Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 24

alsafah Pendidikan

" Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah


memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

PENGENALAN

Dewasa ini, sistem pendidikan di Malaysia berkembang dengan begitu pesat


seiring perkembangan global seantero dunia dalam kalangan negara maju. Oleh
itu, kerajaan menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan
utama dalam memajukan Sistem Pendidikan Malaysia.

Untuk menetukan haluan, asas dan inprisasi kepada usaha dan rancangan dalam
memajukan bidang pendidikan maka Falsafah Pendidikan Kebangsaan telah
digubal. Salah satu perkara yang ditekankan oleh kerajaan dalam
membangunkan pendidikan ialah Pembangunan Modal Insan ini adalah kerana
kerajaan memerlukan kepakaran hasil daripada sistem pendidikan untuk
membawa negara ke arah negara maju menjelang tahun 2020. Bagi menjana
pembangunan modal insan yang seimbang, aspek jasmani, emosi, rohani dan
interlek sangat diberikan penekanan seperti mana yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Laporan Razak dan Penyataan Rahman Talib serta Akta Pelajaran 1961 dijadikan
asas bagi pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu;

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan hormonis dari segi intelek, rohani, emosi
dan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
(Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994).

Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi pengetahuan umum pada tahun 1988,


telah menjadi teras dan tunjang kepada sistem pendidikan negara kita sejak
sekian lama. Justeru itu, semua perancangan dan aktiviti pendidikan hendaklah
merupakan hasil daripada nilai-nilai dan prinsip-prinsip yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sememangnya kemunculan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan akan membawa impikasi-implikasi kepada sistem
pendidikan. (Mohd Fathi Bin Adnan, Rohana Bt Hamzah & Amirmudin Bin Udin:
Jurnal Implikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dalam Pendidikan Teknik Dan
Vokasional Di Malaysia).

Menurut pengkaji, implikasi yang dapat dilihat daripada kemunculan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan adalah implikasi terhadap kurikulum, implikasi terhadap
guru dan implikasi terhadap institusi. Implikasi terhadap kurikulum adalah seperti
perubahan pendidikan sekolah adalah selaras dengan cita-cita dengan tujuan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu perubahan sukatan pelajaran, penyerapan
nilai-nilai murni dalam semua mata pelajaran, orientasi pendidikan ke arah
umum dan alam pekerjaan dan latihan yang sesuai bagi melahir pelajar
berkemahiran dalam bidang masing-masing. Implikasi terhadap guru adalah
seperti menjadikan perubahan strategi dan teknik pengajaran yang bersesuaian
bagi melahirkan insan berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia. Guru yang
berjaya memahami kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan akan dapat
memartabatkan pendidikan sekolah masing-masing ke arah lebih tinggi dan
berdaya saing.

Implikasi terhadap Institusi pula adalah perubahan organisasi sekolah ke arah


mewujudkan situasi yang sesuai untuk melahirkan pelajar-pelajar mengikut
tujuan dan cita-cita Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti perubahan dari segi
kemudahan-kemudahan bagi mengembang potensi pelajar secara menyeluruh
dan aktiviti-aktiviti sekolah yang lebih memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
pelajar.

Seiring dengan kajian seperti ini para guru, pelajar dan ibu bapa harus
memahami hasrat kerajaan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan
membawa kepada ke arah pencapaian matlamat kebangsaan bagi melahirkan
insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi dan intelek pelajar. Usaha ini juga
perlu seiring dengan hasrat kerajaan untuk mengembangkan potensi individu
secara menyeluruh bagi tujuan kemajuan negara pada masa akan datang.

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti pendidikan di


Malaysia dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Dengan adanya
FPK, maka sistem pendidikan negara sebenarnya menganjakkan diri ke
kedudukan terkehadapan dengan mengungkapkan secara jelas prinsip dan nilai
asas yang mendasari dan membentuk sistem pendidikan Malaysia daripada
peringkat yang paling rendah hingga kepada peringkat tertinggi iaitu universiti.
FPK menjelaskan tujuan dan matlamat pendidikan untuk individu dan negara.
Kedua-dua tujuan selaras, iaitu untuk melahirkan insan yang berilmu, berakhlak
mulia dan bertanggungjawab yang juga akan menjadi seorang warganegara
yang baik.

Pendidikan merupakan proses asas dan utama untuk pembinaan insan yang
baik, seimbang dan bersepadu yang secara langsung merupakan saluran utama
dan yang paling penting untuk menjayakan hasrat dan cita-cita negara. FPK
melihat individu dalam beberapa lapisan pertalian atau perhubungan. Tujuan
pendidikan bukan sahaja untuk pembangunan dan kesejahteraan diri individu
tetapi juga untuk pembangunan dan kesejahteraan setiap lapisan hubungan
individu berkenaan bermula dengan keluarga, meluas kepada masyarakat dan
negara.

Berdasarkan FPK, jelas bahawa tujuan pendidikan tinggi bukan hanya setakat
memperoleh segulung ijazah atau diploma, tetapi adalah untuk pembangunan
diri manusia secara menyeluruh dan seimbang supaya menjadi seorang insan,
ahli keluarga dan masyarakat dan warganegara yang berilmu,
bertanggungjawab, berakhlak mulia, dan berbakti. Berikut merupakan perincian
yang dihuraikan oleh pengkaji mengenai FPK.

a) Pendidikan Suatu Usaha Berterusan

Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,


nilai-nilai murni serta mendapatkan kemahiran. Proses ini berjalan secara
berterusan dalam diri individu sejak lahir lagi. Pendidikan asas kanak-kanak
bermula dari rumah dan dari rumah jugalah sahsiah mereka mula terbentuk dan
berterusan. (Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar, 1994)

Pendidikan adalah satu bentuk pencarian erti kehidupan yang sentiasa


berterusan. Boleh kita pecahkan pendidikan kepada dua iaitu Pendidikan Tidak
Formal dan Pedidikan Formal. Pendidikan tidak fomal bermula di rumah. Ini
bermaksud seseorang kanak-kanak dari bayi sehingga memasuki alam
persekolahan telah mempelajari pelbagai pelajaran melalui pengalaman dan
pemerhatian mereka di persekitaran dalam dan luar rumah. Pendidikan ini tidak
mempunyai sukatan pelajaran dan lebih banyak mengunakan psikomotor.
Jelasnya disini ialah kanak-kanak telah cuba jaya dalam sesuatu pelajaran yang
telah dilakukan olehnya. Sebagai contoh, belajar berjalan, makan, bercakap dan
lain-lain lagi.

Sistem pendidikan formal pula adalah satu pendidikan yang mempunyai sukatan
pelajaran, kelas atau sekolah, mempunyai ujian dan peperiksaan serta lain-lain
lagi. Kebiasaannya pendidikan ini bermula seawal usia lima hingga tujuh belas
tahun. Hal ini boleh kita lihat dari Tadika sehingga Tingkatan Lima nanti.
Pembelajaran yang dinyatakan dalam FPK sebenarnya bukan berhenti di sekolah
malahan ianya berterusan sehinggalah keperingkat yang lebih tinggi dan
seterusnya sepanjang hayat. Terdapat banyak program-program yang telah
dilakukan oleh kerajaan bagi mewujudkan budaya belajar sepanjang hayat.
Antaranya ialah mengalakan golongan guru untuk belajar ke peringkat yang
tertinggi bagi memberi peluang kepada golongan ini belajar lagi. Program ini
telah memberikan kesedaran kepada guru supaya mereka bukan setakat
mempuyai diploma atau ijazah sahaja, malah mereka digalakan untuk belajar ke
peringkat yang paling tinggi.

b) Memperkembangkan Potensi Individu

Setiap individu memiliki keupayaan dan bakat yang tersendiri. Keupayaan dan
bakat itu pula dapat diperkembangkan menerusi aktiviti sosial. Namun begitu
tidak semua kebolehan itu dapat dilihat dengan jelas kerana pendedahan untuk
memperkembang dan mempertingkatkanya agak terhad. Oleh itu pendidikan
memainkan peranan penting dalam memperkembangkan potensi individu dan ia
perlu diracangkan terlebih dahulu dan dilaksanakan dengan teratur dan
bersungguh-sungguh. ( Ee Ah Meng, 1988).

