Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 36

1.

0 PENGENALAN

Manusia dan alam sekitar mempunyai hubungan yang integral dan saling bergantung di
antara satu sama lain. Cuma yang membezakan antara kedua- dua elemen ini ialah manusia
diberi kelebihan tambahan dengan dianugerahkan akal oleh pencipta. Melalui akal tersebut,
manusia diberi amanah untuk mengurus dan mentadbir alam mengikut sunnatullah
(Solahuddin Ismail dan Mohd Rizal Safar, 2010). Namun begitu, pada hari ini manusia
seolah-olah mengikari tanggungjawab yang diamanahkan. Pembangunan pada asalnya
bertujuan untuk menjadikan negara sebuah negara maju akhirnya membuatkan manusia terus
rakus penyebarkan pembangunan sehingga merosakkan kualiti alam sekitar. Pada hari ini,
kemerosotan alam sekitar akibat perbuatan manusia jelas dapat dilihat melalui kejadian alam
seperti banjir yang berlaku saban tahun. Selain daripada faktor manusia, kejadian ini juga
disebabkan oleh faktor fizikal iaitu musim. Di Malaysia, musim tengkujuh yang melanda
Negeri- Negeri di Pantai Timur iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu merupakan faktor
fizikal utama yang menyebabkan kejadian ini berlaku. Justeru, bagi menyingkap dengan lebih
mendalam berkenaan dengan kejadian ini, kajian lapangan telah dijalankan di salah satu
kawasan yang teruk dilanda banjir iaitu Temerloh, Pahang. Kajian ini dijalankan oleh pelajar
Geografi yang mengambil kursus Wilayah Asia Monsun di bawah penyeliaan Dr Kamarul bin
Ismail.

2.0 KONSEP BANJIR

Perubahan iklim mendatangkan kesan-kesan seperti terjadinya kenaikan


suhu global, hujan asid, jerebu dan juga pemanasan global yang berpunca
dari pelepasan gas karbon dioksida ke atmosfera bumi. Salah satu
fenomena akibat daripada perubahan iklim di Malaysia adalah banjir.
Banjir merupakan satu keadaan yang mana jumlah kerpasan melebih
jumlah sejatan. Selain itu, banjir juga dapat diterangkan sebagai kenaikan
air disesebuah takungan seperti tasik, sungai dan laut sehingga melebihi
daya tampung takungan tersebut lalu melimpah ke kawasan sekitar
khususnya di kawasan tanah rendah. Apabila isu ini diutarakan, terdapat
dua dimensi banjir yang perlu dibezakan oleh umum iaitu banjir yang
berlaku pada musim tengkujuh dan banjir kilat. Banjir pada musim
tengkujuh biasanya akan melanda negeri- negeri di Pantai Timur iaitu

1
Pahang, Kelantan dan Terengganu disebabkan oleh curahan air hujan yang
banyak dalam tempoh masa yang lama pada bulan November sehingga
Mac. Manakala, banjir kilat pula berlaku dalam tempoh masa yang singkat
dan dikaitkan dengan proses pembangunan dan pembandaran di kawasan
bandar seperti Kuala Lumpur, Johor dan Lembah Klang.

3.0 LATAR BELAKANG KAWASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan di Temerloh, Pahang iaitu antara kawasan yang teruk
dilanda banjir pada tahun 2014. Dari sudut geografi, Temerloh merupakan
sebuah bandar yang terletak di tengah- tengah negeri Pahang iaitu di
Persimpangan antara Sungai Semantan dan Sungai Pahang. Selain itu,
Temerloh juga bersempadan dengan Daerah Maran di sebelah Timor,
Daerah Bentong di sebelah Barat, Daerah Jerantut di sebelah Utara dan
Daerah Bera di sebelah Selatan. Temerloh merupakan kawasan di mana
terletaknya titik tengah Semenanjung Malaysia dan dikatakan menjadi
lokasi aliran air dari hulu ke kawasan Kuala Sungai Pahang di Kuantan
sekaligus menyebabkan daerah itu kerap dilanda banjir (Majlis
Pembandaran Temerloh, 2016). Walau bagaimanapun, kajian lapangan ini
hanya memberi fokus kepada beberapa kawasan terpilih sahaja dan tidak
merangkumi keseluruhan kawasan Temerloh. Kawasan yang dipilih
terbahagi kepada tiga iaitu Bandar (Pekan Temerloh), Sub Bandar (Jalan
Bahagia) dan Kampung (Kampung Tengah dan Kampung Buntut Pulau)
(rujuk peta 1 dibawah).

Rajah 1 : Peta Kawasan Kajian

Sumber : Google, 2016

https://www.google.com/maps/@3.4558496,102.4062606,3586m/data=!3m1!1e3

2
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

i. Mengkaji dan mendapatkan maklumat mengenai kejadian banjir yang berlaku di


Temerloh, Pahang.

ii. Menilai kesan kejadian banjir kepada penduduk di kawasan terlibat.

iii. Mencadangkan langkah yang sesuai bagi mengatasi masalah banjir di kawasan kajian
dan kepada penduduk setempat.

5.0 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merujuk kepada kaedah yang digunapakai bagi mendapatkan data dan
maklumat seperti yang diinginkan oleh pengkaji. Dalam kajian ini, terdapat beberapa kaedah

3
telah gunapakai bagi mendapatkan maklumat mengenai banjir di Temerloh. Kaedah- kaedah
tersebut ialah pemerhatian, temu bual dan rujukan perpustakaan.

Pemerhatian

Pemerhatian merupakan kaedah pertama dan sangat penting dalam kajian ini. Hal ini
demikian kerana, melalui kaedah ini pengkaji dapat melihat dan menilai sendiri kesan
yang berlaku di kawasan dan ke atas mangsa banjir.

Temubual

Temubual dijalankan ke atas mangsa banjir dibeberapa kawasan terpilih. Sebelum


temubual dijalankan, soalan- soalan yang bakal ditanya telah dirangka terlebih dahulu dan
perlu mendapatkan kelulusan daripada pensyarah. Semasa temu bual pula, setiap
maklumat dicatat dan direkodkan untuk dianalis.

Rujukan perpustakaan dan internet

Selain daripada pemerhatian dan temubual, maklumat mengenai banjir di Temerloh juga
diperoleh melalui rujukan perpustakaan seperti buku, jurnal dan sebagainya. Selain itu,
pencarian bahan juga dibuat dengan menggunakan internet.

6.0 DAPATAN KAJIAN

4
Dapatan kajian ini akan mengupas dengan lebih lanjut berkenaan dengan kaedah temubual
yang dijalankan keatas mangsa banjir di kawasan kajian. Berikut adalah transkrip (verbatim)
yang telah dianalisis.

6.1 Responden 1

Soalan Jawapan
Penemuramah Nama mak cik apa?

Responden : Ramlah

Penemuramah : Umur

Responden : 66 Tahun

Penemuramah : Bantuan itu macam mana ada di terima cepat atau lambat?

Responden : Lambat jugak di dalam masa 3 bulan juga la. Mak cik jugak
kadang duduk je lah dekat rumah. Rumput masa keadaan
banjir yang teruk itu sampai atap. Mak cik basuh rumah ni
sampai boleh duduk. Kalau untuk rumah mak cik ini
dinding semua habis runtuh dan habi tenggelam kalau untuk
rumah mak cik ni.Tapi mak cik ada rumah lain tapi mak cik
lebih selesa tinggal di sini. Tiang api semua habis semua
tenggelam betapa kuatnya air masa kejadian itu berlaku
Penemuramah : Bantuan itu datang yang macam mana?

Responden : Kerajaan selalunya kat sini dia akan bagi bantuan dalam
segi infrstruktur.

Penemuramah : Bantuan itu datang semasa air dah surut atau masa air naik

Responden : Masa dah surut baru sampai bantuan.

Penemuramah : Kiranya sewaktu tu berpindah ke balai raya atau macam


mana?

Responden : Macam mak cik ni, mak cik lari ikut atas bukit yang
berhampiran dengan rumah mak cik sebab nak melalui jalan
dah tidak boleh tersekat sebab air dah naik kan. Sampaikan
ada yang tido dalam kereta

Penemuramah : Banjir tu mak cik sedar waktu malam atau macam mana?

5
Responden : pada waktu malam air naik. Pada masa mak cik tengah tidur.

Penemuramah : Kerosakan harta benda macam mana?


Responden : Kerosakan banyak berlaku, kereta mak cik 2 3 buah yang
rosak.
Penemuramah : Macam rumah mak cik ini yang telah di baiki ker?
Responden : Ye... tapi macam mak cik ni hanya sebahagian sahaja yang
telah mak cik dapat bantuan untuk perbaiki rumah

Penemuramah : Agensi mana yang telah beri bantuan kerajaan atau swasta?

