Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

[TaJuK]

[Isi Kandungan]

Bil Tajuk Halaman

1 Penghargaan

2 Pendahuluan

3 Objektif Kajian

4 Kawasan Kajian

5 Kaedah Kajian

6 Dapatan Kajian

7 Rujukan

8 Lampiran

9 Rumusan

Penghargaan
Alhamdullilah,syukur kehadrat Illahi kerana telah mengizinkan saya membuat
tugasan ini dengan sempurna dan dapat menghantar tugasan ini pada masa yang
ditentukan oleh guru Geograf saya.
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK TanjungGemok
kerana telah memberikan kebenaran kepada saya untuk menjalankan
kerja kursus ini. Tidak lupa juga kepada guru Geograf saya iaitu Mohd Nazri Bin Yusof
yang telah banyak memberikan tunjuk ajar kepada saya untuk menyiapkan tugasan
ini.
Ucapan terima kasih juga kepada kedua ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan
dorongan kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini. Banyak maklumat yang telah
mereka berikan demi memastikan kajian ini dapat dilaksanakan dengan seelok-eloknya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya yang telah banyak membantu saya ketika dalam
menyiapkan kerja khusus ini
Akhir sekali saya mengucapkan terima kasih kepada penduduk Kampung Tanjung Gemok
yang telah sudi memberikan kerjasama yang baik kepada saya semasa kajian ini dijalankan.
Hanya Allah sahaja yang dapat jasa dan budi baik kalian semua.
Pendahuluan
Kajian kerja kursus ini perlu dilakukan kerana ia merupakan syarat untuk pensijilan Penilaian
Menengah Rendah ( PMR ). Kami semua telah diberikan tajuk Kegiatan Ekonomi. Oleh itu, saya
telah diarahkan oleh guru untuk membuat kajian ini di kawasan yang mempunyai kegiatan
ekonomi iaitu kampung saya.
Masa yang diberikan untuk menjalankan kerja kursus ini ialah bermula bulan September
sehingga bulan Oktober iaitu kira-kira 6 minggu. Setiap pelajar perlu menulis satu laporan
yang lengkap dan terperinci tentang kajian yang telah dijalankan.
Saya berharap agar kajian dan laporan ini akan mendatangkan manfaat dan faedah
khususnya kepada saya dan juga kepada penduduk-penduduk di kawasan tempat tinggal
saya.
Kawasan Kajian

Kajian ini dijalankan di Kampung Tanjung Gemok,Rompin,Pahang.Kampung ini


terletak lebih kurang 5KM dari Pekan Endau dan kira-kira 26KM
dari BandarRompin.Kampung ini mempunyai banyak penduduk.Kawasan kajian
berdekatan dengan pantai dan mempunyai tanah yang rata dan lembut. Mengikut
sejarahnya, sebelum kewujudan Kampung Tanjung Gemok, penduduk di situ
kebanyakannya berasal daripada Kampung Pianggu. Kampung Pianggu merupakan
penempatan awal yang kebanyakan penduduknya berketurunan Bugis. Oleh kerana
waktu tersebut mereka selalu menggunakan pengangkutan sungai, sesetengah
daripada mereka telah berpindah ke kawasan lain yang dikenali sebagai Kampung
Teluk Gading. Apabila wujudnya pembangunan terutama pengangkutan jalan raya,
maka mereka telah berpindah berdekatan dengan jalan utama tersebut dan secara
tidak langsung wujudlah penempatan baru yang diberi nama Kampung Tanjung
Gemok.
Mengikut daripada sumber, nama Tanjung Gemok diambil sempena gelaran yang
telah diberikan oleh pelayar-pelayar laut berhampiran Kuala SungaiEndau. Mereka
sering menggelar kawasan tersebut sebagai 'Tanjung Gemok' yang diringkaskan
daripada ayat 'Tanjung yang nampak gemok'. Kawasan tanjung tersebut menjadi
tempat persinggahan bagi pelayar-pelayar pada waktu itu. Oleh kerana nama tersebut
kerap diperkatakan, akhirnya kekallah kawasan tersebut dengan nama Kampung
Tanjung Gemok.
<Peta Daerah>
<peta Kawasan Kajian>
Kaedah Kajian
Saya telah mengenal pasti beberapa kaedah yang akan membantu saya mencatat
maklumat secara terperinci dan bersistematik.Oleh itu,saya telah menggunakan 3
kaedah ini untuk menjalankan kajian ini.Berikut adalah:-
1)Soal selidik
Saya telah membuat pemerhatian terhadap kawasan kajian untuk mendapatkan
maklumat tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memerhati
pelbagai kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Contohnya ialah
pertanian,perguruan,perniagaan dan penternakan.

