Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

Teknologi Maklumat Mendorong Peningkatan Taraf Hidup

KEWUJUDAN TEKNOLOGI MAKLUMAT MENDORONG

KE ARAH PENINGKATAN TARAF HIDUP

NAMA KUMPULAN: MEK QELATE

NAMA ANGGOTA:

Hajarul Falenna Itah Abu Bakar Adli

Anis Afiqah Che Rahim

Norliyana Anas

Saidah Nafisah Abdul Rahman

1.0 Pendahuluan

Pada abad ke 20, ledakan teknologi maklumat yang berlaku secara global dan
membawa kepada tercetusnya revolusi dunia ketiga iaitu teknologi maklumat sebagai
peneraju dunia yang akan meningkatkan taraf hidup masyarakat. Penggunaan komputer
dan internet sebagai asas di dalam Teknologi Maklumat menjadi keperluan kepada
masyarakat. Perkembangan teknologi maklumat banyak membawa perubahan positif
kepada masyarakat dan berkait rapat dengan kemajuan sesebuah negara. Kemajuan
teknologi maklumat telah membawa kepada peningkatan taraf hidup masyarakat.
Sehubungan dengan itu, banyak faedah yang diperolehi hasil daripada kemajuan
teknologi maklumat. Justeru itu, tidak hairanlah jika sesebuah negara menyumbangkan
belanja yang besar untuk memajukan teknologi maklumat bagi mewujudkan sebuah
negara yang maju dan membangun.

1.01 Tujuan kajian

Kajian ini dilakukan bertujuan untuk mengetahui sejauh mana peningkatan taraf
hidup dengan kewujudan teknologi maklumat. Skop kajian meliputi pengaruh masyarakat
terhadap kewujudan teknologi maklumat, keperluan dan kecenderungan masyarakat
terhadap teknologi maklumat, dan juga isu-isu yang berkaitan dengan teknologi
maklumat yang sering dipaparkan melalui media massa. Kajian juga memfokuskan
kepada peningkatan taraf hidup masyarakat dengan kewujudan teknologi teknologi
maklumat.

1.02 Skop kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada pengaruh peningkatan taraf hidup


masyarakat dengan penggunaan teknologi maklumat. Masyarakat menjadi model kajian
ini kerana mereka adalah pencetus kepada kemajuan teknologi maklumat masa kini.
1.03 Kaedah kajian

Kaedah kajian dijalankan dengan menggunakan resensi kepustakaan yang


dilakukan melalui penyelidikan, mencari bahan dan data sama ada primer atau sekunder
di perpustakaan. Bahan terdiri daripada buku, jurnal, akhbar, majalah dan juga sumber
daripada internet.

2.0 Definisi Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat boleh ditakrifkan sebagai suatu kaedah yang digunakan


untuk memindah, menyebar dan memaparkan maklumat. Maklumat tersebut wujud
dalam pelbagai bentuk sama ada bentuk fizikal, contohnya kertas dan buku, bentuk suara,
paparan visual, pergerakan atau dalam bit. Perkembangan teknologi maklumat telah
mencapai suatu tahap di mana ia mula menampakkan pengaruh tertentu di dalam
kehidupan manusia. Pada asalnya, teknologi ini wujud sebagai satu perantaraan untuk
mengedarkan pelbagai jenis maklumat untuk tujuan yang berlainan, contohnya bagi
pengiklanan, pemberitahuan, telekomunikasi dan sebagainya. Teknologi juga merupakan
medium yang digunakan dengan bantuan sains untuk mencapai taraf hidup yang lebih
tinggi. Justeru itu, kemajuan yang dicapai oleh sesebuah negara adalah hasil gabungan
ilmu sains dan media teknologi yang jitu kerana ia memiliki hubungkait yang amat besar
dalam kehidupan masyarakat hari ini.
3.0 Faktor peningkatan taraf hidup

Kewujudan rangkaian multimedia seperti Projek Koridor Raya Multimedia


(MSC) yang dilaksanakan di seluruh dunia memberi peningkatan taraf hidup kepada
masyarakat dan mempunyai pelbagai peluang untuk turut memainkan peranan utama
dalam memajukan ekonomi digital di seluruh dunia.

