Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 21

SOALAN ESEI

1. Transformasi Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu usaha kerajaan


meletakkan bidang pendidikan negara bertaraf dunia. Namun begitu terdapat cabaran
yang perlu dihadapi dalam mencapai taraf tersebut. Bincangkan.

2. Light Amplification Stimulated Emission Radiation atau lebih dikenali sebagai laser
membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau
stimulasi pancaran radiasi. Bincangkan manfaat penggunaan laser dalam kehidupan
manusia.
SKEMA JAWAPAN
7. Transformasi Dasar Pendidikan Kebangsaan merupakan salah satu usaha kerajaan
meletakkan bidang pendidikan negara bertaraf dunia. Namun begitu terdapat cabaran yang
perlu dihadapi dalam mencapai taraf tersebut. Bincangkan.

Pendahuluan
Sektor pendidikan negara sedang mengalami banyak perubahan dan pembaharuan. Pendidikan
Bertaraf Dunia bermaksud kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam
membangunkan sektor pendidikan ke peringkat antarabangsa. Walaupun banyak usaha telah
dijalankan oleh kerajaan dalam mencapai taraf tersebut, namun masih terdapat cabaran bagi
merealisasikan hasrat tersebut.

USAHA HURAIAN
11 Anjakan Utama untuk mentransformasikan Dasar
IDEA WAJIB pendidikan Negara / Dasar Pendidikan Kebangsaan :-
- Menyediakan kesamarataan akses kepada pendidikan
1.Transformasi berkualiti bertaraf antarabangsa
Dasar Pendidikan - Memastikan setiap murid profisien dalam Bahasa
Kebangsaan Melayu dan Bahasa Inggeris
- Melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai
- Mentransformasikan profesion keguruan menjadi
profesion pilihan
- memastikan kepimpinan berprestasi tinggi
ditempatkan di setiap sekolah
- Mengupayakan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) , Pejabat
Pelajaran Daerah (PPD) dan sekolah untuk menyediakan
penyelesaian khusus berasaskan keperluan
- Memanfaatkan teknologi maklumat dan komunikasi
(ICT) untuk meningkatkan kualiti pembelajaran
- Transformasi kebolehan dan keupayaan penyampaian
pendidikan
- Bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor
swasta secara meluas
- Memaksimumkan keberhasilan murid bagi setiap RM
- Meningkatkan ketelusan dan akauntabiliti awam
secara langsung

(MANA-MANA 1 ANJAKAN TRANSFORMASI + HURAIAN


LIHAT LAMPIRAN)
- Menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif
untuk mempertingkat kualiti dan status pengajaran
2.Penggredan - Penuntut universiti dapat mengetahui status
Universiti universiti yang ditawarkan kepada mereka tanpa
berselindung
- menggalakkan alternativ tempatan mengambil inisiatif
untuk mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran
pensyarah dan profesor di universiti.
- Meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan
wawasan pendidikan bertaraf dunia

- Langkah pengkoporatan menjadikan sektor pendidikan lebih dinamik


3. Pengkorporatan perkembangannya
Universiti - Pihak pentadbiran alternativ diharap dapat mengadaptasikan
pengurusan alternativ mengikut model-model penswastaan,
pengkorporatan, persyarikatan yang menekankan kepada
perkhidmatan keuntungan dan produktiviti
- Kerenah birokrasi dapat diatasi dan dapat meningkatkan kewibawaan
alternativ tempatan untuk menarik pelajar-pelajar luar negara untuk
belajar di Malaysia.
4. Penubuhan institusi - Wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari
pengajian tinggi swasta segi penawaran pelbagai kursus pengajian.
- Menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih
banyak melalui penyediaan program berkembar
- Menawarkan peluang kepada pelajar yang ingin
melanjutkan pelajaran ke institusi alternative

5.Meningkatkan - Menggalakkan penggunaan teknologi dalam pdp sebagai budaya


Profesionalisme inovasi dan kreatif.
Perguruan - Menyediakan latihan dan pengukuhan yang berterusan untuk
melahirkan golongan guru berwibawa dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka.
- Dapat meningkatkan motivasi guru dalam menghadapi cabaran
dalam dunia pendidikan.

6. Memperbaik Kualiti - sistem peperiksaan bukan shj menguji kebolehan akademik semata-
Sistem Peperiksaan mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan, kualiti dan potensi
individu sejajar dgn FPN.
- konsep peperiksaan berterusan perlu diambil kira sebagai criteria
keseluruhan mengukur perkembangan pelajar yg berdaya maju dan
cemerlang.
- kegiatan kokurikulum juga diambil kira untuk memasuki university
awam iaitu sebanyak 10 peratus.

A. CABARAN
7.Penghijrahan tenaga - Keperluan tenaga pengajar yang bertambah dalam
pengajar / pensyarah sektor pendidikan swasta sejajar dengan perkembangan
pendidikan Negara.
- Sektor swasta menawarkan skim gaji dan beberapa
kemudahan yang menarik berbanding dengan apa yang
disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.
- Para pensyarah lebih gemar memilih untuk berkhidmat
dengan swasta kerana lebih bebas dan mendapat
pengiktirafan berbanding sektor awam.

8. Dominasi jantina - Trend masa kini menunjukkan profesion keguruan


dalam profesion dimonopoli oleh kaum wanita.
keguruan - Memberi kesan seperti masalah displin, keruntuhan
moral dan jenayah berat semakin meningkat disebabkan
ketidakmampuan guru wanita menangani masalah sosial
yang semakin mencabar.
- Masyarakat kerap menyalahkan pihak guru atas
kegagalan pelajar dalam pelajaran atau berlakunya
masalah sosial.
- Ramai lelaki gagal melanjutkan pelajaran kerana sikap
malas yang tidak dapat dibendung

9.Peperiksaan - Memberi implikasi sosial dan moral kepada perkembangan pelajar


mengikut keupayaan - Memberikan kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem
pelajaran di sekolah.
- Menjadi alat untuk mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan
elit dan berada dalam mendapat pengiktirafan berbanding anak-anak
golongan kurang berada dan miskin.