2)Pemerhatian
Saya telah menyoal selidik penduduk di kawasan kajian untuk mengkaji tentang
kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memberi borang soal selidik kepada
20 orang responden dan member mereka masa sebanyak 5 minit untuk
menjawabnya.Saya telah mengutip borang tersebut dan menganalisanya seperti di
bahagian lampiran

3)Rujukan
Saya telah menggunakan pelbagai bahan rujukan untuk saya mencari maklumat
tentang kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya telah memilih seseorang untuk
dijadikan orang sumber untuk menceritakan kepada saya tentang kegiatan ekonomi di
kawasan kajian.Saya juga telah mencari pelbagai sumber dari internet untuk
menjayakan kerja khusus ini
seperti http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-
geograf-pmr-2010/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87 .Selain itu saya juga telah
menggunakan buku teks geograf tingkatan 1 untuk memudahkan saya membuat
kajian ini.
Hasil Kajian
8.1)Konsep kegiatan ekonomi
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka mendefnasikan bahawa kegiatan ekonomi
sebagai perkara-perkara atau aktiviti yang dilakukan oleh masyarakat.
Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi,antara contoh-contoh kegiatan
ekonomi ialah perniagaan,perikanan,penternakan dan lain-lain.

8.2)Jenis-jenis Kegiatan Ekonomi


Terdapat banyak jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan antaranya ialah
perikanan.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 6 orang
responden yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua 6 orang responden melakukan
aktiviti ini di laut atau di kawasan pantai.Tiga orang daripadanya menggunakan jala
untuk menangkap ikan manakala selebihnya pergi ke laut untuk menangkap
ikan.Hasil dapatan mereka dijual di pasar berdekatan atau dibuat makanan untuk
keluarga mereka.

Kegiatan perniagaan juga merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan


kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati orang 4 responden
yang terlibat dalam kegiatan ini.Kesemua responden ini berniaga kecil-kecilan seperti
gerai atau warung.
Selain itu,kegiatan perguruan merupakan salah satu kegiatan ekonomi di kawasan
kajian.Hasil daripada analisis borang soal selidik,saya mendapati 7 orang responden
yang terlibat dalam kegiatan ini.Lima responden ini mengajar di sekolah tertentu
seperti Sekolah Kebangsaan Tanjung Gemok,Sekolah Menengah KebangsaanTanjung
Gemok.Manakala,2 orang responden lagi mengajar tusyen di rumah mereka.
Akhir sekali,kegiatan pemeliharaan burung layang-layang.Hasil daripada analisis
borang soal selidik,saya mendapati 3 orang responden yang terlibat dalam kegiatan
ini.Dua daripada responden ini membina bangunan 2 tingkat untuk menjadikan
sarang burung layang-layang mereka.Responden yang selebihnya membina bangunan
3 tingkat untuk burung layang-layang mereka.Mereka menggunakan pembesar suara
yang berbunyi burung layang-layang supaya burung layang-layang itu tertarik dengan
bunyi itu lalu datang mencari sumber bunyi itu.
8.3)Kepentingan Kegiatan Ekonomi di kawasan Kajian
Kegiatan ekonomi ternyata telah membawa peluang kepada penduduk di kawasan
kajian.Mereka terlibat dengan pelbagai kegiatan ekonomi.Ada diantara mereka terlibat
dalam kegiatan perikanan,perguruan,perniagaan dan sebagainya.Hasilnya,melalui
kegiatan ini,mereka berpeluang mempunyai sumber pendapatan.
Kegiatan ekonomi juga telah meningkatkan taraf kehidupan penduduk di kawasan
kajian.Pada peringkat awal penduduk hanya tinggal di rumah kecil diperbuat daripada
kayu.Kenderaan utamanya ialah basikal.Kebanyakan penduduk di taraf
kemiskinan.Hasil daripada kegiatan ekonomi,penduduk sekarang mempunyai rumah
besar diperbuat daripada batu dan mempunyai kenderaan-kenderaan yang mewah.
Selain itu juga,kegiatan ekonomi juga membekalkan bahan ma kanan.Kegiatan
ekonomi pertanian telah memberikan kita vitamin . Penternakan dan perikanan telah
memberi sumber protien kepada penduduk di kawasan kajian.Dengan ini penduduk
akan selalu cergas dan sihat.
Akhir sekali,kegiatan ekonomi membekalkan bahan keperluan harian
penduduk.Bahan-bahan tersebut adalah seperti bahan dapur,bahan runcit dan
sebagainya.Dengan ini penduduk tidak perlu pergi jauh untuk mencari barang
keperluan mereka.
8.4)Kesan-kesan kegiatan ekonomi di kawasan kajian