Komponen utama pembangunan MSC ialah pelaksanaan, penyepaduan dan


peningkatan beberapa aplikasi multimedia termasuk pembangunan aplikasi Kerajaan
Elektronik, Sekolah Bestari, Kad Pelbagai Guna Kerajaan dan Telekesihatan serta
Kelompok Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), e-Niaga dan Program
Keteknousahawan bagi membentuk persekitaran multimedia. Aplikasi MSC tersebut
yang menggunakan sistem berasaskan komputer yang komprehensif menyediakan
persekitaran multimedia untuk mewujudkan peluang perniagaan yang inovatif bagi
penglibatan sektor swasta. Beberapa syarikat terlibat dalam pembangunan dan perluasan
aplikasi multimedia tersebut.

Penekanan ke atas pembangunan infrastruktur teknologi maklumat serta


penggunaan aplikasi memberi peningkatan kepada taraf hidup yang banyak menyediakan
dan memberi peluang pekerjaan yang luas dalam sektor swasta. Di antara sumber
pertumbuhan baru dalam segmen utama sektor teknologi maklumat ialah pembangunan
kandungan digital, e-dagang, dan bioinformatik. Ini juga meningkatkan taraf hidup
sesuatu masyarakat dengan wujudnya kecanggihan teknologi maklumat.

Tumpuan khusus seterusnya diberikan kepada penyediaan dan penggalakan


penggunaan meluas e-dagang sebagai kaedah alternatif untuk menjalankan perniagaan.
Sementara pihak Kerajaan terus memainkan peranan sebagai pemangkin dalam
menggalakkan e-dagang, sektor swasta dan pertubuhan industri khususnya digalakkan
meneraju inisiatif tersebut bagi meningkatkan taraf hidup rakyat. Usaha ini akan
memanfaatkan persekitaran rangkaian bagi mencapai maklumat mengenai produk dan
perkhidmatan dalam talian serta meningkatkan keberkesanan dan kecekapan operasi di
sepanjang rantaian bekalan termasuk harga nyata semasa. Inisiatif tersebut dijangka akan
memudahkan e-dagang menjadi ekonomi utama dan pada masa yang sama menjana
peluang perniagaan baru dan inovatif. Jadi, masyarakat akan diberi peluang untuk
memenuhi sektor pekerjaan.

4.0 Pengaruh Teknologi Maklumat terhadap peningkatan taraf hidup

Penggunaan Komputer boleh digunakan untuk membantu pelajar dalam proses


pembelajaran dan pengajaran. Dengan menggunakan komputer, pelbagai bentuk
maklumat boleh disampaikan secara lebih berkesan dan menarik, contohnya penggunaan
grafik. Illutrasi berbentuk grafik dan apa jua bentuk gambarajah merupakan cara utama
untuk meningkatkan keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini dapat
dijalankan dengan menggunakan Arahan Program, pelajar akan diajar mengikut kadar
dan tahap yang boleh diterima oleh mereka. Ini adalah penting supaya pelajar tidak
tercicir dan putus asa. Merujuk kepada sistem pendidikan konvensional, kesemua pelajar
terpaksa mengikuti sistem yang berlangsung tanpa mengambil kira sama ada mereka
dapat mengikuti pelajaran tersebut. Justeru itu, arahan program dapat memberi peluang
terutamanya kepada golongan pelajar "lemah" untuk membaiki kelemahan mereka.

Pelajar akan mengikuti Arahan program mengikut langkah-langkah tertentu dalam


pembelajaran, langkah tersebut akan diteruskan asalkan pelajar dapat memberi jawapan
yang sesuai dan boleh diterima. Namun sekiranya jawapan tersebut tidak memuaskan,
pelajar akan dipandu kepada langkah terdahulu dan ditunjukkan bahan rujukan yang
berkaitan bagi memperbaiki kelemahan tersebut. Pengajaran sedemikian biasanya tidak
dijalankan di dalam kelas yang terdiri daripada ramai pelajar, tambahan pula pelajar Asia
yang kurang bertanya akan memburukkan lagi proses pembelajaran pelajar.

Selain itu, pendidikan jarak jauh dibolehkan dengan wujudnya rangkaian


pendidikan yang lengkap. Gaya semasa semakin menampakkan masa depan pengajaran
dengan cara jarak jauh tetapi ini tidak bermakna pendidikan konvensional perlu
dihapuskan sama sekali. Sesetengah daripadanya perlu dikekalkan bagi membolehkan
pelajar mempelajari kemahiran tertentu yang tidak boleh diperolehi melalui teknologi
maklumat, contohnya cara persembahan menggunakan komputer amat berbeza dengan
cara konvensional. Namun pelajar tidak harus bergantung sepenuhnya kepada komputer
dan melahirkan pelajar yang tidak mampu berinteraksi tanpa komputer.