Responden : kerajaan la yang bantu. Kalau untuk bantuan makanan ada


jugak sikit- sikit.Mak cik ada rumah sebelah sana. Ada air
juga tidak lepas. Mak cik letak kain baju semua dalam
kereta. Periuk semua juga habis hanyut. Tidak sempat untuk
selamatkan sebab masa tu mak Cik tengah tidur.Tilam-tilam
juga habis semua hanyut entah ke mana.

Penemuramah : Antara contoh bantuan yang dapat?

Responden : Mak cik dapat ada yang bagi tilam , tikar bantal tu masa
yang pertama dulu banjir. Tapi yang kedua teruk ni tidak ada
pemberian bagi tilam , tikar bantal. Kalau yang rumah mak
cik ni habis semua tidak ada tilam bantal dan sebab tak akan
kita nak angkat sebab berat kan.

Penemuramah : Apakah nama kampung ini mak cik?

Responden : Kampung tengah. Sebab nya yang kampung tengah ni


kawasan nya adalah lebih rendah daripada kampung sebelah
sana. Tapi untuk dekat sungai pahang tidak ada yang pula
yang terkena teruk macam ni. Masa banjir yang bulan tiga
dulu mak cik ada dapat peti air sebab dato yang bagi.Tapi
yang teruk sekali ni tidak ada sedangkan pada tahun 2014
hanya paras kaki sahaja yang kena banjir untuk rumah mak
cik. Tapi yang teruk sekali ni tidak ada pula yang bagi.
Masalahnya yang sukarelawan tu suruh pindah ke sekolah
yang berdekatan sedangkan ma cik x boleh nak lalui ke
kawasan tersebut menyebabkan bantuan makanan tu tidak
sampai kepada mak cik.

Penemuramah : Apakah masalah yang telah timbul?

Responden : Sehinggakan anak mak cik yang duduk di dalam kereta ni


sampai demam sampai tidak terdaya duduk di dalam kereta
dengan makan meggi dengan air sejuk sahaja ianya telah

6
menjadi sejarah betul ni.........sebagai alas untuk hidup kan.
Hendak telefon ambulan pon tidak dapat sebab bekalan
elektrik pon tidak ada. Talian terputus. Kadang-kadangkan
yang bantuan ni nampak dia orang bawa dengan bot tapi dia
bagi hanya kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
Maknanya ada yang simpan barang-barang tu di dalam
rumah. Sehinggakan simpan barang tu untuk dijual pula
kepada penduduk. Mak cik tahu lah sebab mak cik
penduduk di kampung ini. Malahan ada juga orang luar iaitu
orang kelantan yang telah menjual barangan bantuan
tersebut. Sebab barangan terlebih banyak sampai tidak
kehabisan.

Penemuramah : Mak cik terima kasih sebab sudi untuk di temu ramah
Responden : Sama-sama.

Analisis Responden

Menurut responden yang pertama yang tinggal di kampung tengah telah menyatakan
bahawa banjir pada tahun 2015 yang telah berlaku itu adalah yang paling besar berlaku akibat
daripada penurunan hujan yang tidak berhenti telah menyebabkan sungai Pahang telah di
limpahi air hujan sehingga menyebabkan berlaku peningkatan paras air sungai Pahang. Selain
itu, keadaan geografi kampung Tengah kawasan nya adalah lebih rendah daripada kampung
sebelah sana iaitu Kampung Buntut Pulau. Selain itu, menurut responden pertama yang telah
di temu bual di dapati bahawa bantuan yang telah di terima oleh responden agak lama dalam
masa 3 bulan juga untuk mendapatkan bantuan daripada pihak kerajaan. Malahan itu juga,
menurut responden pertama telah menyatakan bahawa beliau terpaksa untuk duduk dalam
keadaan yang tidak selesa selepas dua minggu berlakunya kejadian banjir tersebut. Akibat
daripada kejadian tersebut telah menyebabkan responden kehilangan harta benda dengan
kadar yang banyak sehingga menyebabkan berlakunya kerugian yang mencecah kepada
beribu-ribu ringgit. Antara contohnya ialah seperti kerosakan kereta, barangan elektrik dan
juga keadaan rumah yang telah hampir runtuh akibat daripada kelajuan air yang sangat deras
pada sewaktu kejadian banjir tersebut.

Dilaporkan bahawa Sungai Pahang kini mengalami masalah kecetekan sungai. Ini berlaku
mungkin sebab kerana banyak tanah di kawasan hutan yang ditebang masuk ke dalam sungai.
Ditambah dengan elemen hujan lebat luar biasa yang membawa kuantiti pasir atau tanah yang

7
banyak ke dalam dasar sungai. Seterusnya mencetuskan limpahan air sungai yang tak
dijangka. Bukan setakat Sungai Pahang sahaja bahkan sungai sungai yang ada di seluruh
Malaysia ini menghadapi masalah yang sama.

Selain itu juga, menurut responden juga mengatakan bahawa apabila tiba musim tengkujuh,
di kawasan sungai Pahang dan sekitarnya memang akan mengalami kenaikan air tetapi tidak
di sangka bahawa pada tahun 2014 telah mencatatkan sejarah apabila yang paling terburuk
dan telah mengalahkan rekod lampau seperti tahun 1971 yang telah menjadi kejadian banjir
yang terburuk pada waktu tersebut. Antara bantuan yang paling banyak telah di berikan
adalah barangan keperluan harian seperti makanan, tepung, sardin, gula, maggi dan
sebagainya sebagai barangan untuk kegunaan untuk seharian. Namun begitu, bantuan yang
telah di berikan pada kawasan yang telah banjir itu telah menimbulkan perasaan tamak
kepada para penduduk kampung sehinggakan ada segelintir masyarakat yang bersikap tamak
sehingga menyebabkan berlaku ketidakcukupan bekalan makanan. Hal ini, telah
menyebabkan ada segelintir masyarakat yang terpaksa berlapar akibat daripada tindakan
segelintir masyarakat yang telah mengambil dan menyimpan bekalan makanan untuk
kepentingan diri sendiri. Oleh itu, tindakan yang telah di lakukan ini seharusnya di pandang
serius oleh ahli jawatankuasa kampung perlulah memainkan peranan dengan memastikan
setiap bekalan makanan itu sampai kepada semua penduduk kampung setempat di Kampung
Tengah, Temerloh.

Oleh itu, kita semua sebagai khalifah yang dilantik oleh Allah s.w.t di muka bumi ini
hendaklah menjalankan peranan masing masing dengan baik. Alam semula jadi ciptaan Allah
ini bukan lah sekadar tayangan sahaja. Ia ada juga kegunaan dalam kehidupan kita dan
apabila kita menggunakannya hendaklah ia digunakan secara cermat dan berhemah. Moga
kisah banjir besar 2014 ini menjadi pengajaran berguna untuk kita semua supaya kita lebih
prihatin dan cakna kepada isu penjagaan alam sekitar dan juga Sustainable Forest
Development.

8
6.2 Responden 2

Soalan Jawapan
Penemuramah : Pada tahun berapakan yang paling teruk banjir?

Responden : 2014

Penemuramah : Paras air sampai mana??

Responden : Sampai atap kedai kami


Penemuramah : Bantuan banjir ada yang sampai?

Responden : Bantuan selepas dan sebelum ada semasa banjir tu dia orang
akan hantar menggunakan bot selepas banjir pula akan hantar
ke rumah
Penemuramah : cepat atau lambat bantuan banjir tersebut?

Responden : lambat juga.

Penemuramah : Bantuan dari segi apa?

Responden : makanan dan pakaian.

Penemuramah : Antara contoh makanan itu apa??

Responden : Biskut,beras, sardin, tepung,minyak

Penemuramah : Dari segi bantuan kewangan?

Responden : Bantuan kewangan itu hanya di pilih kepada pekerjaan


seseorang. Macam kategori pekerja kerajaan dapat bantuan
daripada pihak pejabt. Kalau untuk orang kampungdaripada
pihak JKKK kampung. Bantuan daripada masjid ada jugak.

Penemuramah : Bantuan daripada swasta ada jugak tak?

Responden : Saya tidak pasti tapi macam ada rasanya.

Penemuramah : Berapa kerugian yang telah di alami?

Responden : Anggaran dalam 5 ribu juga Kalau untuk kedai ini hanya hilang
2 peti yang telah hanyut. Tapi yang ni ganti yang baru yang beli
sendiri. Nak kumpul modal balik agak lama dalam beberapa
tahun jugak untuk membeli yang baru.

Penemuramah : Encik ni penduduk tempatan k?

9
Responden : AH ah ye saya.

Penemuramah : Paras mana air itu naik?


Responden : Rumah saya hanya terkena pada paras kaki sahaja iaitu buku
lali.

Responden : Jumlah penduduk sini berapa?

Responden : Tidak berapa banyak sebab sini kecil sahaja.

Penemuramah : Apa nama kampung kat sini.

Responden : Ni kampung Buntut Pulau.

Penemuramah : Ada yang meninggal semasa kejadian banjir tersebut?

