Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Dasar British dan Kesannya Terhadap Ekonomi Negara

Kesan-Kesan Dasar Ekonomi

1. Kewujudan perbandaran: Perkembangan pekan kecil atau kampung kepada sebuah bandar
kerana kegiatan ekonominya. Bandar-bandar ini berfungsi sebagai pusat pentadbiran, pusat
perbankan, pusat perniagaan dan dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan.

2. Pembentukan masyarakat berbilang kaum: British menggalakkan kemasukan buruh asing untuk
menampung keperluan tenagan buruh di Tanah Melayu. Kesannya mewujudkan masyarakat majmuk,
pengasingan kaum dan bahasa pertuturan berbeza.

3. Sistem pendidikan Vernakular: Pendidikan vernakular ialah sistem pendidikan yang menggunakan
bahasa ibunda sebagai bahasa pengangtar masing-masing. Kesannya pelbagai jenis sekolah
ditubuhkan iaitu sekolah Cina, Melayu dan Inggeris. Sistem pendidikannya berorientasikan negara asal
mereka.

4. Kemunculan sektor perkilangan: Pada tahun 1920-an beberapa buah kilang telah mula didirikan
untuk pengeluaran yang lebih besar. Contohnya Syarikat Shum Yip Leong telah mendirikan dua kilang
kasut getah di Setapak dan Tapah untuk dieksport ke China.

5. Sistem pengangkutan dan perhubungan: Perkembangan sistem pengangkutan berlaku ekoran


daripada perkembangan sektor perlombongan dan pertanian. Pembinaan landasan keretapi telah
mempercepatkan penghantaran hasil perlombongan seperti bijih timah ke pelabuhan untuk dieksport.
Antara landasan keretapi yang telah dibina ialah: 1885 menghubungkan Port Weld ke Taiping dan
1889 dari kawasan perlombongan Kuala Lumpur ke Port Swettenham. Jalan raya berturap telah dibina
menggantikan tanah merah dan jalan denai. Telegraf, telepon, perkhidmatan pos, radio dan
perkhidmatan udara juga diperkenalkan.

6. Perkhidmatan kesihatan: Kewujudannya kesan kemasukan buruh asing dan kesukaran


mendapatkan bekalan air bersih. Beberapa hospital dan pusat kesihatan telah dibina seperti di Kuala
Lumpur, Perak dan negeri lain. Institut Penyelidikan Perubatan ditubuhkan di Kuala Lumpur pada 1990
untuk membuat kajian mencari langkah-langkah pencegahan. Menubuhkan Sanitary Board untuk
menjaga kebersihan bandar. Hospital di Sabah telah dibina iaitu Jesselton, Sandakan, Tawau.
Perkhidmatan perubatan di Sarawak di Kuching dan pusat perubatan kecil di Sibu dan Sri Aman.
Perkembangan Hospital swasta , contohnya Hospital Tung Shin di Kuala Lumpur memberi khidmat
khasnya kepada pelombong. Sanitary Board diwujudkan iaitu sebuah lembaga yang menjaga
kebersihan dan kesihatan awam di bandar Kuala Lumpur. Fungsi lembaga ini kemudiannya terpecah
dua dan kepada dua bahagian iaitu Sanitary Board menjaga kebersihan bandar dan Jabatan kesihatan
menjaga kesihatan.

Kejayaan Malaysia dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi masyarakat peribumi.