Sistem pendidikan perlu membekalkan kemahiran interaksi asas pada awal


persekolahan dan menggunakan teknologi maklumat pada masa yang sama. Dengan itu,
pelajar mempunyai kemahiran lebihan dan pilihan untuk menggunakan teknologi
maklumat atau cara konvensional sesuai dengan keadaan tertentu.

Selain itu, teknologi maklumat juga memainkan peranan yang penting dalam
memberi kebebasan kepada golongan yang memerlukan bantuan khas, contohnya
kewujudan program yang berupaya membaca teks dapat membantu orang buta
berkomunikasi tanpa bantuan keluarga, rakan-rakan dan pekerja lain atau mesin rekod
suara.

Teknologi maklumat juga memberi peluang sosial kepada golongan kurang upaya
melalui penggunaan internet, mirc, yahoo mesengger, serta icq dan lain-lain program.
Golongan ini tidak perlu pergi ke kawasan bandar untuk bertemu atau berkenalan. Ini
kerana terdapat rangkaian yang dikhaskan untuk mereka berkenalan dan bergaul dengan
golongan yang sama di mana sebelum ini tiada saluran yang begini mudah. Selain itu,
mesyuarat juga boleh dijalankan pada bila-bila masa asalkan seseorang mempunyai talian
telefon, komputer serta modem.

Dengan adanya teknologi maklumat, tele perubatan juga dicipta untuk membantu
pesakit dalam keadaan tertentu supaya tidak perlu berjumpa dengan doktor. Ini kerana
dalam kebanyakan kes, doktor cuma memeriksa pesakit melalui sintom yang diberitahu
oleh pesakit sendiri. Suatu program yang menyeluruh dan sentiasa diperbaiki adalah
memadai untuk menggantikan tugas sedemikian. Doktor seharusnya menumpukan
perhatian dalam kes yang serius yang mana pesakit tidak dapat memeriksa sebarang
sintom.

Namun kesahihan sistem sedemikian akan sentiasa dipertikaikan akibat faktor-


faktor keselamatan, kepercayaan, psikologi dan sebagainya. Selain itu, kos pelaksanaan
sistem sedemikian juga amat tinggi kerana ia perlu sentiasa dinaik taraf dan dinilai bagi
memberikan tahap ketepatan dan kepercayaan yang tinggi. Di samping itu, pelaksanaan
sistem sedemikian akan menggugat kesenangan golongan buta huruf untuk mendapatkan
rawatan biasa memandangkan sistem tersebut cenderung mengurangkan atau
menggantikan peranan klinik. Justeru itu, timbul pendapat bahawa ia hanya sesuai untuk
tujuan farmasi sahaja di mana pesakit telah diberikan resit ubat, dan menggunakan tele-
perubatan cuma untuk mendapatkan ubat tersebut.

Walau bagaimanapun, penggunaan Smart Card melengkapkan lagi sistem tersebut


memandangkan kesemua maklumat peribadi pesakit termasuk sejarah perubatan telah
dikodkan. Namun kita tidak harus melihat bidang perubatan ditukarkan kepada sejenis
industri. Perubatan sebagai perindustrian akan mencetuskan kesan mental yang buruk
terhadap pesakit. Pesakit sebenarnya telah dibebankan dengan persekitaran hospital yang
dipenuhi dengan pesakit-pesakit lain. Penggunaan teknologi yang keterlaluan akan
menyebabkan hubungan doktor dan pesakit hilang, ini akan menimbulkan keadaan yang
tidak menggalakkan dalam kes kesihatan yang serius.

Dengan adanya teknologi maklumat semakin banyak bahan-bahan yang


ditukarkan kepada bit-bit dalam komputer yang dinamakan digital. Penukaran ini
mencetuskan perubahan yang besar dalam penggunaan ruang di bandar, contohnya
masyarakat bandar tidak perlu berada di sesuatu lokasi tetapi dapat merasai situasi
tersebut melalui internet. Kes yang sama berlaku terhadap perpustakaan, apabila lebih
banyak teks ditukarkan dalam bentuk bit. Mereka tidak perlu sampai ke perpustakaan
untuk mendapatkan bahan rujukan tersebut. Selain itu masyarakat di bandar juga tidak
semestinya pergi ke panggung wayang atau muzium untuk melihat filem atau khazanah
negara. Kesemua ini memberi impak terhadap perancangan guna tanah kawasan bandar.
Kesan langsung daripadanya adalah pengurangan dalam isipadu lalu lintas yang
disebabkan oleh aktiviti tersebut. Ini akan mengagihkan tanah bagi tujuan yang lain
misalnya kawasan hijau atau taman-taman yang tidak dapat digantikan oleh teknologi
maklumat.

