Esaiman Farouk 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Perkataan tamadun berasal daripada bahasa Arab, iaitu daripada


perkataan mudun dan madain. Satu lagi perkataan Arab yang mempunyai
kaitan dengan perkataan tamadun ialah madana yang mempunyai dua
maksud, iaitu tinggi budi bahasa dan pembukaan bandar. Perkataan
daripada bahasa Inggeris yang mempunyai persamaan makna dengan
tamadun ialah civilization yang berasal daripada bahasa Greek, iaitu
civitas yang bermaksud bandar. Tamadun juga boleh diertikan sebagai
peradaban.

Setiap masyarakat di dunia mempunyai definisi yang tersendiri tentang


konsep tamadun. Bagi masyarakat Barat, tamadun dikaitkan dengan
pembangunan lahiriah terutamanya dalam hal-hal kebudayaan seperti
penulisan, undang-undang, kesenian dan pembandaran. Menurut
pandangan beberapa sarjana Barat, misalnya, Gordon Childe, pencapaian
lahiriah merupakan kayu ukur kemajuan tamadun dalam sesebuah
masyarakat. Darcy Riberio dan R.A. Buchanan pula menolak unsur
rohaniah sebaliknya hanya menekankan kepentingan dan pembangunan
lahiriah dalam proses perkembangan tamadun.

Menurut Islam, tamadun mestilah merangkumi pembangunan lahiriah


dan rohaniah. Oleh itu, Islam menekankan pembangunan lahiriah dan
rohaniah. Kedua-dua unsur ini penting untuk mengukur tahap
ketamadunan sesebuah masyarakat. Mengikut pandangan Syed Naquib
al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan
kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat.Pandangan sarjana
Islam ini turut disokong oleh sarjana Barat seperti Richard Sullivan yang
mengakui bahawa unsur rohaniah sangat penting dalam konsep tamadun.

Secara umumnya, konsep tamadun tidak hanya mementingkan


pencapaian berbentuk lahiriah seperti kesenian dan pembinaan kota
semata-mata tetapi juga mestilah diiringi dengan pencapaian dalam
aspek rohaniah, tatasusila dan moral.
2.0 Takrif tamadun dan sejarah ringkas tamadun.

2.1 Tamadun Islam

Prof. Dr Hoking (Prof. Falsafah di Universiti Harvard)

Sesungguhnya dalam sistem Islam itu sendiri terdapat persiapan untuk


tumbuh dari dalam. Saya amat berkeyakinan dan tidak salah jika saya
katakan bahawa syariat Islam mencakupi semua prinsip yang menjadi
syarat untuk maju.

Takrif tamadun.
1. Kamus Dewan:
Perkataan tamadun bererti kebudayaan, kemajuan dan peradaban.
Perkataan yang sama erti dengan tamadun ialah peradaban yang
membawa maksud kebudayaan, tamadun dan kemajuan (rohani dan
jasmani)

2. Dalam bahasa Arab


- Ibn Khaldun (seorang tokoh sains kemasyarakatan dan sejarah),
dalam kitabnya Al Muqaddimah tamadun bererti Umran iaitu kata
terbitan daripada perkataan Amara yang bererti kawasan tanah
atau rumah yang dididami, diduduki orang , tinggal menetap,
segolongan penduduk yang menetap , dan seumpamanya dalam
suatu keadaan yang berkembang subur lagi makmur daripada
keadaan kering tandus atau terbiar dan binasa.
2.2 Tamadun China

Sejarah Tamadun China bermula dengan lembah sungai. Di utara


bermula dengan Huang He (Sungai Kuning) Sekitar 39501700SM). Sungai
ini mengalir dari pergunungan Kun Lun ke Timur, merentasi Utara China
sehingga ke Teluk Bo-Hai, sepanjang 3,395 batu. Dibangunkan
masyarakat tani semi tetap, pada era Neolitik kebudayaan Yangshao.
Tokoh terkenal Huang Ti (Maharaja Kuning 2000SM).
Di Tengah dan Selatan China, bermula dengan Sungai Yangtze,
terpanjang di China (3915 batu), mengalir dari Gunung Qinghai dan Tibet
membelah ke bahagian Timur China berakhir di Laut China Timur. Kesan
kehidupan Neolitik ditemui di wilayah Guangdong dan kesan kebudayaan
Peng-Keng turut dikenalpasti di Taiwan (5000-3000SM.).

