Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN

BADAN KEBAJIKAN GURU &


KAKITANGAN (BAKES)

PENDAHULUAN

Perlembagaan ini dinamakan Perlembagaan Badan Kebajikan Guru Dan Kakitangan Sekolah
Kebangsaan Bandar Sungai Buaya (BAKES) dan mula berkuatkuasa pada tarikh ianya diterima oleh anggota
pada tahun 2004 dan pindaan pada Januari 2005.
Perlembagaan ini adalah garis panduan kepada anggota dan jawatankuasa yang dilantik untuk
mengurus, melaksana dan menyelaras perjalanan pentadbiran dan aktiviti Badan Kebajikan Guru dan
Kakitangan.

OBJEKTIF

1. Menyatukan semua guru dan kakitangan sekolah sebagai sebuah keluarga.


2. Menjaga kebajikan guru dan kakitangan sekolah.
3. Menjalankan suatu aktiviti yang telah diluluskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa.

1. NAMA BADAN

1.1 Badan ini dinamakan sebagai Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Bandar
Sungai Buaya dan telah ditubuhkan pada tahun 2002.
1.2 Perkataan BAKES diguna pakai sebagai singkatan baginya.

2. ALAMAT

Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan


Sekolah Kebangsaan Bandar Sungai Buaya
48010 Rawang,
Selangor Darul Ehsan

3. KEANGGOTAAN

3.1 Anggota BAKES terdiri daripada guru-guru dan kakitangan yang berkhidmat di SK Bandar Sungai
Buaya dan keahlian adalah diwajibkan.
3.2 Keahlian dikira selepas anggota mendaftar dan membayar yuran bulan pertama.
3.3 Keanggotaan seseorang anggota akan terhenti dengan sebab:
a. berkursus dalam tempoh satu tahun atau lebih
b. bertukar tempat kerja
c. berhenti kerja
d. bersara
e. meninggal dunia

4. YURAN TAHUNAN

4.1 Yuran Tahunan bagi guru dan kakitangan ialah RM150.00 setahun dan dibayar 10 x setahun.
(Pindaan 2016).
4.2 Yuran tahunan bagi kakitangan swasta ialah RM100.00 dan dibayar 10 kali setahun.
4.3 Bayaran yuran tahunan secara ansuran (tetap).
4.4 Bayaran yuran tidak boleh dijelaskan pada akhir tahun.
4.5 Bayaran yuran boleh terus diserahkan kepada Bendahari, Naib Bendahari atau wakil yang
dilantik.
4.6 Anggota yang gagal menjelaskan yuran tahunan akan kehilangan hak-haknya sebagai
anggota BAKES.
4.7 Yuran tahunan boleh dipinda seperti yang diputuskan dalam Mesyuarat Agung.

5. ORGANISASI

5.1 Satu jawatankuasa terdiri daripada ahli hendaklah dipilih dan dilantik di Mesyuarat Agung
Tahunan yang terdiri daripada :
a. Pengerusi
b. Naib Pengerusi
c. Setiausaha
d. Naib Setiausaha
e. Bendahari
f. Naib Bendahari
g. Ahli Jawatankuasa
5 orang guru
1 orang kakitangan sekolah
1 orang pekerja swasta
h. Juru Audit
(Juru Audit BAKES juga adalah Juru Audit kepada Tabung Kebajikan Khas (BAKES).
5.2 Pelantikan mana-mana jawatan di atas hendaklah dicadang dan disokong serta pemilihan
dijalankan dengan cara undian tertinggi sahaja yang dilantik untuk memegang jawatan-
jawatan tersebut.
5.3 Mana-mana kekosongan jawatan berlaku dalam jawatankuasa hendaklah dipenuhi dengan
melantik seorang anggota biasa yang akan memegang jawatan tersebut sehingga ke
Mesyuarat Agung yang akan datang.
5.4 AJK BAKES yang telah memegang jawatan setahun diberi rehat selama setahun.
5.5 Guru Besar dengan sendirinya menjadi penasihat kepada badan ini.
5.6 GPK Kurikulum, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Kokurikulum dan Penyelia Petang tidak boleh
dilantik untuk memegang jawatan penting dalam organisasi BAKES.

6. SUMBER KEWANGAN

6.1 Sumber kewangan BAKES diperolehi daripada :-


a. yuran tahunan;
b. sumbangan;
c. aktiviti semasa.
6.2 Kewangan Badan tidak boleh dipinjamkan kepada anggota BAKES.
6.3 Pinjaman kewangan hendaklah dibuat melalui Tabung Kebajikan Khas BAKES (tertakluk
kepada syarat-syarat yang telah ditetapkan).

