Aktiviti Raja Regu Kekasih

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Tajuk : Raja Regu Kekasih

Objektif :

1. Membantu ahli-ahli merancangkan masa dengan baik walaupun dalam


keadaan tertekan.

2. Mengubah tekanan kepada motivasi dalam melaksanakan sesuatu tugasan

Masa : 30 minit

Bahan : Alat Tulis, Kad Perkataan

Langkah :

1. Fasilitator meminta ahli-ahli menenangkan diri sebelum meneruskan aktiviti


yang seterusnya.

2. Fasilitator memperkenalkan aktiviti ini iaitu Raja Regu kasih.

3. Fasilitator membahagikan ahli-ahli kepada dua kumpulan yang besar


dengan bilangan ahli yang sama.

4. Fasilitator meminta ahli-ahli membilang nombor satu dan nombor dua.

5. Ahli yang memegang nombor yang sama akan berada dalam satu
kumpulan.

6. Seseorang ketua dilantik daripada kumpulan masing-masing.

7. Fasilitator memberitahu kepada ketua kumpulan bahawa cara komunnikasi


hanya dibenarkan komunikasi tanpa lisan.

8. Ketua dalam bentuk kumpulan akan membuat aksi yang mewakili sesuatu
perkataan yang diberikan oleh fasilitator.

9. Masa yang diberikan adalah dua minit dan ahli-ahli perlu meneka sepuluh
patah perkataan yang berbeza.

10. Peranan ahli-ahli ialah meneka atau menterjemahkan ahsi yang ditunjukkan
oleh ketua kelompok kepada perkataan.

11. Setiap tekaan yang betul akan diberikan satu markah dan yang salah tiada
markah diberikan.
12. Selepas kelompok satu berjaya melakukannya, giliran kumpulan kedua pula
akan melakukan aktiviti tersebut.

13. Kemudian, fasilitator mengumumkan kumpulan yang menang dan mereja


diberikan sedikit ganjaran seperti gula-gula.

14. Fasilitator meminta ahli-ahli berkongsi pengalaman dan perasaan mereka


ketika menjalankan aktiviti ni sama ada dari ketua kelompok atau ahli-ahli.

15. Aktiviti ini ditamatkan dengan fasilitator membincangkan mesej utama aktiviti
dengan ahli-ahli, iaitu:

i. Memupuk semangat bekerjasama dalam menyelesaikan sesuatu


masalah.

ii. Kita memerlukan bantuan orang lain apabila mengalami tekanan.

iii. Membantu ahli-ahli melupakan tekanan buat sementara waktu dan


menumpukan perhatian sepenuhnya dalam aktiviti yang dijalankan.

iv. Membantu menghilangkan tekanan dan mewujudkan hubungan yang


erat sesama ahli kumpulan.

You might also like