Surat Kebenaran Menjalankan Kajian

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Grace Ho Lee Yin

Institut Pendidikan Guru


Kampus Temenggong Ibrahim,
Jalan Datin Halimah,
80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim.

Persatuan Bola Sepak Negeri Johor


Stadium Tan Sri Dato Hj. Hassan Yunos,
Jalan Dato Jaafar,
80350 Johor Bahru,
Johor Darul Takzim. 12 January 2017

Tuan,

PERMOHONAN BAGI MELAKSANAKAN KAJIAN KES DI PERSATUAN BOLA SEPAK


NEGERI JOHOR
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan kepada tuan bahawa saya, Grace Ho Lee Yin, pelajar
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI), mewakili kumpulan
pelaksanaan Kajian Kes Kokurikulum-Persatuan seramai tiga orang ingin memohon
kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan kajian kes di Persatuan Bola Sepak
Negeri Johor.

3. Adalah dimaklumkan bahawa kami berhasrat untuk melaksanakan kajian kes


tersebut atas kewajipan kerja kursus. Berikut merupakan butiran-butiran mengenai kajian
kes tersebut:

Tarikh : 18 Februari 2017


Masa : 11.00 pagi- 3.00 petang
Bilangan Penyelidik : 3 orang (sila rujuk Lampiran A mengenai maklumat
penyelidik)
Tujuan : untuk mendalami kefahaman mengenai ilmu berpesatuan
dan tatacara penubuhan persatuan
4. Bersama-sama surat ini saya sertakan surat pengesahan pelajar untuk
menjalankan penyelidikan dari pihak IPGKTI dan surat kebenaran menjalankan
penyelidikan dari Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,
Kementerian Pendidikan Malaysia untuk rujukan tuan.

5. Sehubungan dengan itu, saya memohon kepada tuan agar kami dapat
memperoleh maklumat-maklumat yang diperlukan sepanjang tempoh kajian kes. Kami
amat berharap permohonan ini mendapat perhatian daripada pihak tuan. Segala
pertimbangan dan keprihatinan tuan amat kami hargai.

Sekian.

Yang benar,

___________________
(GRACE HO LEE YIN)

You might also like