Melalui pemerhatian saya,saya mendapati pelbagai masalah yang dihadapi


di Kampung Air Tawar.Di antaranya ialah pencemaran alam sekitar.Pencemaran alam
sekitar merangkumi pencemaran udara dan bunyi.Kegiatan pemeliharaan burung
laying-layang yang maju di kawasan kajian dan peningkatan harga air liur burung
layang di pasaran menyebabkan ramai penduduk menguasahakan kegiatan
ini.Penduduk telah menebang hutan dan membiarkan ia kering lalu
dibakarnya.Akibatnya,pencemaran udara sekitar di kawasan kajian.Pencemaran udara
pula berlaku kerana bunyi burung layang-layang dari bangunan atau sarangnya
menyebabkan penduduk tidak senang untuk tidur atau membuat kerja lain.
Kegiatan ekonomi juga menyebabkan hidupan akuatik terancam.Ini kerana
nelayan-nelayan telah menangkap banyak hidupan di akuatik untuk dijual di
pasar.Mereka tidak melepaskan kehidupan akuatik yang terdapat telur di dalam
perutnya untuk membiak.Maka kehidupan akuatik terancam.Contohnya ialah udang
galah,dulunya udang galah senang didapati tetapi sekarang semakin susah untuk
didapati jika kita menebar jala
Selain itu,kegiatan ekonomi menyebabkan kemasukan buruh asing seperti
masyarakat Indonesia,Filipina dan Thailand.Mereka masuk ke kawasan kajian untuk
mencari peluang pekerjaan.Mereka bekerja dengan gaji yang murah sebab itulah
majikan-majikan mereka mengambil mereka bekerja di kawasan kajian.

Akhir sekali,kegiatan ekonomi di kawasan kajian menyebabkan penduduk dari


negeri lain datang ke kawasan kajian contohnya ialah dari Genting Hihgland.Penduduk
ini berpindah kerana ingin mengusahakan kegiatan pemeliharaan burung layang-
layang kerana kawasan kajian mempunyai tanah yang lembut dan rata manakala di
Genting Highland mempunyai tanah yang berbukit dan tidak rata.Ini meyebabkan
pertambahan penduduk secara mendadak di kawasan kajian.
Peta Minda:Kesan-kesan kegiatan ekonomi di Kampung Tanjung
Gemok,26820,Rompin,Pahang.