Jurang ekonomi antara kaum semakin mengecil berbanding sebelum zaman penjajahan.
Jumlah penduduk bumiputera yang ditinggal di pusat bandar semakin bertambah .
Pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumpitera dan bukan bumiputera
dapat diimbangi melalui penubuhan Pemodalan Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah
Saham Nasional (ASN) yang dilancarkan pada tahun 1981.
Kaum bumiputera yang hidup diparas kemiskinan semakin mengecil.
Semakin ramai golongan bumiputera terlibat dalam kegiatan ekonomi seperti menjadi
pemilik syarikat dan pengusaha.
Contoh Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari merupakan orang Melayu terkaya di Malaysia
yang menguasai pelbagai industri di Malaysia.
Semakin ramai golongan bumiputera dapat menikmati peluang melanjutkan pengajian pada
peringkat tertinggi seperti peringkat Doktor Falsafah seperti PHD dalam universiti tempatan
mahupun luar negara.
Golongan bumiputera yang memegang jawatan penting dalam sektor swasta seperti
perbankan dan syarikat milik kerajaan (GLC) semakin meningkat .
Kemasukan orang asli dalam institute pengajian tinggi semakin bertambah setiap tahun .

Langkah negara meningkatkan taraf sosio ekonomi golongan bumiputera selepas


merdeka

Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru pada tahun 1970


DEB bertujuan untuk mewujudkan satu susunan sosio-ekonomi yang adil bagi rakyat
Malaysia mencapai perpaduan negara
mengurangkan ketidakseimbangan di antara kaum Melayu dan bumiputera lain dengan kaum
bukan bumiputera dalam semua bidang. -
Untuk membasmi kemiskinan, usaha-usaha yang dijalankan merangkumi:
Mewujudkan peluang-peluang pekerjaan di pelbagai sektor untuk diisi oleh semua kaum dan
ini boleh mengurangkan kadar pengangguran.
Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum, antara kawasan dan antara
wilayah.
Meningkatkan produktiviti dan pendapatan dengan menambahkan kemudahan semua
golongan miskin di luar bandar mahupun di bandar, melalui peluang-peluang kemahiran,
tanah, modal dan lain-lain.
Memberi peluang berpindah dari sektor yang rendah produktivitinya ke sektor yang lebih
lumayan.
Memperbaiki taraf dan kualiti kehidupan melalui pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan
infrastruktur dan lain-lain.
Mewujudkan kumpulan perusahaan, perniagaan dan perdagangan bumiputera.
Membentuk sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian di kalangan orang Melayu
dan golongan bumiputera agar mereka mampu memiliki 30 peratus ekonomi menjelang tahun
1990.

Menubuhkan agensi-agensi pembangunan seperti MARA, Bank Bumiputera, Bank


Pembangunan dan Amanah Saham Nasional bertujuan membantu penyertaan bumiputera
dalam bidang perdagangan dan bagi memajukan wilayah-wilayah,
Penubuhan agensi seperti DARA, KEJORA, KESEDAR, JENGKA dan lain-lain.
Mempertingkatkan pertumbuhan ekonomi keseluruhannya supaya kedudukan tenaga buruh
menggambarkan bilangan kaum menjelang tahun 1990.
Meningkatkan daya pengeluaran dan taraf kehidupan golongan miskin melalui kegiatan-
kegiatan pembangunan dan pemodenan kawasan luar bandar.
Menambahkan bahagian rakyat tempatan dalam pemilikan modal pada stok syarikat dan
dalam pertumbuhan ekonomi.
HALANGAN PEMBANGUNAN SOSIOEKONOMI BUMIPUTERA

Terdapat beberapa kelemahan usahawan seperti kekurangan modal, kekurangan


kemahiran pemasaran, kekurangan pengetahuan dan teknologi, kekurangan pekerja
mahir, kekurangan kemahiran dan pengetahuan pengurusan dan ketidakmampuan
untuk mendapat premis perniagaan yang sesuai (Zaidatol dan Habibah, 1997). Dapatan
Humam
dan rakan-rakan (1992) menunjukkan faktor yang sama juga telah menyebabkan
kegagalan perniagaan iaitu pengurusan yang lemah, masalah pemasaran dan kewangan,
faktor perundangan dan peraturan serta faktor peribadi dan keusahawanan.

