02 Portfolio SJKC Chong Hwa Segenting

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA,

88805 KOTA KINABALU, SABAH.

PORTFOLIO PELATIH
( TAHUN 2013 )

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN


KUMPULAN ( MATEMATIK)
AMBILAN (JANUARI 2013)
Semester ( 1 )

LOO YONG QUAN

PENGALAMAN BERASASKAN SEKOLAH


BIODATA
Biodata Pelajar

NAMA: LOO YONG QUAN

NO. KAD PENGENALAN: 930605-01-6605

KURSUS: PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP)

MAJOR: MATEMATIK

AMBILAN: AMBILAN JANUARI 2013

TARIKH PBS: 1 APRIL 2013 5 APRIL 2013


PENGAKUAN
PENGAKUAN

Saya mengakui tugasan ini adalah hasil saya sendiri semasa menjalani PBS selain

maklumat-maklumat yang dikumpulkan di sekolah yang saya menjalani PBS dan

disenaraikan sumbernya dalam tugasan ini.

_______________________
Tandatangan : _

Nama : LOO YONG QUAN

Tarikh : 15 APRIL 2013


PENGHARGAAN
PENGHARGAAN

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak sekolah SJK
(C) Chong Hwa Segenting kerana sudi mengizinkan saya untuk menjalankan program
Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) di sekolah. Ribuan terima kasih diucapkan
kepada semua warga sekolah SJK (C) Chong Hwa Segenting terutamanya murid-murid
kerana sudi memberi kerjasama kepada saya semasa menjalankan sesi soal selidik
mahupun sesi temu bual. Saya juga berasa bersyukur kerana warga sekolah SJK (C)
Chong Hwa Segenting semuanya peramah dan saya berasa selesa semasa menjalankan
program di sekolah tersebut.

Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk menjalankan temu
bual bersama guru besar walaupun beliau amat sibuk dengan urusan beliau. Beliau
memberi maklumat yang terperinci kepada saya dan sebelum tamat sesi temu bual, beliau
telah memberi nasihat kepada saya supaya belajar dengan bersungguh-sungguh supaya
menjadi seorang guru yang cemerlang hari kelak nanti.

Guru Penolong Kanan I, Puan Tan Siok Hwa juga meluangkan masanya untuk
menjalankan sesi temu bual begitu juga dengan guru penolong kanan Hal Ehwal Murid
(HEM) dan guru penolong kanan Kokurikulum. Melalui temu bual, saya dapat memahami
tentang budaya di sekolah dan proses urusan pentadbiran di sekolah.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mentor saya, Puan
Kerk Lay Yong. Beliau merupakan guru yang berpengalaman dalam pengajaran mata
pelajaran Matematik dan beliau telah memberi tunjuk ajar kepada tentang cara yang betul
untuk mengajar Matematik serta cara penyelesaian sekiranya menghadapi cabaran seperti
murid-murid salah faham konsep dan sebagainya. Terima kasih kepada mentor kerana
mengizinkan saya untuk masuk ke kelas untuk sesi pemerhatian. Saya amat terharu
kerana murid-murid semuanya bersopan dan berdisiplin.

Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak IPG dan juga tutor
saya kerana memberi tunjuk ajar sepanjang menjalankan portfolio PBS. Sekian.
2.1 PENYATAAN PROFESIONAL SEBELUM PBS

Unit Praktikum Institut Pendidikan Guru, Kampus Gaya telah mengadakan taklimat PBS
pada 22 Mac 2013. Tujuan taklimat ini adalah untuk menjelaskan perkara-perkara yang
perlu diberi perhatian semasa menjalani PBS. Semasa taklimat, Encik Awang telah
mengedarkan garis panduan Amalan Profesional, surat pernyataan sebagai panduan
kepada kami semua ketika menjalani PBS. Dengan itu, saya telah memperolehi idea
mengenai PBS dan mengenalpasti aktiviti-aktiviti yang perlu dilakukan semasa PBS.