Responden : Alhamdulillah yang meninggal tidak ada.Tapi biasalah selepas


banjir kebanyakan ada yang sakit. Tapi bukan dekat sini la.

Penemuramah : Perasaan banjir tu macam mana?????


Responden : Biasa je sebab dah terbiasa satu keburukanya bila tidak ada
elektrik, komunikasi tidak ada sehingga tidak boleh nak buat
apa-apa.

Penemuramah : Elektrik kembali pulih ambil masa berapa lama?

Responden : Dalam masa 2 minggu selepas banjir sebabnya dekat Temerloh


ada pencawang yang telah rosak menyebabkan ianya telah
memberi kesan kepada yang lain-lain pencawang
Penemuramah : Nama?

Responden : Muhammad Iddin

Penemuramah : Umur

Responden : 20

Penemuramah : Ada tak JPAM yang datang membantu.

Responden : JPAM, bomba semua tidak ada fungsi langsung dekat sini
sebab dia orang fokus kepada orang-orang bandar sahaja. Tidak
ada guna langsung. Hanya Cuma lalu sahaja . Jpam berfungsi
ketika orang sakit sahaja. Orang kampung sahaja lah yang
banyak berfungsi dalam menolong.

10
Analisis Responden

Seterusnya ialah responden yang kedua ialah yang bernama Uddin yang berumur 20
tahun. Beliau merupakan penduduk tetap di kawasan tersebut iaitu di Kampung Buntut Pulau,
Temerloh. Bagi penduduk Kampung Buntut Pulau ini juga telah bersetuju dengan responden
pertama tadi yang telah mengatakan bahawa pada tahun 2014 adalah tahun yang paling teruk
banjir yang telah berlaku di Temerloh sehingga menyebabkan berlaku di kawasan Buntut
Pulau itu sebagai lautan. Tetapi berbeza pula dengan responden kedua mengatakan bahawa
bantuan yang telah sampai itu akan wujud selepas dan sebelum dan berlakunya banjir. Namun
selepas berlaku banjir bantuan akan sampai kepada rumah tetapi ianya telah mengambil
masa yang lama. Kejadian banjir yang berlaku itu telah menjejaskan kegiatan ekonomi iaitu
penjualan ikan patin. Hal ini telah menyebabkan berlakunya kerugian yang mencecah kepada
5 ribu kepada responden yang kedua ini. Kejadian banjir yang telah berlaku ini adalah di
sebabkan hujan lebat yang telah turun sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan paras
air sungai Pahang.

Kejadian banjir Limpahan Sungai Pahang dek kerana hujan lebat luar biasa dan
faktor penggondolan hutan menyebabkan berlaku banjir luar biasa di daerah Temerloh. Selain
Temerloh, daerah daerah yang terletak dalam jajaran Sungai Pahang seperti Jerantut, Bera,
Maran dan Pekan menerima bahana banjir pada tahun 2014. Hujan lebat luar biasa dengan
kadar purata 300mm sehari dan berlanjutan lebih seminggu sehingga menyebabkan berlaku
kejadian banjir. Selain itu, faktor tadahan hujan ini kerana jika hujan berlaku di kawasan
pedalaman terlebih dahulu ini bermakna dan sepatutnya air hujan dapat di serap oleh tanah
dan seterusnya ke akar pokok yang tumbuh melata di kawasan hutan tebal. Namun begitu,
apa yang telah berlaku ialah kebanyakan air hujan ini tidak di serap. Seterusnya, telah
memasuki saliran anak-anak sungai dan menjadikan anak-anak sungai ini besar dan hal ini
telah menimbulkan limpahan air sungai di luar jangkaan apabila memasuki kawasan hilir.

Melalui analisis yang telah di lakukan di dapati bahawa banjir bah yang telah berlaku
di Temerloh adalah di sebabkan oleh tindakan manusia itu sendiri yang telah menyebabkan
berlakunya kejadian banjir besar itu tersebut. Hal ini kerana, pelbagai tindakan yang telah di
lakukan sehingga menyebabkan berlakunya banjir antara contohnya ialah pengondolan

11
kawasan. Hal ini mungkin di anggap sesuatu yang kecil tetapi ianya telah menjadikan
penyebab kepada berlakunya banjir. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlulah di ambil
dalam memastikan kejadian banjir bah ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan

6.3 Responden 3

Bil Pengkaji / responden Verbatim


1. Pengkaji Apa punca utama berlaku banjir? Pandangan encik
2. Haslam Hujan.kerakusan penerbangan hutan di hutan Tembeling.
3. Pengkaji Banyak tak kerosakan kalau kedai ini?
4. Haslam Banyak jugak
5. Pengkaji Masuk air malam ke siang?
6. Haslam Petang
7. Pengkaji Banyak kerugian ?
8. Haslam Banyak .kedai lagi rumah lagi.
9. Pengkaji Ada tak yang bantu?
10. Haslam Ada
11. Pengkaji Bantuan cepat atau lambat?
12. Haslam Cepat NGO daripada kerajaan
13. Pengkaji Berapa hari terputus hubungan?
14. Haslam 2 minggu
15. Pengkaji Terputus hubungan tiada bantuan ?
16. Haslam Lepas banjir baru bantuan sampai
17. Pengkaji Kedai air naik kan.Apakah emosi pak cik rasa,marah ka?
18. Haslam Buat apa nak marah dah satu kenyataan ...redha saja...
19. Pengkaji Berapa anggaran kerugian?
20. Haslam Kedai ini baru bukak .Kalau rumah habis langsung
21. Pengkaji Encik tinggal kat mana?
22. Haslam Kampung bangau
23. Pengkaji Tinggi air naik?
24. Haslam Sampai atap habis.kalau detail boleh pergi kampung sana.
25. Pengkaji Dekat tak dengan sini?
26. Haslam Dekat ...dekat Maybank
27. Pengkaji Kami bukan orang sini
28. Haslam Dekat saja
29. Pengkaji 1 Ada tak yang meninggal
30. Pengkaji 2 Kemalangan jiwa
31. Haslam Tak ada yang meninggal
32. Pengkaji Masa banjir,encik pindah kat pusat perpindahan
33 Haslam Ya
34. Pengkaji Masa kat pusat perpindahan,ada tak macam bantuan makanan
dan pakaian ?
35. Haslam Ada
36. Pengkaji Cukup tak ? ada tak yang merungut
37. Haslam Ada
39. Pengkaji Siapa yang tolong.macam nak masak orang kat situ?

12
40. Haslam Gotong royong
41. Pengkaji Kat sini mana pusat perpindahan?
42. Haslam Sekolah dan dewan
43. Pengkaji Sekolah yang bukak
44. Haslam Area sini banyak tempat.Seberang sana sekolah sukan .
45. Pengkaji 1 Berapa populasi kat sini?
46. Pengkaji 2 Anggaran
47. Haslam Awak datang dari mana? Hahahahaha (gelak)
48. Pengkaji Kami datang dari Perak
49. Haslam Ingat orang sini...hahahaha (gelak)
50. Pengkaji Tinggal kat sini?
51. Haslam Ya.tinggal kat sini.
52. Pengkaji Berapa orang?
53. Haslam Kalau nak senang.awak pergi tempat banjir.Orang sini tak tahu
kat mana sebab orang pekan .Pergi tempat bangau.Hotel Seri
Malaysia awak terus naik jambatan.Orang kampung ada
inform.Kat sini ada dua tempat sekolah ini satu dan sekolah
bangau.sekolah itu banjir .Air macam mana.secara detail.Siapa
yang hantar barang ? NGO yang ada kerajaan tak ada.kalau
senang naik apa? Kereta
54. Pengkaji 1 Tak.Naik bas
55 Pengkaji 2 Jalan kaki
56. Pengkaji 3 Kami sebenarnya dah kaji sebelah luar bandar,pinggir bandar
dan sekarang pusat bandar.
57. Haslam Semua orang bandar meniaga.sebelah kedai kena.Sebelah atas
tak kena.Sini teruk.
58. Pengkaji Sebab sebelah ini makin bawah.
59. Haslam Aaah sebab itu.Terminal di sana pun habis.kedai jam pena kena
jugak.Kalau bukak pun dalam pukui 10.
60. Pengkaji Berapa minggu air nak surut?
61 Haslam Dalam 2 minggu.Persatuan atau study?
62. Pengkaji Study kat Tanjong Malim.
63. Haslam Tempat anak saya.Tahun berapa?
64. Pengkaji Tahun 3.Terima kasih.