Di sekolah, terdapat banyak aktiviti kokurikulum yang telah diwujudkan bagi


memberi keseimbangan dalam akedemik dan aktiviti luar. Kokurikulum ini
biasanya dilaksanakan selepas proses pembelajaran. Penglibatan pelajar boleh
kita perhatikan dalam kegiatan sukan, kelab, persatuan dan pakaian seragam.
Dalam aktiviti ini pelajar akan melakukan sesuatu aktiviti secara berkumpulan.
Ada di kalangan mereka yang mempunyai bakat dalam menjadi pemimpin.
Daripada mereka juga akan membentuk satu kumpulan yang menjadi pengikut
kepada ketua mereka. Kesannya, ia akan mendedahkan pelajar tersebut supaya
dapat menampilkan diri mereka yang sebenar suatu hari nanti.

Daripada kegiatan ini juga, seseorang pelajar akan dapat mengembangkan diri
mereka dalam pelbagai bidang. Contohnya sukan, berpantun, bersajak,
menyanyi, menari, mereka cipta sesuatu benda baru dan lain-lain lagi kebolehan
yang dapat ditunjukan oleh pelajar dalam kegiatan luar. Bakat-bakat ini jika
sesebuah sekolah mengunakan kelebihan pelajar ini sudah semestinya ia akan
meningkatkan nama sesebuah sekolah. Kita ambil contoh sebuah sekolah yang
berunsurkan kesenian iaitu Sekolah Seni Kuching. Di sekolah ini, aktiviti berbetuk
kesenian sangat dititikberatkan. Pelajar-pelajar belajar seperti biasa pada
sebelah pagi. Di sebelah petang pula, pelajar akan dibahagikan beberapa aktiviti
yang telah mereka pilih mengikut minat mereka. Antaranya mereka akan masuk
kelas teater, kelas tarian masyarakat, kelas muzik tradisonal, kelas syair dan
puisi, kelas pantun dan lain-lain lagi. Semasa kegiatan ini dijalankan, mereka
akan diasah mengikut kebolehan mereka dengan bimbingan beberapa guru
nanti. Guru akan menjadi petunjuk dalam mencari dan memperkembangkan
bakat pelajar ini (Omardin Ashaari, 1998). Kesannya, pelajar tadi akan menjadi
semakin mahir dalam minat yang telah mereka pilih tadi. Ini akan memberikan
satu impak yang sangat berguna kepada pelajar di sekolah ini apabila mereka
tamat persekolahan nanti.

Jika kita imbas kembali, falsafah pendidikan yang menyentuh tentang


memperkembangkan potensi individu adalah sangat diperlukan oleh pelajar dan
haruslah diteruskan demi menjadikan pelajar negara kita sentiasa mencari
kelebihan mereka dalam bidang yang mereka pilih. Setiap pelajar bijak dan
lemah mempunyai kelebihan mereka masing-masing. Tidak semestinya pelajar
yang lemah tidak mempunyai kebolehan tersendiri, mereka mungkin mempunyai
kelebihan dalan sukan dan lain-lain lagi. Tegasnya di sini, falsafah ini sangat
releven pada zaman sekarang.

c) Menyeluruh Dan Bersepadu

Potensi-potensi yang ada pada individu harus dikembangkan secara bersepadu


dan tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Sebagai contohnya potensi
dari sudut intelek tidak boleh dipisahkan dengan potensi kerohanian. Pelajar
yang bijak adalah tidak seimbang tanpa ada norma-norma kemanusiaan seperti
kasih sayang sesama manusia dan menghormati orang lain. Begitu juga dengan
potensi lain iaitu potensi rohani dan jasmani dalam satu-satu aktiviti tidak boleh
dipisahkan dengan kemahiran bersosial semasa bermain secara berpasukan
seperti sifat-sifat kerjasama dalam permainan. Semua potensi ini seharusnya
berkembang secara menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang
sempurna.

Usaha hendaklah dijalankan untuk menghubungkaitkan perkembangan semua


potensi untuk memenuhi keperluan jasmani, intelek, rohani dan sosial. Antara
usaha yang boleh dilakukan adalah selain memberikan pendidikan keduniaan
seperti ilmu akademik dan jasmani untuk mengembangkan semua potensi
secara bersepadu adalah dengan menerapkan kepercayaan kepada tuhan. Ini
akan melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi selain berilmu. Oleh itu, semua
potensi hendaklah dikembangkan melalui berbagai-bagai aktiviti kehidupan
manusia yang berlandaskan nilai-nilai murni dan juga norma-norma masyarakat
yang baik seperti aktiviti ceramah agama dan gotong-royong selain proses
pembelajar dan pengajaran dalam kelas.

Oleh itu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyediakan kurikulum


yang sesuai bagi mencapai hasrat ini. Antaranya adalah mewujudkan bidang
mata pelajaran seperti matematik dan bahasa untuk tujuan komunikasi, bidang
Pendidikan Agama Islam, moral, geografi dan sains untuk mengenali manusia
dan alam sekeliling serta pencipta kita. Bidang Muzik, pendidikan Jasmani dan
kesihatan, kokurukulum dan bidang kemahiran-kemahiran manipulatif untuk
memperkembangkan potensi individu secara bersepadu.

d) Insan Yang Seimbang Dan Harmonis

Insan yang seimbang membawa maksud semua keperluan manusia mencukupi


iaitu pertumbuhan akal, perkembangan rohani, emosi dan jasmani secara sihat
dan bersepadu. Harmonis pula bermaksud unsur-unsur rohani, intelek, emosi dan
jasmani dalam diri manusia adalah dalam keadaan serasi dan sesuai. Keadaan ini
akan membawa hubungan baik antara manusia dengan manusia, manusia
dengan alam sekitar dan manusia dengan Maha Pencipta.

Insan yang seimbang dan harmonis memiliki dan menghayati ilmu pengatahuan,
berakhlak mulia, mempunyai fikiran dan jiwa yang sihat, tubuh badan yang sihat
dan cergas serta mampu bekerjasama dengan orang lain dan mempunyai
keyakinan yang teguh kepada Tuhan. Ini bermaksud pelajar yang seimbang dan
harmonis memiliki kefahaman tentang tugas dan tanggungjawab dalam
pelajaran. Dalam alam pekerjaan mereka mampu melaksanakan tugas dengan
amanah dan baik. Mereka juga begitu teguh dalam menjalani kehidupan
seharian iaitu segala masalah dan cabaran yang dihadapi dapat di atasi secara
profesional dan rasional.

Keseimbangan ini dapat dicapai melalui pendidikan sempurna di sekolah dan


rumah. Di sekolah telah disediakan pendidikan yang sempurna untuk anak-anak.
Hasrat ini tidak akan tercapai jika anak-anak tidak ke sekolah. Oleh itu ibu bapa
dan guru harus bekerjasama bagi memastikan pendidikan ini sampai kepada
golongan pelajar untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

e) Keseimbangan Dari Aspek JERI

Pendidikan di Malaysia suatu usaha berterusan ke arah melahirkan insan atau


individu yang seimbang dari aspek Intelek, Rohani, Emosi dan Jasmani atau lebih
dikenali sebagai JERI. Usaha ini bertujuan untuk melahirkan warganegara
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan
negara.