Di samping itu, saya telah mendapatkan bantuan daripada senior saya di mana
mereka memberitahu perkara-perkara yang perlu diambil perhatian semasa PBS. Mereka
juga memberi pendapat kepada saya supaya boleh membuat persediaan dengan baik
sebelum menjalani PBS.

Saya telah membuat perbincangan dengan rakan sekelas saya, iaitu Chng Lim
Siong, Daniel Liong Wei Soon dan Lim Wei Xuen mengenai perkara-perkara yang perlu
diambil perhatian semasa PBS. Hal ini kerana kali ini merupakan kali pertama bagi kami
untuk menjalani PBS. Saya telah memilih SJK (C) Chong Hwa Segenting Batu Pahat,
Johor untuk menjalankan PBS saya. Sebelum itu, saya telah menyediakan borang soal
selidik untuk kegunaan menemu duga guru besar atau guru semasa di sekolah tersebut.
Borang penilaian dan borang kehadiran yang diberi oleh Unit Praktikum untuk disediakan
supaya diisi oleh guru besar sekolah dan akhir sekali kamera disediakan untuk
pengambilan gambar kemudahan-kemudahan dan kawasan sekolah semasa menjalani
PBS.

Saya juga telah menelefon pihak sekolah SJK (c) Chong Hwa Segenting untuk
memaklum guru besar bahawa saya akan menjalankan PBS di sekolah beliau. Borang-
borang dan peralatan yang diperlukan disemak semula bagi memastikan aktiviti di sekolah
dapat dijalankan dengan lancar.
2.1.1 Fokus Utama Tugasan

Berdasarkan tugasan yang diberi, kami perlu ke sekolah untuk melihat keadaan
persekitaran sekolah dan juga persekitaran dan iklim bilik darjah. Selain itu, kami juga
perlu menemu bual atau mengadakan perbincangan dengan pihak pengurusan sekolah,
guru-guru, kakitangan sekolah dan juga murid-murid. Kami perlu melihat bagaimana
seorang guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas.

Sepanjang tempoh perlaksanaan aktiviti PBS, kami dikehendaki menfokuskan


persekitaran dan iklim bilik darjah sama ada kondusif atau tidak untuk pelajar membelajari
serta memerhatikan proses pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti di
dalam dan di luar bilik darjah, strategi pengajaran dan pembelajaran serta sumber
pengajaran dan pembelajaran. Program ini sememangnya memberi peluang kepada
pelajar untuk memahami sekolah sebagai sebuah institusi pendidikan dan peranan guru di
dalam bilik darjah melalui proses pemerhartian, penelitian dokumen, refleksi dan interaksi
dengan guru dan warga sekolah tersebut.

Secara ringkasnya, melalui PBS kami lebih memahami proses pengajaran dan
pembelajaran guru, bagaimana interaksi antara guru dengan murid serta operasi
pengurusan dan pentadbiran secara licin. Pengalaman dan maklumat-maklumat ini amat
penting sebagai asas ilmu pengetahuan seseorang guru pada masa kelak.
2.1.2 Tujuan Tugasan

Tujuan tugasan ini diberikan adalah untuk membolehkan guru-guru pelatih lebih
memahami tentang iklim dan persekitaran bilik darjah. Tujuan utama PBS ini adalah untuk
melahirkan guru permulaan yang memiliki ciri-ciri dan perwatakan insan pendidikan yang
berpengetahuan, berdaya naju, berdaya tahan, dan berdaya saing. Penekanan kursus
diberikan terhadap pembentukan diri gutu secara holistik dan kontekstuial. Selain itu,
melalui PBS ini kami juga menghayati dan menyesuaikan diri dengan budaya sekolah
serta mendapat pendedahan awal tentang pegurusan sekolah. Dan dengan ini juga, guru-
guru pelatih mengetahui dengan lebih jelas lagi tentang peranan yang dimainkan oleh
guru besar, guru penolong kanan, guru-guru dan juga kakitangan sekolah. Tugasan ini
juga memberikan pengalaman baru kepada para guru pelatih tentang sekolah dan ia juga
sebagai persediaan untuk bakal guru tentang cabaran-cabaran yang akan mereka hadapi
kemudian hari.

