Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Punca disleksia

Doktor pakar dan penyelidik tidak pasti punca disleksia. Namun, punca disleksia
dipercayai merupakan akibat daripada cara kerja otak yang berbeza daripada
keadaan yang normal. Beberapa bukti menunjukkan kepada kemungkinan
bahawa keadaan ini diwarisi. Apabila ujian imbasan dijalankan ke atas penghidap
disleksia, didapati mereka yang menghadapi disleksia bukannya mengalami
kecederaan atau kerosakan di bahagian otak tetapi cara otak mereka beroperasi
berbeza daripada orang yang bukan mengalami disleksia. Perbezaan ini mungkin
disebabkan oleh kecacatan pada otak yang berlaku semasa dalam kandungan
ataupun daripada kemalangan.

Faktor genetik/ keturunan

Menurut Bradford (2001), dalam kebanyakan kes murid disleksia, tedapat


beberapa orang ahli keluarga sama ada ibu bapa, adik beradak atau saudara
terdekat yang mengalami masalah yang sama. Ini menunjukkan ada tanda-tanda
kemungkinan disleksia berpunca dari pengaruh genetik, iaitu disleksia boleh
diwarisi. Namun begitu, darjah keterukan disleksia yang dialami mungkin
berbeza. Kajian yang telah dijalankan telah dapat membuktikan bahawa disleksia
disebabkan oleh kromosom 15, 1 dan 16 diwarisi yang secara turun temurun.

Faktor biologi

Secara umum ianya disebabkan oleh sejarah kesukaran semasa dilahirkan,


seperti lahir tidak cukup bulan, kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat menyukarkan. Semua faktor ini adalah berkemungkinan
menjadi punca kelambatan otak yang menyebabkan kanak-kanak tersebut
menghadapi masalah belajar disleksia (Hammond & Hughes, 1996) dan
kerosakan ini adalah minima. Mercer (1997), yn=ang menjalankan kajian secara
perubatan (klinikal), mendapati pembentukan otak mereka yang mengalami
disleksia adalah tidak seperti merekayang tidak menghadapi disleksia.

Faktor kematangan

Biasanya terdapat perbezaan dalam perkembangan system saraf manusia


mengikut jantina. Kebiasaannya kanak-kanak lelaki lebih lambat matang
daripada kanak-kanak perempuan (Hammond & Hughes, 1996)

You might also like