Karangan PT3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Karangan PT3 - Punca-punca Kemalangan Jalan Raya

Kadar kemalangan jalan raya di negara kita semakin meningkat pada setiap tahun.

Huraikan punca-punca yang menyebabkan berlakunya masalah tersebut.

Belakangan ini,kadar kemalangan jalan raya semakin hari semakin meningkat bagai cendawan
tumbuh selepas hujan.Secara puratanya,terdapat satu kemalangan yang berlaku pada setiap
saat.Isu kemalangan jalan raya telah menjadi buah mulut masyarakat dan turut mendapat perhatian
media massa.Kemalangan jalan raya yang berlaku di Malaysia meningkat secara mendadak
sehingga tiada penghujungnya.Persoalannya,apakah punca-punca yang menyebabkan berlakunya
kemalangan jalan raya di negara kita?

Antara punca utama berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu sendiri yang tudak
tidak sabar.Biasanya,pemandu lebih suka memandu dengan laju dan cepat tiba di
destinasi.Pemandu juga tidak suka berhenti di lampu isyarat kerana menganggap akan
memperlambat pergerakan mereka.Kebanyakkan kemalangan jalan raya berlaku di lampu isyarat
terutamanya penunggang motorsikal.Mereka telah melupakan ungkapan Pandu Laju Maut Menanti
dan ketidaksabaran mereka akhirnya telah meragut nyawa.Terdapat juga pemandu motosikal atau
lebih dikenali sebagai mat rempit yang sering melumba motosikal secara haram di jalan
raya.Mereka bukan sahaja mengadaikan nyawa mereka sendiri malah menjadi salah satu punca
kemalangan jalan raya.Oleh itu,pemandu yang bersikap agresif dan tidak sabar tidak sesuai untuk
memandu di jalan raya.

Selain itu,penggunaan telefon bimbit semasa memandu juga adalah salah satu punca utama
kemalangan jalan raya.Kajian menunjukkan sebanyak 90 peratus pemandu menggunakan telefon
bimbit semasa memandu.Kebanyakan daripada mereka menggunakan laman sosial semasa
memandu.Perbuatan ini amat berbahaya kerana pemandu berkemungkinan tinggi akan diganggu
oleh telefon bimbit dan apabila mereka telah tertarik mereka akan berlupa terlupa bahawa mereka
sedang memandu.Akibatnya,kemalangan akan berlaku.Penggunaan telefon bimbit semasa
memandu adalah salah di sisi undang-undang jalan raya.Lantaran itu,pemandu perlu mengelakkan
diri daripada menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Di samping itu,punca kemalangan jalan raya yang seterusnya ialah pemandu yang mabuk atau
letih.Sesetengah orang yang menghadiri parti atau majlis keraian akan minum arak bersama rakan
atau saudara mara mereka.Apabila balik,mereka akan memandu kenderaan mereka dengan
keadaan mabuk.Keadaan inilah yang mengundang kemalangan jalan raya dan seterusnya meragut
nyawa pemandu tersebut.Misalnya,berita terkini memaparkan kemalangan jalan raya yang berpunca
daripada pemandu jalan raya.Selain itu,pemandu yang letih atau tidak cukup tidur juga akan menjadi
mangsa kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,mereka akan mudah tertidur ketika memandu dan
akan melanggar apa-apa sahaja di depan.Oleh yang demikian,jelaslah bahawa pemandu yang
mabuk dan letih perlu mengelakkan diri daripada memandu.

Tambahan pula,keadaan jalan raya yang kurang sempurna juga akan mengakibatkan
kemalangan jalan raya.Hal ini demikian,jalan raya yang licin semasa hujan akan mengurangkan
kecekapan brek kenderaan dan boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Jalan raya yang
berselekoh tajam juga amat berbahaya kerana kenderaan di sebelah sana tidak dapat melihat
kenderaan yang datang dan mereka akan berlanggar.Terdapat juga jalan raya yang berlubang-
lubang yang boleh menyebabkan tayar sesuatu kenderaan dan kenderaan yang datang belakang
akan melanggar kenderaan yang tersangkut jika tidak berhati-hati.Keadaan jalan raya yang dibina di
cerun bukit yang curam juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,tanah
runtuh yang berlaku di sepanjang jalan Tanah Tinggi Cameron telah memusnahkan banyak
kenderaan dan meragut nyawa ramai orang di dalamnya.Oleh itu,pemandu sewajarnya berhati-hati
semasa memandu di jalan raya tidak sempurna.

Akhir sekali,kerosakan pada kenderaan juga boleh mengakibatkan kemalangan jalan raya.Hal ini
disebabkan oleh kenderaan yang lama tidak diservis ataupun telah rosak berkemungkinan tinggi
akan berhenti di tengah-tengah jalan.Sekiranya situasi ini berlaku,kenderaan yang laju di belakang
tidak sempat menekan brek dan akan akan berlanggar dengan kenderaan yang rosak di
depan.Terdapat juga kenderaan yang mengalami kerosakan pada brek.Akibatnya,kenderaan
tersebut tidak dapat berhenti mahupun mengurangkan kelajuan dan akan menjadi punca
kemalangan jalan raya.Sebagai contoh,seorang pemandu yang lalai tidak menyemak kenderaan lalu
bertolak dari rumah tetapi kenderaannya mengalami kerosakan dan berhenti di jalan raya.Keadaan
akan mengakibatkan kemalangan yang ngeri di tengah jalan.

Konklusinya,setiap pemandu perlu berhati-hati di jalan raya sebagaimana yang dikatakan dalam
ungkapan Biar lambat asalkan selamat.Pemandu perlu memastikan kenderaan dalam keadaan
yang baik sebelum bertolak dari rumah.Jabatan Kerja Raya harus membuat pemantauan untuk
memastikan jalan raya berada dalam keadaan yang selamat.Selain itu,polis trafik juga harus
mengadakan Op Selamat dan sebagainya untuk mengurangkan kadar kemalangan terutamanya
sepanjang musim perayaan.Oleh yang demikian,semua pihak harus berganding bahu agar
mengurangkan kadar kemalangan di nusa kita untuk bersatu memajukan negara kita.

You might also like