Pendek kata, tugasan saya pergi ke sekolah adalah bagi menjalankan misi-misi berikut:

Memahami budaya sekolah.

Menyesuaikan diri di sekolah dan di bilik darjah dan mendapat pendedahan awal
pembelajaran murid.

Menghayati kerjaya guru.

Membina kemahiran mengumpul maklumat.

Membina sikap positif terhadap profesion keguruan.

Membuat refleksi dan mendokumentasikan pengalaman.

2.1.3 Rancangan Perlaksanaan

Sebelum perlaksanaan PBS, saya telah merancang aktiviti-aktiviti yang akan saya
jalani semasa PBS. Selain itu, saya juga fikirkan cara-cara perlaksanaan semua aktiviti
tersebut.
Harapan Sebelum PBS

Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) adalah satu kursus wajib yang ditawarkan
dalam Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan dan ini merupakan pengalaman pertama
saya menjalankan kursus ini. Selepas diberi tugasan PBS, saya berasa amat gembira
kerana dapat balik ke sekolah rendah dahulu saya dan berjumpa dengan guru rendah
saya. Tetapi saya juga berasa cemas kerana saya tidak begitu faham tentang apa yang
daya perlu lakukan.

Sebelum saya berada di SJK (c) Chong Hwa Segenting, sekolah rendah saya, saya
berharap boleh dapat bertemu bual dengan semua guru yang telah mengajar saya keitka
saya masih kecil. Saya ingin mengetahui pengelaman mereka menjadi seorang guru.

Selain itu, saya juga berharap boleh masuk ke dalam kelas supaya dapat merasa
keadaan sebenar dalam bilik darjah dan mendapat pengelaman untuk mengawasi kelas
tertentu supaya ini semua akan membantu saya pada masa akan datang.

Sebelum aktiviti PBS dijalankan, saya telah membayangkan keadaan yang akan
berlaku semasa berada di sekolah nanti. Perasaan itu amat menyeronokkan. Saya berdoa
supaya aktiviti akan dapat dijalankan dengan lancar dan saya dapat menyesuaikan diri di
sekolah dalam tempoh masa yang singkat nanti. Saya berjanji, saya akan menjalankan
tugas saya sebagai bakal guru dengan penuh semangat di sekolah nanti. Sekian.
Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan (1)

Aktiviti yang difokuskan : Perhimpunan rasmi


Tempat : Tapak depan SJK (C) Chong Hwa Segenting
Tarikh : 01 April 2013, Isnin
Masa : 7.30am 8.00am

Hari ini merupakan hari pertama saya menjalankan kursus Pengalaman Berasakan
Sekolah (PBS) di SJK (C) Chong Hwa Segenting. Selepas sampai di sekolah, saya
berbual dengan guru di sekolah itu sementara menunggu guru besar. Sebaik sahaja guru
besar, Puan Yung Ley Hwa tiba di sekolah, saya melaporkan diri kepada beliau serta
memperkenalkan diri sendiri dan memberitahu beliau tujuan saya datang ke sekolah.
Selepas itu, saya pun serahkan surat tawaran kepada beliau.

Selepas itu, guru besar mengalihkan tempat duduk saya di bilik guru dan
menjemput saya untuk menghadiri ke perhimpunan rasmi di dewan bersama guru-guru
yang lain tepat pada jam 7.30 pagi.

Sebelum perhimpunan bermula, murid-murid tahun 4,5 dan 6 telah berada di dewan
pada pukul 7.15 pagi untuk bacaan pagi. Murid-murid membaca dengan bersungguh-
sungguh dan penuh dengan semangat. Perhimpunan bermula tepat pada jam 7.30 pagi
dengan senaman pagi, nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Negeri, Lagu Bahasa Jiwa Bangsa
dan Lagu Sekolah. Murid-murid serta guru-guru juga melafazkan Rukun Negara dan ikrar.