Keseimbangan dalam aspek JERI boleh dicapai dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Unsur Jasmani memberi tumpuan kepada perkembangan angota-
angota tubuh badan dengan cekap dan sihat. Walaupun merujuk tubuh badan,
kesihatannya bukan bergantung pada penjagaan tubuh badan semata-mata, ia
juga perlu penjagaan emosi. Hal ini kerana emosi juga mempengaruhi kesihatan
tubuh badan. Oleh itu Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menyediakan
subjek-subjek yang berkaitan dalam sistem pendidikan negara. Contohnya
subjek Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan
Muzik serta aktiviti dalam Kelab dan Persatuan seperti Kelab Kebudayaan yang
melibatkan gerakan dan kemahiran. Dengan unsur jasmani pelajar seharusnya
dapat memperkembangkan bakat dan kemahiran teknikal, memanipulatif dan
bersosial. Jasmani yang sihat secara dasarnya bermaksud memiliki tubuh badan
yang sihat. Dengan tubuh badan yang sihat pelajar tentu sekali dapat
menyumbang tenaga dengan baik dan berkesan.

Dengan melahirkan insan atau individu yang sihat sahaja tidak cukup dalam
sistem pendidikan negara. Ia juga perlu melahirkan insan atau individu yang
stabil emosi. Unsur emosi ini diselit bagi menjamin perasaan yang sihat dan
matang serta memiliki kasih sayang untuk mencintai perpaduan serta keamanan
dan perasaan positif yang lain yang dapat menjamin kestabilan individu yang
membawa kepada keatabilan negara. Contohnya, seseorang yang sihat tubuh
badan tetapi bila menghadapi cabaran cepat panas baran, putus asa atau pun
bunuh diri. Keadaan ini berlaku kerana tidak ada emosi yang stabil. Emosi
merupakan faktor yang penting dalam kehidupan. Bagi pelajar yang mempunyai
masalah emosi guru kaunseling bertanggungjawab untuk memberi nasihat dan
panduan supaya konflik emosi dalam diri pelajar dapat diselesaikan dengan baik.
Contohnya, Persatuan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) juga ditubuhkan di
setiap sekolah di mana ahlinya dipilih di kalangan pelajar-pelajar untuk
membantu pelajar-pelajar yang mempunyai konflik emosi dalam diri mereka. Ahli
PRS ini diberi pendedahan yang khas untuk membantu rakan-rakan mereka. Satu
buku panduan yang mencadangkan cara-cara menangani masalah emosi harus
diterbitkan dan diberi secara percuma kepada pelajar-pelajar terutamanya
pelajar sekolah menengah agar ianya dapat dijadikan panduan oleh mereka
apabila mempunyai konflik emosi kerana sesetengah pelajar malu untuk
meluahkan konflik emosi mereka. Penjagaan emosi adalah penting kerana
masalah emosi bukan sahaja boleh menjejaskan mental malah juga fizikal.

Seimbang daripada aspek jasmani iaitu sihat tubuh badan, emosi yang stabil
juga tidak cukup untuk melahirkan insan yang seimbang, jika tidak ada unsur
rohani dalam diri. Rohani adalah merujuk kepada pembentukan dan pembinaan
watak dan kejatidirian manusia. Sistem pendidikan melahirkan watak dan
kejatidirian watak yang sesuai dengan agama, adat dan sosio-budaya Malaysia,
sebagaimana termaktub dalam Rukun Negara. Unsur rohani ini diselitkan agar
setiap individu percaya kepada Tuhan, sentiasa bersyukur dengan nikmat yang
dikurniakan serta berakhlak mulia dan berpegang teguh kepada amalan-amalan
yang baik. Jika rohani kosong atau penerapan nilai-nilai moral tidak ada maka
kita tidak dapat melahirkan keperibadian yang mulia. Oleh itu kerajaan telah
memantapkan matapelajaran agama Islam di sekolah kebangsaan dengan
memperkenalkan program Jawi, Quran, Arab dan Fardu Ain (J-QAF). Bagi pelajar
yang bukan Islam pendidikan moral sudah cukup tetapi amali haruslah
diutamakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar ianya dapat
dipraktikan di luar.

Sihat, emosi stabil dan bermoral juga tidak dapat melahirkan insan yang
seimbang tanpa intelek. Intelek bermaksud daya kemampuan berfikir dan
memahami (menganalisis dan sebagainya). Menurut Kementerian Pendidikan
Malaysia (1990) insan yang seimbang dan harmonis dapat mengamalkan ilmu
pengetahuan, berakhlak mulia, mempunyai kepercayaan teguh kepada Tuhan,
berfikiran tenteram, sihat tubuh badan, hidup bermasyarakat dan cergas. Intelek
merupakan unsur yang sangat diperlukan.

Keseimbangan dalam aspek intelek dapat diperkembangkan dalam pendidikan.


Bagi rakyat Malaysia intelek diukur di atas kertas ujian. Kebanyakan rakyat
Malaysia menganggap bahawa intelek merupakan lembing kejayaan individu.
Perkara ini harus dihakis, persepsi rakyat Malaysia harus diubah. Aspek intelek
sepatutnya dijelaskan dengan lebih menyeluruh di dalam pendidikan dengan
menyatakan kepada individu bahawa kejayaan intelek bukan bermaksud
cemerlang di dalam peperiksaan, malah kejayaan merangkumi intelek ialah
kejayaan yang merangkumi keupayaan berfikir untuk hidup dan berdikari.
Contohnya, apalah guna cemerlang didalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
dengan mendapat 18 A1 tetapi tidak mampu hidup berdikari dan berfikiran
rasional untuk membuat keputusan yang bijak bagi menentukan masa hadapan.
Guru-guru harus mengukuhkan keyakinan pelajar dalam setiap subjek yang
diajar supaya murid yang lahir akan menjadi masyarakat Malaysia yang dapat
membuat keputusan yang bernas dan bijak serta tidak mendatangkan masalah
pada masa hadapan. Guru boleh memberi peluang kepada pelajar untuk
menambahkan keyakinan pelajar dengan memberi mereka peluang untuk
bercakap di khalayak ramai.

f) Kepercayaan Kepada Tuhan

Kepercayaan kepada Tuhan merupakan satu elemen yang sangat penting dalam
pembentukan identiti negara Malaysia. Pihak kerajaan telah membentuk rukun
negara dengan meletakkan prinsip kepercayaan kepada Tuhan pada tempat
yang pertama. Ini menunjukkan betapa pentingnya prinsip ini kepada
pembentukan sesebuah negara Malaysia yang harmoni di mana masyarakat di
negara kita terdiri daripada pelbagai agama, kaum, budaya, bahasa, dan
sebagainya. Dengan adanya kepercayaan kepada Tuhan oleh masyarakat di
negara kita, ini akan mewujudkan satu masyarakat yang seimbang. Dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), perkara yang sangat dititikberatkan
adalah berkaitan dengan soal keagamaan iaitu kepercayaan kepada Tuhan.

