Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Malaysia sebuah negara yang unik dari segi populasi dan komposisi kaum.

Kaum-
kaum utama yang menyemarakkan perkembangan dan pembangunan Malaysia ialah
Melayu, Cina, dan India. Walaupun begitu, masyarakat Malaysia dapat hidup dengan
harmoni, aman dan damai. Konsep 1 Malaysia, `Rakyat Didahulukan, Pencapaian
Diutamakan yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato Seri
Najib bin Tun Abdul Razak merupakan satu cara yang sangat bijak bagi menangani masalah
jurang antara kaum yang pernah berlaku pada masa dahulu. Buktinya, seruan oleh beliau ini
mendapat reaksi positif dan sambutan yang menggalakkan daripada seluruh rakyat
Malaysia. Rata-rata berpuas hati dengan konsep yang diwujudkan ini bersesuaian dengan
objektifnya sendiri yang melambangkan visi negara untuk mewujudkan satu masyarakat
yang bersepadu dan mempunyai semangat cinta akan negara berpandukan Perlembagaan
Negara dan Rukun Negara selain dari mencerminkan rakyat Malaysia yang saling
bekerjasama, bermuafakat, berdikari, berfikir dan menghayati satu visi untuk membina satu
Negara Bangsa

Malaysia sebuah negara membangun yang bermula dengan kemerdekaan Tanah


Melayu pada tahun 1957. Keunikan Malaysia dari segi populasi dan komposisi kaum yang
pelbagai menjadikan negara ini dipandang tinggi oleh masyarakat luar. Kaum-kaum utama
yang menyemarakkan perkembangan dan pembangunan Malaysia ialah Melayu, Cina, dan
India. Walaupun Malaysia hidup berbeza kaum, budaya dan agama, masyarakat Malaysia
dapat hidup dengan harmoni, aman dan damai. Kemajuan negara Malaysia pada masa kini,
salah satunya adalah hasil daripada pengaruh tamadun-tamadun terdahulu. Kejayaan
tamadun-tamadun silam yang berjaya mempengaruhi dunia hingga hari ialah tamadun yang
mampu menghasilkan idea, tulisan, ciptaan dan peloporan dalam sesuatu perkara baru hasil
tercetusnya perkembangan ilmu dan keintelektualan. Tamadun Yunani, China, India, Jepun,
Bizantin, Rom, Parsi dan sebagainya amat menyerlah dalam sejarah kerana ketrampilan
mereka memajukan idea. Lebih-lebih lagi, Tamadun Islam amat gemilang sebagai pusat
perkembangan ilmu pengetahuan. Justeru, sesebuah negara itu digalakkan mengadaptasi
tamadun-tamadun hebat di luar sana dan menyesuaikannya dengan masyarakat di negara
itu untuk membina tamadun yang unggul.

You might also like