Sepanjang pemerhatian saya, perhimpunan rasmi dijalankan dengan lancar.

1. Murid-murid beratur dengan teratur dan berada dalam situasi yang berdisplin.
2. Guru yang bertugas di dewan mengawal disiplin murid-murid sepanjang
perhimpunan berlangsung.
3. Setiap murid dibekal satu alas duduk supaya lebih selesa semasa perhimpunan
dijalankan.
4. Interaksi yang baik antara guru-guru yang memberi ucapan dengan murid-murid.
Murid-murid berkumpul di dewan pada jam 7.30 pagi
dan bermula membuat senaman pagi.

Guru Besar sedang menyampaikan ucapan beliau.

Disediakan oleh:

________________

(LOO YONG QUAN)


Tarikh: 01 April 2013
Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan (4)

Aktiviti yang difokuskan : Ganti Kelas


Tempat : Bilik Darjah Tahun 2
Tarikh : 04 April 2013, Isnin
Masa : 8.00 am 8.30 am

Hari keempat saya melaporkan diri di SJK (C) Chong Hwa Segenting, selepas sesi
baca pagi, GPK I, Puan Tan telah meminta saya untuk mengganti kelas salah seorang
guru yang tidak hadir kerana sebab peribadi.

Ini adalah kali pertama saya masuk ke kelas sekolah. Walaupun saya pernah
mengajar di pusat tuition tetapi keadaan antara kedua-duanya adalah berbeza. Kelas
tahun dua ini adalah kelas yang nakal dan susah dikawal kerana mereka masih kecil dan
mereka tidak takut pada saya.

Ketika saya masuk ke dalam kelas, semua murid pun berdiri dan mengucapkan
selamat pada saya. Saya pun mengarahkan murid duduk selepas saya mengucap selamat
pagi kepada mereka. Selepas itu, saya memperkenalkan diri sendiri kepada mereka dan
mula membuat soal selidik saya. Mulanya mereka tidak berani bercakap tetapi lama-
lamanya mereka semua bermula membuat bising dan melari ke depan. Oleh itu, saya
terpaksa menaikan nada suara saya dan memberi amaran kepada mereka supaya
mengawal keadaan dalam kelas.

Murid-murid di kelas ini mempunyai pandangan mereka sendiri, namun pencapaian


akademik kurang memuaskan, tetapi mereka merupakan murid yang mengamal nilai-nilai
moral dalam diri mereka. Mereka semua sangat aktif untuk melibatkan diri dalam aktiviti
saya dan berasa keseronokan.

Secara keseluruhannya adalah memuaskan. Banyak lagi yang harus saya belajar.
Teknik mengawal kelas dan persediaan aktiviti sebelum masuk kelas masih belum
matang. Saya akan lebih berusaha untuk belajar semasa pensyarah mengajar pada
semester yang akan datang.
Murid-murid memberi kerjasama semasa
menjalankan aktiviti.

Murid-murid melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti.

Disediakan oleh:

________________

(LOO YONG QUAN)


Tarikh: 01 April 2013
Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan (2)

Aktiviti yang difokuskan : Sesi soal selidik dan temu bual


Pihak yang terlibat : Guru Besar dan staf sekolah
Tempat : Bilik Guru & pejabat
Tarikh : 02 April 2013, Selasa

Hari kedua saya berada di SJK (c) Chong Hwa Segenting saya telah menjalankan
temu bual dan sesi soal selidik bersama dengan guru besar dan staf sekolah. Sebelum
menjalankan aktiviti ini, saya telah menyediakan borang soal selidik yang telah saya
sediakan dan soalan-soalan yang bertajuk cabaran yang dihadapi dan pandangan
terhadap murid untuk mendapatkan maklumat daripada guru besar. Guru besar telah
memberi kerjasama yang memuaskan. Dengan itu, temu bual ini telah berjalan selama 20
minit.