Analisis responden

Penebangan hutan dan pembalakan secara komersial di kawasan hulu Sungai Tembeling dan
Sungai Pahang telah menyebabkan kediaman penduduk dan pusat pelancongan terletak di
terjejas dengan teruk . Selain itu, penebangan kawasan hutan untuk tujuan pembangunan akan
membawa kesan negatif terhadap alam sekitar. Penebangan hutan akan menyebabkan

13
permukaan bumi menjadi gondol. Keadaan ini sekaligus telah mendedahkan permukaan bumi
kepada hakisan air. Ketiadaan akar dan litupan pokok akan melemahkan struktur tanah.
Apabila hujan lebat, air larian permukaan akan terhakis permukaan bumi yang longgar ,
terutamanya di kawasan cerun dan membawa lumpur ke sungai. Oleh itu, semua kerajaan
negeri wajar mengkaji pemberian lesen pembalakan kerana kegiatan itu dipercayai
penyumbang besar kepada kejadian banjir besar yang berlaku di bandar Temerloh.
Penguatkuasaan peraturan pembalakan juga wajar ditingkatkan selain tidak sewenang-
wenangnya meluluskan lesen di kawasan penampan, hulu sungai dan hutan simpan
berdekatan dengan pusat pelancongan. Disamping itu, banjir di Temerloh juga telah
menyebabkan penduduk hilang mata pencarian (ekonomi), harta benda, mengancam nyawa,
menggangu kehidupan sosial dan sebagainya. Kerja-kerja pemulihan selepas banjir memakan
kos yang besar sama ada kepada individu yang terlibat ataupun kepda pihak kerajaan.
Berdasarkan temubual yang dijalankan, didapati bahawa banjir yang berlaku telah
menyebabkan dua jenis kerugian kerugian secara langsung dan tidak langsung. Kerugian
secara langsung adalah kerugian yang melibatkan kewangan misalnya kerosakan terhadap
kenderaan, peralatan eletrik ataupun kehilangan pendapatan akibat banjir. Kerugian secara
tidak langsung pula adalah berkait rapat dengan emosi dan psikologi mangsa banjir. Kerugian
jenis ini amat sukar diukur dengan kewangan. Mangsa-mangsa banjir selalunya mengambil
masa untuk pulih. Jelas di sini, keperluan pasca banjir jauh lebih rencam dan pelbagai. Jika
kerosakkkan akibat bencana banjir ini terlalu besar maka fasa pembinaan semula atau
rehabilitasi akan dilaksanankan.Fasa ini memerlukan dana yang besar untuk perancangan
yang teratur dan lebih penting adalah tekad, azam dan iltizam.

6.4 Responden 4

Bil Pengkaji/Responden Verbatim


1. Pengkaji Assalamualaikum
2. Azmi Walaikumusalam
3. Pengkaji Tempat pak cik ada berlaku banjir tak?
4. Azmi Ada.Pejabat FELDA yang berlaku banjir.
5. Pengkaji Paras mana air.Berapa kaki?
6. Azmi Sini,tengok betul-betul ada penanda.haaaaa...itu penanda
peringkat banjir...ambil gambar
7. Pengkaji Adakah bencana banjir memberi tekanan emosi kepada pak
cik?

14
8. Azmi Kebetulan pak cik duduk di Temerloh Jaya.Ada pergi situ tak?
9. Pengkaji Homestay kat situ
10. Azmi Kat luar tak boleh lalu,hubungan teputus.Kami yang duduk di
Temerloh Jaya kira sekeliling air.
11. Pengkaji Tak boleh keluar masuk selama berapa minggu ?
12. Azmi Dalam 2 hingga 3 ari tak boleh keluar masuk.Sini memang
penuh air sehingga tak boleh lalu.
13. Pengkaji Terminal bas sampai kat tangga
14. Azmi Pak cik tak tahu.Mungkin terkena jugak sebab ada penanda air
setempat.
15. Pengkaji Berapa anggaran kerosakan yang pak cik alami?
16. Azmi Memang banyak /besar
17. Pengkaji Pak cik,ada tak bantuan daripada agensi kerajaan dan NGO
yang datang?
18. Azmi Memang ada.Tetapi tak ingat.Ada daripada semasa dan
selepas.Selepas banjir ,mereka datang membersih kawasan
yang terkena banjir
19. Pengkaji Bantuan datang dengan cepat,sederhana dan lambat
20. Azmi Sederhana .Tetapi ada jugak yang merungut .Ada apa lagi nak
tanya.Pak cik nak balik.
21. Pengkaji Dah siap
22. Azmi Ada apa lagi nak tanya .Pak cik nak cepat.
23. Pengkaji Tak ada apa.Terima kasih.

Analisis Responden

Bencana misalnya banjir membawa bersama-sama impak yang berbentuk nyata dan tidak
nyata. Kesan nyata antara lainnya ialah seperti kerosakan harta benda,pencemaran, kematian.
Kesan tidak nyata pula,boleh berlaku dalam konteks kesan psikologi,emosi,mental.
Perubahan tingkah laku juga berlaku akibat daripada sesuatu bencana. Berdasarkan laporan
akhbar Berita harian (2015), kejadian banjir telah menyebabkan Felda Global Ventures
Holdings Bhd telah (FGV) mengalami kerugian sebanyak RM26 juta selepas 26,000 hektar
tanah membabitkan 62 ladang miliknya terjejas akibat banjir. Banjir menyebabkan 26,000 tan
buah tandan segar (BTS) tidak dapat dituai sepanjang tempoh negara dilanda banjir. Presiden
Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif , Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah,
berkata kerugian itu masing-masing membabitkan sebanyak RM16 juta akbat kerosakan
infrastruktur manakala RM10 juta daripada kegagalan menuai hasil tanaman. Kenyataan ini
turut disokong oleh responden yang ditemubual iaitu Encik Azmi yang menetap di kawasan
Temerloh. Berdasarkan pengalaman beliau, kejadian banjir telah mendatangkan kemusnahan

15
daripada pelbagai aspek. Walaupun setiap individu mempunyai reaksi yang berbeza terhadap
banjir yang berlaku, namun kesan bencana alam tersebut dapat dirasai oleh semua pihak yang
terlibat khususnya mangsa banjir. Apatah lagi jika bencana tersebut menyebabkan kematian.
Menurut beliau lagi, bantuan dalam bentuk sesi bimbingan dan kaunseling dapat membantu
mengurangkan tekanan emosi yang dihadapi oleh mangsa banjir. Hal ini dapat membantu
mangsa bencana meneruskan kehidupan dengan lebih baik selepas sesuatu bencana berlaku.
Selain itu, pihak kerajaan melalui agensi-agensiya dan badan-badan bukan kerajaan (NGO)
juga bertindak proaktif dalam menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir Bantuan ini
ternyata dapat mengurangkan bebanan yang dihadapi. Beliau juga turut memuji sikap
sukarelawan yang dipamerkan oleh pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang
menyelaras misi sukarelawan bagi memberi bantuan di lokasi penempatan dan pembersihan
penduduk sekitar Temerloh.

6.5 Responden 5

BIL SOALAN JAWAPAN


1. Banjir ni naik sampai tahap mana? Ha ok..ni sini sampai khemah tu nampak yang ada
kereta tu van tu sampai lebih kurang sampai situ
la..Dalam juga la
2. Berapa lama air ni nak surut? Lama juga...walaupun dia panas macam ni tapi jangan
kita anggap air tu surut dia panas tapi air tu naik
mungkin dia air daripada muara hulu ke hilir orang
panggil? aa..hulu mungkin air tu bertakung dekat sini
kot..ye walaupun panas macam ni la kita ingatkan air
surut tapi tak bacaan naik.
3. Agensi kerajaan atau NGO ada tak Banyakmacam kat sini pun bomba, JPAM,
yang datang menghulurkan Persendirianmasa tu kita akan tengok la daripada
bantuan? highway tu kereta persendirian dengan Hiluxnya..kan
biasa banjir dia buat bantuan diorang tu memang
banyak la tak putus-putus buat konvoi daripada KL.
4. Bantuan tu sampai cepat ke tak? Sampai tu pun highway tu pun tak boleh juga lalu..kan
ada highway yang tak boleh lalu.. bila highway boleh
lalu baru bantuan tu sampai la tapi tu yang persendirian
punya la. Tapi macam JPAM, Bomba yang sini punya

16
memang ada sini la. Lagi satu bantuan daripada luar
yang tersangkut diorang akan kumpul bantuan setempat
macam kat Mentakab diorang kat balai bomba..jadi
penduduk taman akan rendah air yang lelaki la akan
redah air bekerjasama pergi balai bomba tu ambil
bantuan dan redah air semula masuk ke taman sebab
bekalan tu putus tak jangka yang banjir tu
lama..memang buat persiapan tapi tak jangka banjir tu
besar dan lama tak jangka barang tu boleh habis.
5. Kerosakan yang berlaku tu banyak Akak ada video dia kalau ada nak tengok memang
tak? rakam tak buang lagi video bandar-bandar tu semua tu..
6. Rumah akak kena banjir tak? Rumah tak kena cuma terkepung. Jadi pulau. Kebetulan
taman tu tak ada kedai sangat ada satu je kedai sebab tu
penduduk taman terpaksa meredah banjir ambil bekalan
di balai bomba tu kalau belah mentakab la.
7. Emosi akak macam mana waktu Emosi waktu tu macam ni..waktu tu akak baru balik
tu? daripada umrah kan..masa tu tak banjir lagi..tak lama
masa tu..kita rasa macam ni bila kita tengok perabot-
perabot rumah kita kan kita rasa sementara je ni Allah
boleh ambil dengan datangkan banjir. Tapi rumah tak
kena. Kalau Allah nak ambil ambil je la orang kata.
Orang cakap jangan sombong dengan Allah je la..Jadi
kita insaf la..kalau nak rakaman ada ni tak buang sayang
nak buang.