Namun begitu, dengan menukarkan bahan-bahan kepada bit-bit, masalah cetak


rompak semakin berleluasa. Bahan-bahan yang didigitkan berkemungkinan besar akan
menjadi tidak berharga. Ini kerana ia boleh disalin dan dikeluarkan semula berkali-kali,
berbeza dengan bahan-bahan sebenar yang akan berkurangan kuantitinya apabila
digunakan.

Selain itu juga, dunia maya adalah satu sistem yang mensimulasikan alam nyata
(realiti). Alam nyata ditayangkan dalam bentuk imej, dalam dunia yang kelihatan seperti
dunia nyata. Kewujudan dunia maya akan membawa perubahan tertentu dalam cara hidup
di bandar dan juga di pedalaman. Ia juga dapat memuatkan ciri-ciri idealisme yang tidak
terdapat dalam dunia nyata dan merupakan satu ruang yang membolehkan masyarakat
membuat pilihan sama ada hendak memilih dunia maya atau dunia nyata untuk
menjalankan aktiviti tertentu, contohnya untuk membayar bil-bil elektrik, bil telefon,
bayaran pinjaman pendidikan dan seumpanya.

Namun penggunaan dunia maya bukan hanya terhad kepada hiburan sahaja. Ia
menjadi medan ujian bagi percubaan pengalaman yang seakan-akan benar, misalnya ujian
memandu kenderaan boleh dijalankan di dalam sebuah bilik tanpa menggunakan
jalanraya sebenar. Dari segi perancangan pula, model-model boleh dihasilkan untuk
menguji kesan perancangan terhadap sesebuah kawasan. Seseorang boleh mencuba
pengalaman di dalam kawasan atau tempat tersebut sebelum pelan susun atur diluluskan.
Ini akan menambahkan lagi penilaian pelan tersebut.

Dengan wujudnya teknologi maklumat yang membolehkan pemindahan


maklumat dengan cepat dan tepat, kebanyakan pekerjaan boleh dijalankan di rumah. Ini
bermakna waktu kerja yang lebih bebas serta pendek. Ini kerana seseorang tidak perlu
meluangkan masa untuk pergi ke pejabat, bersesak di atas jalanraya, makan di luar dan
sebagainya. Kesannya masa rekreasi masyarakat akan bertambah dan ini akan
mempengaruhi peningkatan jenis perkhidmatan pada masa depan dan meningkatkan taraf
hidup masyarakat.

Teknologi maklumat juga berkait dengan sektor perdagangan dan perindustrian,


contohnya gedung-gedung membeli belah seperti Parkson, Sapura, Alamanda, dan Biz.st
telah menawarkan khidmat beli-belah berangkai. Rasionalnya adalah kadar penggunaan
internet yang tinggi akan menggalakkan penawaran sedemikian.
Dengan berkembangnya perkhidmatan sedemikian pada masa depan, pengguna
tidak perlu melangkah keluar dari rumah untuk membeli-belah. Di samping itu, mereka
boleh membeli-belah 24 jam sehari tanpa gangguan kesesakan, cuaca dan jurujual yang
membosankan. Selain itu, lokasi juga tidak menjadi masalah kerana perkhidmatan yang
dibekalkan akan menjamin pembelian tersebut dijalankan dengan senang. Halangan yang
wujud cumalah kos penghantaran yang mahal bagi lokasi yang jauh.

Selain daripada aktiviti membeli-belah, rangkaian teknologi maklumat juga


membolehkan aktiviti perbankan dan pasaran dijalankan. Dewasa ini, aktiviti tersebut
sentiasa berkait dengan kesesakan di lokasi perletakan bank atau bursa saham. Namun
dengan adanya rangkaian maklumat yang membolehkan aktiviti tersebut dijalankan
dengan selamat maka penduduk bandar dengan sukarela akan memilih rangkaian tersebut
berbanding dengan cara konvensional yang tidak berkesan serta membazirkan masa dan
tenaga.