Guru besar juga memberi sebuah buku takwin kepada saya supaya saya
menyempurnakan maklumat saya. Saya sangat menghargai bantuan beliau.

Selepas selesai sesi temu bual yang telah dijalankan bersama guru besar, saya pun
meneruskan perbincangan dengan staf sekolah Encik Saifulhadi Bin Roslan. Beliau ialah
sebagai seorang kerani di sekolah tersebut. Melalui perbincangan dengan beliau, saya
telah mendapat lebih banyak maklumat tentang sekolah ini. Menurut beliau, sekolah ini
ialah sebuah sekolah yang grednya ialah B dan didirikan pada tahun 1962. Sekarang,
sekolah ini mempunyai 108 orang murid dan 14 orang guru. Selain itu, saya juga
mendapatkan maklumat lain daripada beliau.

Temu bual dengan GPK 1, GPK Hem, GPK Koko dan guru-guru telah dijalankan
pada hari seterusnya.

Disediakan oleh:

________________

(LOO YONG QUAN)


Tarikh: 02 April 2013
Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan (3)

Aktiviti yang difokuskan : Pemerhatian


a) Cara guru mentor mengajar di kelas
b) Suasana dan kemudahan di dalam kelas
Tempat : Kelas Tahun 2 dan 5
Tarikh : 03 April 2013, Rabu
Masa : 10.30am 11.30am

Pada hari kedua saya telah mendapatkan izin daripada mentor saya supaya boleh
membuat pemerhatian di kelas beliau. Oleh itu, hari ini saya berpeluang mengikut mentor
saya, Puan Kerk Lay Yong ke dua kelas, iaitu kelas tahun 2 dan tahun 5 untuk
memerhatikan keadaan kelas dan cara beliau mengajar subjek Matematik.

Topik yang diajar pada hari ini ialah operasi pendaraban. Puan Kerk telah
menjelaskan apa itu pendaraban dan menjelaskan cara mengguna. Beliau telah memberi
beberapa contoh dan tunjukkan cara penyelesaian langkah demi langkah. Selepas itu,
Puan Kerk memberi peluang kepada murid-murid untuk menjawab soalah di papan hitam.
Sebelum tamat waktu, Puan Tan telah memberi kerja rumah kepada murid-murid supaya
mereka dapat membuat latihan di rumah.

Sepanjang pemerhatian saya, saya datapi bahawa murid kelas tahun 2 dan 5
mempunyai persekitaran kelas yang selesa kerana raung bilik darjah cukup memenuhi
semua murid dan juga perabot di dalam bilk. Meja dan kerusi adalah mencukupi, murid-
murid berasa selesa semasa berada di dalam kelas. Sudut bacaan telah disediakan di
belakang kelas. Murid-murid tahun 2 suka membaca dan mencari maklumat yang mereka
perlu di sini sedangkan buku cerita dan buku rujukan telah disediakan di sini tetapi murid
tahun 5 kurang berminat membaca. Selain itu, kad-kad yang bergambar dan mempunyai
imbuhan telah digantung dalam kelas supaya murid dapat membacanya pada bila-bila
sahaja.

Sepanjang pemehartian saya, saya terdapat semua murid berdisplin dan


bersemangat untuk menjawab soalan- soalan yang ditanya oleh guru.
Kad-kad yang mempunyai imbuhan dan
Murid-murid memberi perhatian semasa cikgu gambar berwarna telah digantung di dalam
mengajar di hadapan. bilik darjah.

Murid-murid diberi peluang untuk menjawab


soalan di depan.

