Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Azman Bin Mohammad

112 Jalan Air Putih,


Taman Air Putih,
80000 Pontian,
Johor Darul Takzim

___________________________________________________________________________

Guru Kelas 6 Tekun,


Sekolah Kebangsaan Sg Bunyi,
Kampung Sungai Bunyi,
80000 Pontian,
Johor Darul Takzim
03 Ogos 2015

Tuan/Puan,

PERKARA: TIDAK DAPAT HADIR KE SEKOLAH

Merujuk kepada perkara di atas, Saya merupakan penjaga/ibubapa Mohd Shah Bin Azman
ingin memberitahu pihak sekolah atas sebab ketidakhadiran anak dibawah jagaan saya pada
30hb Julai 2015.

2. Anak jagaan saya tidak dapat menghadirkan diri ke sekolah pada tarikh tersebut kerana
beliau mengalami demam dan selsema setelah pulang dari sekolah pada hari sebelumnya.

3. Sehubungan dengan itu, saya membawa beliau ke klinik yang berdekatan pada malam 30
Julai 2015 bagi mengelakkan ianya berlanjutan. Doktor telah mengesahkan anak jagaan saya
mengalami demam dan diberikan cuti rehat selama satu hari. Sijil cuti sakit saya lampirkan
bersama surat permohonan ini untuk rujukan pihak sekolah.

Sekian untuk makluman dan pertimbangan pihak tuan.

Sekian Terima Kasih

Yang Benar,

(Azman Bin Mohammad)

You might also like