# Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Dan Jawi

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejarah perkembangan sistem ejaan Rumi dan Jawi

Sistem Ejaan Wilkinson


Perancangan ejaan pertama di Tanah Melayu dimulakan apabila kerajaan Negeri
negeri Melayu Bersekutu mengambil iniasiatif menubuhkan sebuah jawatankuasa ejaan pada
tahun 1902. Jawatankuasa ejaan ini diketuai oleh R.J. Wilkinson dan Nazir sekolah sekolah
pada masa itu. Sistem Ejaan Wilkinson dirumuskan dengan nama Romanised Malay Spelling
dan diterbitkan pada bulan Oktober 1904 dalam bentuk sebuah laporan.
Dari tahun 1901 hingga 1940, Sistem Ejaan Rumi Wilkinson telah digunakan secara rasmi di
semua sekolah sekolah umum. Sistem ejaan di sekolah pada tahun tersebut digunakan
secara seragam dengan semua kamus dan penerbitan karya yang dihasilkan Wilkinson itu
sendiri. Ejaan Rumi Wilkinson adalah berdasarkan kamus Jawi-Melayu-Inggeris yang disusun
oleh beliau sendiri pada tahun 1903. Wilkinson menggunakan pendekatan transliterasi daripada
Jawi kepada Rumi sebagai kaedah perumian bunyi bunyi Melayu.
Terdapat dua sistem yang diperkenalkan oleh Wilkinson bagi perumian bahasa Melayu. Sistem
yang pertama ialah perumian secara harafiah iaitu menurut ejaan. Secara harafiah bermaksud
pengambilan huruf huruf Jawi yang membentuk sesuatu kata dan memadankannya dengan
huruf huruf Rumi tertentu yang diterima. Kaedah harafiah dapat menjurus kepada
keseragaman iaitu dengan mengurangkan kaedah tersendiri seseorang penulis dalam
penulisannya. Kelemahan kaedah harafiah adalah sistem vokal bahasa Arab tidak cukup untuk
disepadankan dengan bunyi bunyi vokal Melayu.
Sistem yang kedua pula ialah perumian secara secara fonetik iaitu menurut sebutan sesuatu
kata. Kelemahan kaedah fonetik pula adalah sebutan yang digunakan dalam bahasa Melayu
berbeza beza mengikut sesuatu tempat.

Sistem Ejaan Zaba


Sistem Ejaan Rumi Zaba muncul apabila Pendeta Zaba telah membuat perubahan
daripada Sistem Ejaan Wilkinson. Sistem ini turut dikenali sebagai Ejaan sekolah. Sistem ini
digunakan secara menyeluruh di sekolah sekolah di Tanah Melayu.
Sistem Ejaan Rumi Zaba menunjukkan suatu kaedah penggunaan lambang huruf yang
beraneka ragam yang mengakibatkan ketidakseragaman melalui pengejaan kata dalam amalan
penulisan seharian iaitu semua urusan yang menggunakan tulisan Rumi. Sistem Ejaan Rumi
Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya pengejaan kata yang masih menggunakan
Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903). Selain itu, Sistem Ejaan Rumi Zaba juga
mengaplikasikan beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan dalam pelbagai jenis
kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit dan tersebar luas semenjak tahun 1920-an.

. Penggunaan Sistem Ejaan Rumi Zaba menjadi bertambah sukar kerana adanya
pengejaan kata yang masih menurut Sistem Ejaan Rumi Wilkinson (1903) dan
beberapa sistem ejaan Rumi yang lain yang digunakan di dalam pelbagai jenis
kamus ekabahasa dan dwibahasa yang terbit serta tersebar semenjak tahun 1920-
an. Kesan daripada kelemahan sistem-sistem yang ada dan cara penggunaan yang
beragam-ragam itu telah mendorong beberapa pihak tertentu menampilkan
beberapa sistem baru ejaan Rumi dalam tempoh tahun 1940 hingga 1959. Tiga
percubaan yang mendapat perhatian ialah aturan ejaan Rumi yang dikenal sebagai
Ejaan Rumi Fajar Asia (1943), Ejaan Kongres (1956) dan Ejaan Rumi PBMUM (1959).

Pakatan Belajar- Mengajar Bahasa yang ditubuhkan pada tahun 1888 di Johor telah
memainkan peranan untuk menggalakkan penggunaan bahasa Melayu di sekolah
dan dalam masyarakat. Usaha ini telah diteruskan dengan penubuhan Maktab Guru
Perempuan di Melaka pada tahun 1900. Institusi- institusi inilah yang menjadi
pengasas perancangan penggunaan bahasa Melayu baku yang kemudiannya
diperkembang oleh Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) di Tanjung Malim sejak
tahun 1922. Perkembangan dan pemantapan sistem ejaan Rumi berlaku seiring
dengan perkembangan bahasa Melayu dalam pendidikan dalam zaman penjajahan
itu. Beberapa buah buku bahasa dalam tulisan Rumi dan tentang tulisan Rumi yang
memperluas penggunaan sistem Ejaan Sekolah yang berasaskan Ejaan Wilkinson
telah disusun dan diterbitkan oleh beberapa orang tokoh bahasa dan pendidikdi
SITC. Di antaranya ialah : (i) Kitab Loghat Melayu susunan R.O. Winstedt dan
Ibrahim Dato Muda Linggi (1921), (ii) Kitab Pelita Mengarang (Rumi) susunan O.T.
Dussek dan Mohd. Hashim (1923), dan (iii) Kitab Kumpulan Nama Melayu susunan
Ibrahim Dato Muda Linggi (1924).
Sistem ejaan Rumi yang terkenal sebelum penggunaan sistem ejaan baru tahun
1972 ialah "Sistem Ejaan Rumi Zaba" yang juga dihasilkan daripada SITC. Sistem
Ejaan Rumi Zaba disusun dan diperkemas dan terdapat dalam beberapa buah buku
pedoman bahasa terbitan Pejabat Karang Mengarang SITC seperti : (i) Ilmu Bahasa
Melayu Penggal 1 (1926), (ii) Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (1941), dan (iii) Daftar
Ejan Melayu (Jawi- Rumi) (1949), dengan judul "Petua- petua Ejaan Rumi", yang
dikarang oleh Zaba.
Selain daripada sistem ejaan Zaba, dalam zaman pendudukan Jepun tahun 1942-
1945, terdapat penggunaan "Ejaan Fajar Asia". Ianya berbeza sedikit daripada ejaan
Zaba di Tanah Melayu dan ejaan van Ophuijsen di Indonesia. Angkatan Sasterawan
50 kemudiannya menjadikan Ejaan Fajar Asia ini sebagai ejaan rasmi mereka.
Selain daripada itu, terdapat juga "Ejaan Bebas" yang berupa ejaan Rumi tanpa
sistem apa-apa, atau sistem yang menyatukan ciri-ciri ejaan daripada sistem-
sistem yang ada, termasuk daripada sistem ejaan di Indonesia. Ejaan Bebas
digunakan dengan agak meluas dalam urusan bukan rasmi dan dalam beberapa
penerbitan akhbar, majalah dan buku.

You might also like