Konsep Akhlak Dalam Islam

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KONSEP AKHLAK DALAM ISLAM

OBJEKTIF
1. Ahli usrah memahami pengertian akhlak menurut pandangan Islam.
2. Ahli usrah mengetahui ciri-ciri akhlak Islam serta dapat
mengaitkannya dengan kehidupan seharian.

KANDUNGAN
1. Pengertian akhlak bahasa dan istilah
2. Pengertian akhlak menurut Islam
3. Skop dan ruang lingkup akhlak dalam Islam
4. Perbezaan di antara akhlak dan moral
5. Akhlak yang agung akhlak Al-Quran
6. Kesyumulan akhlak Islam lahiriah dan rohaniah meliputi aqidah dan
syariat
7. Ciri-ciri akhlak Islamiyyah

PENGERTIAN AKHLAK
Menurut bahasa:
Perkataan akhlak berasal daripada perkataan (al-akhlaaku) iaitu kata
jama daripada perkataan (al-khuluqu) bererti tabiat,kelakuan,
perangai, tingkahlaku, matuah, adat kebiasaan, malah ia
juga bereti agama itu sendiri. Perkataan (al-khulq) ini di dalam
Al-Quran hanya terdapat pada dua tempat sahaja, antaranya ialah:
Dan bahawa sesungguhnya engkau (Muhammad) mempunyai
akhlak yang amat mulia. (Al-Qalam:4)
Sementara perkataan (al-khalqu) bererti kejadian, ciptaan, dan
juga bermaksud kejadian yang indah dan baik. Apabila dirujuk
kepada kejadian manusia, ia bermaksud struktur tubuh yang
badannya yang indah dan seimbang. Jika dirujuk kepada kejadian
alam semesta, ia juga membawa erti kejadian atau ciptaan yang
indah, tersusun rapi, menurut undang-undang yang tepat. Di dalam
Al-Quran terdapat 52 perkataan (al-khalqu) yang merujuk kepada
kejadian manusia, alam sarwajagat dan lain-lain kejadian. Antara
lain firman Allah subhaanahu wa taaala:
Sesungguhnya di dalam penciptaan langit dan bumi, silih
bergantinya siang dan malam, bahtera yang belayar di laut
membawa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah
turunkan dari langit berupa air, lalu dengan air itu Dia
menghidupkan bumi sesudah matinya (kering), dan dia sebarkan di
bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang
dikendalikan antara langit dan bumi, sungguh (terdapat) tanda-
tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih
penggantian malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang
yang beraqal. (Iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil
berdiri dan duduk atau dalam keadaan baring dan mereka
memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (lantas berkata):
Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,
Maha suci Engkau maka peliharalah kami daripada siksaan neraka.
(Ali-Imran:190)
Menurut istilah:
Antara definasi akhlak menurut istilah ialah: sifat yang tertanam
di dalam diri yang dapat mengeluarkan sesuatu perbuatan
dengan senang dan mudah tanpa pemikiran, penelitian dan
paksaan.
Ibn Miskawaih, ahli falsafah Islam yang terkenal mentakrifkan
akhlak itu sebagaikeadaan jiwa yang mendorong ke arah
melahirkan perbuatan tanpa pemikiran dan penelitian.
Imam Ghazali radiAllahu anhu mengatakan: akhlak ialah suatu
keadaan yang tertanam di dalam jiwa yang menampilkan
perbuatan-perbuatan dengan senang tanpa memerlukan
pemikiran dan penelitian. Apabila perbuatan yang terkeluar
itu baik dan terpuji menurut syara dan aqal, perbuatan itu
dinamakan akhlak yang mulia. Sebaliknya apabila terkeluar
perbuatan yang buruk, ia dinamakan akhlak yang buruk.