Kesimpulan
Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, setiap lapisan masyarakat perlu berganding
bahu dalam merealisasikan wawasan negara demi melahirkan insan yang berpengetahuan,
bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan falsafah
pendidikan negara.

Skema Jawapan: * 2A + 3B / 3A + 2B
*Isi 1A WAJIB

1. Light Amplification Stimulated Emission Radiation atau lebih dikenali sebagai laser
membawa maksud sumber cahaya yang diperkuatkan hasil daripada rangsangan atau
stimulasi pancaran radiasi. Bincangkan manfaat penggunaan laser dalam kehidupan
manusia.

BI IDEA HURAIAN
L
1 Dalam bidang - Penggunaan cahaya laser sebagai pertunjukan cahaya dalam
hiburan perasmian dan temasya-temasya besar
- Aplikasi laser dalam VCD dan CD alat VCD dan CD yang kita
gunakan untuk menonton filem atau mendengar lagu juga
memerlukan cahaya laser yang terkena pada permukaan cakera
akan terpantul kembali dan diperangkap oleh penerima yang
kemudiannya menukar data atau maklumat kepada format agar
kita dapat nikmati dalam bentuk filem atau lagu.
2 Dalam bidang - Laser digunakan untuk mengimbas drum fotokonduktif (seperti
percetakan kamera merakam imej pada negatif) berdasarkan maklumat imej
yang diterima
- Seterusnya imej yang hendak dicetak itu kemudiannya
dipindahkan ke atas kertas menggunakan dakwat(toner)
- Imej yang diimbas oleh laser adalah lebih jitu serta tajam dan ini
menghasilkan cetakan imej yang lebih hidup
3 Dalam bidang - Aplikasi laser dapat menghasilkan kabel sebatian optik yang
informasi dan membolehkan cahaya laser melaluinya. Cahaya laser dikatakan
teknologi mempunyai kelajuan yang melampaui kelajuan cahaya (kelajuan
maklumat cahaya dalam vakum ialah 2.99979 X 10m/s) membolehkan
maklumat dihantar dalam bentuk digital dengan lebih efektif dan
efisien
4 Dalam bidang - Penggunaan kod bar pada barangan atau produk dalam pasar raya
perniagaan besar juga memerlukan laser.
- Garis-garis yang berbeza jaraknya antara satu sama lain
membolehkan laser mengimbas kod bar tersebut dan
diterjemahkan kepada pelbagai maklumat, seperti harga, jenis dan
kod barangan tersebut
5 Dalam bidang - Pembedahan mata. Ia mengurangkan darah dan menyembuhkan
perubatan kesakitan dengan cepat.
- Aplikasi dermatologi(berkaitan kulit) laser digunakan untuk
merawat kulit atau membuang tanda-tanda pada kulit seperti tahi
lalat.
- Pesakit yang mengidap ulser gastrik juga boleh dirawat dengan
laser. Pancaran laser akan mengawal pendarahan yang berlaku
dalam perut. Pembedahan kecil pergigian juga dapat dilakukan
dengan penggunaan laser.
- Pembedahan biasa dapat mengurangkan luka serta mengelakkan
kehilangan banyak darah berbanding kaedah pembedahan terbuka
menggunakan pisau pembedahan biasa.

6 Dalam bidang - Membetul bidikan senjata. Dalam ketenteraan laser digunakan


keselamatan untuk membetulkan bidikan senjata sebelum menembak sama ada
pistol, senapang ataupun peluru berpandu.
- Mengesan kelajuan kenderaan. Pihak polis menggunakan laser
untuk mengesan kelajuan kenderaan
- Dari segi keselamatan pula, banyak penggera sekarang ini
menggunakan laser untuk mendapatkan ciri pengesanan yang
baik. Selain itu, laser juga digunakan untuk mengesan barang
berbahaya atau senjata seperti di lapangan terbang.
7 Dalam bidang - Dalam industri perkilangan, laser digunakan untuk memotong,
perindustrian menggerudi dan menanda logam yang akan dikeluarkan.
Misalnya, laser dapat memotong logam yang mempunyai
ketebalan hingga tahap 30mm serta mampu memberikan
ketepatan pada kadar lebih kurang 0.025mm boleh digunakan
untuk memotong bahan keras seperti intan dan titanium.
- Menjimatkan kos dan memudahkan kerja. Penggunaannya
membolehkan pengusaha perindustrian logam mendapat
keuntungan yang banyak kerana kerja pemotongan logam dapat
dilakukan dengan cepat/tiada pencemaran
8. Penyelidikan - Penyelidikan kepentingan laser dalam pelbagai bidang. Kerajaan
dan telah mengenal pasti beberapa bidang baru yang perlu diberi
pembangunan keutamaan dalam kegiatan R&D. Kegiatan-kegiatan ini
ditakrifkan sebagai bidang R&D berteknologi tinggi dan kegiatan-
kegiatan yang strategik. Kegiatan-kegiatan berteknologi tinggi
termasuklah bidang teknologi laser.
- Laser juga digunakan sebagai sumber tenaga alternatif
9 Dalam bidang - Penggunaan laser dapat meratakan sawah padi. Ketidaktentuan
pertanian cuaca yang sering kali berlaku pada masa sekarang menyebabkan
teknik merata sawah dilakukan dalam keadaan basah dengan
menggunakan traktor yang dipasang dengan back bucket dan land
leveller serta berpandukan laser beam
- Teknik tembak laser pada sistem pembiakan ternakan dan
tumbuhan juga meningkatkan produktiviti ternakan dan tumbuhan
tersebut. Ia mempercepatkan proses kematangan dan bilangan
produktiviti semakin meningkat

Jawapan : 5 + 0

PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA: ANTARA SUMBANGAN DAN


CABARAN DALAM MENEMPUH ABAD KE-21.