Kepercayaan kepada Tuhan adalah elemen yang ketujuh dalam Pembentukan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dimana kalau kita lihat kepentingannya, semua
pelajar Islam diwajibkan mengambil mata pelajaran Pengetahuan Agama Islam
dalam peperiksaan awam. Sementara itu, pelajar bukan Islam hendaklah
diberikan pelajaran Pendidikan Moral. Kewajipan ini jelas menunjukkan kepada
kita bahawa pelajar-pelajar dapat mengamalkan konsep kepercayaan kepada
Tuhan kerana mereka telah diajar perkara tersebut di dalam kelas.
Dalam melihat kepada kerelevan kepercayaan kepada Tuhan dalam kalangan
pelajar-pelajar di negara kita berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,
pengkaji bersetuju dan berpendapat bahawa ianya begitu relevan dan sesuai
mengikut peredaran zaman dan masa. Hal ini kalau kita lihat secara rasionalnya,
individu-individu pelajar telah mengakui tentang wujudnya Pencipta. Pelajar-
pelajar telah mengamalkan kepercayaan keagamaan masing-masing seperti
dalam agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Mereka mengakui
bahawa manusia dan alam semesta dijadikan oleh Pencipta yang disebut
sebagai Tuhan. Malah mereka juga mengetahui hukum dan fenomena alam
merupakan peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta. Pelajar-pelajar juga boleh
berfikir dan menyedari bahawa manusia dijadikan adalah untuk memakmurkan
alam dan bertanggungjawab di atas perbuatan yang dilakukan seperti percaya
adanya syurga dan neraka, dosa dan pahala, hukuman dan tindakan dan lain-
lain.

Malah, pelajar-pelajar berusaha untuk meningkatkan kepercayaan kepada Tuhan


di mana mereka akan hadir ke tempat-tempat beribadat mengikut kepercayaan
dan amalan agama masing-masing. Bagi mengukuhkan amalan, mereka
berusaha mencari ilmu dan mengamalkan ajaran agama. Sebagai contoh,
pendidikan tentang agama bermula dari sekolah rendah dan ramai pelajar
memasuki sekolah aliran agama bagi mendapatkan ilmu pengetahuan agama,
mengamalkannya dan menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.

Secara realiti dunia pada hari ini, peredaran zaman telah mengubah pelbagai
aspek dalam kehidupan manusia di dunia ini. Tidak terkecuali dalam aspek
pendidikan dan sahsiah pelajar. Di sini kita melihat konteks di negara kita,
pegangan agama dalam kalangan pelajar sejak akhir-akhirnya ini amat
membimbangkan. Ramai pelajar pada peringkat rendah mahupun atasan kurang
memahami dan menghayati isi kandungan apa yang diajar kepada mereka
berkaitan aspek keagamaan. Ramai pelajar tidak tahu membaca al-quran dan
tidak menjawab soalan Pendidikan Islam dan moral dalam peperiksaan.

Pelajar-pelajar yang berjaya dan lulus dalam peperiksaan Pendidikan Islam dan
moral hanyalah sekadar untuk memenuhi syarat mereka untuk memasuki
institusi pengajian tinggi ataupun untuk mencari pekerjaan apabila tamat
persekolahan nanti. Kita juga amat sedih kerana kurangnya dari segi
pengamalan keagamaan pelajar-pelajar dan mempraktikkannya dalam
kehidupan harian semasa ilmu-ilmu pengetahuan agama yang diajar oleh guru-
guru di sekolah. Pelajar-pelajar lebih suka pergi ke tempat-tempat lain seperti
pusat beli belah, melepak dijalanan, ke taman-taman rekreasi, tempat
perkelahan dan sebagainya. Mereka jarang untuk pergi ke tempat-tempat
beribadat dan ada sekalipun hanya apabila perlu sahaja. Keadaan ini boleh
menimbulkan gejala-gejala yang tidak sihat dalam kalangan pelajar yang
akhirnya mereka boleh terjebak ke lembah maksiat dan meninggalkan amalan
keagamaan seperti kepercayaan kepada tuhan.

Dunia teknologi maklumat dan globalisasi pada hari ini menyebabkan


penyebaran budaya dan anasir-anasir jahat yang bertentangan dengan agama
dan norma masyarakat. Proses globalisasi yang tiada sempadan memudahkan
pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah negatif kepada remaja
kita. Contohnya, amalan Black Metal, Punk, Skin Head, seks bebas, perkahwinan
sejenis dan sebagainya. Perkara-perkara ini bukan sahaja telah disebarkan
kepada remaja dan pelajar-pelajar, malah ada yang telah mengikut dan
mengamalkannya. Hal ini amat membimbangkan semua pihak. Oleh itu, usaha
dan langkah-langkah perlu diambil agar gejala ini tidak meresap ke dalam jiwa
remaja dan pelajar-pelajar. Kepercayaan kepada tuhan yang terdapat dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan perlu ditekannya kepada pelajar-pelajar agar
masalah seperti ini dapat diatasi.

g) Berilmu Pengetahuan

Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang


ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Elemen ini
menyarankan rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu
pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain.
Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki
ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan serta
menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan
diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Selain itu, dalam
pembentukan FPK, ianya juga menekankan penyebaran ilmu pengetahuan dan
memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri dan orang lain.

Secara realiti dalam konteks hari ini, wujud segelintir pelajar-pelajar baik
peringkat rendah mahupun menengah tidak tahu membaca. Hal ini amat
membimbangkan para pendidik kerana zaman moden kalau difikirkan kita
memang tidak wujud golongan pelajar yang tidak pandai membaca. Ini boleh
membantutkan perancangan negara dalam memcapai negara maju pada tahun
2020. Ramai pelajar hanya belajar sehingga peringkat ijazah dan berhenti
setakat itu sahaja demi mencari pekerjaan yang bersesuaian. Situasi ini berlaku
disebabkan terlalu ramai graduan universiti yang menganggur dan tidak
mendapat pekerjaan yang sesuai. Bagi pandangan graduan, tidak guna belajar
pada peringkat yang seterusnya sedangkan tiada peluang pekerjaan diwujudkan
bersesuaian dengan bidang-bidang yang diambil semasa di univerisiti.

Selain itu, rakyat Malaysia kurang membaca buku-buku ilmiah berbanding buku-
buku berbentuk hiburan seperti majalah mangga, komik kartun dan sebagainya.
Ini juga amat merisaukan semua pihak. Untuk mencapai hasrat kerajaan dalam
FPK, ilmu pengetahuan yang mendalam perlu ada dalam diri masyarakat. Rakyat
Malaysia lebih mengetahui situasi dan perkembangan isu di negara luar
berbanding dalam negara sendiri. Ini juga merisau pihak kerajaan dalam
merealisasikan apa yang terkandung dalam FPK.

h) Rakyat Malaysia Yang Berketerampilan

Keterampilan membawa maksud bagaimana seseorang dapat berhubung dengan


insan yang lain (Ee Ah Meng, 1990). Ia juga meliputi beberapa aspek seperti
pemikiran , kepercayaan dan perasaan. Di sini hasrat yang ingin dicapai ialah
melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran dan kecekapan dalam
menjalankan sesuatu tugas atau amanah.
Melahirkan individu yang berketerampilan ini penting bagi memastikan
keseimbangan pendidikan dari segi rohani, jasmani dan intelek. Antara ciri-ciri
individu berketerampilan yang ingin dilahirkan ialah yang berilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan sememangnya kunci bagi kejayaan dalam apa juga bidang
yang diceburi. Dalam situasi perkembangan dunia hari dimana perkembangan
teknologi adalah begitu pesat, ilmu pengetahuan sememangnya amat mudah
didapati. Hasrat melahirkan individu yang berpengetahuan harus disertai dengan
mempunyai kemahiran apabila mempraktikkan ilmu pengetahuan tersebut.

