Surat Jemput Penceramah Program Kerjaya Sem 7 2017

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 12
Jan 2017

Encik Mohd Mernan bin Talling


IPG KAMPUS DARULAMAN,
06000 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

JEMPUTAN MEMBERI CERAMAH MOTIVASI KERJAYA


Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman akan mengadakan satu program


kerjaya Know Your Talents di Sekolah Kebangsaan Pulau Nyior bagi memberi
pengetahuan dan pendedahan mengenai kerjaya kepada murid-murid Tahun 6. Satu
ceramah motivasi kerjaya diadakan selepas menjalankan aktiviti-aktiviti kerjaya demi
meningkatkan motivasi murid-murid Tahun 6 dalam pembelajaran agar murid-murid
dapat mempunyai hala tuju yang jelas terhadap kerjaya pada masa hadapan. Dengan itu,
pihak sekolah ingin menjemput tuan untuk memberi ceramah motivasi kerjaya di
program kerjaya Know Your Talents kepada murid-murid Tahun 6.

3. Sehubungan dengan itu, sukacitanya kami ingin menjemput tuan untuk


menghadiri program kerjaya ini untuk memberi ceramah motivasi kepada murid-murid
Tahun 6 berdasarkan ketetapan berikut :

Tarikh : 19 Jan 2017


Hari : Khamis
Masa : 11.15 pagi hingga 12.45 tengah hari
Tempat : Bilik Tayangan SK Pulau Nyior

4. Diharap jemputan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak


tuan. Segala kerjasama daripada pihak tuan amat dialu-alukan.

Sekian terima kasih.

MENDIDIK DAN MEMIMPIN


BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah,

(ALI BIN IDRIS)


Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Pulau Nyiok
Kedah Darul Aman

You might also like