Pendahuluan

Sektor industri pendidikan di negara sedang berubah secara dinamis dan dikira akan
mengalami banyak perubahan dan pembaharuan menjelang abad ke-21. Matlamat
menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan (center for academic
excellence) di rantau asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke 21 ini nanti
memerlukan negara ini meningkatkan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya
ke taraf dunia atau memperolehi status "World Class Education".

Pendidikan bertaraf dunia menunjukkan perkembangan dan kemajuan pesat serta


dinamis pendidikan negara, khususnya dari segi kualiti, kuantiti, standard,
kecemerlangan dan kredentialiti yang diakui dan diterima di peringkat antarabangsa
atau dunia. Dilihat dari perspektif yang luas, Pendidikan Bertaraf Dunia bermaksud
kemampuan dan pencapaian cemerlang Malaysia dalam membangunkan sektor
pendidikan untuk mempelopori perubahan dan kemajuan dinamis, iaitu :

Pembangunan tenaga manusia


Kepesatan pertumbuhan ekonomi

Pembaikan taraf dan kualiti kebajikan sosial

Pemodenan dan reformasi sosial masyarakat

Kecemerlangan budaya fikir dan intelektual

Pembangunan teknologi dan sains

Kejayaan meningkatkan kadar celik huruf yang tinggi di kalangan masyarakat.

Pendidikan Bertaraf Dunia merupakan satu komitmen dan usaha Kementerian


Pendidikan bagi memperbaiki kualiti pendidikan negara supaya ia dapat ditingkatkan
kepada satu standard yang tinggi dan mampu menyaingi negara maju yang lain.
Sebagai sebuah negara yang berkembang pesat dalam berbagai aspek pembangunan,
sektor pendidikan perlu berkembang dan mengalami perubahan anjakan paradigma
yang dapat merintiskan alaf baru dalam segala aspek. Ianya juga merupakan satu
langkah penting bagi mengangkat martabat dan status Malaysia dalam dunia
pendidikan di peringkat antarabangsa.

SUMBANGAN PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA KEPADA SEKTOR


PENDIDIKAN

Apabila Kementerian Pendidikan telah menetapkan satu matlamat untuk menjadikan


pendidikan bertaraf dunia, dengan sendirinya matlamat tersebut telah mengariskan
apakah langkah-langkah yang perlu diambil. Langkah-langkah tersebut adalah:

1. Pengkorporatan Universiti.

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, semua pihak di negara ini
yang terlibat dengan kegiatan pendidikan perlu meningkatkan komitmen
mereka supaya sentiasa berusaha mengekalkan dan meningkatkan kualiti
pendidikan untuk kemajuan dan perubahan. Pendidikan yang berkualiti amat
penting bagi mencorakkan perubahan dan kemajuan pembangunan sumber
tenaga manusia yang produktif di negara ini yang sedang mengorak langkah
mencapai status negara maju.

Langkah pengkorporatan universiti-universiti tempatan mempunyai motif


tertentu bukan sahaja bagi tujuan mendapatkan lebih banyak keuntungan
dengan mengurangkan tanggungan kerajaan bagi membiayai perbelanjaan
pengajian tinggi, bahkan juga bagi menjadikan sektor pendidikan di negara ini
lebih dinamis perkembangannya. Selaras dengan pengkorporatan universiti,
adalah diharapkan supaya pihak pentadbiran universiti mengadaptasikan
pengurusan universiti mengikut model-model penswastaan, pengkorporatan
dan pensyarikatan yang menekankan kepada perkhidmatan keuntungan dan
produktiviti.

Kerenah birokrasi dan pelbagai red tape yang mengekang perjalanan


universiti akan dapat diatasi melalui pengkorporatan universiti. Dengan ini
universiti akan bertenaga meningkatkan kewibawaan dan memulakan anjakan
paradigma barunya membawa era pendidikan bertaraf antarabangsa. Autonomi
universiti akan digunakan untuk kepentingan korporat.

Pasaran pendidikan tinggi juga akan diperluaskan melalui pengeksportan


pendidikan ke negara lain di samping menarik pelajar ke Malaysia dengan
menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar utama bagi menjamin
kualiti, akauntabiliti dan kredibiliti pendidikan tinggi tempatan.

2. Reformasi pelbagai aspek organisasi pendidikan

Pendidikan bertaraf dunia adalah satu wawasan unggul bagi mereformasikan pelbagai
aspek organisasi pendidikan di semua peringkat persekolahan.

Ini termasuklah membaiki :

Kualiti pengajaran

Kualiti perkhidmatan

Kualiti kurikulum

Kualiti penilaian dan pensijilan

Kualiti pensyarah

Kualiti perkembangan dan kebajikan pelajar

Kualiti persekitaran budaya pelajar dan organisasi

Kualiti pengurusan dan pentadbiran universiti

Kualiti kepimpinan universiti


Kualiti penyeliaan

Kualiti mentoring

Kualiti perkembangan staf atau tenaga pengajar

1. Perubahan Sistematik

Untuk menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia, perubahan yang hendak dibuat
mestilah sesuai dengan tuntutan semasa. Dalam kontek Malaysia sistem pendidikan
mesti dibangunkan dan dibuat pembaharuan supaya ia dapat memenuhi tuntutan
wawasan 2020 kerana wawasan ini tidak akan menjadi kenyataan tanpa pembangunan
sumber manusia dari segi kuantitif dan kualitif. Perubahan dan pembaharuan adalah
berdasarkan kepada hakikat bahawa tanpa sistem pendidikan yang bertaraf dunia,
impian untuk mentransformasikan Malaysia menjadi negara maju tidak mungkin
dapat dicapai.

Bertitik tolak dari kesedaran ini, Kementerian Pendidikan membuat pembaharuan


yang disifatkan sebagai sesuatu yang mesti menjangkau tempoh masa yang agak lama.
Ia mestilah bersifat sistematik iaitu ia tidak boleh terdiri dari satu komponen
pendidikan iaitu educational content, educational tools dan infrastruktur pendidikan
mestilah diolah sedemikian rupa supaya perubahan menjadi lebih bersepadu, holistik
serta komprehensif. Perubahan sistematik ini mestilah dilihat secara menyeluruh dan
dalam kontek yang lebih luas.

