Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

motor elektrik

BAB IV : MOTOR ARUS ULANG-ALIK


Motor arus ulang-alik boleh dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu motor 1-Fasa
dan motor 3- fasa.

Bagaimana motor boleh berputar?


Bila pemegun 3- fasa dibekal dengan bekalan 3-fasa, fluks magnet yang
mempunyai magnitud malar terhasil. (Sama juga jika bekalan 1- fasa)
Fluks yang berputar memotong pengalir pemutar mengarahkan d.g.e.
berdasarkan Hukum Faraday.
Pengalir pemutar bentuk litar lengkap hasilkan arus pemutar, arahnya
menentang punca (Hukum Lenz).
Pergerakan relatif pemutar berbanding medan pemegun ikut arah lawan jam.
Hukum Tangan Kanan Fleming arah d.g.e. menuju keluar.
Hukum Tangan Kiri Fleming pengalir pemutar, arahnya ikut arah jam.

Medan Magnet Berputar dapat menentukan:


i) Arah putaran pemutar.
ii) Kelajuan putaran pemutar.
iii) Beri keseimbangan medan semasa motor berbeban atau tidak.

4.1 MOTOR 1-FASA


Motor 1- fasa ialah motor yang direka khas supaya dapat dikendalikan pada
bekalan 1-fasa sahaja.
Saiz motor ini dibuat kecil sebab kecekapannya rendah dan perbelanjaan
pengurusannya lebih tinggi jika dibandingkan dengan motor a.u. 3- fasa
dengan pada ukuran fizikal yang sama.
Lazimnya digunakan di kilang-kilang perusahaan dan kadar kuasanya
dihadkan sehingga 8 kW sahaja.
Dikelaskan mengikut binaan dan prinsip bagaimana ia dijalankan.
Terbahagi kepada dua jenis iaitu:
Motor be rkomutator
Motor aruhan

4.2 MOTOR BERKOMUTATOR


Biasanya menghasilkan daya kilas permulaan yang tinggi pada kelajuan yang
rendah.
Kelajuan motor akan bertambah apabila bebannya kurang sehingga boleh
mencapai kelajuan yang merbahaya yang membolehkan belitan angker
terbakar.
Terdapat beberapa jenis antaranya:
Motor tolakan
Motor pemula aruhan-tolakan
Motor aruhan-tolakan
Motor belitan medan siri arus ulang-alik (motor universal)
Motor segerak tanpa ujian

Jan08/Amr
48
motor elektrik

4.2.1 Motor Tolakan


Biasanya dibina pada keupayaan yang kecil iaitu tidak lebih daripada 4 kW.
Kelajuan akan bertambah apabila beban motor dikurangkan.
Sesuai digunakan untuk membuat kerja-kerja menarik beban kerana ia
memerlukan daya kilas permulaan yang tinggi.

4.2.2 Motor pe mula aruhan-tolakan


Bibina dalam ukuran yang kecil dan ia boleh dihidupkan secara sambungan
terus kepada bekalan.
Kelajuan malar sama ada ketika motor berbeban atau tidak.

4.2.3 Motor aruhan-tolakan


Motor ini adalah pembaharuan kepada motor pemula aruhan-tolakan.
Dapat berputar dengan lebih baik sewaktu permulaan dengan kelajuan yang
tetap sama ada ia berbeban atau tidak
Faktor kuasa dan kecekapan motor ini dianggap baik keranan kelajuannya
hampir mencapai kelajuan kesegerakan.

4.2.4 Motor belitan medan siri arus ulang-alik


Lebih dikenali dengan nama motor universal.
Bekerja dengan kesempatan fluks yang lebih rendah.
Mempunyai belitan medan pampasan bagi membaiki penukar komutator.
Tidak boleh digunakan pada bekalan arus terus.
Kelajuannya bertambah apabila beban dikurangkan.
Oleh itu, motor ini tidak boleh diputarkan tanpa beban kerana belitan
motor akan terbakar.