Selain itu, mereka juga harus memiliki kelayakan yang wajar bagi menjalankan
sesuatu tugas. Mempunyai kelayakan membolehkan individu mempunyai
keyakinan bagi menjalankan sesuatu tugas. Apabila mahir serta berkelayakan,
maka individu mampu melaksanakan tugas dengan cekap, tangkas dan
sempurna. Dengan ini juga individu tersebut mampu memberi dan
menyampaikan ilmu yang dimiliki kepada orang lain yang memerlukan.
Dalam pendidikan, kompenan-kompenan yang harus di ambil kira ialah
penampilan secara fizikal dimana seseorang pelajar harus memainkan peranan
dalam penampilan mereka. Sebagai contoh, pakaian pelajar perlu kemas dan
mengikut kod etika pakaian serta harus mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan. Seterusnya, ketrampilan juga melihat elemen bagaimana pandangan
seseorang terhadap diri sendiri dan juga orang lain. Ia berkaitan dengan aspek
positif atau negatif pemikiran seseorang itu terhadap diri mereka dan orang lain.
Akhirnya ia memberi penekanan yang tinggi terhadap perasaan harga diri dan
keyakinan diri.

i) Rakyat Malaysia Yang Berakhlak Mulia

Sehubungan dengan itu, matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga ingin


melahirkan masyarakat Malaysia yang berakhlak mulia. Masyarakat berakhlak
mulia di sini bermaksud masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni seperti
bersopan santun, berbudi bahasa, jujur, amanah, berintergriti dan sebagainya.
Unsur ini merupakan perkara utama yang dituntut agar rakyat Malaysia mampu
untuk berfikir, bertindak dan menilai mana satu yang baik dan mana satu yangg
buruk. Kebolehan berfikir jauh dalam menimbang kesan dan akibat sesuatu
perkara dan yakin dalam perkara murni yang dilakukan merupakan ciri-ciri yang
perlu ada dalam rakyat Malaysia yang berakhlak mulia. Kesemua nilai-nilai murni
ini sangat penting dan perlu diterapkan kepada rakyat Malaysia sejak dari
peringkat sekolah lagi supaya ia sebati di dalam jiwa rakyat Malaysia.

j) Rakyat Malaysia Yang Bertanggungjawab

Selain daripada itu, Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga menitikberatkan unsur


dan nilai kebertanggungjawaban di dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Bertanggungjawab yang dimaksudkan disini bukanlah bererti bertanggungjawab
ke atas tugasan pekerjaan sahaja malahan ianya meliputi pelbagai aspek
tanggungjawab seperti tanggungjawab terhadap agama dan keluarga,
tanggungjawab terhadap perlembagaan undang-undang, tanggungjawab
terhadap keamanan sejagat dan sebagainya. Oleh sebab itu, nilai ini telah
dipupuk dan disemai kepada rakyat Malaysia sejak berada di bangku sekolah
lagi. Dengan mengetahui tugas dan tanggungjawab ini diharapkan agar rakyat
Malaysia mampu untuk menjalankan tanggungjawab mereka sebagai seorang
warganegara yang berwibawa, disegani dan dihormati disamping memelihara
perpaduan kaum untuk menjamin keamanan negara diteruskan.

k) Rakyat Malaysia Yang Berkeupayaan Mencapai Kesejahteraan Diri

Seterusnya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah untuk melahirkan


rakyat Malaysia yang mampu dan berkeupayaan untuk menikmati kesejahteraan
diri. Berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri di sini bermaksud seseorang
individu yang berupaya menangani apa-apa sahaja masalah di dalam hidupnya
sebagai contoh. Mereka juga mampu untuk berfikir secara waras apabila
menghadapi sebarang situasi seperti menilai kesan dan akibat baik dan buruk
sesuatu pertimbangan. Di samping itu juga, keseimbangan mencapai
kesejahteraan hidup ini juga meliputi keupayaan seseorang individu untuk
mempunyai tubuh badan sihat dan mempunyai kemahiran dalam menjalin
perhubungan yang baik dengan orang lain.

l) Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan


kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.

Unsur yang terakhir yang diterapkan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan


iaitu rakyat Malaysia yang dapat memberikan banyak sumbangan kepada
masyarakat, agama, dan negara. Dengan wujudnya rakyat Malaysia yang
mampu memberi sumbangan kepada negara, ia sebenarnya telah membantu
proses pembangunan negara ke arah sebuah negara maju. Bukan itu sahaja,
harapan untuk melihat ramai rakyat Malaysia berjaya di dalam memberikan
sumbangan terutama sekali sumbangan kepada keluarga akan menambahkan
lagi keharmonian dan kemakmuran di dalam sesebuah keluarga bahkan juga
kepada masyarakat. Tuntasnya disini adalah untuk melahirkan masyarakat yang
berguna kepada keluarga, agama dan bangsa.

Kesimpulannya, bagi melahirkan modal insan yang seimbang dan harmonis,


pencapaian dalam aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani perlulah
dititikberatkan dahulu kerana elemen-elemen inilah yang menjadi pemangkin
sebenar dalam pembangunan modal insan selaras kehendak negara kita bagi
mencapai Wawasan 2020.

MATLAMAT PENDIDIKAN/MISI KPM

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah sejajar dengan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan. Matlamat pendidikan di Malaysia dapat ditinjau dari beberapa
aspek iaitu individu, sosial, ekonomi, politik, perpaduan rakyat, pengurangan
jurang perbezaan, penekanan pendidikan sains dan matematik dan
pemeliharaan cara hidup demokrasi (Ee Ah Meng,1990).

Dari segi individu, pendidikan bertujuan mengalakkan perkembangan individu


yang seimbang melalui perkembangan mental, emosi, jasmani, moral dan
estetik. Hasil daripada sistem pendidikan negara seharusnya melahirkan insan
yang stabil dari segi emosinya, berakhlak tinggi, sihat dari segi jasmani, cekap
dalam menjalankan tugas serta mempunyai nilai estetik untuk menikmati
keindahan alam semula jadi.
Dari segi sosial pula, individu yang dididik akan memahami warisan ekologi dan
budaya, nilai-nilai serta amalan-amalan sosial dan pelbagai desakan dan cabaran
daripada masyarakat. Dengan adanya kefahaman ini, individu dapat memenuhi
kewajipannya serta tanggungjawab terhadap negara sebagai seorang
warganegara. Jika dilihat dari segi ekonomi, matlamat pendidikan negara
bertujuan melahirkan individu yang mahir serta cekap untuk membolehkannya
menjadi seorang pekerja yang produktif. Dengan adanya pengetahuan yang
mendalam dan kemahiran yang tinggi, individu akan dapat menjadi perancang,
pereka, pengeluar dan pengguna yang rasional dan cekap. Dalam konteks ini,
individu dapat memberikan sumbangan terhadap kemajuan serta perkembangan
negara.

Politik merupakan unsur yang begitu besar pengaruhnya terhadap halatuju


negara. Dengan sistem pendidikan yang ada, individu penerapan mengenai
pemahaman dan penerimaan prinsip dan cita-cita unggul demokrasi
berpelembagaan. Penerapan nilai-nilai taat setia kepada negara, cintakan negara
serta menyedari hak dan tanggungjawab sebagai warganegara dalam sebuah
negara demokratik. Kesedaran tentang kewajipan dan hak terhadap negara perlu
kerana rakyatlah yang berperanan menentukan kekuasaan dan masa depan
politik negara.