Sudut bacaan yang penuh dengan bahan


Disediakan oleh: bacaan dan bahan rujukan yang sesuai dengan
murid-murid

________________

(LOO YONG QUAN)


Tarikh: 03 April 2013
Laporan Pelaksanaan Aktiviti Yang Difokuskan (5)

Aktiviti yang difokuskan : Mengambil gambar dan mengemaskini maklumat


Tempat : Bilik Guru Besar dan bilik guru
Tarikh : 05 April 2013, Khamis

Hari ini merupakan hari terakhir saya menjalankan PBS di sini. Saya telah
menyemak semula maklumat-maklumat yang perlu saya dapat supaya tidak yang
tertinggal. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih, saya telah berinteraksi dengan
kerani sekolah. Dia sangat mesra dan sentiasa sudi membantu saya. Selepas itu, saya
membuat kemaskini terakhir sebelum saya pulang.

Sebelum saya melapor diri dengan guru besar, saya telah mengabil gambar
bersama dengan GPK 1, GPK Hem dan GPK Koko. Kemudian, saya mengucapkan terima
kasih kepada mereka semua yang sentiasa memberi bantuan dan bimbingan kepada
saya. GPK Hem, Puan Lok Lay Ting juga mengucapkan tahniah kepada saya yang
berjaya menyempurnakan PBS ini.

Selepas itu, saya pun melaporkan diri dengan guru besar. Pertama sekali, guru
besar mengucapkan tahniah kepada saya. Kami juga berbual-bual di bilik beliau. Dalam
perbualan itu, beliau berharap saya boleh menjadi seorang guru yang baik pada masa
depan dan boleh berjumpa lagi. Saya pun telah mengambil gambar bersama beliau
sebelum saya pulang ke rumah.

Saya amat menghargai segala bantuan dan bimbingan yang telah diberi oleh
semua pihak SJK (c) Chong Hwa Segenting.

Disediakan oleh:

________________

(LOO YONG QUAN)


Tarikh: 03 April 2013
MAKLUMAT UMUM
SEKOLAH
MAKLUMAT UMUM SEKOLAH

: SJK (C) CHONG HWA SEGENTING, Miyak Beku, 83030 Batu Pahat,
Nama dan Alamat Sekolah
Johor.
No. telefon sekolah : 07-428 8387

Alamat e-mail/web Sekolah : jbc0008@gamil.com

Lokasi : Luar Bandar


Nama Guru Besar : Puan Yung Ley Hwa
Nama GPK 1 : Puan Tan Siok Hwa
Nama GPK HEM : Puan Lok Lay Ting
Nama GPK Kokurikulum : Puan Tan Siau Hui
Nama Penyelia Petang :-
Gred Sekolah :B
Lelaki: 1
Bilangan Guru
Perempuan: 13
: Siswazah: 4
Kelayakan Profesional Guru
: Bukan Siswazah: 10
Bilangan Kelas :6
Purata Saiz Kelas : 18

Jumlah Murid Melayu Cina India Lain-lain

108 Lelaki

Perempuan
2

2
52

52
0

0
0

Maklumat-maklumat lain yang menarik perhatian anda mengenai sekolah ini


a) Kawasan sekolah sangat indah, mempunyai banyak pokok dan bunga dan di tepi laut.
b) Mempunya Bilik Sain yang mempunyai komputer pintar.
Pemerhatian
Melalui aktiviti PBS kali pertama saya ini, saya telah membuat pemerhatian ke atas
keadaan fizikal pada sekolah tersebut. Pada masa yang sama, saya juga membuat
pemerhatian ke atas keadaan disiplin murid-murid di sekolah, keadaan kantin sekolah,
keadaan pejabat guru, keadaan pejabat am, keadaan semasa aktiviti ko-kurikulum
dijalankan dan keadaan semasa guru mengajar dalam kelas. Selain itu saya juga
mengambil gambar dan rakaman video sebagai tanda bukti saya telah membuat
pemerhatian ke atas keadaan-keadaan tersebut di atas.
PRASARANA SEKOLAH

Kemudahan sekolah

- Sudut pembelajaran

Sudut pembelajaran yang disediakan di dalam kelas dan sekeliling sekolah

Sudut pembelajaran yang disediakan di sekolah telah memberi peluang kepada


murid-murid untuk mempelajari sesuatu dengan usaha sendiri. Bahan pembelajaran yang
disediakan adalah berbeza-beza dari segi bahasa dan kandungannya.
- Dewan

Murid-murid melatih drama di pentas dewan sekolah.