Di samping itu, surat elektronik (email) atau sistem online yang semakin tinggi
kadar penggunaannya akan memberi pengaruh terhadap perkhidmatan pos serta sistem
pengangkutan yang bersabit dengannya. Ia juga mengurangkan penggunaan kertas dan
sampul surat.

5.0 Kesan Teknologi Maklumat

Penggunaan teknologi maklumat dalam kilang, pejabat dan sektor perkhidmatan


telah mencetuskan kebimbangan pekerja bahawa tugas mereka akan digantikan oleh
peralatan dan juga mesin bagi menggantikan mereka untuk bekerja.
Namun, tiada struktur hubungan yang sistematik di antara penggunaan teknologi
maklumat dengan evolusi pekerjaan dalam ekonomi secara keseluruhannya. Justeru itu,
teknologi maklumat tidak akan menyebabkan pengangguran walaupun ia secara nyatanya
mengurangkan tempoh kerja bersamaan dengan pengeluaran malah ia boleh
meningkatkan lagi taraf hidup sesuatu masyarakat dalam pelbagai sektor yang diceburi.

6.0 Isu-Isu Yang Berkaitan Dengan Teknologi Maklumat

Kehadiran teknologi maklumat adalah anugerah istimewa kepada dunia


pendidikan. Tugas mendidik menjadi mudah, cepat dan berkesan dengan adanya
teknologi multimedia. Seluruh dunia telah menjadi seolah-olah sebuah kampung
elektronik dengan adanya teknologi ini. Keupayaan menghantar, menerima dan
memproses maklumat telah dapat diperluas. Penerimaan ilmu tidak lagi melalui
perantaraan antara guru dan pelajar sahaja, malah dilakukan dengan menggunakan
komputer dan bilik darjah bukan lagi disempadani batu-bata dan kayu, sebaliknya di alam
maya, contohnya cara hidup di Cyberjaya yang disiarkan melalui iklan yang menjelaskan
hakikat ini. Iklan tersebut berbunyi, Jika anda sakit dan tidak dapat menghadiri sekolah,
kami akan menghantar guru ke rumah anda! Iklan tersebut memaparkan gambar seorang
budak yang sakit menggunakan komputer untuk meneruskan pelajarannya tanpa perlu
pergi ke sekolah. Inilah kelebihan teknologi maklumat dalam bidang pendidikan.

Selain itu, dari segi ekonomi, urusan perniagaan dapat dijalankan dengan efektif
dan efisien dengan adanya kemudahan teknologi maklumat. Pada masa kini, teknologi
maklumat dapat dikaitkan dengan e-niaga atau e-commerce, iaitu cara perniagaan
melalui elektronik. Hampir semua perniagaan sekarang mengiklankan alamat laman web
mereka beserta alamat mel elektronik (e-mail atau sedang diguna dalam bahasa Melayu
sebagai emel). Kini www.sesuatu.com.my bukan lagi satu perkara yang baru. Pelbagai
barang dan perkhidmatan dijual dan dibeli melalui internet, bukan sahaja dari dalam
negara malah dari seluruh pelosok global ini. Syarikat-syarikat Malaysia juga tidak
ketinggalan dalam hal ini. Malah tidak beberapa lama dahulu ada berita di surat khabar
yang mengkhabarkan seorang suri rumah tempatan mengambil pesanan nasi lemak
melalui email. Justeru, jelaslah bahawa perkembangan teknologi maklumat membawa
kesan yang positif dari aspek perniagaan kepada masyarakat untuk meningkatkan taraf
hidup mereka.

Seterusnya, internet juga menjadi wahana penyebaran unsur-unsur lucah


terutamanya di kalangan generasi muda. Gambar dan bahan pornografi yang lain mengisi
kebanyakan daripada ruang maya dalam internet. Remaja yang dahagakan pengetahuan
seks dijadikan sasaran utama peniaga-peniaga bahan porno ini. Pengusaha-pengusaha ini
juga mengaut keuntungan besar dengan memberikan perkhidmatan berunsur seks mereka
itu dengan mengenakan bayaran sehingga RM50.00 sejam. Masalah ini juga merebak
dengan cepat di kalangan pelajar-pelajar sekolah tidak kira lelaki atau perempuan. Ini
turut memeningkan kepala para guru dan ibu bapa. Hampir semua pelajar sekolah hari ini
terdedah kepada ancaman negatif ini. Kewujudan kafe siber di merata-rata tempat
memburukkan lagi keadaan. Kafe-kafe ini merupakan pusat perkembangan dan
perkongsian maklumat negatif di kalangan remaja dan belia. Aktiviti-aktiviti negatif yang
lain seperti merokok, menagih dadah, gengsterisme dan vandalisme mula bertapak di
sanubari anak-anak.