Unsur perpaduan merupakan tunjang kepada kesejahteraan negara. Bagi


memupuk unsur perpaduan dalam kalangan rakyat, sukatan pelajaran yang
sama haruslah digunakan di sekolah-sekolah. Bahasa pengantar yang sama, iaitu
bahasa Malaysia digunakan di semua sekolah kebangsaan untuk membolehkan
semua rakyat berhubung dengan mudah di antara satu sama lain. Sistem
pendidikan perguruan yang lebih teratur serta bercita-cita kebangsaan
disediakan untuk semua guru.

Selain itu, matlamat pendidikan adalah untuk merapatkan jurang perbezaan


dalam pendidikan pelajar-pelajar. Dalam kajian yang telah dilakukan oleh
penyelidik menunjukkan bahawa prestasi murid adalah dipengaruhi oleh
kemudahan-kemudahan yang sedia ada. Jurang perbezaan dalam pendidikan
wujud terutamanya antara golongan murid yang berada dengan golongan murid
yang miskin. Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan telah menyediakan
kemudahan-kemudahan kepada murid-murid di kawasan luar bandar.
Kemudahan-kemudahan yang perlu disediakan seperti pemberian buku
pinjaman, menyediakan makanan yang berkhasiat, memberi biasiswa kepada
pelajar-pelajar miskin, memberi pakaian seragam secara percuma dan
sebagainya.

Subjek matematik dan sains sangat penting sejak akhir-akhir ini. Oleh itu,
matlamat pendidikan telah memberi penekanan kepada subjek ini di sekolah-
sekolah di seluruh negara bagi memenuhi aspirasi masyarakat yang progresif.
Sekolah-sekolah sains yang berasarama penuh telah dibina untuk
mempercepatkan proses meningkatkan bilangan pelajar yang akan mengikuti
pengajian dalam jurusan sains dan matematik.

Matlamat pendidikan yang terakhir adalah berkaitan dengan pemeliharaan cara


hidup demokrasi. Mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan telah
diperkenalkan kepada murid-murid supaya mereka tahu tentang latar belakang
sejarah negara kita dan kefahaman mengenai konsep demokrasi. Ini bertujuan
melahirkan individu yang akan menjadi ahli masyakarat yang bertanggungjawab
dan berusaha bersama kea rah mewujudkan masyarakat yang progresif, adil dan
saksama.

STRATEGI MEREALISASIKAN FPK

Dalam membicarakan strategi merealisasikan FPK, sememangnya memerlukan


usaha dari dua pihak iaitu di pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri dan di
pihak guru di sekolah. Gabungan daripada kedua-dua belah pihak ini akan dapat
merealisasikan FPK ini.

4.1) Peranan Kementerian Pelajaran Malaysia

Dalam membincangkan strategi merealisasikan FPK, KPM menggunakan


pendekatan strategik untuk merealisasikan FPK seperti yang termaktub di dalam
buku Dasar Pembangunan Pendidikan Kebangsaan. Strategi yang dilakukan oleh
KPM merangkumi tiga bidang iaitu pembangunan insan, pembangunan sumber
manusia dan penyelidikan dan pembangunan.
Dalam strategi pembangunan insan, matlamat utamanya adalah
membangunkan dan mengembangkan potensi yang ada pada diri inidividu
secara menyeluruh dan bersepadu. Strategi pembangunan insan ini, mempunyai
beberapa perkara yang ditekankan. Antaranya ialah penyediaan kurikulum yang
relevan dengan mengubah suai kandungan sukatan pelajaran mengikut
keperluan semasa, penyediaan sistem penyampaian yang berkesan dengan
memperkenalkan sistem teknologi maklumat (ICT) yang serba moden.
Selain daripada itu, penekanan juga diberikan kepada pendidikan agama dan
moral dengan penerangan nilai-nilai agama dan moral dalam semua peringkat
persekolahan dan dalam semua mata pelajaran. Begitu juga dengan peluang
pendidikan ditingkatkan melalui pelbagai bidang dan pendekatan altenatif.
Sebagai contohnya wujudnya Pendidikan Jarak Jauh (PJJ), wujudnya Open
University (OUM), kursus-kursus professional, Pendidikan komputer dan
sebagainya. Selain daripada itu, penekanan diberikan juga dalam meningkatkan
semangat patriotisme melalui penerapan dalam semua subjek mata pelajaran di
samping penerapan melalui aktiviti kokurikulum dan aktiviti khidmat masyarakat
seperti yang ada dalam subjek Pendidikan Sivik dan Kenegaraan.

4.2) Pembangunan Sumber Pendidikan

Dalam pembangunan sumber pendidikan ini, matlamat KPM melalui strategi ini
adalah untuk meningkatkan kualiti pendidikan di Malaysia. Dalam strategi ini,
terdapat beberapa perkara yang ditekankan. Antaranya ialah, dalam penyediaan
input pendidikan yang mencukupi, lengkap dan terkini dengan
mempertingkatkan kuantiti dan kualiti guru, prasarana yang lengkap serta
program sokongan dari semasa ke semasa dan mengikut keperluan semasa.

Selain daripada itu, penekanan juga diberikan dalam pelaksanaan program


pendidikan mengikut perancangan dengan memastikan matlamat pendidikan
dan rancangan Malaysia tentang keperluan terhadap guna tenaga mahir dapat
dicapai dan diperolehi. Di samping itu, KPM juga menekankan tentang
meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dengan
penyediaan tenaga pengajar yang berkualiti serta persekitaran pembelajaran
yang kondusif. Contohnya kemudahan untuk mengakses maklumat melalui
internet, keadaan bilik darjah yang elok dan selesa, lengkap dengan kemudahan
asas dan sebagainya.

4.3) Penyelidikan dan Pembangunan

Dalam strategi ini, tujuan KPM menggalakkan usaha penyelidikan dan


pembangunan adalah bertujuan mengemas kini ilmu, membaiki serta
mempertingkatkan sistem pendidikan kebangsaan di masa akan datang. Oleh
yang demikian, KPM memberi tumpuan kepada perkara-perkara seperti
penyediaan tenaga pengajar untuk membuat penyelidikan dengan mengajar dan
memberi latihan kepada para guru dan pegawai pendidikan untuk
mempertingkatkan kemahiran dengan menjalankan penyelidikan dalam
pendidikan. Selain daripada itu, mencari dana atau sumber kewangan untuk
membiayai projek penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan serta
merangka dasar pendidikan untuk menggalakkan para guru untuk membuat
penyelidikan khasnya dalam bidang penyelidikan.

4.4) Peranan Guru

Secara tuntasnya, guru sebenarnya memainkan peranan yang sangat penting


dalam merealisasikan matlamat FPK melalui strategi yang dirangka oleh KPM. Ini
sejajar dengan matlamat FPK serta misi KPM iaitu membangunkan sistem
pendidikan bertaraf dunia serta menjadi pusat kecemerlangan ilmu di rantau
atau pelusuk dunia. Justeru itu, usaha guru dalam merealisasikan strategi KPM
adalah ditumpukan kepada beberapa penekanan. Antaranya penekanannya ialah
pelaksanaan kurikulum dan kokurikulum yang dapat mengembangkan potensi
pelajar dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek secara menyeluruh dan
bersepadu.

Selain daripada itu, pelaksanaan pengurusan dan pentadbiran dengan


penyelengaraan prasarana atau infrastruktur yang lebih efektif dan efisyen
supaya kemudahan pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan licin
dan optimum serta dalam keadaan yang baik dan selamat. Seterusnya ialah
mengadakan perhubungan yang erat antara pihak guru dengan masyarakat iaitu
dengan mewujudkan perkongsian pintar di antara warga sekolah dengan
masyarakat supaya dapat melahirkan semangat kerjasama untuk membantu
membangunkan sekolah dari segi kewangan ataupun tenaga.