4.2.4.1 Prinsip Kendalian Motor Unive rsal


1) Sama dengan kendalian motor siri.
2) Arah putaran motor tidak berubah walaupun kekutuban voltan berubah.
3) Apabila bekalan diberikan:
4) arus melalui belitan dipemutar dan medan bagi menghasilkan medan
magnet yang bertindak balas sama ada menolak atau menarik di antara
satu sama lain.
5) Ciri-ciri motor siri:
a. Kelajuan naik melebihi paras selamat apabila tidak berbeban.
b. Kadaran 10W 400W.
c. Beban dikurangkan, kelajuan motor akan bertambah.
6) Kegunaan:
a. Pencuci vakum.
b. Penggerak mesin jahit.
c. Alat-alat tangan seperti gerudi, pencanai, gergaji dll.

Jan08/Amr
49
motor elektrik

4.3 MOTOR ARUHAN


Terdiri daripada stator yang berbelit dengan belitan 1- fasa dan rotornya
mempunyai bar-bar sangkar tupai.
Bar-bar pengalir yang terdapat pada rotor itu berlitar pintas secara pateri di
kedua-dua hujungnya dan rotor ini dikenali sebagai sangkar tupai.
Tiga cara untuk menghidupkan motor 1-fasa ini ialah menggunakan:
Motor aruhan fasa terbelah
Motor aruhan jenis kapasitor
Motor aruhan kesegerakan kutub telau.

4.3.1 Motor aruhan fasa terbelah


Juga dinamakan motor aruhan fasa terbelah pergerakan aruhan.
Ia diputarkan dengan bantuan belitan tambahan (belitan pemula) yang
disambungkan secara selari dengan belitan utama.
Belitan tambahan ini hanya digunakan sementara waktu sahaja kerana ia akan
terbakar jika dibiarkan berterusan di dalam litar.
Ia berputar pada kelajuan yang agak tetap pada semua tahap beban.
Sesuai untuk melakukan kerja-kerja yang memerlukan kelajuan yang tetap.
Contohnya alat-alat memesin seperti gergaji bulat, penyembur udara, mesin
mengilat logam, pencanai dll.

4.3.2 Motor aruhan je nis kapasitor


Sama seperti motor aruhan fasa terbelah bezanya dibuat secara kapasitor di
mana pemasangan kapasitor ini bersiri dengan belitan tambahan.
Dengan pemasangan kapasitor, daya kilas permulaan motor akan bertambah
baik
Terbahagi kepada 3 jenis:
Motor pemula kapasitor pergerakan aruhan.
daya kilas permulaan sangat tinggi.
Digunakan pada sistem penyejukan kegunaan-kegunaan biasa
dan perdagangan, motor kipas bertali sawat dll.

Motor pemula kapasitor pergerakan kapasitor.


Kapasitor sentiasa berada dalam litar sama ada semasa motor
itu mula dihidupkan atau semasa motor itu berputar. Tujuan
memperbaiki keupayaan beban lampau motor, memperbaiki
faktor kuasa, meninggikan kecekapan motor dan
mempercepatkan putaran motor.
Digunakan sebagai penyembur udara, pam dll.

Motor pemula dua kapasitor (pemula dan penggerak)


Binaan motor ini sama dengan motor pemula kapasitor
pergerakan kapasitor. Berbeza hanya pada penggunaan
kapasitor itu.
Kapasitor pertama dipasang bersiri dengan suis empar kerana ia
akan terbuka daripada litar itu apabila motor ini berputar pada
kelajuan 70 80% daripada kelajuan pergerakannya.

Jan08/Amr
50
motor elektrik

Kapasitor yang kedua akan disambungkan secara selari dengan


kapasitor pertama dan bersiri dengan belitan tambahan.
Kedua-dua kapasitor ini adalah jenis elektrolit dan satu
disambungkan pada permulaan litar bagi memperoleh faktor
kuasa yang tinggi sewaktu motor itu dibebankan dengan beban
yang tidak tetap.
Motor ini biasanya digunakan untuk memanpatkan udara, alat
tengkarang atau lejang bagi penyembur di dalam sistem saluran
pembakaran.

4.3.3 Motor 1-fasa Kesegerakan


Motor ini mempunyai kutub tertonjol pada statornya dan terdapat dua jenis
belitan iaitu gelang telau dan belitan utama.
Motor ini digunakan untuk membuat kerja-kerja ringan iaitu yang
memerlukan kuasa 25 W ke bawah seperti kipas kecil, alat-alat perakam, jam
dinding elektrik, meter, barang permainan dll.
Motor ini ringkas, murah dan tahan lasak tetapi mempunyai kekurangan iaitu:
Daya kilas permulaannya rendah.
Keupayaan untuk menampung lebihan bebannya rendah.
Kecekapannya juga rendah iaitu kira-kira 5 35% daya kilas.