7. MESYUARAT AGUNG

Mesyuarat Agung hendaklah diadakan selewat-lewatnya pada bulan Februari pada setiap tahun.

8. KUASA PERBELANJAAN WANG

8.1 Jawatankuasa yang dilantik diberi kuasa untuk membelanjakan wang BAKES dengan syarat
ianya digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah bagi perjalanan BAKES.
8.2 Penyata Kira-Kira yang telah diaudit hendaklah dikemukan untuk kelulusan Mesyuarat Agung
Tahunan yang berikutnya.
8.3 Baucer pembayaran hendaklah diisi dan ditandatangani apabila sesuatu pembayaran dibuat.
8.4 Untuk tujuan pembayaran, resit-resit asal perlu dikemukakan kepada Bendahari apabila
membuat tuntutan.

9. AKAUN SIMPANAN

9.1 Wang BAKES hendaklah disimpan di bank dengan nama BADAN KEBAJIKAN GURU DAN
KAKITANGAN.
9.2 Tiga tandatangan jawatankuasa yang terdiri daripada Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari
diperlukan.
9.3 Hanya dua sahaja tandatangan diperlukan dalam sesuatu masa untuk tujuan pengeluaran
wang dari bank.
9.4 Bendahari dibenarkan menyimpan wang tunai sebanyak RM200.00 (Dua Ratus Ringgit
Sahaja) dalam satu masa.

10. PINDAAN PERLEMBAGAAN

Jika terdapat sebarang pindaan Perlembagaan diperlukan, ianya hendaklah diputuskan di dalam
Mesyuarat Agung Tahunan BAKES dengan jumlah undian majoriti.

11. LARANGAN

11.1 BAKES tidak boleh meluaskan bidang kuasanya kepada perkara-perkara yang berkaitan
dengan perjawatan dan pentadbiran sekolah.
11.2 BAKES juga tidak dibenarkan bergabung dengan mana-mana pertubuhan di luar Sekolah
Kebangsaan Bandar Sungai Buaya.

12. FAEDAH ANGGOTA

12.1 Perkahwinan

12.1.1 Anggota yang berkahwin kali pertama di sekolah ini sahaja diberi sumbangan
RM50.00 dan edaran kutipan sumbangan anggota BAKES.
12.2 Perkahwinan Anak

12.2.1 Perkahwinan pertama anak anggota di sekolah ini sahaja diberi sumbangan
RM50.00 dan edaran kutipan sumbangan anggota BAKES.
12.2.2 Faedah perkahwinan anak anggota kali kedua dan seterusnya melalui edaran
sumbangan anggota BAKES.

12.3 Kelahiran

12.3.1 Hadiah berbentuk barangan bernilai RM50.00 diberikan kepada anggota yang
menerima cahayamata yang pertama di sekolah ini.
12.3.2 Bagi anak kedua dan seterusnya, nilai hadiah berdasarkan jumlah kutipan
sumbangan ahli BAKES.

12.4 Kematian

12.4.1 Kematian Anggota


a. Sumbangan sebanyak RM100.00
b. Edaran kutipan sumbangan anggota BAKES dan murid.

12.4.2 Keluarga Terdekat


a. Terdiri daripada ibu/bapa anggota, anak anggota dan suami/ isteri anggota.
b. Sumbangan sebanyak RM50.00
c. Edaran Kutipan sumbangan anggota BAKES dan murid.

12.5 Rawatan Hospital

Anggota yang dimasukkan ke wad akan diberi sumbangan sebanyak RM 50.00 dan edaran
kutipan sumbangan anggota BAKES (sekali setahun sahaja) kecuali bersalin.

12.6 Pertukaran Anggota

12.6.1 Sumbangan mengikut tempoh perkhidmatan di sekolah.


12.6.2 Setahun RM10.00 X tempoh berkhidmat di sekolah ini.
12.6.3 Edaran kutipan sumbangan anggota BAKES dan murid.

12.7 Persaraan

12.7.1 Sumbangan mengikut tempoh perkhidmatan di sekolah.


12.7.2 Setahun RM 10.00 x tempoh berkhidmat di sekolah ini atau minima RM 50.00.
12.7.3 Edaran kutipan sumbangan anggota BAKES dan murid.

12.8 Menunaikan Haji

Anggota yang menunaikan Haji kali pertama akan diberi sumbangan sebanyak RM 100.00.

12.9 Sumbangan atau Derma

12.9.1 Sejumlah RM20.00 dikeluarkan dari tabungan.


12.9.2 Sumbangan atau derma bagi pembinaan masjid, surau atau madrasah adalah
melalui edaran kutipan sumbangan anggota BAKES.

You might also like