijalankan berdasarkan dilimitasi berikut-

i. Keadaan tapak ujian dan persekitaran juga perlu diutamakan

kerana ia mungkin berbeza dari satu tempat ke tempat lain.

Ii. Pengalaman, pengetahuan dan tahap kecergasan fizikal subjek

yang sedia ada berkaitan aktiviti fizikal dan sukan tidak dapat

dikawal. Pengaruh ini secara tidak langsung akan memberi

kesan sampingan ke atas hasil kajian.

iii. Pengkaji juga perlu memberi perhatian terhadap faktor alatan

yang digunakan dan persediaan penguji sebelum ujian

dijalankan. Penguji seharusnya telah mendapat latihan yang

mencukupi dan faham tentang prosedur ujian. Ketidakcekapan

penguji boleh memberi ralat kepada keputusan

15
Definisi Operasional

Dalam kajian ini pelbagai terminologi dan konsep digunakan.

Pengertian terminologi dan konsep dalam konteks kajian ini adalah seperti

berikut-

Prestasi

Tahap pencapaian maksimum atau kebolehan yang mampu dicapai oleh

seseorang dalam sesuatu aktiviti.

Kecergasan fizikal

Kecergasan fizikal adalah kemampuan seseorang yang dapat

ditunjukkan berdasarkan kekuatan otot, dayatahan otot, dayatahan

kardiovaskular, kelembutan dan komposoisi lemak badan.

Indeks Jisim Badan

Indeks Jisim Badan adalah berat badan yang unggul dan diperoleh

dengan cara membahagikan be rat badan (dalam kilogram) dengan ganda

dua ketinggian badan


(dalam meter). Formula yang digunakan bagi
Wt (kg)
kaedah ini adalah: BMI =
Ht2 (m)

Instrumen ujian

Terdiri daripada lima jenis ujian kecergasan fizikal yang telah

diperkenalkan oleh Prudential FITNESSGRAM (Cooper Institute for

Aerobics Research, 1992) iaitu ujian PACER, ujian Curl-up, ujian Push-up,

ujian lentik belakang (trunk- lift) dan Indeks Jisirn Badan.

16
Kekuatan otot

Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot mengatasi rintangan

bagi menghasilkan daya atau kuasa maksimum.

Dayatahan kardiovaskular

Keupayaan sistem jantung, sistem pernafasan dan sistem darah

membekalkan oksigen yang diperlukan kepada sel dan organ di dalam

badan bagi melakukan kerja dalam jangka masa panjang.

Dayatahan otot

Kemampuan dan kebolehan otot atau kumpulan otot menghasilkan

daya berulang-ulang bagi sesuatu jangka masa tertentu (janqka masa

panjang).

Kelembutan

Keupayaan sendi atau kumpulan sendi untuk membenarkan

pergerakkan berlaku dengan licin tanpa menghadapi sebarang rintangan.

Ditentukan oleh panjangnya otot, ligamen, tendon dan struktur sendi

individu tersebut.

17
Indeks prestasi kecergasan fizikal

Adalah satu jadual pengukuran yang dihasilkan oleh pengkaji barat

melalui ujian fitnessgram sebagai skala rujukan menilai tahap kecergasan

fizikal pelajar. Jadual rujukan ini dibuat berdasarkan kecergasan pelajar

pelajar dari barat.

Fitnessgram

Bateri ujian yang dirangka dan digubal oleh Cooper Institute for

Aerobic Research pada tahun 1999. Bateri ini digunapakai oleh Majlis

Sukan dan sekolah-sekolah di Amerika Syarikat. Ujian atau instrumen dari

bateri ini digunakan di dalam kajian ini.

18

You might also like