4.4 MOTOR 3 FASA


Motor 3- fasa dapat memberikan kecekapan yang lebih baik, faktor kuasa yang
lebih tinggi, sifat permulaan yang lebih baik dan harga yang lebih murah jika
dibandingkan dengan motor 1-fasa yang mempunyai keupayaan dan saiz yang
sama.
Penggunaan motor 3- fasa ini memang digalakkan untuk mengelakkan
ketidakimbangan beban pada sesalur bekalan.

Lima jenis motor 3- fasa iaitu:


1. Motor aruhan 3-fasa sangkar tupai.
2. Motor aruhan 3-fasa dwisangkar tupai
3. Motor aruhan 3-fasa rotor berbelit (gelang gelincir)
4. motor segerak
5. motor aruhan 3-fasa jenis komutator laju boleh ubah.

4.4.1 Motor Aruhan 3-Fasa Sangkar Tupai


Motor ini mempunyai stator berbelit dengan 3 belitan iaitu satu belitan setiap
fasa dan mempunyai rotor sangkar tupai.
Pada rotor motor ini tidak ada sebarang sambungan belitan, melainkan bar-bar
pengalir yang diperbuat daripada aluminium atau kumrum yang dipateri di
kedua-dua hujungnya agar berlitar pintas.

Jan08/Amr
51
motor elektrik

Kebaikan:
Motor ini ringkas, tahan lasak dan tidak mudah untuk dimusnahkan
terutamanya pada rotor sangkar tupainya.
Perbelanjaannya murah dan penjagaannya mudah.
Ia boleh digerakkan tanpa memerlukan belitan tambahan.

Keburukan:
Kelajuan motor ini tidak boleh diubah dan pengubahan kelajuan hanya
dibuat dengan mengubah kecekapannya.
Kelajuan motor ini akan berkurang dengan pengurangan beban.
Daya kilas permulaannya serupa dengan motor belitan medan pirau.

4.4.2 Motor Aruhan 3-Fasa Dwisangkar Tupai


Binaan motor ini serupa dengan binaan motor aruhan 3- fasa sangkar tupai.
Bezanya rotor motor ini dibina daripada dua sangkar tupai yang berasingan
iaitu satu diluar dan satu lagi di dalam.
Sangkar tupai yang di dalam mempunyai rintangan yang rendah tetapi
reaktansnya tinggi berbanding dengan sangkar tupai yang di luar yang
berkeadaan sebaliknya.

4.4.3 Motor Aruhan 3-Fasa Rotor Berbelit (Gelang Gelincir)


Binaan asas motor ini serupa dengan binaan asas motor aruhan 3- fasa yang
lain.
Motor ini mempunyai rotor yang berbelit dan disambungkan ke litar luar
dengan menggunakan 3 berus karbon yang akan disambungkan pula kepada
rintangan 3- fasa yang boleh dilaraskan.

4.4.4 Motor Segerak


Binaan motor ini sama dengan binaan pengulang-alik dengan medan berkisar
angker pegun.
Statornya dibelitkan dengan belitan 3- fasa sementara rotornya dibuat dua
bentuk iaitu sama ada kutub tertonjol atau kutub silinder rata.
Motor segerak ini memerlukan ujaan arus terus daripada luar dan dibekalkan
ke rotor itu melalui gelang gelincir.
Kegunaan motor ini biasanya digunakan untuk melakukan kerja-kerja yang
perlukan kelajuan yang tetap seperti pam, pemampat dan sebagainya kerana
kecekapan motor ini tinggi
Motor ini juga digunakan untuk melakukan kerja yang dibuat terus menerus.
Selain itu juga, motor ini digunakan untuk memperbaiki faktor kuasa bekalan
serta memperbaiki voltan pada talian.

4.4.5 Motor Aruhan 3-Fasa Jenis Komutator Laju Boleh Ubah.


Binaan motor ini terdiri daripada binaan biasa sebuah motor aruhan 3-fasa
rotor berbelit dengan belitan primer dan sekunder dalam kedudukan songsang
antara satu sama lain.