8. Ini banjir yang terbesar ke? Selain daripada 71 tu..tulah yang terbesar..Perkataan
TEMERLOH dah separuh tu pun yang baru yang lama
dah habis.

Analisis Responden

Responden keempat yang ditemubual ialah Cikgu Haslinda yang menetap di Pekan Temerloh.
Berdasarkan temubual yang dijalankan, beliau memberitahu bahawa kenaikan paras air pada
banjir kali ini adalah sangat tinggi dan mengambil yang sangat lama untuk surut. Punca

17
utama yang menyebabkan kenaikan paras air ini adalah limpahan air dari hulu Sungai
sehingga menyebabkan kawasan di Pekan Temerloh ditenggelami banjir. Dari segi bantuan
pula, pihak kerajaan dan pihak persendirian ataupun NGO telah menjalankan tanggungjawab
dengan menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir. Namun, bantuan daripada pihak
persendirian agak lambat diterima oleh penduduk kerana jalan utama terpaksa ditutup kerana
banjir yang berlaku. Dari segi emosi pula, responden turut merasa insaf dan bersimpati diatas
bencana alam yang menimpa mangsa banjir walaupun rumah beliau tidak terlibat dengan
banjir. Menurut responden lagi, banjir yang berlaku ini merupakan banjir yang terbesar
selepas tahun 1971.

6.6 Responden 6

No Penemubual/responden Verbetin
1 Zahra Emmm..nama sap ek?
2 Ahmad Tengku Ahmad Akmal
3 Nana Soalan pertama saya
4 Zahra Umur berape ek?
5 Ahmad 39
6 Emy Aaa39
7 Nana Soalan pertama saya kan, ada tekanan
emosi tak masa kejadian banjir tu?
8 Ahmad So far.. ..buat loan dengan MARA ,
dapat bulan 10, abis ar barang kira nk
bayar loan, tak boleh nak rolling.
9 Zahra Orang tempatan jugakla?
10 Ahmad Haaa..orang Taman Pelangi, dekat
kawasn sini jugakla.
11 Nana Agak-agak banjir yang tahun 2014 tu
pasal hujan ke? Pasal banjir?
12 Ahmad Daripada Sungai Tembeling, area-area
Jerantut. Daripada Kelantan bawak
turun ke bawah.
13 Nana Kan mangsa banjir ade terputus
bekalan elektrik, lepastu tak boleh nak
telefon orang? rasa bende tu
menyusahkan ke tidak?
14 Ahmad Mana ada, sebab semua orang

18
merasa. Kene redhala. Tapi ada
tempat-tempat yang ada api. Macam
tempat-tempat sebelah sana.
15 Nana Bantuan kewangan yang diterima tu,
rasa-rasanya mencukupi ke tidak?
Untuk membaik pulih kerugian tu?
16 Ahmad Hmmmtapi tak dapat lagi bantuan
tu. Dia lulus dah, tapi tak dapat dia
punya cek ke?, dia datang tengok ke?
Nak dekat 2 tahun dah. Dari
2014..sekarang dah 2016 dah. Dia ikut
dana jugak. Sebab ada sesetengah
tempat cepat dapat. Ada sesetengah
tu, lambat dapat.
17 Nana Masa mula-mula jadi banjir tu, sapa
yang dulu datang tu? Macam Bomba
ke, JPAM ke Polis ke yang datang? Tak
de sapa?
18 Ahmad Pasal kat sini, banyak tempat dia
pergi. Lagipun kite orang tak
menyalahkan diaorang sebab banyak
tempat dia pergi. Sebab tempat ni
memang terputus hubungan.
19 Zahra Lama tak terputus hubungan?
20 Ahmad Terputus hubungan sampai surut
banjir. Dalam 2 minggu la.
21 Nana Yang tu je kot nak Tanya. Sebab
kiteorang Cuma nak Tanya, bantuan
sampai cepat ke lambat
22 Ahmad Bantuan tak sampai
lagi.Tulah..migran..heeee
23 Pak din # dia berniaga elektrik
24 Nana Agak-agak berapa kerugian tu?
25 Ahmad Agak-agak kerugin dalam 20 000
ringgitla. Tu yang buat loan. Dapat
dalam 10 000. Ingat air tahap tengah

19
tu. Rupa-rupanya air sampai atas. Tak
jangka. Tak leh nak buat apa dah.
26 Aida Barang tak leh nak selamat langsung
ke?
27 Ahmad Barang dah letak atas. Tapi kene jugak.
Sebab dia serta merta. Air cepat naik
28 Aida Air masa malam tu?
29 Ahmad Dia kira, satu jam sekaki naik. Memang
tak jangka. Tapi tak sama semua
tempat. Ada yang lambat naik. Tapi kat
sini cepat. Sebab dekat dengan
sungai.
30 Nana Kalau yang kat depan tu, ada pasir
kan? Kalau pijak kat situ, agak-agak
boleh pijak tak yang kat tepi sungai
tu?
31 Ahmad Boleh pijak. Tapi ada tempat-tempat
takut ada pasir jerlus.

Analisis responden

Tengku Ahmad Kamal (39 tahun) merupakan salah seorang penduduk tempatan di Kampung
Buntut Pulau. Responden ini merupakan seorang peniaga elektrik dan telah mengalami
kerugian sebanyak dua puluh ribu ringgit Malaysia akibat daripada kejadian fenomena banjir
yang berlaku pada tahun 2014. Kerugian yang terpaksa ditanggung oleh beliau menyebabkan
beliau merasa agak sedih dan sangat terkesan dengan kejadian yang berlaku. Menurut Marvin
(1969) dan Higgins et. al (1982), banjir juga menyebabkan kemusnahan harta benda dan
memberi kerugian kepada penduduk. Menurut responden ke 4 ini lagi, kejadian banjir ini
berpunca daripada Banjir besar yang berlaku dari Negeri Kelantan dan aliran air itu telah
dibawa ke Temerloh sekaligus menyebabkan paras air meningkat. Selain itu, bantuan
daripada pihak swasta dan kerajaan juga lambat di terima oleh penduduk di kawasan
Kampung Buntut Pulau . Hal ini kerana, pihak kerajaan dan swasta tidak dapat memasuki
kawasan banjir ekoran daripada kenaikan aras air sungai yang tinggi. .Selain itu, kampung ini
merupakan antara kawasan yang paling teruk terjejas akibat kejadian banjir yang berlaku.

20
Responden 7
Bil Soalan Jawapan
1. Nama encik siapa eh ? Saya awie zulkarnain bin abu hanifah

2. Umur encik berapa ? 30 ..

3. Dekat area ni penah berlaku banjir Penah..


ke?
4. Setakat mana tu banjir ? setakat Kalau yang baru-baru ni tahun 2014 punya, yang paling
mana tu banjir. besar sampai depan tu lah.. sampai ke belakang tu lah ..
5. Jadi sekolah tu kena lah? Ya sekolah kena ..

6. Sampai paras mana ? Kalau tak silap saya, sebab saya tak dapat masuk sini
masa banjir besar tu , sebab dah jadi pulau.. dengar
cerita nya kalau kedai depan tu , sampai separuh pintu..
7. Populasi penduduk dekat sini ? Saya tak dapat pastikan sebab jalan bahagia ni ada
banyak.. jalan bahagia permai dekat belakang, jalan
bahagia indah, lagi satu taman perumahan dekat sini dia
bercantum.. hingga ke termeloh jaya dan juga termeloh
makmur.. kalau untuk taman bahagia ni saja rasa dalam
seribu macam tu lah..
8. Bantuan banjir sampai cepat atau Masa banjir tu, saya dapat maklumat daripada group
lambat? whatsapp, facebook .. masa tu memang agak lambat lah
bantuan sampai.. sebab yang terperangkap dekat
sekolah masa tu ada yang family ada bayi semua.. masa
tu dia org terputus dari segi bantuan baby punya
pampers lmbt sampai.. so benda-benda mcm tu lah
keperluan asas yang agak rumit sikit nak dapat pada
masa tu..
9. Amik masa dalam berapa hari? Ke Amik masa dalam 3 hari baru bantuan sampai.. kalau
berapa bulan ? tak dia org kena pergi keluar sendiri lah.. sebab dekat
sini kedai-kedai masih ada.. tapi sb kwsn sni jadi pulau,
tertutup dengan air.. jadi n keluar tu susah.. kena cari
bot..
10. Banyak tak kerosakan atau Kemalangan jiwa saya rasa tak ada kot.. Cuma dari segi
kemalangan jiwa yang berlaku? kerosakan harta benda.. memang nampak banyak lah..
kali ni banjir memang besar betul..

