Surat Perjumpaan Waris

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI WANGSA

BUKIT SELAMBAU, 08010 SUNGAI PETANI


KEDAH DARUL AMAN
E-mel skseriwangsa.ppdkmy@gmail.com Tel:04-4430524 / Fax : 04-4430694
______________________________________________________________________________________________
Rujukan Kami :
Tarikh : 18 Januari 2017
Kepada,
Semua Ibu Bapa / Penjaga Murid Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa.

Tuan / Puan,
PERJUMPAAN IBU BAPA / PENJAGA MURID-MURID TAHUN 6

Adalah dengan hormatnya dimaklumkan bahawa sekolah ini akan mengadakan perjumpaan ibu bapa / penjaga untuk
semua murid tahun 6. Berikut adalah butiran mengenai Program Gemilang Jaya Waris:

Tarikh : 22 Januari 2017 (Ahad)


Masa : 11.00 pagi
Tempat : Makmal Komputer SK Seri Wangsa

2. Objektif program ini diadakan adalah untuk membincangkan program yang akan dilaksanakan kepada murid
Tahun 6 serta membuat Aku Janji untuk menaikkan semangat anak-anak tuan / puan.

3. Keprihatinan pihak sekolah terhadap kejayaan anak-anak tuan / puan amatlah besar. Dengan itu, pihak sekolah
amat berbesar hati mengharapkan tuan / puan dapat menyokong dan menghadirkan diri ke sekolah demi kejayaan
anak-anak tuan / puan di masa hadapan.

Sekian, dimaklumkan, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

.
Hjh Wan Nor Ashikhin Bt Wan Yahaya
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa
Bukit Selambau
08010 Sungai Petani, Kedah.
. Sila kembalikan keratan ini

Kepada,
Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Seri Wangsa

Tuan / Puan,
Adalah dimaklumkan bahawa saya telah membaca dan memahami surat tuan. Dengan ini, saya ibu / bapa / penjaga
kepada anak saya yang bernama ... dari kelas Tahun 6 akan hadir /
tidak dapat hadir untuk Program Gemilang Jaya Waris pada 22 Januari 2017 ini.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

...
Tandatangan Ibu / Bapa / Penjaga
Nama : ..
No Kad Pengenalan : ..
No Telefon : ..

You might also like