PENGERTIAN AKHLAK MENURUT ISLAM


Islam mempunyai dua sumber iaitu Al-Quran dan As-Sunnah yang
menjadi pegangan dalam menentukan segala urusan dunia dan akhirat.
Kedua-dua sumber itulah juga yang menjadi sumber akhlak Islamiyyah.
Prinsip-prinsip dan kaedah ilmu akhlak Islam semuanya didasarkan
kepada wahyu yang bersifat mutlak dan tepat neraca timbangannya.
Apabila melihat perbahasan bidang akhlak Islamiyyah sebagai satu ilmu
berdasarkan kepada dua sumber yang mutlak ini, dapatlah dirumuskan
definisinya seperti berikut:
Satu ilmu yang membahaskan tatanilai, hukum-hukum dan
prinsip-prinsip tertentu bagi mengenalpasti sifat-sifat
keutamaan untuk dihayati dan diamalkan dan mengenalpasti
sifat-sifat tercela untuk dijauhi dengan tujuan membersihkan
jiwa berasaskan wahyu Ilahi bagi mencapai keredhaan Allah
(ridwaanullah).
Manakala akhlak pula dapatlah kita rumuskan sebagai satu sifat atau
sikap keperibadian yang melahirkan tingkah laku perbuatan manusia
dalam usaha membentuk kehidupan yang sempurna berdasarkan
kepada prinsip-prinsip yang telah ditetapkan oleh Allah.
Dengan kata lain, akhlak ialah suatu system yang menilai perbuatan
zahir dan batin manusia baik secara individu, kumpulan dan masyarakat
dalam interaksi hidup antara manusia dengan baik secara individu,
kumpulan dan masyarakat dalam interaksi hidup antara manusia
dengan Allah, manusia sesama manusia, manusia dengan haiwan,
dengan malaikat, dengan jin dan juga dengan alam sekitar.

SKOP DAN RUANG LINGKUP AKHLAK DALAM ISLAM


Dalam hidup ini ada dua nilai yang menentukan perbuatan manusia
iaitu nilai baik dan buruk (good and bad), betul dan salah (true and
false). Penilaian ini berlaku dalam semua lapangan kehidupan manusia.
Apakah yang dimaksudkan dengan baik dan buruk, betul dan salah,
benar dan palsu itu? Apakah alat pengukur yang menentukan sesuatu
perbuatan itu baik atau buruk, betul atau salah, benar atau palsu?
Persoalan-persoalan inilah yang akan dijawab oleh ilmu akhlak.
Matlamat hidup manusia berbeza antara individu dengan individu lain.
Ada yang menjadikan kebendaan, harta benda sebagai matlamat yang
diburu dalam kehidupan. Ada pula yang menjadikan kebesaran ataupun
kekuasaan, ada yang mencari nama dan kemasyhuran. Ada juga yang
berusaha mencai ilmu pengetahuan dan ada pula golongan yang
memandang remeh terhadap kehidupan tersebut, sebaliknya bersifat
zuhud di dunia; memadai dengan kehidupan yang sederhana. Mereka
lebih menumpukan peningkatan rohaniyyah dengan mementingkan
persoalan hidup akhirat.
Perbezaan pandangan inilah yang meneyebabkan timbulnya beberapa
aliran di dalam memahami akhlak. Semua pandangan ini apabila diteliti
dengan saksama, tidak dapat dijadikan sebagai matlamat terakhir atau
tertinggi yang seharusnya dicapai oleh manusia. Oleh itu, tentulah di
sebalik pandangan atau perbezaan ituada satu matlamat hakiki yang
wajib dituntut oleh manusia. Apabila sesuatu perilaku atau perbuatan
manusia itu selaras dengan neraca timbangan tersebut, itulah yang
dikatakan baik dan sebaliknya yang tidak selaras dengan ukuran
tersebut itulah yang dikatakan buruk atau jahat dan sebagainya.
Persoalan-persoalan inilah yang menjadi skop perbahasan ilmu akhlak,
iaitu ilmu yang menerangkan tentang baik dan buruk, dan juga
menerangkan sesuatu yang sepatutnya dilakukan oleh seseorang dalam
perjalanan hidupnya di dunia ini. Ilmu ini juga cuba menerangkan
matlamat yang seharusnya dituju oleh manusia dan juga menggariskan
jalan-jalan yang seharusnya dilalui untuk melaksanakan sesuatu dalam
hidup ini.
Jelaslah bahawa fungsi akhlak ialah mengkaji dan meneliti aspek
perilaku dan perbuatan manusia. Ia menilai dari segi baik atau buruknya
perbuatan itu, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan oleh
seseorang. Semua yang berlaku pada manusia bersifat tidak iradi
(bukan dengan ikhtiar) seperti pernafasan, detik jantung dan sebagainya
tidak termasuk dalam skop ilmu akhlak. Jadi tidaklah boleh diberi nilai
atau hukuman ke atas perkara ini sebagai baik atau buruk.
Segala tindakan manusia yang dilakukan secara sedar dan dengan
ikhtiar, sama ada hubungan dengan Allah, hubungan sesama manusia,
hubungan dengan alam sekitar, hubungan dengan diri sendiri dan
sebagainya, semuanya mengandungi nilai akhlak. Segala tindakan
manusia baik yang berupa peribadi mahupun bersifat sosial, ekonomi,
politik, kebudayaan dan sebagainya mengandungi nilai akhlak yang
diambil kira dan dipertanggungjawabkan kepada kepada mereka yang
terlibat di dalam dalamnya. Nilai akhlak yang buruk akan diberikan
balasan siksa.
Jadi bidang akhlak itu hanya meliputi perilaku perbuatan dan tindakan
manusia yang dilakukan dalam lingkungan dan suasana berikut:
Dilakukan dengan sedar dan niat.
Dilakukan denganikhtiar sendiri.
Melakukannya dengan sengaja, tidak dalam keadaan lupa atau
bersalah.