[PeTa]-[MiNdA]

8.5) Langkah-langkah hendak mengurangkan kesan kegiatan ekonomi di kawasan


kajian.
Hasil daripada pemerhatian saya,kegiatan ekonomi telah menyebabkan
berlakunya pelbagai kesan negatif terhadap kawasan kajian.Diantaranya kesan
negatif tersebut ialah pencemaran alam sekitar.Dalam mengurangkan pencemaran
alam sekitar di kawasan kajian,langkah penguatkuasakan undang-undang boleh
diambil.Pihak yang terlibat adalah seperti Jabatan Alam Sekitar(TAS) dan pihak
berkuasa tempatan seperti Majlis Daerah Rompin(MDR) boleh mengambil tindakan
undang-undang terhadap mereka yang terbukti melakukan kegiatan yang
mencemarkan alam sekitar di kawasan kajian.Antara tindakan tersebut ialah mengita
premis dan hukuman penjara.
Terdapat juga kesan negatif yang lain di kawasan kajian iaitu kemasukan buruh
asing. Kemasukan buruh asing akan mengurangkan peluangkan pekerjaan kepada
penduduk asli.Tindakan harus diambil dengan pantas.Pihak yang terbabit iaitu Majlis
Daerah Rompin(MDR) kemasukan buruh asing dengan menguatkuasakan undang-
undang di kawasan kajian.Jika ini dipercepatkan maka berkuranglah aktiviti yang tidak
berfaedah dilakukan oleh remaja-remaja di Kampung Tanjung Gemok seperti
merempit,berlumba dan lain-lain.
Seterusnya,kehidupan akuatik terancam merupakan kesan negatif di kawasan
kajian.Ianya berlaku kerana nelayan hanya menangkap kehidupan akuatik tanpa
member mereka peluang untuk membiak.Penduduk perlulah member mereka peluang
untuk membiak sebelum mereka pupus.Penduduk perlu sedar akan apa yang mereka
lakukan.
Kesan negatif terakhir ialah penghijrahan penduduk dari negeri lain ke kawasan
kajian.Tindakan perlu diambil dengan cepat sebelum penduduk di kawasan kajian
bertambah dan kawasan kajian menjadi sesak.Tindakan perlu diambil cepat sebelum
nasi menjadi bubur.Majlis Daerah Rompin perlu mengawal jumlah penghijrahan
penduduk dari kawasan lain ke kawasan kajian untuk mengurangkan kesan kajian.

Jadual menunjukkan jenis-jenis kegiatan ekonomi di Kampung Tanjung


Gemok,26820,Rompin,Pahang.
Jenis Kegiatan Ekonomi Jumlah
Perikanan 6
perniagaan 4
perguruan 7
Pemeliharaan burung layang-layang 3
Jumlah 20
Rujukan
Orang Sumber:_____________________________________________

Laman Web: http://kerjakhususgeograf.blogspot.com/2011/10/tajuk-pendahuluan-


normal-0-false-false.html#comments
http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2010/03/13/contoh-kerja-kursus-geograf-
pmr-2010/?like=1&_wpnonce=4bf7f26e87

Buku rujukan:Chong Mui Sen,2002,Geograf Tingkatan 1,Selangor Darul


Ehsan,Sasbadi.SDN.BHD.
Rumusan

Sebagai rumusannya,kajian ini telah memberi saya pengetahuan tentang jenis-jenis


kegiatan ekonomi di kawasan kajian.Saya juga telah mengetahui tentang
kepentingan-kepentingan kegiatan ekonomi kepada penduduk dan kawasan
kajian.Walaupun kegiatan ekonomi penting kepada penduduk dan kawasan
kajian,namun terdapat juga kesan-kesan negatif hasil daripada kegiatan
ekonomi.Justeru itu,saya meyakini bahawa sekiranya langkah-langkah mengurangkan
kesan kegiatan ekonomi yang dicadangkan dilaksanakan,insyaAllah kesan negatif
kegiatan ekonomi dapat dikurangkan.
Akhirnya,sebagai seorang penduduk di kawasan kajian saya merasa sangat
bersyukur di atas anugerah yang diberi oleh Allah kepada kawasa kajian.Saya juga
bersyukur kerana telah wujud semangat cintakan tanah air di dalam hati penduduk di
kawasan kajian

You might also like