Pertama, soal asas iaitu perundangan. Sejauh manakah kuasa yang ada pada
Kementerian Pendidikan dalam membuat beberapa perubahan sistem pendidikan.
Pembentangan Rang Undang-Undang Pendidikan 1995 membolehkan reformasi
pendidikan dilaksanakan.

Antara lain, rang undang-undang tersebut menggariskan :

Sistem pendidikan kebangsaan dicorakkan untuk menghasilkan pendidikan


bertaraf dunia dari segi kualiti untuk mencapai aspirasi negara.

Falsafah Pendidikan Negara dijadikan landasan kepada dasar pendidikan


kebangsaan

Tempoh pendidikan rendah adalah antara lima hingga tujuh tahun


Pendidikan prasekolah sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan
kebangsaan

Pendidikan teknik dan politeknik dipertingkatkan

Peruntukan diadakan bagi mengawal selia pendidikan swasta

Bermula dengan akta, perubahan boleh dibuat terhadap komponen-komponen lain


sistem pendidikan yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting di atas iaitu isi
kandungan pendidikan, alat-alat pendidikan dan infrastruktur. Contohnya, apabila kita
mengubah kurikulum sekolah, faktor-faktor latihan guru, soal fizikal, soal kemasukan
teknologi baru, sistem penilaian, kebajikan guru, profesionalisme dan lain-lain lagi
hendaklah diambil kira.

Begitu juga peningkatan taraf institusi pendidikan tinggi contohnya Institut Perguruan
Sultan Idris yang telah dinaikan taraf sebagai Universiti Perguruan Sultan Idris.
Sejajar dengan peningkatan taraf ini, adalah diharapkan kewibawaan guru-guru akan
dipertingkatkan untuk melahirkan insan yang cemerlang.

Sehubungan dengan matlamat pendidikan bertaraf dunia, profesyen perguruan perlu


pengkajian semula. Profesyen perguruan di Malaysia memerlukan reformasi
profesionalisme yang radikal dan drastik bagi mengatasi masalah, cabaran dan
jangkaan baru dalam merealisasikan agenda-agenda pembangunan pendidikan
menjelang abad ke 21.

Imej dan status perguruan yang semakin tidak bermaya perlu dipulihkan segera.
Penawaran kursus-kursus perguruan lepasan diploma dan ijazah di institusi pengajian
tinggi adalah merupakan salah satu usaha untuk meningkatkan kualiti dan status
profesyen perguruan.

1. Penggredan Universiti

Penggredan universiti sebagaimana yang diura-urakan oleh Kementerian


Pendidikan adalah satu langkah positif dan menunjukkan komitmen kerajaan
untuk meningkatkan kualiti pendidikan tinggi selaras dengan wawasan
pendidikan bertaraf dunia. Secara tidak langsung perlaksanaan penggredan
universiti ini menggalakkan universiti tempatan mengambil inisiatif untuk
mempertingkatkan kualiti dan status pengajaran pensyarah dan profesor di
universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan
pedagogi dan asas kaedah pengajaran.
Melatih semula pensyarah dan profesor khususnya dalam bidang baru seperti
teknologi maklumat, komputer, teknologi pendidikan adalah antara langkah-
langkah penting bagi meningkatkan kualiti pendidikan tinggi dan dianggap
sebagai satu program perkembangan staf yang perlu dilaksanakan oleh institusi
pengajian tinggi yang ingin berkembang secara progresif dan dinamis.

2. Penubuhan Institusi Pengajian Tinggi Swasta

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta yang begitu banyak mempunyai


implikasi yang besar kepada perkembangan industri pendidikan negara.
Perlaksanaan program berkembar oleh insitusi-institusi swasta ini,
membolehkan wujudnya peluang pembelajaran yang lebih tinggi dari segi
penawaran kursus-kursus pengajian hasil dari kewujudan program berkembar,
sekaligus menyediakan penempatan pembelajaran yang lebih banyak.

Sehubungan dengan ini, pendidikan di Malaysia tidak hanya akan bergantung


kepada universiti-universiti tempatan yang sedia ada sahaja. Natijahnya, impian
negara untuk melahirkan bakal-bakal pekerja berilmu sebagaimana yang
disuarakan oleh Perdana Menteri dapat direalisasikan.

3. Kelonggaran Sistem Pendidikan

Pendidikan untuk satu dekad yang akan datang digerakkan dengan lebih dinamik
untuk melahirkan lebih ramai golongan pekerja berilmu sebagai langkah dan strategi
pembangunan sumber manusia yang penting untuk mempercepatkan proses
pembangunan negara. Selaras dengan wawasan 2020, Malaysia sedang menyusun dan
merangka satu paradigma perubahan ekonomi untuk menjadikan Malaysia negara
maju dan membangun sepenuhnya dalam bidang perindustrian.

Perubahan paradigma bagi memasuki alaf baru gelombang perubahan ekonomi dan
pembangunan sumber manusia abad ke 21 amat bergantung kepada peranan serta
dasar liberalisasi sistem pendidikan negara ke arah melahirkan lebih banyak pekerja
berilmu, rajin, tekun dan produktif.

Dalam satu ucapan dasarnya semasa mempromosikan Koridor Raya Multimedia


(MSC) Malaysia di London, Perdana Menteri Datuk seri Dr. Mahathir Mohamad
menegaskan kerajaan Malaysia akan melonggarkan sistem pendidikan negara bagi
membolehkan pelajar dengan keputusan cemerlang di peringkat persekolahan
meneruskan pelajaran pada peringkat pengajian tinggi selaras dengan usaha kerajaan
untuk melahirkan pekerja yang berilmu. Langkah melonggarkan peluang pendidikan
ini dikira perlu kerana negara kekurangan pekerja yang berilmu bagi menghadapi
cabaran masa depan terutama sekali dalam era teknologi maklumat abad ke 21.
Dengan mewajibkan semua murid mengikuti pendidikan awal di sekolah rendah
secara percuma di samping melonggarkan peluang pendidikan menengah dan tinggi,
Malaysia dikira akan mencapai satu taraf pendidikan yang maju di dunia. Malaysia
juga dikira mempunyai kadar buta huruf yang rendah berbanding dengan negara-
negara membangun yang lain.