Selain itu, jika perkembangan teknologi maklumat tidak dikawal implikasi yang
lebih buruk boleh melanda sesebuah negara. Dalam konteks Malaysia, sebarang isu
perkauman dan agama yang disebarkan dengan niat yang jahat pasti mempengaruhi
rakyat untuk bertindak di luar batasan kemanusiaan. Semua ini boleh membawa
kemudaratan kepada sesebuah negara amnya. Anasir-anasir yang jahat boleh
menyalurkan isu-isu sensitif tentang hak dan kepercayaan masyarakat pelbagai kaum bagi
mewujudkan huru-hara di dalam negara. Sekiranya kerajaan tidak mengawasi pergerakan
golongan yang berniat jahat ini, keadaan anarki mungkin terpaksa dihadapi oleh sesebuah
negara dan masyarakat. Oleh itu, kesan negatif teknologi maklumat boleh mengelakkan
masyarakat ke kancah perang sivil dan kaum.

7.0 Kesimpulan

Daripada kajian ini dapat dirumuskan bahawa kewujudan teknologi maklumat


sememangnya dapat meningkatkan taraf hidup masyarakat dari segi pendidikan,
ekonomi, hiburan, perubatan dan sebagainya. Seiring dengan itu, teknologi maklumat
memberi impak yang positif dari segi meningkatkan kualiti hidup, menjalin dan
mengeratkan hubungan antara manusia, melindungi manusia serta memajukan
pendidikan. Manusia juga perlu terus berusaha untuk memajukan teknologi agar taraf
hidup masyarakat semakin meningkat dan berkembang maju.

Di samping itu, perkembangan teknologi maklumat menjadikan komunikasi dan


perhubungan antara manusia mudah dan cepat. Penggunaan teknologi membolehkan
pelbagai maklumat dan informasi dalam bentuk digital dan boleh disalurkan kepada
media massa sepantas kilat. Ciptaan satelit serta alat teknologi seperti telefon bimbit,
telefaks, internet dan sebagainya untuk tujuan hiburan dan perhubungan telah berjaya
membatasi had masa dan tempat, sekali gus menjimatkan masa, tenaga, dan kos
pengguna secara berlipat ganda. Selain itu, hubungan antara manusia dapat dirapatkan
walaupun mereka berkomunikasi dari jarak yang jauh. Dalam bidang penyiaran, kejadian
dan acara-acara yang berlaku di negara-negara lain boleh ditonton secara langsung
melalui satelit dengan berterusan. Hal ini meningkatkan tahap ilmu dan budaya sesuatu
masyarakat sejajar dengan perkembangan teknologi.
Justeru itu, teknologi maklumat adalah nadi pembangunan masyarakat dan negara
untuk mempertingkatkan taraf hidup yang lebih sempurna. Perkembangan teknologi yang
semakin canggih telah mengubah cara hidup manusia dan membantu negara untuk
meningkatkan taraf hidup sesebuah masyarakat.

Bibliografi

Abu bakar Abdul Majid, Sarina Othman, 1998. Cabaran Teknologi Maklumat dan
Internet: agenda Umat Islam. Kuala Lumpur : Institut Kefahaman Islam Malaysia

Norhashim Abu Samah, Mazenah Youp, Rose alinda Alias, 1996. Pengajaran
Bantuan Komputer . Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka

Ramli Mohamad. 1998. Teknologi dan Masyarakat; Satu Kaedah Pengembangan


Melalui Komunikasi . Pulau Pinang : Universiti Sains Malaysia

Rusli Haji Abdullah, Noraini Che Pa, Noorsalwati Nordin. 2003. Teknologi
Maklumat dan Penggunaannya. Petaling Jaya : Prentice Hall

Rose Alinda. 2000.Teknologi dan Sistem Maklumat. [S.I]. Mc Graw Hill


(Malaysia)

http://www.ipislam.edu.my/index.php/artikel/read/373/bab-05-
mengarusperdanakan-teknologi-maklumat-dan- komunikasi

http://www.penerbit.usm.my/pen2006/SSU/DZUL/telefarmasi.html

http://pengajianam900.forumotion.com/penulisan-esei-secara-berpasukan-
teamwork-f19/esei-minggu-ke-4-kemajuan-sains-dan-teknologi-t191.htm

You might also like