Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Kadar indeks jenayah antara Januari hingga September tahun ini mencatatkan penurunan

sebanyak 9.8 peratus daripada 132 355 antara Januari hingga September 2014 berbanding 119
376 kes dalam tempoh sama tahun ini. Kadar jenayah jalan pula mencatatkan penurunan
sebanyak 40.6 peratus, dengan 29 596 kes jenayah jalanan dicatatkan antara Januari hingga
September 2014 berbanding 17,591 dalam tempoh sama tahun ini. Kejadian jenayah dapat
dikurangkan dengan cara meningkatkan kehadiran polis di kawasan-kawasan panas'. Kaji
selidik yang dijalankan oleh Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menunjukkan
bahawa kebimbangan orang ramai terhadap jenayah berkurangan sebanyak 12 peratus, iaitu
daripada 33 peratus pada tahun lalu kepada 21 peratus pada tahun ini.

You might also like