Jan08/Amr
52
motor elektrik

Belitan primer diletakkan di dalam alur-alur rotor dan disambungkan terus ke


bekalan melalui pemula motor dan sambungan keluar dibuat dengan gelang-
gelang gelincir motor itu. Selain belitan tambahan dibuat di dalam alur rotor
bagi mengatur kelajuan motor itu dan belitan ini pula disambungkan ke
segmen komutator di atas aci motor itu.

4.5 Gelincir
Pemutar sebenarnya tidak pernah dapat menyamai kelajuan putaran medan
pemegun. Jika pun dapat menyamai, maka tidak terdapatnya kelajuan nisbi
diantaranya. Inilah yang menjadi sebab mengapa kelajuan putaran pemutar
mesti kurang daripada kelajuan putaran medan.

Kelajuan putaran medan atau fluks juga dikenali sebagai kelajuan dan
magnitudnya diberi oleh pers. 3-1. Manakala perbezaan di antara kelajuan
segerak Ns dengan kelajuan sebenar putaran pemutar N dikenali sebagai
gelincir.

% gelincir, s = Ns N x 100
Ns
* Ns N dikenali sebagai kelajuan gelincir.

4.6 Penghidup (Pemula) Motor Arus Ulang-Alik


Tujuan penghidup:
i) Mengurangkan arus menghidup.
ii) Memberhentikan motor secara automatik bila berlakunya putus bekalan
dan tidak hidup secara automatik selepas terima bekalan kembali.
iii) Berhentikan motor secara automatik apabila berlakunya beban lampau.
iv) Dapat menghidupkan motor secara aotumatik pada keadaan tertentu.

Jenis-Jenis Penghidup Motor A.U.


1) Penghidup Talian Terus
Mara
Mara Songsang
Mara Berhenti Dan Ricih
2) Penghidup Star-Delta
3) Penghidup Alat Ubah Automatik
4) Penghidup Rintangan Motor (Motor Jenis Berlilitan).

4.6.1 Penghidup Talian Terus


Sesuai digunakan untuk motor yang kecil iaitu yang berkeupayaan kira-kira
- 1 kuasa kuda sama ada motor 1- fasa, 2- fasa atau 3- fasa.
Kawalan tambahan punat tekan hidup dan henti mudah dibuat bagi penghidup
ini.
Jika punat tekan henti yang hendak ditambah, ia mestilah disambung sesiri dan
jika punat tekan hidup pula hendaklah disambung secara selari.
Penambahbaikan ini mungkin perlu jika motor itu dikawal dari beberapa
tempat.

Jan08/Amr
53
motor elektrik

4.6.2 Penghidup Star-Delta


Ia hanya digunakan untuk motor 3- fasa yang berukuran sederhana.
Tujuan utamanya ialah untuk mengurangi arus permulaan.

4.6.3 Penghidup Alat Ubah Automatik


Ia digunakan apabila pelarasan daya kilas permulaan diperlukan bagi motor 3-
fasa yang membawa beban-beban yang berlainan keupayaannya.
Biasanya digunakan untuk menghidupkan motor yang berukuran sederhana
dan sebesar-besarnya hanya sehingga ke 75 kW.

4.6.4 Penghidup Rintangan Motor


Digunakan untuk motor 3- fasa aruhan berbelit kerana ia boleh memberikan
daya kilas permulaan yang tinggi kepada motor terseb ut.

4.6.5 Penghidup Motor Segerak


Penghidup motor segerak dibuat dengan berbagai cara dan kaedah. Motor
segerak tidak akan berputar tanpa bantuan penghidup dan jika ia cuba juga
diputarkan rotor motor itu tidak akan dapat mencapai tahap kelajuan motor
segerak. Secara umumnya bolehlah dibahagi kepada dua cara iaitu:

Penghidup motor segerak menggunakan motor poni.


Biasanya digunakan untuk motor segerak yang berukuran besar.
Motor poni ialah motor yang boleh berputar pada kelajuan yang
lebih atau kurang sedikit daripada kelajuan motor segerak.
Ia dipasang secara terus ke aci motor segerak.
Biasanya motor ini daripada jenis motor arus ulang-alik supaya
mudah membuat sambungan kepada bekalan.

Penghidup motor segerak menggunakan pengalih teratur.