Kelonggaran sistem pendidikan juga menjadi satu strategi untuk merapatkan jurang
kemiskinan dalam masyarakat. Pendidikan, latihan dan pembangunan tenaga manusia
mempercepatkan perubahan sosial, meningkatkan produktiviti, membentuk
warganegara yang produktif, menjadi penggerak kepada pembangunan sains dan
teknologi dan kegiatan ekonomi moden selaras dengan kemajuan yang ingin
dipelopori melalui pendidikan bertaraf dunia.

Perubahan alaf baru pembangunan negara abad ke 21 juga memerlukan ribuan tenaga
mahir dan tenaga profesional yang berilmu. Oleh sebab itu pelaburan pendidikan yang
merupakan agenda pembangunan sosial juga menjadi satu agenda yang amat
mendesak bagi meliberalisasikan peluang pendidikan dan latihan ke arah
pembentukan pekerja berilmu.

Langkah bagi melahirkan pekerja berilmu mendorong sesebuah negara


memperuntukan pelaburan yang tinggi dalam pendidikan dan latihan. Langkah ini
juga selaras dengan Teori Modal Manusia (Human Capital Theory) yang menganggap
pendidikan sebagai satu strategi penting bagi meningkatkan potensi modal manusia
seperti kepakaran, kemahiran, berpengetahuan, efisyen, produktif, berdedikasi dan
kreatif, sikap yang baik terhadap kerja dan sebagainya.

CABARAN KE ARAH MENUJU PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Dalam Malaysia kearah menuju pendidikan bertaraf dunia, kita tidak dapat lari
daripada cabaran-cabaran yang boleh memberi kesan kepada dunia pendidikan. Di
antara cabaran-cabaran tersebut ialah :

1. Penghijrahan pensyarah (brain drain)

Penghijrahan pensyarah institusi pengajian tinggi awam bukanlah satu


fenomena yang baru. Ia telah lama berlaku. Menurut Encik Wan Mokhtar Wan
Yusuf ( Y.D.P. Persatuan Kakitangan Akademik UKM), penghijrahan ini
merupakan satu fenomena biasa yang sering berlaku dalam mana-mana sektor.
Penghijrahan ini sepatutnya dilihat sebagai tuntutan kepada keperluan tenaga
pengajar yang bertambah dalam sektor pendidikan swasta sejajar dengan
perkembangan pendidikan negara ini.
Persoalannya apakah penghijrahan pensyarah menjadi satu ancaman kepada
pendidikan di negara ini ? Sudah tentu pasti kerana untuk menghasilkan
seorang pensyarah bukannya satu perkara yang mudah. Institusi pengajian
tinggi awam menghadapi saingan untuk memikat graduan ijazah pertama
sewaktu mereka menamatkan pengajian. Memang tidak dapat dinafikan sektor
swasta menawarkan skim gaji dan beberapa kemudahan yang menarik
berbanding dengan apa yang disediakan oleh institusi pengajian tinggi awam.

Dilihat dari sudut yang lain, kestabilan politik dan kemantapan ekonomi
memberi ruang kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam memilih
haluan karier masing-masing dan tidak bergantung sepenuhnya kepada agensi-
agensi yang berada di bawah naungan Kementerian Pendidikan. Penghijrahan
pensyarah bukan sahaja disebabkan oleh gaji pensyarah yang kecil tetapi juga
harus dilihat dari pelbagai sudut sama ada ia berbentuk peribadi atau
sebaliknya. Banyak lagi faktor lain yang dapat dikaitkan seperti tidak mendapat
pengiktirafan pada masa yang diharapkan, rasa terkongkong dan sebagainya.
Penghijrahan pensyarah sebenarnya tidak hanya tertumpu kepada institusi
pengajian tinggi swasta sahaja, malahan ia juga melibatkan sektor yang lain
seperti sektor swasta, sektor kerajaan atau bekerja sendiri.

2. Dominasi Jantina Dalam Profesyen Perguruan

Keunggulan idealisme perguruan di negara ini menjadi semakin malap apabila


profesyen perguruan ini dimonopoli oleh kaum wanita. Trend yang berlaku
sekarang menunjukkan profesyen perguruan pada masa kini dan menjelang
pada abad 21 akan terus dimonopoli oleh wanita. Salah satu implikasi negatif
pendominasian gender, khususnya kaum wanita dalam profesyen ini ialah
meluasnya pelbagai perkembangan yang tidak sihat seperti kenakalan remaja,
keruntuhan moral, masalah disiplin, jenayah berat yang semakin meluas
berlaku disebabkan komitmen yang rendah dan ketidakmampuan guru wanita
menangani masalah sosial yang semakin mencabar.

Kekurangan peranan bapa di sekolah serta corak sosialisasi yang lemah


sekaligus menunjukkan profesyen perguruan tidak berkemampuan dalam
menangani masalah asas pendidikan yang dihadapi oleh masyarakat pada masa
ini dan menjelang abad ke-21. Perasaan ketidakpuasan hati di kalangan guru
dalam profesyen perguruan kebelakangan ini telah meningkat dengan begitu
tinggi.

Ini disebabkan meningkatnya beban kerja dan jangkaan yang pelbagai yang
dilakukan oleh guru. Fenomena ini juga mendorong ramai bilangan guru ingin
berhenti dan memohon untuk pilihan bersara daripada profesyen ini. Selain itu,
kaum guru tidak dapat melarikan diri daripada menjadi sasaran kritikan kerana
pendidikan adalah sentiasa terbuka kepada penilaian dan akauntabiliti pelbagai
pihak.

