Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN PROJEK MINGGU ANTI DADAH

1.0. Pendahuluan

Sambutan Minggu Anti Dadah diadakan setiap tahun di sekolah selaras

arahan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Unit Pendidikan Pencegahan

Dadah untuk menyokong Sambutan Hari Anti Dadah Peringkat Kebangsaan.

Aspek pendidikan dan pencegahan dadah amat penting memandangkan

generasi pelapis negara khususnya, kini berdepan dengan ancaman gejala

dadah yang sangat serius. Oleh yang demikian kesedaran tentang bahaya

bahana dadah di peringkat lebih awal perlu diterapkan dalam lapisan lapisan

komuniti masyarakat.

Selain itu, menerusi aktiviti-aktiviti yang diatur, murid-murid diharap dapat

memanfaatkan peluang ini sebaik-baiknya untuk memberi impak terhadap

penglibatan murid-murid secara menyeluruh demi melahirkan modal insan yang

berkualiti yang mampu menjadi pemimpin dan menyumbang kepada

pembangunan sosial negara sekaligus memberikan kesejahteraan kepada

komuniti dan masyarakat.

Program ini juga di buat selaras dengan Dasar dan Matlamat Pendidikan

Pencegahan Dadah, Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah merealisasikan

sekolah bebas dadah 2012.


2.0. Persediaan

Untuk memulakan projek ini, terlebih dahulu perbincangan bersama guru

pembimbing telah dilakukan. Setelah bertukar-tukar pandangan dan idea untuk

projek, kata sepakat telah diambil untuk membuat minggu antidadah peringkat

SK. Luagan. Perancangan yang rapi telah disusun untuk aktiviti sepanjang

minggu antidadah peringkat sekolah S.K. Luagan. Antara aktiviti yang telah

dirancang ialah aktiviti melukis poster bagi tahun 4, 5 dan 6, kuiz terkumpul,

menulis esei dan ceramah dadah daripada Agensi Antidadah Kebangsaan

Keningau .

Untuk melaksanakan aktiviti tersebut, Agensi Antidadah Kebangsaan

Keningau telah dihubungi untuk memastikan bahawa agensi mereka boleh

mengadakan ceramah untuk murid tahun 5 S.K. Luagan. Surat-menyurat telah

dihantar pada agensi tersebut dan agensi tersebut menerima pelawaan sekolah

untuk mengadakan ceramah serta pameran pada tarikh yang telah ditetapkan.

Persediaan untuk melukis poster pula, guru pelaksana program antidadah

dadah ingin menggunakan masa PSV murid tahun 4, 5, dan 6 pada minggu

tersebut untuk pertandingan melukis poster. Pada minggu tersebut, guru-guru

PSV kelas masing-masing telah diberikan notis bahawa minggu seterusnya

adalah pertandingan melukis poster dan dilaksanakan pada waktu PSV untuk

semua kelas tahap 2. Bagi melancarkan aktiviti pertandingan tersebut, guru

pelaksana program telah memberikan notis kepada murid-murid dan guru-guru


bahawa minggu seterusnya ialah minggu antidadah dan murid-murid diminta

untuk membawa peralatan melukis

2.1. Jadual pelaksanaan

Bil Acara Tarikh Catatan

Pelancaran Minggu 15 Julai 2013 (Isnin) Waktu


1
Anti Dadah Perhimpunan

Kuiz terkumpul 15 Julai hingga 19 Julai Murid menjawab


2 (Isnin hingga Jumaat) kuiz pada waktu
rehat

Pertandingan 15 Julai hingga 19 Julai Waktu subjek


3 melukis poster (Isnin hingga Jumaat) PSV bagi kelas
tahun 4 sahaja.

Pertandingan 15 Julai hingga 19 Julai Waktu subjek


melukis poster (Isnin hingga Jumaat) PSV bagi kelas
4
tahun 5 dan 6
sahaja.

Ceramah Anti 17 Julai 2013 (Rabu) 11.10 pagi


Dadah 12.10 tengah
5
hari (Tahun 5
sahaja)

Edaran Risalah 16 Julai 2013 dan 18 Julai Waktu rehat


6
2013 (Selasa dan Khamis)

Pertandingan 15 Julai hingga 19 Julai


7
menulis esei (Isnin hingga Khamis)
2.2. Kos Perbelanjaan

Hadiah berupa alat tulis diberikan kepada pemenang setiap kategori. Setiap

Kategori mempunyai 5 pemenang iaitu tempat pertama, tempat kedua,tempat

ketiga dan dua hadiah sagu hati

Hadiah tempat pertama berjumlah RM18.00, hadiah tempat kedua

berjumlah RM13.00 dan tempat ketiga berjumlah RM10.00. Manakala hadiah

sagu hati berjumlah RM5.00.

Selain hadiah untuk murid yang menang kategori yang dipertandingkan

semasa minggu antidadah, sagu hati hamper bernilai RM30.00 berserta sijil

diberikan kepada Agensi Antidadah sebagai tanda berterima kasih.

Jumlah keseluruhan kos perbelanjaan tersebut ialah RM207.15 sen.

Sumber kewangan diperolehi daripada pihak sekolah.


