Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT CURAI

MESYUARAT JAWATANKUASA KEUTUHAN TADBIR URUS (JKTU) BIL.1/ 2012.

Tarikh : 6 Mac 2012


Masa : 2.30 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat Permata SMK Labuan, W.P. Labuan.
Pengerusi : Pn. Misterine Binti Radin.
Pengarah Pelajaran
Jabatan Pelajaran W.P. Labuan.
Hadir : En. Asmadi Bin Labatu mewakili Guru Besar
SKK SK St. Anne W.P. Labuan.

Bi Perkara Tindakan/Catatan
l

1. Ucapan Pengarah
Mesyuarat jawatankuasa ini akan diadakan 2 kali setahun.
Ada 7 terma yang akan dibuat penambahbaikan. Makluman semua
Mesyuarat hari ini hanya akan menumpukan kepada terma 1 Pengetua / Guru
Dasar dan Perundangan. Besar
o Kad Perakam Waktu
o Surat Aku Janji
o Pengisytiharan Harta
o Pemakaian Tanda Nama
o Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam.
o Akta Rahsia Rasmi 1972
o Pakaian Batik

2. Perkara-perkara berbangkit
Isu-isu 2011 yang telah dibawa ke mesyuarat peringkat KPM. Makluman semua
o Prasarana sekolah kurang membantu dalam pelaksanaan Pengetua / Guru
Dasar 1M1S. Besar
o Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal di Sekolah
Menengah Harian yang menawarkan subjek
Ketukangan / Vokasional.

3.

1. Kad Perakam Waktu


6 buah sekolah masih menggunakan Buku Kedatangan .

8 buah sekolah pula menggunakan Kad Perakam Waktu.

Kelebihan buku kedatangan ialah memudahkan pentadbir


sekolah untuk mengesan staf sekolah yang belum atau tidak
hadir.

Kelebihan Kad perakam waktu pula ialah tahan lama untuk


tujuan simpanan.

Walaubagaimanapun terdapat 5 isu kad perakam waktu.

o AKS tidak mengisi borang WP1, WP2 dan WP3.

o Masa bertugas guru dan AKS yang sepatutnya tidak


ditulis.

o Bagi guru dan AKS yang lewat datang, mereka hanya


menulis masa yang mereka datang tetapi tidak
ditandatangan oleh ketua jabatan untuk pengesahan.
(terdapat guru atau AKS yang menulis masa yang lebih
awal dari masa yang mereka sampai sebenarnya).

o Kad guru atau AKS yang bertugas di luar pejabat/


kawasan tidak dapat dicatat dan kebiasaannya dibiar
kosong sedangkan staf tersebut hadir bertugas rasmi.

o Memanggil pegawai yang lewat hadir lebih 3 kali


sebulan, tetapi dengan syarat perkara 1 dan 4 perlu
dibuat tindakan terlebih dahulu.

2. Surat Aku Janji

Setiap sekolah mesti mengarahkan pegawai-pegawainya


menandatangani Surat Aku Janji setiap awal tahun.
Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.7/2001.

Pengetua/Guru Besar mengetuai bacaan ikrar Surat Aku Janji


dalam mesyuarat pertama sekolah dalam tahun tersebut.

3. Pengisytiharan Harta

Setiap pegawai mestilah mengisytiharkan harta :

o Mula bertugas.

o Selepas/setiap 5 tahun bertugas

o Bila ada pertambahan harta

o Bila ada pelupusan harta

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.3/2002.

4. Pemakaian Tanda Nama

Setiap pegawai diwajibkan memakai tanda nama semasa


berkhidmat/berada di sekolah atau berada di JPN/jabatan lain.

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan bil.8/1983.

Ukuran 7.5 cm X 2.5 cm.

Tulisan putih berlatarkan warna hitam.

Hanya satu perkataan nama saja yang perlu ditulis. Contoh :


nama pegawai Awang Adi, pilih satu sama ada Awang atau Adi
saja.
5. Pemeriksaan Kesihatan Pegawai Perkhidmatan Awam.

Berumur 40 tahun dan ke atas sahaja.

Tidak diwajibkan tetapi sangat digalakkan.

Dibuat sebagai pesakit luar.

Pegawai yang sedang dalam pemeriksaan rawatan berjadual,


tidak perlu mengikuti.

Tidak dikenakan sebarang bayaran.

Pegawai tidak boleh membuat tuntutan perjalanan semasa pergi


membuat rawatan.

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.

6. Akta Rahsia Rasmi 1972 (Borang Pink)

Setiap sekolah mesti mengarahkan pegawai-pegawainya


menandatangani borang tersebut setiap tahun/awal tahun.

Borang tersebut disimpan di dalam fail peribadi masing-


masing.

Semua pegawai diwajibkan mengisi borang tersebut.

7. Pakaian Batik.

Mesti berlengan panjang.

Rujuk Surat Pekeliling Perkhidmatan yang berkaitan.


4.

Hal-hal Lain.

Syarat tambahan untuk pemilihan jawatan Guru Besar atau


Pengetua mestilah lulus Prospek.dan yang terkini ialah perlu
mengikuti dan mempunyai sijil NPQEL.

Pengetua/Guru Besar diminta agar dapat mengingatkan


pegawai masing-masing untuk memastikan status Berkahwin
di BRP telah dikemaskinikan jika pegawai telah berkahwin.
Masalah ini telah berlaku apabila seorang pegawai yang telah
meninggal dunia tetapi status Bujang di BRP nya
menyebabkan masalah dan kelewatan urusan pembayaran
kepada warisnya terutama isteri pegawai terbabit. Masalah
tersebut juga berkaitan jika pegawai terbabit telah bercerai.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 4.45 petang dengan harapan akan berjumpa lagi di mesyuarat
akan datang.

Minit dicatat oleh,

(ASMADI BIN LABATU)


Penolong Kanan Kokurikulum
SKK SK St. Anne W.P. Labuan.

Tarikh : 7 Mac 2012.

You might also like