Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

SIAKAP STIM LIMAU ALA THAI

(PRIK KEE NOO)

Bahan2 :
1 ekor ikan siakap sederhana besar
4 ulas bwg putih
1 biji bwg holland
1 kiub pati ayam
5 biji cili padi
2 inci halia
2 batang serai
3 sudu sos ikan
1 cawan jus limau nipis
1 sudu gula
Sedikit daun ketumbar + cili merah + hirisan limau utk hiasan

Cara2 :
Bersihkan ikan..kelar ikan supaya sos meresap..
Sapukan ikan dengan kiub pati ayam yg dicampur sedikit jus limau + air
Masukkan serai yg telah diketuk ke dlm perut ikan
Masukkan ikan ke dalam pengukus
Campurkan sos ikan + gula + jus limau nipis dan tuangkan ke atas ikan
Cincang halus bwg putih + cili api + halia dan taburkan ke atas ikan
Last skali masukkan bwg holland yg dipotong halus...kukus sehingga ikan masak
Hiaskan dengan daun ketumbar + limau + cili merah

Resepi Siakap Stim Limau Ala Thai "Pla Gapong Neung Manao"..
1. Seekor ikan siakap dicuci bersih.

Bawang putih
Stok ayam ( kalau takde boleh guna 1 kiub pati ayam kacau dgn 1/2 cawan air panas)
Cili api merah
Daun limau
Serai
Halia
Daun ketumbar
Limau nipis
Sos ikan ( 5 sudu besar)
Garam & gula secukup rasa

Bahan2 yang telah dicincang dan dihiris..

Serai dikerat serong kasar, daun limau dikoyak2 kan shj.. kemudian sumbat semua serai, daun limau
& juga halia dalam perut

Sediakan bekas yg sesuai mengikut size ikan ye.. letakkan dalam periuk kukusan..
Curahkan dgn stok ayam...

Satukan...

bawang putih yg telah dicincang,


cili api merah,
perahan limau nipis,
sos ikan,
garam & juga gula

...dalam satu mangkuk dan gaulkan sebati.. rasa dulu ye jgn lupa..ketepikan..

Setelah air kukusan mendidih bolehlaa kukus ikan selama 20-25 minit ye.. atau hingga ikan betul2
masak..

Ok.. selepas ikan masak boleh laa diangkat ye..

Curahkan dengan bahan2 yg telah disatukan tadi bersama daun ketumbar.. siapp

Ikan Masak Stim Limau Pedas

Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap sederhana besar
1 batang serai (*)
5 ulas bawang putih (*)
2 inci halia (*)
10-15 biji cili padi (*) ikut kepedasan masing-masing
1 inci lengkuas
4 biji bawang jeruk - dihiris
1-2 biji limau nipis / 1 biji lemon (ambil jusnya)
2 biji tomato (dihiris dadu)
1 biji bawang bombay dihiris bulat-bulat
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan
sedikit air
3 batang daun sup (dihiris) / boleh juga menggunakan batang saderi
setangkai daun bawang
lemon / limau nipis dihiris nipis

Bahan yang bertanda (*) ditumbuk / diblander kasar

Cara-cara :
1. Ikan diperap dengan air limau untuk hilangkan hanyir dan dibersihkan.
Toskan.
2. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dgn api sederhana.
3. Lumurkan ikan bersama garam. Letakkan hirisan lemon / limau di dalam
belahan ikan tadi. Aturkan bawang Bombay di bahagian bawah Loyang dan
letakkan ikan di atasnya. Lumur ikan dengan bahan-bahan yang ditumbuk /
diblander tadi. Sapu dengan rata. Kukus selama 15minit.
4. Masukkan sos ikan bersama dengan sedikit air dan gula. Kemudian,
masukkan tomato yang dipotong dadu. Akhir sekali masukkan jus limau atau
lemon tadi. Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 5-10
minit atau sehingga masak.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup dan daun bawang.
6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

IKAN KERAPU KUKUS/STIM - MUDAH


Adaptasi dari : Dapur Dayangjack

1 ekor ikan (dibersihkan) - Saya guna 2 ekor ikan kerapu


1 batang serai (diketuk) saya hiris nipis
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
2-3 biji cili padi (di hiris) optional
7biji tomato cherry - di belah (Jika gunakan tomato biasa - potong
dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos ikan atau sos tiram
sedikit air
sedikit daun sup (dihiris) dan daun bawang untuk hiasan
Cara-cara

1. Sediakan pengukus. Jerangkan airnya dengan api sederhana.


Sediakan bekas tahan panas atau loyang.

2. Lumurkan ikan dengan garam. Kemudian letak di dalam bekas


tadi. Taburkan hirisan bawang putih, halia dan masukkan serai.
Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, satukan sedikit air
bersama sos ikan/sos tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Buka penutup kukusan, masukkan tomato serta air yg sudah
dicampurkan dgn sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.

4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili padi. Kacau perlahan.
Jika kurang masin bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama 2-3
minit.

5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup / daun bawang


6. Hidangkan dan sedia untuk dinikmati bersama nasi putih.

You might also like