Walaupun sistem pendidikan secara beransur-ansur mengubah nilai dan sikap


Bumiputera ke arah perubahan positif, masih terdapat beberapa golongan usahawan
Bumiputera yang masih ketinggalan dari segi daya cipta, amalan perniagaan yang baik
dan semangat bekerja yang gigih. Budaya niaga keusahawanan dan kesanggupan
menanggung risiko masih belum dihayati sepenuhnya oleh masyarakat peniaga
Bumiputera. Usaha kerajaan untuk membantu kaum Bumiputera telah banyak
dilaksanakan, dan pendidikan perdagangan dan keusahawanan telah lama wujud di
Malaysia (Shahril, 1993). Kementerian Pendidikan juga memainkan peranan penting
mewujudkan pelapis usahawan melalui program seperti Usahawan Muda dan Briged
Usahawan (Zaidatol et at. 1998).

Sieh (1990) dalam kajiannya tentang profil usahawan Malaysia mendapati


usahawan menghadapi masalah dalam bidang kewangan kerana mereka kurang
pengetahuan. Pandangan yang sama diberikan oleh Timmons (1985) apabila beliau
mengatakan asas pendidikan keusahawanan adalah kemahiran teknikal dan kewangan.
Manakala Hess (1987) dan Kent (1990) menyarankan aspek pengurusan dan pemasaran
adalah penting untuk kejayaan usahawan. Memandangkan pesatnya perkembangan
keusahawanan sekarang ini, adalah penting untuk dijalankan kajian bagi mengenal pasti
tahap keupayaan usahawan Bumiputera di Malaysia setelah kerajaan mempergiat usaha
untuk membangunkan keusahawanan.

7. Iktibar yang diperolehi ialah pembangunan ekonomi yang seimbang penting dalam
memastikan kemajuan ekonomi negara supaya tidak menimbulkan rasa tidak puas hati antara
satu pihak dengan pihak yang lain. Contohnya, mengatasi jurang ekonomi yang ditinggalkan
kesan daripada dasar pecah dan perintah British semasa menguasai ekonomi negara sebelum
merdeka. Selain itu, rakyat perlu bersyukur kerana negara masih kaya dengan bahan mentah
lain selain bijih timah yang dibolot oleh pihak British. Contohnya, petroleum yang
merupakan hasil galian penting dalam menjana pendapatan negara. Di samping itu, rakyat
berbilang kaum hendaklah menyokong penuh dasar-dasar kerajaan bagi pembangunan
ekonomi negara. Tanpa perpaduan pembangunan sukar dijalankan . Keamanan negara harus
dikekalkan supaya negara terus menjadi tumpuan pelabur dari negara luar. Pelaburan asing
yang tinggi di negara ini dapat meningkatkan ekonomi negara bagi kesejahteraan rakyat
seperti peningkatan taraf hidup.

9. Pengetahuan yang diperoleh ialah kekayaan hasil bumi yang banyak menjadi antara
faktor utama kuasa-kuasa Barat seperti British berhasrat menguasai negara ini. Dasar-dasar
Brisith dalam penguasaan ekonomi negara ini memberi pelbagai kesan kepada sosioekonomi
negara sebelum dan selepas merdeka.
Nilai-nilai murni yang diperoleh ke arah memperkukuhkan keharmonian dan
perpaduan masyarakat ialah kita hendaklah saling menghormati antara satu sama lain supaya
tidak perkara yang mencetuskan pergaduhan antara kaum.
Unsur patriotism ialah kita hendakhah sedia berkorban demi mempertahankan
kedaulatan negara. Setiap individu hendaklah berusaha mennyumbang tenaga dan idea bagi
membangunkan negara.
Harapan saya, keamanan yang nikmati hari ini kekal buat selamanya supaya rakyat
dapat hidup dalam keadaan selesa dan harmoni. Seterusnya, pembangunan ekonomi negara
terus berkembang supaya negara dapat mencapai Wawasan 2020.

You might also like