3.0. Pelaksanaan

Pada 15 Julai sehingga 19 Julai 2013, sekolah kebangsaan Luagan telah

mengadakan minggu anti dadah peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti yang

dijalankan untuk pengisian minggu tersebut.terdapat 4 kategori pertandingan

yang dipertandingkan. Antaranya ialah pertandingan melukis poster bagi tahun 4

dan melukis poster bagi tahun 5 dan 6, pertandingan menulis esei bagi tahun 5

dan 6, dan kuiz terkumpul. Selain itu juga terdapat ceramah dadah yang

diadakan untuk murid tahun 5 sahaja.

Pada 15 Julai 2013, majlis pelancaran minggu Anti dadah telah

disempurnakan oleh En. Samion Amin selaku guru besar S.K. Luagan. Majlis

telah diadakan semasa perhimpunan pagi di dewan terbuka S.K. Luagan.

Untuk pertandingan yang telah dilaksanakan seperti melukis poster,

pertandingan itu telah dilakukan pada waktu pendidikan seni visual untuk setiap

kelas. Pertandingan melukis poster berdasarkan kepada tema yang diberikan

iaitu tema anti dadah 2013 iaitu 1 Malaysia Membenteras Dadah. Pertandingan

tersebut dibahagikan kepada 2 kategori iaitu tahun 4 sahaja dan tahun 5 dan 6.

Kuiz terkumpul juga telah dilaksanakan semasa minggu anti dadah S.K.

Luagan. Kuiz ini berlangsung selama 5 hari iaitu sepanjang minggu

persekolahan tersebut. Setiap waktu rehat iaitu 9.20 pagi sehingga 9.40 pagi,

soalan akan ditampal di dewan terbuka dan murid mesti menjawab soalan setiap

hari. Soalan yang diberikan adalah berbeza-beza setiap hari.


Selain pertandingan melukis poster, pertandingan menulis esei telah

dipertandingkan untuk tahun 5 dan 6. Walaupun begitu, tahun 4 digalakkan

untuk menyertai pertandingan tersebut.

Pada 17 Julai bersamaan hari rabu, ceramah dadah telah diadakan di

Pusat Sumber S.K. Luagan pada pukul 11.10 pagi sehingga 12.10 tengah hari.

Hanya murid tahun 5 yang terlibat untuk sesi ceramah tersebut. Antara aktiviti

yang telah diadakan iaitu ceramah dan pameran dari Agensi Antidadah

Kebangsaan Keningau.

4.0. Penutupan

Majlis penutupan minggu antidadah telah diadakan 22 Julai 2013 pada

waktu perhimpunan. Majlis penutupan diakhiri dengan acara penyampaian

hadiah yang disampaikan oleh Encik Samion Amin selaku guru besar S.K.

Luagan.
5.0. Refleksi

Minggu perancangan telah dibuat pada minggu pertama internship iaitu

pada 01 Julai 2013 sehingga 05 Julai 2013. Perancangan telah dibuat bersama

guru pembimbing dan rakan guru pelatih yang lain. Setelah itu, persetujuan telah

dicapai dan bermulah perancangan aktiviti untuk pengisian minggu tersebut.

Minggu seterusnya ialah minggu persediaan. Pada minggu ini merupakan

minggu untuk menyerahkan dan mengesahkan program tersebut kepada guru

besar. Setelah beberapa kali berkolaborasi bersama guru pembimbing dan guru

besar, akhirnya kertas kerja lulus dan surat-menyurat dihantar ke agensi yang

terlibat.

Pada minggu pelaksanaan, Cikgu Yusnira telah mengambil alih majlis

perhimpunan untuk majlis perasmian. Untuk sedikit masa yang telah diambil,

cikgu Yusnira telah memberitahu serba sedikit tentang minggu tersebut. Setelah

itu, guru besar telah dijemput untuk menandatangani banner bagi merasmikan

minggu antidadah.

Sepanjang minggu tersebut, pertandingan yang telah dirancang telah

berjalan dengan lancar. Aktiviti yang telah dirancang mendapat sambutan yang

baik daripada murid. Terutama sekali kuiz terkumpul yang telah dilaksanakan

setiap hari pada waktu rehat di dewan terbuka S.K. Luagan.

Ceramah dan Pameran telah diadakan pada hari rabu iaitu 17 Julai 2013 di

pusat sumber S.K. Luagan. Ceramah berjalan dengan lancar. Walaupun terdapat
sedikit kesilapan teknikal pada waktu tersebut. Namun dengan bantuan guru

pembimbing dan rakan guru pelatih, akhirnya masalah dapat diselesaikan dan

ceramah mula pada tepat pukul 11.10 pagi dan berakhir pada 11.55 pagi.

Setelah ceramah diadakan,seterusnya murid dibawa ke dewan terbuka untuk

melihat pameran berkenaan dadah.

Projek minggu antidadah ini banyak memberi kami pengalaman yang

berharga kepada pelatih guru yang bakal menjejakkan kaki ke dunia pendidikan.

Kami telah mempelajari banyak ilmu yang baru seperti membuat kertas kerja

projek, berurusan dengan agensi yang terlibat, mengatur aktiviti, dan pelbagai

lagi. Oleh itu ilmu ini tidak akan kami sia-siakan dan akan dimanfaatkan untuk

kegunaan masa akan datang.

You might also like