PERBEZAAN DI ANTARA AKHLAK DAN MORAL


Menurut istilah, moral berasal daripada bahasa lati moralis atau mores
iaitu jamak kepada perkataan mos yang bererti kebiasaan iaitu
perbuatan, budi pekerti dan perangai. Dictionary of Education
menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah yang digunakan untuk
menetukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak, pendapat atau
perbuatan secara layak dapat diaktakan benar, salah, baik, atau buruk.
Manakala perkataan etika pula berasal daripada bahasa Yunani ethikos
daripada ethos yang juga membawa erti adapt kebiasaan, perangai dan
sebagainya. Kedua-dua istilah ini adalah bermaksud tatasusila,
peraturan dan norma-norma yang mengukur tentang baik buruknya,
salah atau betulnya sesuatu perbuatan manusia. Ia merupakan tindakan
lahiriyyah manusia dalam hubungan sesama manusia berdasarkan
kepada pemikiran dan oandangan umum dalam sesuatu
kumpulan, masyarakat, pada sesuatu kumpulan, masyarakat,
pada sesuatu masa dan tempat tertentu. Nilai-nilaian bersifat
relative, subjektif dan temporal. Oleh itu, ia mungkin berubah menurut
sesuatu lingkungan pemikiran, suasana dan tempat.
Secara harfiahnya, kedua-dua istilah tersebut dapatlah disamakan
dengan istilah akhlak daripada bahasa Arab yang membawa erti
perangai, tingkah laku, perilaku, tatasusila dan budi pekerti.
Islam sebagai agama yang syumul, komprehensif dan sempurna,
menjadikan akhlak sebagai satu cabang yang asasi dalam program
hidup individu, malah ia merupakan tuntutan wajib bagi setiap orang.
Ilmu akhlak berusaha membina dan memupuk rohaniah manusia,,
membina insaniyyah, membentuk tingkah laku dan mengarahkan
individu ke arah kebaikan dan ketinggian di samping mengingakan
bahaya-bahaya keburukan dan kejahatan supaya masing-masing
berusaha menjauhkan diri daripada terjebak dengan pengaruh-pengaruh
sifat negatif.
Oleh kerana ilmu akhlak ini menyentuh tentang tingkah laku manusia,
tentang ketinggian budi dan rohaniah, ia juga dinamakan Ilmu Al-Suluk
(Ilmu Tingkah Laku),Ilmu Hikmah dan Ilmu Tahdhib Al-Akhlak (Ilmu
Penceriaan Akhlak). Jika dihubungkan ilmu ini dengan agama, tidak
menjadi salah jika kita menamakan ilmu ini sebagai Ilmu Aqliyy.
Untuk mencapai cita-cita pembinaan akhlak dan rohaniah manusia,
Islam telah menggariskan beberapa prinsip utama; antaranya lain:
Beriman kepada Allah
Membenarkan risalah Muhammadiyyah dan
mengamalkannya serta menjadikannya uswah hasanah
Membenarkan Al-Quran Al-Karim dan As-Sunnah beserta
dengan mengamalkan dan berakhlak dengan perintah dan
arahan kedua-duanya
Niat baik dan benar dalam melaksanakan tingkah laku yang
baik
Sentiasa prihatin terhadap hukum halal haram
Berusaha mencari ilmu yang bermanfaat
Keadilan syara
Beriman dengan kebangkitan dan hari akhirat
Demikianlah beberapa prinsip utama yang wajib dijadikan sebagai
tempat berpijak bagi seseorang Muslim dalam kehidupan ini. Prinsip-
prinsip tersebut jelas kepada kita merangkumi semua aspek rohaniyyah
dan jasmaniyyah yang bersifat mutlak dan tepat penilaiannya. Oleh itu,
bagi mencapai akhlak yang mulia dan diredhai oleh Allah seseorang itu
wajib beramal dan berpegang kepada prinsip-prinsip tersebut. Apa yang
penting ialah seseorang itu ialah sentiasa berhati-hati dalam menjalani
hidup dengan mengarahkan pemikiran, pandangan dan amlan ke arah
yang positif sesuai denganprinsip-prinsip tersebut. Serta sedaya upaya
mungkin menghindarkan diri dari sifat-sifat dan gejala negatif.
Sekarang dapat dilihat persamaan antara ilmu akhlak, moral dan etika,
iaitu menetukan hukum atau nilai perbuatan manusia dengan keputusan
baik atau buruk. Perbezaannya pula terletak pada ukuran masing-
masing, di mana ilmu akhlak dalam menilai perbuatan manusia
menurut ukuran Al-Quran dan As-Sunnah, etika dengan pertimbangan
akal fikiran dan moral dengan adapt kebiasaan yang umum berlaku
dalam masyarakat.