Murid-murid berlatih Taekwon-Do di dewan sekolah.

Dewan ini sangat besar dan pentasnya dihiaskan dengan mural yang berwarna-
warni. Dewan ini dijadikan dewan serbaguna bagi aktiviti Taekwondo dan aktiviti lain.
Murid-murid akan berkumpul di dewan selepas rehat. Guru-guru yang bertugas akan hadir
bersama-sama dengan murid-murid. Dengan adanya dewan yang sebesar begini, murid-
murid dapat menyertai aktiviti yang dijalankan di sekolah dengan selesa.
- Kantin

Murid-murid mengosok gigi


selepas makan.

Keadaan semasa waktu rehat. Gerai makanan.

Kemudahan di dalam kantin

Kantin di SJK (C) Chong Hwa Segenting mengagumkan saya kerana pihak sekolah
telah menjaga semua murid di sekolah. Kantin telah dibekalkan dengan kemudahan yang
baik seperti meja makan, tempat duduk, tempat membasuh tangan. Murid-murid dapat
menikmati makanan di kantin dengan selesa. Selepas makan murid-murid juga akan
mengosok gigi di tempat yand disediakan. Ini telah menunjukkan pihak sekolah amat
mengambil berat tentang kebersihan setiap murid.
- Padang

Padang yang luas

Padang ini cukup luas untuk kegunaan murid-murid SJK (C) Chong Hwa Segenting
untuk menjalankan aktiviti padang seperti senam robik, kawad kaki dan sebagainya.
Sekolah juga mempunyai trek larian. Kawasan yang luas ini amat sesuai untuk mereka
menjalankan latihan sukan dan Pendidikan Jasmani di sekolah.
Gelanggang bola keranjang

Gelanggang bola keranjang yang luas telah disediakan, murid-murid akan


menjalankan latihan bola keranjang selepas sekolah. Guru yang terlatih akan berlatih dan
memantau murid-murid sepanjang latihan dijalankan. Pasukan sekolah SJK (C) Chong
Hwa Segenting akan mewakili sekolah untuk bertanding dalam pertandingan daerah.
Pihak sekolah telah bercadang membina bumbung di gelanggang bola keranjang dan
projek ini akan dijalankan pada bualn Mei.
- Pusat sumber.

Pandangan luaran pusat sumber Pandangan dalaman pusat sumber

Sudut bacaan dalam perpustakaan. Buku diatur secara tersusun dan kemas.

Pusat sumber ataupun perpustakaan di sekolah ini sangat baik. Pusat sumber
dibekalkan dengan pelbagai jenis buku seperti buku cerita, buku teks, buku rujukan,
ensiklopedia dan lain-lain yang terdiri daripada tiga bahasa iaitu bahasa Cina, bahasa
Melayu dan bahasa Inggeris. Buku komik juga disediakan di dalam pusat sumber sebagai
hiburan untuk murid-murid. Para murid boleh mengunjungi pusat sumber semasa waktu
rehat ataupun bawah bimbingan guru-guru waktu kelas. Rak buku juga tersusun rapi
sedangkan buku-buku diletak balik ke tempat asalnya selepas habis membaca.
Bilik Sains

Pandangan dalaman Smart Computer

Screen LCD Peralatan sains

Bilik sains yang dilengkapi dengan pelbagai bahan sains. Bilik sains di sekolah ini
dilengkapi dengan pelbagai peralatan sains. Murid-murid hanya boleh masuk ke bilik sains
bawah jagaan guru mereka. Peraturan dalam makmal Sains harus dipatuhi bagi
mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini. Buku rekod penggunaan makmal
Sains diisi oleh guru yang menggunakan makmal sains. Selain itu, dendaan juga
dikenakan jika ada kerosakan peralatan semasa menjalankan eksperimen di makmal
sains.
- Bilik komputer