Banyak pekembangan terbaru yang berlaku yang memerlukan golongan


pendidik di negara ini lebih bersifat profesional dalam melaksanakan tugas dan
menangani masalah rumit yang berkembang dalam masyarakat sekarang.
Kemalangan yang berlaku dari masa ke semasa mendedahkan golongan
pendidik di negara ini dengan pelbagai tekanan psikologi dan mental yang
memerlukan semangat kental dan kesabaran kaum guru.

3. Peperiksaan Mengikut Keupayaan.

Konsep baru peperiksaan yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pendidikan


yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar mengambil peperiksaan mengikut
keupayaan, dikira akan memberi kesan yang luas kepada sistem penilaian dan sistem
pelajaran di sekolah.

Konsep yang dicadangkan oleh Menteri Pendidikan, Dato Seri Najib Tun Abdul
Razak ini, sudah tentu mempunyai implikasi sosial dan moral yang luas kepada
perkembangan pelajar. Murid-murid sememangnya berbeza dari segi kebolehan dan
kecerdasan mereka. Ini menyebabkan sebilangan murid didapati lebih mudah dan
cepat menguasai sesuatu pelajaran dan kemahiran berbanding dengan segolongan lagi
murid yang lemah dan lembab.

Banyak faktor yang menyebabkan mengapa perbezaan ini wujud dan memberi kesan
pada pencapaian individu murid. Dari kajian-kajian yang telah dilakukan
menunjukkan faktor sosioekonomi khususnya latar belakang keluarga seperti
pekerjaan, pendapatan dan pendidikan ibu-bapa mempunyai kesan yang amat besar
kepada pencapaian murid-murid. Konsep peperiksaan yang memberi peluang pelajar
mengambil peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan ini adalah bertujuan
menggalakkan pelajar yang pintar dan cerdik atau murid-murid yang telah pun
bersedia boleh mengambil peperiksaan lebih awal bagi tahap-tahap tertentu.

Isu kritikal di sebalik perlaksanaan sistem peperiksaan ini ialah ia boleh


menggoncangkan sistem persekolahan kerana ia boleh menjadi alat untuk
mengukuhkan kedudukan dan pengaruh golongan elit dan golongan berada mendapat
pengiktirafan memihak kepada kepentingan mereka berbanding anak-anak golongan
kurang berada dan golongan miskin.

Liberalisme konsep peperiksaan mengikut keupayaan bagaimanapun dikira akan


memberi peluang kepada pelajar lemah menangguhkan peperiksaan yang sepatutnya
mereka duduki mengikut sistem peperiksaan berjadual sehingga mereka benar-benar
yakin dan bersedia. Soalnya, sehingga bilakah pelajar yang lemah boleh membina
keyakinan mereka untuk menduduki peperiksaan dan adakah mereka yakin mereka
akan berjaya dalam peperiksaan.

Peratusan dan bilangan besar pelajar lemah di sekolah didapati tidak mempunyai
keyakinan dan harapan yang mereka akan lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan.
Sistem peperiksaan yang diujudkan juga lebih cenderung untuk mengukur kebolehan
dan kecerdasan yang mirip kepada pelajar berkebolehan tinggi di samping ia
mengiktiraf kegagalan pelajar lemah dan kurang kebolehan dari segi akademik.

Sistem peperiksaan yang dikira liberal ini juga tidak menjadikan sesuatu perubahan
kepada yang berkebolehan rendah. Meliberalisasikan konsep peperiksaan tanpa
mengubah rancangan dan program pendidikan untuk memperbaiki kelemahan
akademik golongan berkebolehan rendah sudah tentu tidak memberi apa-apa makna
ke arah merintis masa depan yang cerah kepada golongan yang berkebolehan rendah.

Selain itu, boleh ditimbulkan satu persoalan disini, apakah falsafah dan rangka
ideologi yang mendasari konsep peperiksaan mengikut keupayaan yang dicadangkan
ini ? Adakah ia boleh dikira satu perubahan yang penting ke arah menyumbang
reformasi sistem peperiksaan yang sedia ada ? Setakat manakah falsafah dan konsep
peperiksaan mengikut keupayaan ini memberi faedah dan mendukung wawasan
pendidikan untuk melahirkan warga negara yang seimbang serta berketrampilan ?

Cadangan dikemukakan bagi menjadikan sistem peperiksaan dan persekolahan dan


pengajian tinggi di negara kita lebih fleksible dengan cara membenarkan pelajar
merujuk buku dan bahan-bahan yang dikirakan penting semasa di bilik peperiksaan.
Bagaimanapun ia dianggap tidak praktikal dari segi keboleh percayaan dan validitinya
sesuatu peperiksaan. Idea ini juga dikira mempunyai kecenderungan mengalakkan
pelajar meniru dalam peperiksaan yang sukar dikesan.

Salah satu amalan negatif peperiksaan mengikut keupayaan ialah menkelaskan pelajar
mengikut kelas dan kriteria baik, sederhana baik, lemah dan sebagainya. Amalan ini
juga dikenali sebagai "streaming" atau pengaliran. Pengaliran biasanya dibuat oleh
pihak sekolah mengikut pencapaian keseluruhan pelajar, dan kedudukannya yang
bersiri di kalangan pelajar di tahap yang sama.

Konsep peperiksaan seperti ini mengalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat


tuisyen yang memberi keuntungan yang lumayan di samping mengekspoitasi murid
dan ibu bapa demi mendapatkan kelulusan yang baik di dalam peperiksaan yang
diadakan. Pertumbuhan pusat-pusat tuisyen adalah satu fenomena yang tidak sihat dan
ia mencerminkan kegagalan sistem pendidikan dan sistem persekolahan di negara ini
yang kurang cekap menjamin kejayaan yang baik di dalam peperiksaan. Selain itu
peperiksaan akan mempengaruhi ibu bapa sehingga boleh memberi tekanan mental
dan psikologi kepada anak-anak mereka semata-mata didorong oleh desakan untuk
mencapai kejayaan yanga cemerlang.

Kejayaan di dalam peperiksaan dikira merupakan satu tiket untuk mendapatkan


peluang pekerjaan yang lebih baik di samping untuk mendapatkan tempat memasuki
institusi pengajian tinggi yang begitu berpegang teguh kepada merit dan prinsip
kecemerlangan pencapaian akademik seseorang pelajar.