AKHLAK YANG AGUNG


Bagi seorang Muslim, akhlak yang terbaik ialah seperti yang terdapat
pada diri Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam keran sifat-sifat dan
perangai yang terdapat pada dirinya adalah sifat-sifat yang terpuji dan
merupakan uswah hasanah. Iaitu contoh tauladan terbaik bagi seluruh
kaum Muslimin. Allah subhaanahu wa taaala sendiri memuji akhlak Nabi
Muhammad sallallahu alaihi wasallam di dalam Al-Quran sebagaimana
firmanNya:
Dan sesungguhnya engkau (Muhammad) benar-benar berakhlak
agung. (Al-Qalam:4)
dasar akhlak Islamiyyah terkandung di dalam risalah yang dibawa oleh
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Risalah itu bersumberkan Al-Quran
dan As-Sunnah yang dimanifestasikan oleh perbautan dan cara hidup
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam sendiri. Perilaku dan car hidup
Rasulullah itu menjadi ikutan dan contoh tauladan untuk kesempurnaan
hidup manusia baik jasmani mahupun rohani.
Untuk mencapai tahap kesempurnaan peribadi yang mulia itu, Allah
telah membekalkan manusia dengan persediaan semulajadi iaitu
dengan berbagai-bagai naluri dan akal fikiran serta dihiasi pula dengan
berbagai-bagai ilmu pengetahuan yang boleh menjadi pedoman hidup
demi kepentingan membina tamadun di muka bumi ini. Oleh kerana
kelemahan akal dan keterbatasan dalam menjangkau aspek alam, baik
alam realiti mahupun alam ghaib, Allah menurunkan wahyuNya sebagai
hidayah mutlak untuk digunakan oleh manusia dalam membina
kehidupan dan tamadun serasi dengan nilai-nilai akhlak yang mulia. Di
sinilah letaknya peranan risalah yang dibawa melalui Rasulullah
sallallahu alaihi wasallam bertujuan untuk membentuk satu dasar akhlak
yang mulia dan bersifat mutlak untuk keperluan seluruh manusia.
KESYUMULAN AKHLAK ISLAM
Ciri khas akhlak Islam ialah kelengkapan dan luas bidangnya yang
meliputi semua aspek perbuatan manusia sama ada mengenai dirinya,
orang lain atau yang berkaitan dengan perseorangan atau
kemasyarakatan dan kenegaraan. Tidak ada suatu pun perbuatan
manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak Islam.
Kesyumulan akhlak Islam ialah ia tidak berpisah dengan semua bidang-
bidang kehidupan manusia. Ia menetapkan satu neraca terhadap
seluruh tindak tanduk manusia. Akhlak Islam tidak mengakui sebarang
pemecahan di dalam menetapkan penilaian ini.
Asas keimanan kepada Allah adalah sendi-sendi aqidah Islam, manakala
asa akhlak yang terbina di sekitar usaha dan amal untuk memenuhi
segala tuntutan yang terkandung dalam sendi-sendi tersebut. Jelas di
sini bahawa binaan akhlak yang mulia sebenarnya hanya dapat tegak di
atas aqidah yang sahih dan syumul. Sedangkan sesuatu perbuatan yang
pada zahirnya dianggap sebagai akhlak yang mulia tidak dapat teguh
dan kekal sekiranya tidak ditegakkan di atas asas aqidah.
Besarnya kedudukan akhlak Islam hinggakan hadeeth-hadeeth
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam merumuskan kedudukan akhlak
sebagai:
Sesunguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
Wahai Rasulullah sallallahu alaihi wasallam apakah Deen itu? Baginda
menjawab: Akhlak yang baik.
Sesungguhnya orang yang paling baik akhlaknya ialah yang paling
baik Deennya.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAMIYYAH


Antara cirri-ciri akhlak Islamiyyah ialah:
Bersifat mutlak dan menyeluruh: Akhlak Islamiyyah bersifat
mutlak, tidak boleh dipinda atau diubahsuai, dikenakan kepada
seluruh individu tanpa mengira keturunan, warna kulit, pangkat,
tempat, dan masa.
Melengkapkan dan menyempurnakan tuntutan: Ditinjau dari
sudut kejadian manusia yang dibekalkan dengan pelbagai naluri,
akhlak Islamiyyah adalah merangkumi semuaaspek kemanusiaan
rohaniyyah, jasmaniyyah danaqliyyah, sesuai dengan semua
tuntutan naluri dalam usaha mengawal sifat-sifat yang tercela (sifat-
sifat mazmumah) untuk kesempurnaan insan, bukan untuk
mengawal kebebasan peribadi seseorang.
Bersifat sederhana dan seimbang: tuntutan akhlak dalam Islam
adalah sederhana, tidak membebankan sehingga menjadi pasif dan
tidak pula membiarkan sehingga menimbulkan bahaya dan
kerosakan.
Mencakupi suruhan dan larangan: Bagi kebaikan manusia,
perlaksanakan akhlak Islamiyyah meliputi suruhan dan larangan
dengan tidak boleh mengutamakan atau mengabaikan mana-mana
aspek tersebut.
Bersih dalam perlaksanaan: Untuk mencapai kebaikan, akhlak
Islmaiyyah memerintah supaya cara dan metod perlaksanaan
sesuatu perbuatan dan tindakan itu hendaklah dengan cara yang
baik dan saluran yang benar yang telah ditetapkan oleh akhlak
Islamiyyah. Ertinya untuk mencapai suatu matlamat, cara
perlaksanaannya mestilah bersih menurut tata cara Islam. Islam
tidak menerima falsafah: Matlamat tidak menghalalkan cara.
Keseimbangan: Akhlak dalam Islam membawa kesinambungan
bagi tuntutan realiti hidup antara rohaniyyah dan jasmaniyyah serta
aqliyyah, dan antara kehidupan dunia dan akhirat sesuai dengan
tabii manusia itu sendiri.

BAHAN RUJUKAN
1. ILHAM Bahan kendiri PJJ

SOALAN-SOALAN PERBINCANGAN
1. Jelaskan pengertian akhlak menurut pandangan Islam.
2. Apakh ciri-ciri akhlak Islamiyyah dan berikan contohnya?

You might also like