Bilik Komputer yang memuaskan

Bilik komputer terletak di sebelah pintu besar sekolah SJK (c) Chong Hwa
Segenting. Bilik komputer telah dilengkapi dengan penghawa dingin dan wifi. Waktu kelas
komputer telah dimasukkan dalam jadual waktu murid-murid. Murid-murid berpeluang
untuk masuk ke bilik komputer pada waktu kelas komputer. Guru komputer telah diupah
dari luar untuk mengajar murid-murid di sekolah. Pihak sekolah memahami betapa
pentingnya ilmu pengetahuan teknologi dalam zaman yang serba canggih ini. Oleh itu,
ilmu pengetahuan teknologi maklumat telah didedahkan kepada murid sejak kecil lagi
supaya mereka dapat mengejar tren ICT yang semakin maju pada masa kini. Bukan
sahaja murid-murid, kursus komputer juga dijalankan di sini bersama guru-guru sekolah.
Markah murid-murid kini direkodkan dalam bentuk Online, guru-guru diwajibkan untuk
mempelajari caranya supaya dapat menjalankan tugas mereka. Secara keseluruhannya,
keadaan dalam bilik komputer adalah memuaskan.
- Kemudahan-kemudahan lain

Tempat letak kereta

Tempat letak kereta guru dan basikal murid.

Tempat letak kereta guru telah disediakan di sekolah ini. Bukan sahaja letak tempat
kereta disediakan, tetapi tempat letak basikal murid juga disediakan kerana kebanyakan
murid berbasikal datang ke sekolah.
Bilik Bahan Bantu Mengajar

Gambar menunjukkan alat-alat Bahan Bantu mengajar (BBM)

Bilik Bahan Bantu Mengajar telah disediakan di sekolah ini. Keadaan dalam bilik
adalah kemas dan bersih, alat-alat bahan bantu mengajar tersusun rapi di rak-rak yang
disediakan. Bahan-bahan ini diletakkan mengikut mata pelajaran. Guru-guru yang perlu
meminjam perlu mengisi buku rekod dengan menulis nama dan tarikh meminjam alat-alat
dalam bilik

Kata-kata Hikmah
Kata hikmah ini bermaksud, perkara Kata hikmah ini bermaksud, orang yang
yang susah tidak akan Berjaya jika sentiasa mencari alasan tidak akan
perkara yang kecil tidak diselesaikan berjaya.

Nilai-nilai murni

- Amalan dalam kalangan murid

Murid-murid SJK (C) SJK (c) Chong Hwa Segenting sentiasa mengamalkan nilai
bersopan santun. Mereka akan memberi salam kepada cikgu yang bertemu dan memberi
senyuman yang manis kepada cikgu. Mereka menolong cikgu mengambil barang ke bilik
guru. Mereka juga mengamalkan kebersihan di sekolah iaitu membilas tandas dan
membasuh tangan selepas menggunakan tandas. Selain itu, murid-murid mengetahui
tentang kepentingan sikap berjimat cermat. Mereka akan menutup paip air selepas
menggunakannya.
Rukun Negara

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Mural rukun negara dan Falsafah pendidikan kebangsaan telah dipaparkan di SJK
(C) Chong Hwa Segenting supaya murid-murid sentiasa mengingatkan diri supaya
menjadi seorang warganegara yang bertanggungjawab. Bagi FPK pula, guru-guru dapat
mengingatkan diri supaya sentiasa mengikut falsafah tersebut semasa mereka
menjalankan tugas.
Bilik Darjah

Papan ini digunakan oleh murid untuk mencatatkan kerja rumah setiap hari.

Paparan Maklumat

Papan Kenyataaan
Jadual Tugas

Jadual Waktu

You might also like