21
11. Punca banjir sebab apa? Punca sebab masa tu kena hujung tahun, musim
monson, hujan lebat lepas tu kena pulak masa tu air
pasang besar dekat laut.. jadi benda tu dia tak boleh
mengalir terus dekat laut.. salah satu lagi, sebabnya
pembalakan tak terkawal.. bila dihulu tu tak terkawal,
effect dekat sini lah..
12. Kalau dari segi bantuan kewangan Dari segi bantuan kewangan banyak dari NGO paling
ada tak terima? cepat sampai... bantuan dari kerajaan agak lambat sikit..
bantuan dari segi tenaga manusia untuk clear kn kwsn
rumah pn banyak dari NGO juga.. lepas tu baru lah dtg
pihak universiti, budak-budak students dtg skli buat krja
sukarelawan..
13. Badan seperti jpam bomba ada Ada.. sebab kwsn tu sgt luas yg melibatkan jerantu
membantu tak? hingga maran dan ke atas.. dia org tak cukup kaki
tangan.. tak dapat nk handle smua.. dengan air sungai yg
sgt besar, adalah berisiko utk dorg bergerak melalui
sungai..
14. Emosi penduduk ? Dari segi emosi, bila dah smpai hari ke 3 tak ada lagi
bantuan, ada yg sesetangah tu yang mula agak-agak
marah juga lah.. smpai merayu-rayu minta hantar
bantuan dekat dia org.. bila bantuan smpai pn, tidak
mencukupi kerana bantuan hendak di hntr ke tempat
lain juga.. jadi berebut-rebut lah.. jadi semua kacau
bilau jugak lah masa tu..
15. Puas hati tak dengan bantuan yang Dari segi persediaan sepatutnya majlis bencana dia kena
diberi? Apa persediaan selepas ini bersedia sb dah ada pengalaman sebelum ni, so sy rasa
jika berlaku banjir ? benda ni perlu dikaji semula lah.. tengok semula mcmna
nk handle .. atau sebelum terjadi nya bencana kita kena
stand by dari segi nk handle bantuan kewangan,
kemanusian, kecemasan atau bantuan makanan
semuanya perlu dinilai semula .. supaya tidak berlaku
nya seminggu tidak smpai bantuan lagi.. ada di kwsn
pendalaman mmg lmbt bantuan smpai.. lagi satu dari
segi agihan brg tu pn, berlaku agak berebut jugak.. ada
yang tak smpai.. ada tempat yg tak dpt mknn.. tu pn
perlu di ambil kira jugak..
16. Lama tak air surut? Sehingga seminggu lebih.. 8 hingga 9 hari mcm tu lah
utk tggu dia betul-betul surut.. untuk boleh di lalui org..
sb masa tu air sungai mmg naik tggi dan bila dia surut
tu sb kwn termeloh ni dia tepi sungai.. kebanyakkan
tempat dia tu dinaiki lumpur-lumpur.. sedalam hingga
paras lutut.. jadi utk kereta biasa mmg susah nk lalu..
kena tggu dorg clear jln guna jentolak..
17. Dekat sini ada black out tak ? Ada sekejap.. masa tu alhmdlh dari segi tenaga elektrik
tak ada mslh lah.. Cuma kalau dia rasa benda tu berisiko
dia akan potong lah.. tapi ok lgi.. Cuma masuk hari ke
5, area Bandar ni mmg dia tutup.. sebab Bandar

22
termeloh sana mmg lumpuh.. tenggelam..
18. Kalau bantuan keselamatan tu Ok dari segi keselamatan masa tu mmg agak kacau
mcmna? Ada ke? bilau sikit lah.. makna nya dari segi keselamatan premis
perniagaan, rumah ke mmg agak tak terkawal lgsg..
shgga ada beberapa pasarya dekat tepi jln ni ada pecah
masuk.. makna mmg tak ada kawalan.. polis pn tak dpt
jaga masa tu sb mereka sibuk dgn aktiviti menyelamat..
jadi ada lah beberapa org yg tak bertanggungjawap ni
buat kerja-kerja yg tak elok tu lah.. yg ada mesin atm
kena pecah, psrya area tepi jln habis barang-barang kena
selongkar.. tapi semua tu dah masuk ke dalam media..
dan pihak polis minta dorg bagi kerjasama .. sb benda tu
telah terakam dan menjadi viral..
19. Bantuan yang diterima cukup ke Dengar ceritanya mmg tak cukup.. makan sekadar yg
tak ? lepas jelah.. biskot kering mcm tu.. tu lah yg menjadi
marah.. benda tu dah 3 hari tp bantuan tak smpai lagi..
kena pulak masa tu dekat Kelantan banjir dulu, dekat
sebelah kuala krai dekat manik urai.. 2 3 hari selepas tu
baru naik dekat sini plak.. masa tu mgkin malayia tgh
tumpu dekat kwsn Kelantan.. tetiba Pahang pulak
kena ..
20. Ada tak baik pulih kawasan Ok yg sy tgk blah-blah kwsn sungai mmg dorg dpt
perumahan ? bantuan utk dorg buat rumah baru semula lah.. tapi mcm
mna bantuan tu sy tak tahu lah, sma ada diorg bagi
separuh atau sepenuhnya drpd kerajaan.. tp nmpk lah
rumah-rumah yg di naik kn semula.. contoh di kwsn
buntut pulau..

6.7 Responden 7

Responden kelima dalam kajian ini ialah Encik Awie Zulkarnain Bin Abu Hanifah. Beliau
merupakan seorang peniaga di kawasan Termeloh. Beliau berumur 30 tahun. Berdasarkan
temubual yang dijalankan, beliau menyatakan bahawa banjir yang berlaku di Temerloh turut
memberi kesan kepada penduduk di kawasan Jalan Bahagia pada tahun 2014. Jumlah
penduduk yang menetap di kawasan ini adalah seramai seribu orang. Semasa kejadian banjir
yang lalu, bantuan yang diterima oleh penduduk di kawasan ini adalah agak lambat
terutamanya bagi barangan keperluan asas seperti pakaian, makanan dan sebagainya. Bantuan
tersebut diterima penduduk setelah tiga hari berada kawasan penempatan banjir . Manakala,
bantuan daripada pihak JPAM dan bomba pula tidak mencukupi kerana banjir yang berlaku
meliputi kawasan Maran dan sebagainya. Seterusnya, bagi soalan emosi penduduk pula,
responden menjawab emosi penduduk ketika itu sangat marah kerana bantuan lambat sampai
dan tidak mencukupi kerana mangsa banjir sangat ramai.

23
Seterusya, bagi soalan kerosakan harta benda dan kemalangan jiwa, responden
menjawab, kejadian banjir telah menyebabkan kemusnahan harta benda namun tiada
kemalangan jiwa yang berlaku. Bagi soalan seterusnya pula, responden menjawab punca
utama yang menyebabkan kejadian banjir di kawasan kajian adalah disebabkan oleh kejadian
Monsun, yang mana pada ketika itu air pasang besar sedang berlaku di laut. Selain itu,
pembalakan yang tidak terkawal di kawasan hulu sungai juga menjadi punca berlakunya
banjir. Maka tidak hairanlah jika masa yang diambil untuk air bajir surut adalah lebih
daripada 8 hari. Dari segi utiliti pula , bekalan eletrik terpaksa dipotong pada hari kelima bagi
mengelakkan kejadian litar pintas. Namun, yang paling menyedihkan beliau adalah
keselamatan di kawasan penempatan banjir tidak dikawal dengan betul oleh pihak
keselamatan yang bertugas. Buktinya, terdapat kedai yang di pecah masuk oleh individu yang
tidak bertanggungjawab semasa kejadian banjir itu berlaku. Seterusnya, bagi soalan terakhir
pula Encik Awie menjawab, rumah beliaumusnah akibat banjir tetapi telah dibaikpulih.

Responden 8

Bil Soalan Jawapan


1. Nama encik siapa ? Teh Poon Hui..

2. Umur encik berapa ? Tahun 68..

3. Kawasan ni penah jadi banjir ke? Sampai area dekat situ je tu.. taman ni kena
kepong dengar air.. memang tak lepas keluar..
4. Berapa lama banjir tu berlaku ? Lama tu lebih kurang seminggu.. seminggu
lebih..
5. Ada tak bantuan yang pihak kerajaan Bantuan memang banyak masa tu...
bagi?
6. Bantuan dari segi apa tu ? kewangan Haa.. makanan..
ke? Makanan ?
7. Ada tak bantuan pakaian ke? Bantuan pakaian ada tapi dari sumber lain.. bukan
dari government.. actually government pn
lambat.. kebanyakkan banyak dari NGO ataupun
pelbagai lagi lah.. daripada peserta dari KL dtg
dgn 4by4..
8. Kerosakan banyak tak yang berlaku? Sy tak kena.. sb air tak smpai kt sini.. tapi
belakang BIGTEEN (pasaraya) .. mmg area sana
serius.. dgn kwsn Bandar habis..
9. Jadi kawsan ni mmg tinggi la eh? Boleh la.. lagi satu banjir yg berlaku ni agak
pelik.. mungkin sebab keadaan geografi..
berlopak-lopak.. ada setengah dia pelik juga.. ada
kena ada yg tak kena.. dia mcm terkepong air tu..
dia mcm berlopak..