Dilihat dari perspektif sosiologi, radikal, konsep peperiksaan yang dicadangkan ini
akan mendorongkan kepada satu corak "class struggle" yang lebih ketara yang
mencerminkan realiti keadaan persaingan dan pergelutan masyarakat di luar sekolah.
Keseluruhan falsafah, prinsip, dan proses pendidikan akan terjejas sekiranya sistem
peperiksaan yang mendasari wawasan pendidikan itu menyimpang dari matlamat-
matlamat unggul pendidikan untuk membentuk dan melahirkan insan yangg seimbang
dan sempurna yang perlu dilaksanakan melalui sistem dan proses persekolahan yang
progresif dan dinamis.

CADANGAN MENANGANI CABARAN KEARAH MERIALISASI


PENCAPAIAN MATLAMAT PENDIDIKAN BERTARAF DUNIA.

Meningkatkan profesionalisme perguruan

Adalah amat mustahak diingat golongan pendidik di negara ini perlu sentiasa
menghidupkan motivasi diri dengan menguatkan keazaman dan sedia menghadapi
cabaran-cabaran baru, disamping meningkatkan kewibawaan keilmuan mereka
sebagai golongan pendidik yang dihormati dan disanjungi oleh murid, ibubapa dan
masyarakat.

Budaya mengajar yang masih bersifat usang, tradisional dan kurang berkesan
menangani masalah asas pendidikan seperti buta huruf, buta budaya, buta ilmu adalah
di antara krisis pendidikan yang mencerminkan krisis profesionalisme perguruan di
negara-negara membangun khususnya di Malaysia memerlukan resolusi yang lebih
redikal dilakukan. Profesyen perguruan boleh dikatakan tidak banyak mengalami
perubahan dari segi inovasi dari segi teknologi walaupun perkembangan teknologi
maklumat berlaku dengan pesatnya dan dalam sektor-sektor lain.

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat profesyen di


negara ini perlu di reformasikan supaya ia benar-benar mampu menjadi agen
perubahan kepada budaya literasi teknologi, khususnya bagi melahirkan masyarakat
yang celik komputer dan bersikap terbuka bagi mengembangkan budaya saintifik.
Pendidikan guru perlu di reformasikan bagi menyediakan guru-guru yang berwibawa
dengan ilmu pengetahuan, mengamalkan sikap nilai dan falsafah pendidikan yang
progresif, dapat mengembangkan profesionalisme perguruan yang idealistik untuk
membangunkan generasi muda yang celik budaya, mempunyai kualiti sosial dan
moral yang tinggi, bersifat futuristik dan positif untuk mencapai kemajuan dan
perubahan. Peranan profesyen perguruan dalam masyarakat membangun seperti
Malaysia menjelang abad ke 21 tidak seharusnya di bataskan di atas andaian dan
pandangan yang sempit. Sebarang langkah bagi mengongkong dan menyempitkan
peranan golongan guru sudah tentu akan merugikan masyarakat dan negara.

Profesyen perguruan harus berkembang dengan lebih pantas dan progresif bagi
mencorakkan perkembangan individu, masyarakat dan negara. Dari satu segi yang
lain, profession perguruan yang menjadi agen perubahan sosial harus menjadi
penyelamat kepada krisis kemelut sosial yang dihadapi oleh masyarakat yang sedang
bergelut dengan tuntutan kemajuan dan perubahan. Profesyen perguruan perlu diberi
ruang yang lebih terbuka supaya konsep memasyarakatkan sekolah, murid,
pendidikan dan guru boleh memberi faedah yang besar kepada pembangunan
masyarakat setempat.

Pendidikan sebagai asas pembinaan masa depan bangsa dan negara bergantung
kepada profesyen perguruan yang berkembang secara dinamik dan progresif.
Profesyen perguruan yang dinamis perlu melahirkan kepimpinan guru yang berkualiti,
sentiasa memperbaiki dan mempertahankan etika profesionalisme pendidikan,
berbanding dengan tugas yang mengabdikan diri sebagai golongan pendidikan yang
berwibawa dan dapat menjadikan diri sendiri lebih berketrampilan dengan
mendokong belajar seumur hidup (life long learning), belajar untuk mengubah dan
belajar untuk berubah.

Usaha-usaha lain sepearti melatih pensyarah bagaimana mengajar di institusi


pengajian tinggi. Langkah ini turut mencadngkan supaya pensyarah-pensyarah
universiti mestilah memiliki diploma pendidikan bagi membolehkan mereka
melayakkan diri untuk mengajar. Walaupun mendapat reaksi yang "panas dan sinis"
daripada pensyarah dan professor, cadangan ini bagaimanapun perlu dianggaap
sebagai satu cadangan yang positif bagi meningkatkan kualiti pengajaran pensyarah
dan profesor di universiti khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai pengetahuan
pedagogi dan asas kaedah pengajaran.

Mengatasi masalah "Brain Drain" di kalangan pensyarah

Kebanyakkan pensyarah yang memilih kerjaya ini adalah kerana komited dengan apa
yang dilakukan. Penyelidikan menjadikan visi hidup mereka. Kerjaya sebagai
pensyarah mempunyai banyak insrintik yang terus menambat hati pensyarah agar
terus kekal di institusi pengajian tinggi.

Namun apa yang menyebabkan wujudnya masalah 'brain drain' antaranya ialah
layanan yang mereka terima berbanding dengan pensyarah yang berrkhidmat di luar
negara. Wan Mokhtar mempersoalkan apakah adil hanya menggangapkan pensyrah
yang berkhidmat di luar negara ditawarkan dengan gaji yang berlipat ganda apabila
kembali ke Malaysia, sedangkan antara keduanya mempunyai kemahiran dan
pendedahan yang sama.