Sejarah perkembang tamadun China boleh dilihat dalam empat zaman:


- Zaman Pembinaan
- Zaman Keagungan
- Zaman Peralihan dan
- Zaman Moden

ZAMAN PEMBINAAN

Iaitu tahap awal pembinaan, muncul pelbagai dinasti (Dinasti Hsia-


Chou- Hin), muncul sistem politik monarki dan era feudalisme. Zaman
Dinasti Chou timbul peperangan akibat kelonggaran sistem pemerintahan
yang memberi kuasa kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing.
Hasilnya muncul pelbagai aliran seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme
yang memberi sumbangan besar kepada Tamadun China. Kemunculan
Shih Hwang Ti (221-210SM.) China dapat disatukan.

ZAMAN KEAGUNGAN

Bermula dengan zaman Dinasti Han (206SM-23M di Han-Barat dan


25-265M Han-Timur), menguasai wilayah yang luas dan cekap mentadbir.
Penduduk seramai 60 juta. Dinasti ini berakhir dengan pemberontakan
dalaman diikuti zaman kekacauan selama 350 tahun, berlanjutan hingga
zaman Dinasti Tang. Dalam pada itu juga tamadun China turut
menyaksikan kehadiran Pengaruh Islam sebagaimanan direkodkan dalam
Chinese Annals mengenai kisah orang Arab dalam Dinasti Tang sekitar
(618-907M.). Pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami negara
China seperti; Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik, Uzbek,
Tartar, dan Baoan. Rentetan daripada itu muncullah masyarakat China
Islam yang terdiri di kalangan kaum Hui. Zaman Maharaja Yong Hui
(651M), Dinasti Tang dicatatkan kehadiran utusan Khalifah Saidina
`Uthman bin `Affan ke Cangan/Xian. Hubungan diplomatik yang dianggap
paling menyerlah berlaku pada zaman Dinasti Yuan (1271-1368).
Kemuncak keemasan berlaku pada zaman Dinasti Ming (1368-1644).
Menurut catatan rasmi orang-orang China, hubungan antara Arab Parsi
dengan China melalui darat dan laut. Dikatakan kapal-kapal dagang China
telah sampai ke Teluk Parsi sejak abad ke-5 masehi lagi. Saad bin Abi
Waqas dikatakan pernah sampai ke China, diperkuatkan lagi dengan kata-
kata Saidina Umar r.a.: Tuntutlah ilmu walaupun di negeri China.
Panglima Islam Qutaybah bi Muslim dikatakan pernah menguasai
Singkiang dan mara ke Kansu. Pada tahun 713M. hubungan dengan
Maharaja Hsuan turut diadakan. Melihat kepada perkembangan sejarah
berkenaan, menunjukkan Islam datang ke China sejak zaman Rasulullah
s.a.w. Lagi.

ZAMAN PERALIHAN

Bermula dengan pencerobohan orang Gasar. Pada pertengahan abad ke-


13, bahagian Utara China ditakluki oleh Monggol. Dinasti Song terpaksa
berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271M. Di bawah pimpinan
seorang petani Buddha Dinasti Ming kembali berkuasa. Namun pada
tahun 1644, orang Manchu pula menguasai sehingga kedatangan
ancaman Barat pada abad ke-19.

ZAMAN MODEN

Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 1839-1842, apabila


China dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. China diaibkan dengan
syarat perjanjian yang tidak adil menyentuh kedaulatan China. Dalam
pada itu pengaruh Barat mula meresap dan menghambat keluar amalan
dan nilai tradisi tempatan. Para intelektual China mula mengkagumi
sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis. Komunis berjaya
menguasai China pada tahun 1949. Ekoran daripada itu, cabaran terhadap
nilai-nilai tradisional mula dirasakan, pengaruh ideologi Barat mula
tersebar. Pengaruh Marxisme oleh parti Komunis China pimpinan Mao
Zedong (1949-1976) mula membara.
2.3 Tamadun India.

Sejarah ketamadunan india bermula dengan Peradaban Lembah Indus


yang merentang di barat laut anak benua india dari tahun 3300 hingga
1700 sebelum Masehi

You might also like