24
10. Pihak keselamatan mcm jpam, bomba Jpam setahu sy ada.. tp sebelah bahagian
ada dtg tak? penyelamat sahaja.. dia bawa sapa yg nk keluar..
masuk tak boleh.. dia membantu utk keluar shja..
11. Ada terputus bekalan elektrik tak? Bekalan elektrik habis putus..
12. Dalam berapa hari bekalan elektrik Rasa sy amik masa 3 4 hari.. pencawang tu
terputus? tenggelam.. kira dia masuk air.. jadi terpaksa di
tutup utk mengelakkan litar pintas..
13. Kalau bantuan kewangan ada tak ? Kalau bantuan kewangan dia Cuma bagi yg
tertentu shja.. tu pn kebanyakkan yang paling
awal drpd buddist socity.. daripada gereja.. bukan
sy nk complaint government tapi mmg lmbt..
pusat pemindahan dekat sekolah tu.. smpai tak
muat dah.. tidur kaki lima.. terpaksa ..

6.8 Responden 8

Responden yang keenam ialah Teh Poon Hui. Beliau berumur 48 tahun dan tinggal di
kawasan perumahan Taman Jalan Bahagia. Berdasarkan temubual yang dijalankan, beliau
menyatakan bahawa Jalan Bahagia pernah mengalami banjir dalam tempoh lebih kurang
seminggu. Namun, pihak kerajaan dan NGO dari kawasan Kuala Lumpur dan kawasan
sekitarnya telah memberi bantuan dari pelbagai aspek seperti bantuan dan makanan. Namun,
bantuan tersebut lambat sampai ketangan penduduk kerana masalah perhubungan dan
teknikal yang berlaku. Selain itu, bantuan kewangan turut diterima daripada Persatuan
Buddist Socity dari Kuala Lumpur. Bagi soalan kerosakan harta benda pula, responden
memberitahu bahawa Pasaraya Bigteen mengalami kerosakan yang teruk akibat daripada
banjir. Ekoran daripada banjir yang juga, pasaraya ini telah mengalami kerugian yang sangat
besar. Seterusnya, dari segi keselamatan, beliau memberitahu bahawa agensi- agensi seperti
JPAM atau Bomba telah menjalankan misi menyelamat mangsa banjir sepanjang kejadian itu
berlaku di Jalan Bahagia. Bagi soalan yang berkait dengan utiliti pula, beliau memberitahu
bahawa bekalan elektrik terpaksa ditutup dalam 3 hingga ke 4 hari bagi mengelakkan lintar
pintas berlaku di kawasan tersebut.

25
6.9 Responden 9

Bil Soalan Jawapan


1. Umur Encik berapa? 36

2. Tempat tinggal memang dekat sini Saya memang orang Temerloh. Saya orang Kampung
ye? Belakang ni Sungai Rabit dekat situ memang banjir
macam laut.
3. Bantuan banjir yang sampai dekat Cepat je sampai.
sini cepat ke lambat?
4. Berapa hari bantuan banjir Sehari dua sampai
sampai?
5. Bantuan tu jenis apa?Makanan ke? Makanan, pasang selimut, diorang hantar pakaian yang
lama-lama oarang tak guna macam baju.
6. Bantuan tu daripada mana NGO NGO la.
atau badan kerajaan?
7. Bantuan daripada kerajaan cepat Aaa..ye la kadang-kadang datuk-datuk bagi bantuan ada
tak? juga.
8. Harta benda macam mana agak- Barang dekat rumah tu almari semua habis. Almari,
agak banyak tak rosak? katil semua habis.
9. Emosi masa tu macam mana Sedih..habis semua rumah saya
marah ke sedih ke?
10. Banjir tu pertama kali banjir besar Sebelum saya lahir tahun 80 tu pernah banjir besar.
ke sebelum ini pernah dah berlaku
banjir macam ini?
11. Pusat pemulihan mangsa banjir Pusat pemindahan dia sekolah menengah tu. tapi sana
dekat mana? dah padat dia mari sini. Sini bukan pusat pemindahan
sini tumpang sahaja. Maknanya lepas ni kalau banjir
sini pula pusat pemindahan dia. Sana padat sekolah
menengah tu.
12. Sekolah ini kena banjir tak? Sini ada padang tu penuh. Padang depan sampai sini
pagar pra tu sampai situ je.
13. Agak-agak berapa populasi Ramai kampung taman ni ramai. 600 ada la.
penduduk dekat sini?
14. Agak-agak berapa hari terputus Lama juga dalam dua, tiga, empat hari
bekalan elektrik?

26
15. Makanan cukup tak untuk pusat Cukup. NGO bagi
pemindahan?
16. Masa dekat pusat pemindahan ada Ada.
tak pihak NGO bagi kaunseling
kepada mangsa banjir?
17. Anggota keselamatan ada tak Ada. Bomba ada. Polis, JPAM
datang macam JPAM, Bomba
datang?
18. Ada kemalangan jiwa tak yang Tak dengar lagi la kat sini. Kat tempat lain tak tahu la
berlaku?
19. Air tu naik secara mendadak ke Dia cepat la naik. di mana masa siang tu saya kerja lagi
macam mana? sini. Dekat tangga tu dah naik air dua tangga cepat laju.
20. Dari segi kewangan ada tak Ada je bantuan.
kerajaan bagi?
21. Rumah-rumah yang dibawa arus tu Yang tu saya tak tahu la. Yang kawasan ni tak ada lagi
kerajaan bantu ke macam mana? yang teruk. Yang dekat sana ada Kampung Teliga tu
ada. Dekat-dekat dengan sungai tu ada la yang kena.

Analisis Responden

Encik Tarmizi pula merupakan reponden ketujuh yang ditemubual bagi mendapatkan
pandangan beliau berkenaan dengan banjir yang berlaku. Beliau merupakan seorang
pengawal keselamatan di Sekolah Kebangsaan Jalan Bahagia Temerloh dan penduduk tetap
di kawasan ini. Berdasarkan pengalaman beliau menghadapi bencana banjir, beliau
memberitahu bahawa, bantuan yang diterima oleh mangsa banjir adalah sangat cepat iaitu 2
hingga 3 hari sahaja. Bantuan tersebut adalah dalam bentuk pakaian, makanan, selimut dan
sebagainya. Bantuan tersebut disalurkan oleh pihak kerajaan dan Badan Bukan Kerajaan lain.
Bagi soalan kerosakan harta benda pula, responden menjawab kebanyakan barangan rumah
beliau seperti almari, katil dan sebagainya mengalami kerosakan yang teruk dan
menyebabkan beliau merasa sangat sedih pada ketika itu.

Menurut beliau lagi, banjir besar yang berlaku ini merupakan banjir yang ke-2 selepas
banjir yang pertama besar pernah berlaku pada tahun 1980. Soalan berkaitan pusat
pemindahan pula, responden menjawab bahawa kebanyakan pusat pemindahan di tempatkan
di sekolah yang berdekatan dengan sekolah beliau bekerja. Namun begitu, sekolah tersebut
tidak dapat menampung mangsa banjir yang ramai menyebabkan sekolah tempat beliau
bekerja dijadikan tempat pemindahan mangsa banjir buat seketika. Dari sudut utiliti pula,

27
responden menjawab bekalan elektrik terputus ketika berlakunya banjir dan mengambil masa
kira-kira empat hari untuk dipulihkan. Soalan berkaitan agensi keselamatan yang datang
membantu, responden menjawab kedatangan JPAM, polis dan bomba juga datang ketika
kejadian banjir berlaku di kawasan tempat tinggal beliau.