Dalam menangani isu ini, ia melibatkan banyak pihak. Namun begitu ia bukanlah
sesuatu perkara yang sukar. Kerajaan sebagai tunggak, hendaklah peka dengan
keperluan dan tuntutan semasa institusi pengajian tinggi awam agar penghijrahan
keluar pensyarah dapat di atasi. Jangan biarkan pensyarah meminta-minta hak mereka
kerana martabat pensyarah amat tinggi kedudukannya.

Memperbaiki Kualiti Sistem Peperiksaan

Adalah penting langkah dan strategi pembaharuan dilakukan oleh Kementerian


Pendidikan bagi memperbaiki dan meningkatkan kualiti sistem peperiksaan. Sistem
peperiksaan yang dibentuk bukan sahaja perlu menguji kebolehan akademik semata-
mata tetapi keseluruhan aspek perkembangan dan kualiti serta potensi individu sejajar
dengan falsafah pendidikan negara.

Peperiksaan yang menekankan kepada kecemerlangan akademik semata-mata tidak


memberi gambaran menyeluruh terhadap perkembangan pelajar. Selain itu, langkah-
langkah perrlu dibuat bagi memperbaiki kualiti dengan menekankan aspek-aspek
kognitif dengan menguji kebolehan pelajar dari segi pemikiran kritis, rasionaliti,
logik, pertimbangan dan nilai, ketepatan fakta, penyelaisaian masalah, aplikasi,
membuat penilaian dan sebagainya.

Konsep peperiksaan berterusan dalam konteks sekolah perlu di ambil kira sebagai
kriteria keseluruhan mengukur perkembangan masyarakat yang sihat, berdaya maju
dan cemerlang di samping memberi peluang kepada kepada setiap orang untuk
mencapai rasa kejayaan dan penghargaan diri.

Perubahan asas dalam sistem pendidikan perlu dibuat. Perubahan ini bukan bersifat
kosmetik tepi perubahan substantif supaya kurang berorientasikan peperiksaan.
Antaranya cadangan supaya tiga peperiksaan sekolah menengah dikurangkan kepada
dua. Ini akan mengurangkan tekanan.
Antara perubahan tersebut ialah membolehkan kegiatan ko-kurikulum diambil kira
untuk memasuki universiti. Ketika ini sepuluh peratus daripada nilai markah
kemasukan universiti datangnya daripada aktiviti ko-kurikulum. Apabila kita berubah
kepada sekolah bestari nanti, penekanan akan diberikan kepada soal penguasaan ilmu
dan kemampuan pelajar mengikut kemampuan sendiri iaitu konsep kendiri.

KETERSEDIAAN PENDIDIK MENGHADAPI REFORMASI PENDIDIKAN

Golongan pendidik adalah murabi dan ahli ilmu yang membimbing manusia kejalan
yang betul dalam pegangan hidup, kerohanian, akhlak dan bidang ilmu yang
berfaedah. Mereka bertanggungjawab mendidik pelajar mengenal dan menghayati
nilai kebenaran, keindahan dan keadilan dengan spektrumnya yang seimbang dan
benar, sesuai dengan potensinya sebagai khalifah Allah dan hambanya. Dalam menuju
alaf baru pendidikan bertaraf dunia paradigma pendidikan perlukan anjakan yang
dapat mendorong para pendidik memainkan peranan mereka dengan lebih agresif dan
progresif. Paradigma pendidikan perlu diubah daripada menerima kepada mencipta
atau mencari, daripada ketaatan kepada komitmen , daripada individu kepada
perkongsian, daripada rutin kepada inovatif dan kretif, daripada reaktif kepada
proaktif dan daripada pasif kepada progresif.

Sebelum perlaksanaan reformasi dibuat secara total ke atas sistem pendidikan negara,
apakah semua yang akan terlibat dalam mendokong dan melaksanakannya telah
tersedia? Kementerian Pendidikan perlu terlebih dahulu memastikan semua dalam
keadaan bersedia bagi mendokong semua dasar atau sistem baru yang lebih futuristik.

Janganlah semua kesilapan seperti pengenalan kurikulum baru sekolah rendah


(KBSR), subjek alam dan manusia (ADM), dasar disiplin dan sistem kenaikan
pangkat baru berdasarkan kepada kelayakan akademik berulang lagi - kasihan
generasi remaja kita yang menjadi mangsa kerana impak dari kesilapan penghitungan
dalam menanam modal dalam"komoditi pendidikan", ia akan memberi impak jangka
panjang. Sebagai contoh, hasil daripada kegagalan KBSR dan subjek ADM yang
dilaksanakan 10 tahun dahulu, bahangnya kita dapat rasai kini dengan kurangnya
pelajar kita (melayu khususnya) yang berminat unutk memilih sains sebagai bidang
pilihan mereka di IPT.

Pendidikan telah mempunyai agendanya untuk menubuhkan Sekolah Bestari,


Pendidikan Bertaraf Dunia, Guru Bertaraf Dunia dan berbagai lagi yang akan bertaraf
dunia. Persoalannya, apakah semua kominiti guru telah bersedia untuk mengikut arus
reformasi yang akan mendatang dalam era pasca Teknologi Maklumat masa kini ?
Ada baiknya fenomena ini dibetulkan terlebih dahulu sebelum memikirkan reformasi
pendidikan secara total. Janganlah anjakan paradigma itu dibuat berkelompok-
kelompok, biar ia menyeluruh kepada semua golongan pendidik. Kerana mereka
inilah yang akan membina asas-asas yang mantap dan teguh.

Kesimpulan

Dalam menuju ke arah pendidik dan pendidikan bertaraf dunia setiap lapisan
masyarakat mahupun individu haruslah memainkan peranan masing-masing. Kita
perlu bekerjasama dan berganding bahu dalam melaksanakan dan merealisasikan
wawasan negara demi untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan,
bertanggungjawab, inovatif, kreatif, progresif dan berakhlak mulia selaras dengan
falsafah pendidikan negara. Sebagai golongan bukan pendidik, kita janganlah
meletakkan seluruh tanggungjawab ini hanya kepada golongan pendidik sahaja, tetapi
haruslah memberikan komitmen yang menyeluruh dan bersepadu.

You might also like