Penghidup ini ringkas, menjimatkan tenaga dan menjimatkan
belanja.
Ia boleh dikawal dengan tangan atau menggunakan sesentuh.
Penghidup ini tidak memerlukan motor bantuan untuk
mendapatkan kelajuan kesegerakan.
Ia hanya memerlukan transformer auto dan sebuah janakuasa
yang dipasang terus ke aci motor segerak itu.

4.7 Pemilihan Penghidup


Faktor-faktor pemilihan:
i) Kadaran kuasa kuda motor
ii) Jenis motor
iii) Jenis daya kilas permulaan yang dikehendaki
iv) Kawal kelajuan
v) Penukaran arah putaran

Jan08/Amr
54
motor elektrik

4.8 Faktor Pemilihan Motor

Di antara faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum sesuatu jenis motor itu
dipilih untuk menjalankan sesuatu tugas ialah seperti berikut:

i) Beban yang akan digunakan biasanya kekuatan motor dinyatakan


dalam unit kuasa kuda. Dari sini dapat ditentukan nilai beban yang
berupaya ditanggungnya.

ii) Daya kilas yang diperlukan oleh beban iaitu daya kilas semasa motor
itu mula- mula berputar samada pada beban penuh atau tanpa beban.
Setiap motor mempunyai daya kilas yang berlainan.

iii) Keadaan suhu sekeliling iaitu keadaan suhu sesuatu tempat itu boleh
mempengaruhi usia sebuah motor. Oleh itu, sesebuah motor direkasuai
untuk sesuatu suhu tertentu sahaja.

iv) Penjagaan iaitu samada motor itu mudah atau sukar dijaga dan
bagaimana keadaan tempat motor akan dipasang samada kududukan
motor itu menyebabkan sukar diperiksa, lembap, berminyak dan
sebagainya.

v) Jangka masa digunakan ada motor yang sesuai untuk kegunaan


sepanjang waktu tetapi ada juga untuk waktu yang sementara atau
sekejap-kejap sahaja.

vi) Voltan bekalan iaitu samada arus terus, arus ualng-alik 1- fasa atau 3-
fasa dan sebagainya.

vii) Kelajuan yang diperlukan iaitu sekiranya motor itu hendak digunakan
sebagai motor kawalan kelajuan, faktor ini perlu diambil kira.

viii) Harga walaupun faktor ini tidak berapa mustahak, tetapi dari segi
penjimatan belanja jika ada motor yang boleh memberikan keupayaan
yang sama tetapi harganya lebih murah.

ix) Kedudukan motor menegak, mengufuk, satu aci, dua aci dan
sebagainya.

4.9 Peraturan I.E.E.


Setiap litar yang dibekalkan oleh set motor-janakuasa atau dua belitan rektifier
hendaklah dibumikan kekal ke punca motor, janakuasa atau rektifier itu
terutamanya untuk bekalan litar lampu nyahcas.

Semua bahagian hidup, rintangan terdedah dan peralatan kawalan mesin


hendaklah mempunyai pengadang supaya tidak tersentuh semasa ia sedang
digunakan. (buatkan jaring atau sangkar).

Jan08/Amr
55
motor elektrik

Peralatan yang tetap dan boleh rosak akibat kepanasan yang kadarannyalebih
60W, selain daripada lampu, mestilah mempunyai peredaran udara yang
cukup, samada:
berbalut dengan bahan yang tidak mudah terbakar atau,
berkuda-kuda dari bahan yang bukan dari kayu kecuali kayu khas atau
sebarang bahan mudah terbakar yang tidak dilindungi oleh bahan tidak
terbakar pada jarak 300mm di atasnya dan 150mm di sekeliling dan
juga di bawahnya. (lihat Rajah 3.1)

Tiap-tiap mesin elektrik yang berputar dan terletak pada tempat yang udara
sekelilingnya melebihi had suhu yang dibenarkan (bagi udara sejuk mengikut
B.S.) hendaklah dari jenis pengudaraan paip, arus angin atau arus terarruh dan
disambungkan dengan saluran pengudaraan ke bekalan udara sejuk. (lihat
Rajah 3.2)

udara
panas

udara udara
panas sejuk
Kipas penyedut Kipas penghembus
udara panas motor udara sejuk

Rajah 3.1: Penyejukan motor


300mm

150mm 150mm

motor
150mm

Rajah 3.2: Peredaran udara bagi motor

Jan08/Amr
56

You might also like