6.10 Responden 10

Bil Respoden/temubua Verbetim


l
1 zara Boleh saye tanye nama?
2 halimah Nama wan, halimah binti mokhtar
3 zara Umur wan
4 halimah 29.6 tahun 52
5 zara Before merdeka?
6 halimah Merdeka 57.haaabefore-before five years
7 aida Nak tanye, banjir kat sini dulu sampai paras kat mana?
8 halimah Ada tanda kat situkan, habis.
9 aida dalamnya
10 halimah But my place tak kene
11 zara Cuma kedai nie jelah yang kene?
12 halimah Kedai sini, suma habisla. Sampai rumah tu.
13 aida Ada tak bantuan-bantuan yang beri bantuan?
14 halimah Bantuan makanan dia bagi.
15 aida Oooobantuan makanan yang dia banyak bagi?
16 halimah Masa banjirkan wan tak de kat sini. Jadi, nak tanye bole,
tapi wife dia tak datang.
17 aida Oooo. Jadi agak-agak berapa kerugian tu masa banjir?
18 halimah Kerugian tu dalam lima enam ratusla. Sebab kedai , jadi
dalam one thousandla..
19 zara Haasebab kipas lagi opp.
20 aida Contoh bantuan yang bagi macam kerajan ke swata?
21 halimah Dia ada 2 satu persatuan dan ngo dari cina. Dia bagi baucer
untuk orang kampong. Macam swastala. Dia bagi duit untuk
total lost. Kerajaan tak biar untuk mangsa banjir. Dari
student, FECRA, ngo-ngo wanita. Kebanyakkan yang
tenggelam dibantu.
22 aida Bantuan banjir tu sampai cepat ke lambat?
23 halimah Tak jugak sebab apa? Janji dia pindahla. Sebab kita ade satu
tempat penempatan. Macam di Cheleng Mentakab tu
sekolah menengah bukit cermin. Diaorang letak situ,

28
siaplabantuan-bantuan sampai kat situ.
24 aida Sebelum nie pernah kene banir tak?
25 halimah Seingat wan, banjir besar tahun 1970/71, masa tu baru habis
form 5, air naik suddenly, sebab tu jadi pulau. Sebab macam
kat sini kawasan kampungkan, jadi diaorang tak pindahla.
26 aida Kalau bantuan keselamatan tu, cepat tak sampai, macam
JPAM ke?
27 halimah Haaaalahamdulillah.macam contoh baru ni kan. Kat sini
baru ada ular hitam. JPAM sampai bagi bantuan
28 zara Ada berlaku kemalangan jiwa tak masa banjir?
29 halimah Disini setahu wan kat temerloh nilakan, takde berlaku
kemalangan jiwa.
30 aida Kalau bantuan kewangan tu, ada sampai tak?
31 halimah Kewangan dari segi apa tu?
32 aida Dari nak membaik pulih rumah tu?
33 halimah Ada. Bantuan memang sampai. Mengikut saluran yang
betul.
34 aida Masa terputus hubungan tu. Susah tak? Macam tak de
elektrik?
35 halimah Rase tak de api dalam 3 hari gitulah
36 zara Ada tak bantuan kaunseling kat sini?
37 halimah Kalau kite mengadu, adala tempat mengadu. Ada saluran
yang betul.
38 aida Anggaran penduduk kat sini berapa ye?
39 halimah Tak pastila. Sebab ramai yang dah merantau.

Analisis Responden

Responden ke 10 ini iaitu seorang peniaga yang bernama Halimah Binti Mokhtar menyatakan
bahawa, kawsan Kampung Buntut Pulau ini mengalami banjir yang teruk kerana berhampiran
dengan kawasan sungai. Walaubagaimanapun, agensi kerajaan dan swasta serta badan NGO,
banyak membantu dalam menghulurkn bantuan kepada mangsa kawasan ini.

Kerugian yang dialami oleh responden ini adalah sebanyak seribu ringgit Malaysia,
akibat daripada banjir yang menenggelami kawasan perniagaan kedai makannya itu. Bantuan
keselamatan seperti JPAM juga banyak membantu penduduk tempatan dalam misi bantuan
banjir dan bantuan yang disalurkan adalah dalam keadaan segera.

Kawasan petempatan sementara banjir juga dibuka tetapi rata-rata penduduk kawasn
ini tidak mahu berpindah. Bantuan makanan juga disediakan selain daripada khidmat
kaunseling bagi penduduk yang mengalami tekanan emosi akibat daripada kejadian banjir ini.
Disamping itu, bekalan elektrik juga terputus selama tiga hari akibat daripada bencana ini.

29
7.0 PERBINCANGAN DAN PENUTUP

Secara keseluruhan, kejadian banjir yang berlaku tidak boleh dianggap remeh oleh
masyarakat kerana kejadian ini turut berpunca daripada sikap manusia yang tidak
bertanggungjawab. Berdasarkan temubual yang telah dijalankan juga, telah membuktikan
bahawa banjir bukan sahaja menyebabkan kemusnahan harta benda, ekonomi malah
membabitkan soal psikologi penduduk. Justeru, penerangan lebih terperinci mengenai
langkah- langkah yang boleh diambil bagi membantu mangsa banjir adalah seperti berikut:

7.1 Penubuhan Skuad Banjir

Keprihatinan warga Malaysia berhubung dengan kejadian banjir yang


berlaku di negara ini menunjukkan bahawa masyarakat pada hari ini
masih peka dengan kejadian alam yang berlaku di sekeliling mereka.
Sikap ini dipamerkan melalui penubuhan skuad banjir oleh pihak kerajaan
dan badan bukan kerajaan (NGO) bagi membantu mangsa banjir setiap
kali bencana alam ini melanda. Selain daripada badan- badan ini, terdapat
juga skuad banjir yang ditubuhkan di peringkat Universiti sepertimana
yang ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak. Selain
membantu mangsa banjir di Pantai Timur, penubuhan skuad ini telah
berjaya meningkatkan kesedaran warga pelajar berkenaan dengan misi
bantuan kemanusiaan dan sikap sukarelawan dalam jati diri.

7.2 Bantuan dari sudut khidmat masyarakat

Bantuan dari sudut khidmat masyarakat adalah sangat penting bagi


membantu mangsa banjir di Temerloh membersihkan kawasan serta harta
benda yang musnah akibat bencana alam tersebut. Selepas banjir yang
lalu berakhir, beberapa agensi kerajaan telah melaksanakan
tanggungjawab sosial dengan membantu mangsa banjir di Temerloh
khususnya di Kampung Buntut Pulau. Buktinya, seramai 100 orang
kakitangan Pembandaran Seremban (MPS) dan Majlis Pembandaran Nilai

30
(MPN) telah dihantar ke Temerloh bagi misi pasca banjir. Turut dibawa
dalam misi tersebut ialah 16 buah kenderaan termasuk lori pemungut
sampah, lori penguatkuasa, lori tangka air, kenderaan pacuan empat roda,
bas dan pelbagai peralatan pembersihan (Berita Harian Online, 2015).

7.3 Bantuan dari sudut psikologi

Menurut Pensyarah Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Sains


Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Prof.Madya Dr. Intan
Hashimah Mohd. Hashim, bencana alam memberi impak psikologi yang
besar bukan sahaja kepada kanak- kanak ,orang dewasa, orang tua malah
kepada individu yang tidak terlibat secara langsung (hanya
memerhatikan) (Utusan Online, 2015). Berdasarkan penyataan ini, jelas
membuktikan bahawa kesan bencana seperti banjir boleh mengganggu
kehidupan jika tidak ditangani dengan baik. Walaupun bantuan dari aspek
keselamatan dan memenuhi keperluan asas harian amat membantu
dalam mengurangkan tekanan mangsa banjir, bantuan berbentuk
mengurangkan tekanan psikologi dan emosi juga wajar diberikan. Justeru,
bantuan dari sudut psikologi boleh dilaksanakan dalam bentuk sesi
bimbingan dan kaunseling kepada mangsa banjir. Melalui bentuk bantuan
in, mangsa banjir dapat memulihkan emosi dan trauma yang dihadapi.
Selain itu, bantuan ini juga dapat memberikan semangat baru kepada
mangsa banjir untuk meneruskan hidup terutamanya kepada mangsa
yang telah kehilangan ahli keluarga dan harta benda. sokongan yang
dihulurkan sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang dihadapi dan
dapat memberikan sinar kehidupan yang baru kepada mangsa setelah
bencana melanda.

7.4 Bantuan kewangan, pakaian dan makanan

Umum mengetahui bahawa, bencana alam bukan sahaja menyebabkan


kematian malah turut memusnahkan harta benda penduduk. Keadaan ini
menyebabkan penduduk bukan sahaja kehilangan insan tersayang malah

31
turut kehilangan harta benda. Justeru, bantuan kewangan, pakaian dan
makanan adalah sangat diperlukan bagi membantu mangsa banjir
meneruskan kelangsungan hidup dan membina kembali penempatan
yang telah musnah.

RUJUKAN

Solahuddin Ismail dan Mohd Rizal Safar (2010). Dunia musnah akibat tangan manusia:
pandangan dari perspektif Islam. Dlm.Yazid Saleh, Fauziah Che Leh dan Mazdi
Marzuki (pnyt.). Isu-isu semasa alam sekitar manusia di Malaysia. Tanjong Malim:
Universiti Pendidikan Sultan Idris, m.s 66-67.
Majlis Pembandaran Temerloh. Latar Belakang Temerloh diperoleh pada 1
Mei, 2016 daripada http://www.mpt.gov.my/en/latar-belakang

Yusri Muzamir .(2015, Januari 14). FGV rugi RM26 juta akibat bencana banjir. Berita
harian. Diambil daripada http://www.bharian.com.my/node/29146.

32
33
LAMPIRAN

34
35

You might also like