KERELEVENAN FPK DALAM DAPATAN KAJIAN LEPAS

Dapatan kajian lepas ini melihat beberapa kerelevanan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan ini diaplikasikan yang mana kami melihat sejauh manakah ia telah
berfungsi dan berjaya untuk mencapai matlamatnya.

Dapatan Kajian Lepas Pertama

a) Kajian Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Dengan Kurikulum


Pendidikan Islam Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Dapatan kajian lepas ini adalah berdasarkan kajian lepas yang telah ditulis oleh
Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusoff dan Ruhizan Mohammad Yassin dari
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Hasil daripada penelitian kami mendapati bahawa penyelidikan yang ditulis oleh
pengkaji ini bertujuan untuk melihat adakah Kurikulum Pendidikan Islam
Politeknik relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mana pengkaji
telah menggunakan kaedah reka bentuk analisis dokumen untuk membuat
kajian. Dapatan kajian daripada pengkaji adalah mendapati objektif Pendidikan
Islam Politeknik adalah releven dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini
menunjukkan Kurikulum Pendidikan Islam Politeknik KPTM tidak lari dari landasan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Bukti

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan pernyataan yang boleh dilihat


sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan-pandangan terhadap perkara-
perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Falsafah Pendidikan mengandungi
kepercayaan, sistem nilai dan harapan yang akan diperolehi daripada sistem
pendidikan yang dihasilkan oleh falsafah berkenaan.

Berdasarkan dapatan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik Mengetahui


konsep ilmu seterusnya mendorong mereka mengkaji dan menghayatinya
relevan dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek Perkembangan
potensi individu secara menyeluruh.
Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik
Memahami Tasawwur Islam untuk dihayati dalam kehidupan releven dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek percaya kepada Tuhan serta
seimbang dan harmonis. Percaya kepada Tuhan dan patuh kepada perintahNya
akan melahirkan insan yang berupaya untuk mencapai kesejahteraan diri dan
akhirnya dapat memberi sumbangan kepada agama, keharmonian masyarakat
dan kemakmuran negara. Justeru itu, penekanan objektif Pendidikan Islam
Politeknik tentang kerelevenan falsafah pendidikan kebangsaan ini dilihat perlu
untuk melahirkan insan seimbang dari aspek rohani, jasmani, emosi dan intelek.

Dapatan kajian juga menunjukkan objektif Pendidikan Islam Politeknik


Memahami dan menghayati konsep dan ruang lingkup ibadah dalam Islam serta
dalam kehidupan seharian juga releven dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dari aspek percaya kepada Tuhan, unsur rohani dan seimbang serta
harmonis.
Seterusnya berdasarkan dapatan kajian, objektif Pendidikan Islam Politeknik
Mengetahui dan memahami konsep dan hikmah perundangan Islam serta
peranan al-Quran, as-Sunnah,al-Ijmak dan al-Qias sebagai sumber hukum juga
releven dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dari aspek Rakyat Malaysia
yang bertanggungjawab, Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan serta
Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara. Justeru itu, penekanan kepada aspek ini
akan melahirkan pelajar yang jiwa mereka terdidik dengan mematuhi peraturan
dan mampu menjauhkan mereka dari melakukan perkara yang bertentangan
dengan ajaran Islam.

Kajian juga mendapati objektif kurikulum Pendidikan Islam Politeknik, iaitu


Memahami konsep kekeluargaan dalam Islam serta mampu melaksanakan
tanggungjawab dan menangani permasalahan dalam kehidupan berkeluarga
releven dengan elemen Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu antaranya elemen
Rakyat Malaysia berakhlak mulia dan bertanggungjawab dan Rakyat Malaysia
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara. Oleh itu, penekanan kepada objektif ini akan
melahirkan pelajar yang faham tentang proses pembentukan sesebuah keluarga
seperti mana yang dikehendaki oleh Islam.

Kesimpulannya, pengkaji telah menunjukkan terdapatnya kerelevenan objektif


Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pengkaji mencari
kerelevenan objektif Pendidikan Islam dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
kerana sesuatu subjek yang ditawarkan kepada pelajar perlu mempunyai
pengalaman pembelajaran yang terarah serta dapat membantu mereka
berdepan dengan keadaan masyarakat sebenar. Kajian menunjukkan objektif
Pendidikan Islam Politeknik KPTM mempunyai ciri-ciri seperti yang dikehendaki
oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu ilmu pengetahuan,
ketrampilan,berakhlak mulia, bertanggungjawab, berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Dapatan Kajian Lepas Kedua

b) Kerelevenan Falsafah Pendidikan Kebangsaan Melahirkan Sekolah Berprestasi


Tinggi.

Menerusi dapatan kajian lepas kedua ini pula kami melihat aspek Kerelevenan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini melalui pemerhatian kami terhadap
wujudnya Sekolah Berprestasi Tinggi di negara kita bermula tahun 2010.
Sekolah Berprestasi Tinggi sebagaimana ditakrifkan sebagai sekolah yang
mempunyai etos, watak, identiti yang tersendiri dan unik serta menyerlah dalam
semua aspek pendidikan. Sekolah ini mempunyai tradisi budaya kerja yang
sangat tinggi dan cemerlang dengan modal insan nasional yang berkembang
secara holistik dan berterusan serta mampu berdaya saing di persada
antarabangsa sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu mewujudkan
insan yang seimbang dan harmonis dari segi JERI, melahirkan rakyat Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan
dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

"Status itu (SBT) akan diberi kepada sekolah terbaik yang mempunyai identiti
unik yang membolehkan pelajar mencapai kecemerlangan dalam semua aspek
pendidikan. Sekolah-sekolah ini akan mempunyai budaya kerja yang kuat dan
cemerlang dan melahirkan modal insan yang dinamik untuk pembangunan
negara.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan matlamat sebanyak 100 buah
sekolah berprestasi tinggi pada tahun 2012. Memang tidak dapat dinafikan
bahawa pada masa sekarang terdapat banyak sekolah berlumba-lumba untuk
mencapai matlamat tersebut. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha yang
dilakukan oleh setiap sekolah demi mencapai tahap sekolah berprestasi tinggi.

Bukti

Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak.

SK Ulu Lubai adalah sekolah pedalaman pertama di negara ini diiktiraf sebagai
Sekolah Berprestasi Tinggi. SK Ulu Lubai membuktikan bahawa berada di luar
bandar bukanlah halangan mencapai kejayaan. Walaupun keadaan sekolah yang
sederhana dan bangunan kayu, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik
amat cemerlang apabila Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) mendapat 100
peratus lulus sejak 2006 sehingga kini dan sentiasa menjadi sekolah terbaik di
Sarawak. Menduduki tempat ke-54 pada 2009 dan melonjak naik ke tempat
pertama pada 2010 merupakan satu kebanggaan bagi semua warga sekolah
tersebut.

Selain daripada itu, SK Ulu Lubai juga memenangi dua anugerah pada peringkat
antarabangsa iaitu johan anugerah Commonwealth Education Good Practice
Awards 2009, finalis Commonwealth Education Good Practice Awards 2009 yang
dianugerahkan Sekretariat Komanwel dan Kerajaan Malaysia.

Tidak cukup dengan itu, sekolah ini juga merangkul lima anugerah di peringkat
kebangsaan, 14 di peringkat negeri dan 46 di peringkat bahagian dan daerah. Di
samping itu SK Ulu Lubai juga aktif dalam mewujudkan program jalinan dan
jaringan dengan institusi luar negara pada 2009 dan 2010 membabitkan
Universiti Bristol United Kingdom (UK), Jin Shan Primary School Singapore,
Kingsford Community School UK dan Deptford Green School UK.

CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN

Sesungguhnya peranan sekolah begitu besar dalam melaksanakan Falsafah


Pendidikan Kebangsaan. Sekolah merupakan institusi formal pertama di mana
murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat
pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan seterusnya
memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada.

Untuk merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek-aspek


kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin
murid perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.

a) Aspek Kepemimpinan

Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin


sekolah iaitu pengetua atau guru besar merupakan orang penting dalam
memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam
pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka
bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah,
membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.

Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya
sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi
penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat FPK dapat
direalisasikan.
Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar
sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Perubahan peranan pentadbir
sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan,
tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber
manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan
pengetua dan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan
menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Pengetua dan guru
besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi
cemerlang.

Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun


2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi
semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam
bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta
kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan.
Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational
leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan.
Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan
tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam
keadaan bersedia. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya
membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih
berkesan.

Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang


bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.
Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling
berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.

Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid
terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru
besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang
mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan
persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah
yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik
murid (Rutter et al,1979).

b) Aspek Budaya Sekolah

Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah,
kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang
penting dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim sekolah
yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan
murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti
sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram
serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna.

Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik
dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti
membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama,
lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi
motivasinya.

Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu
aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan
bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah,
keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang
lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga
keindahan sekolah.

Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan


keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-
menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan,
kemesraan dan keadilan.
Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu
seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di
perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui
penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan
membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-muridnya. Program ini secara
tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis
atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina
budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.

Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan
bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik
darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti
pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak
sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua
Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang mampu
berdaya saing di peringkat global.

Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan


bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan
menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

c) Aspek Ko-kurikulum

Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk merealisasikan Falsafah Pendidikan


Kebangsaan, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam
melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan
gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu
sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak
kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah
kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-
aktiviti ko-kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan
adalah terancang.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai


sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di
kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid
mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan
perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-kurikulum cuba
melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid
boleh dididik dan mendidik diri sendiri.

Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan boleh memainkan peranan


dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Begitu
juga masyarakat yang bertanggungjawab boleh memainkan peranan mereka
dalam mendidik murid-murid. Ini disebabkan alam masyarakat di luar sekolah
sebenarnya amat kaya dengan ilmu pengetahuan yang boleh dimanfaatkan oleh
murid-murid. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-
kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan/kelab dan juga sukan. Pihak
sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-kurikulum ini
kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah
dan sebagai satu bidang pendidikan.

Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa


matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan
aspek sosialisasi.
Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap
akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan
murid; memupuk nilai-nilai ahklak dan pendidikan yang diingini, memajukan
kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan kepemimpinan
diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran,
menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan
aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.

Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk


mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan
menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan
murid juga dapat diwujudkan.
Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan
kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk
masyarakat.

Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti


pengurusan ko-kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi
potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa
bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan
integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi
peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti
terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-
masing.

d) Aspek Guru

Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam
merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni
insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.

Dengan pengenalan KBSR dan KBSM di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar,
pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai
inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan.

Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai


prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid
seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan.
Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid
mempunyai minat terhadap pelajaran itu.
Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-
bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar,
mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.

Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam
sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama,
langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran
haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti
pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah
pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan
merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-
keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar
seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan
membawa faedah yang besar kepada murid-murid.

Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang


diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-
pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep
dengan lebih mudah lagi. Perkataan-perkataan yang digunakan oleh guru
sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan
alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat
menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-
murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna.
Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat
bantu mengajar lain.

Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti


sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya
dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani
sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai.
Ringkasnya, guru memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan
berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa
hadapan.

e) Aspek disiplin

Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat
akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi
merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam


membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan
tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal
dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal
keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi
memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) boleh menubuhkan
sebuah jawatan kuasa menangani gejala disiplin murid peringkat sekolah dengan
melantik beberapa ahli terdiri daripada kalangan mereka yang tinggal
berhampiran dengan sekolah bagi memantau disiplin murid. Pihak sekolah juga
hendaklah memantau kawasan sekolah yang terdapat masalah disiplin.

Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak
berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di
sekolah.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan
membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas
utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan
kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai masalah disiplin dengan
tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan
kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa/
penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan
masyarakat atau pihak polis.

Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-
faedah tersebut seperti pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan
licin dan teratur, keberkesanan pengajaran-pembelajaran akan dapat
ditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin,
keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi
peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik
darjah dapat dikurangkan, segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa
yang lebih singkat dan sebagainya.

Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya


persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam
membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan
kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha
pembentukan modal insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang.

KESIMPULAN

Kesimpulannya ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam


merealisasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bergantung kepada
aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-
ikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan
yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan atau tidak.

Kejayaan sekolah dalam merealisasikan FPK juga secara tidak langsung mampu
menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Sekali lagi dinyatakan
bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang
terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia
bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

RUJUKAN
Abdul Fatah Hasan (2007) Mengenal Falsafah Pendidikan, Kuala Lumpur: Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Adnan Kamis (1993) Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Pandangan dan


Maklum Balas, Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Amberjeet (1993) Dasar Grant dan Peruntukan Pembiayaan Serta Prestasi


Pendidikan Sains, Matematik, Teknik dan Vokasional di Malaysia, Bangi, Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Anan Nur (2010) Filsafat Pendidikan Essensialisme Retrieved on August 16, 2010,
http://anannur.wordpress.com/2010/07/08/filsafat-pendidikan-essensialisme

Omardin Ashaari (1998), Peranan Tugas Dan Tanggujawab Guru Di Sekolah, Kuala
Lumpur, Tinggi Press Sdn.Bhd.

Ee Ah Meng (1989) Pendidikan Di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Selangor Darul


Ehsan, Peter Chongprinter Sdn Bhd.

Evelyn J. Sowell (2005) Curriculum: An Integrative Introduction: 3rd Edition, New


Jersey, Merill Prentice Hall.

Kamarudin Hj Husin & Kamarul Azhar (1994) Asas Pendidikan III: Perkembangan
Dan Pelaksanaan Kurikulum, Selangor Darul Ehsan, Logman Malaysia Sdn Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2001) Falsafah Pendidikan Kebangsaan,


Matlamat dan Misi, Pusat Pembangunan Kurikulum, Kuala Lumpur, Kementerian
Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2000) Tatacara Pengurusan Kewangan &


Perakaunan Sekolah, Kuala Lumpur, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia (1988) Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Kuala


Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan.

Mok Soon Sang (1992). Pedagogi 2 Strategi Pengajaran-Pembelajaran Pengajaran


Mikro Persediaan Untuk Pengajaran Praktik, Subang Jaya: Cetaktama Sdn. Bhd.

Noresah ( 2002 ), Kamus Dewan Edisi Ketiga, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa Dan
Pustaka.

Paul Procter ( 1995 ), Cambridge International Dictionary of English First Edition,


Cambridge University Press.

Sufean Hussin (2004) Pendidikan di Malaysia Sejarah, Sistem dan Falsafah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Undang-Undang Malaysia (1996) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), Percetakan


Nasional Berhad, Kuala Lumpur.

Widad Othman & Faridah Mariani Johari (2007) Curriculum Planning in Technical
and Vocational Education, Kuala Lumpur, Open University Malaysia.

You might also like