Bahan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

2.

0 ISI PENULISAN

Sejarah Perkembangan Sistem Ejaan Rumi Bahasa


Melayu
Tulisan merupakan lambang berbentuk coretan kepada bahasa. Tulisan bahasa
Melayu adalah merupakan lambang kepada bahasa Melayu. Terdapat dua jenis
tulisan bagi bahasa Melayu iaitu tulisan Jawi dan tulisan Rumi. Tulisan rumi datang
ke kepulauan Melayu bersama-sama dengan kedatangan orang Eropah. Walaupun
orang Eropah yang pertama datang ke kepulauan melayu ialah Marco Polo namun
beliau bukanlah orang yang membawa tulisan rumi bahasa Melayu ke kepulauan
Melayu . Marco Polo telah datang ke kepulauan Melayu dalam tahun 1292-1293M.
Beliau tinggal di Sumatera selama 5 bulan.

Walaupun ramai orang Eropah yang lain telah datang ke kepulauan Melayu
seperti paderi-paderi Franciscan dan pedagang-pedagang Itali namun mereka juga
bukanlah orang yang membawa tulisan rumi bahasa Melayu ke kepulauan Melayu.
Manakala orang Portugis pula telah bertapak dan berkuasa di kepulauan Melayu
apabila kapal Portugis di di bawah pimpinan Lopez de Sequiera sampai ke
pelabuhan Melaka pada tahun 1511M (Tate, ibid, 43-48). Namun orang Portugis juga
bukanlah orang yang membawa tulisan rumi bahasa Melayu ke kepulauan melayu.

Tulisan rumi bahasa Melayu telah dibawa ke kepulauan Melayu pada tahun
1521M oleh Antonio Pigafetta. Beliau ialah seorang ahli yang turut serta dalam
pelayaran Megallen berserta lima buah kapal dari Seville ke kepulauan Melayu.
Antonio Pigafetta telah menulis sebuah buku catatan pelayaran yang memuatkan
catatan pertama tentang bahasa Melayu dalam tulisan Rumi. Dalam catatan
perjalanan itu, Pigafeta juga telah memuatkan beberapa kosa kata bahasa seperti
suku bangsa di Brazil ( lapan perkataan ), bahasa Petagonian (90 perkataan) dan
suku bangsa di kepulauan Filipina (160 perkataan) (Bausani, 1960:229).

Perkataan Melayu yang dicatatkan oleh Pigafetta terdapat lebih kurang 426
perkataan dengan beberapa perkataan bahasa Melayu tempatan yang pelbagai.
Namun mengikut pendapat Bausani, banyak juga perkataan dalam senarai Pigafetta
itu tidak dikutip secara langsung daripada Maluku tetapi daripada seorang Melayu
Sumatera yang bergelar Hendrick. Maluku dan Hendrick ialah hamba kepada
Magellan yang telah ikut serta dalam pelayaran itu (Bausani, ibid.: 232). Sistem
ejaan yang digunakan oleh Piigafetta adalah berdasarkan sistem ejaan bahasa Itali
daripada dialek Vicentine, iaitu tempat asalnya (ibid.).

Senarai kosa kata Pigafetta ini adalah tulisan rumi bahasa Melayu yang
pertama dalam sejarah penulisan rumi di dalam bahasa Melayu. Sistem ejaan yang
digunakan oleh Antonio Pigafetta adalah sangat mengagumkan. Ketepatan senarai
ejaan kosa kata Pigafetta ini berbanding dengan sistem ejaan bahasa Melayu
moden adalah tidak jauh beza. Boleh dikatakan senarai ejaan kosa kata beliau
menjadi perintis dan rujukan kepada sistem ejaan rumi bahasa Melayu pada masa
kini.
Selain daripada senarai kosa kata Pigafetta, senarai perkataan bahasa
Melayu yang lain dalam tulisan rumi juga ditulis oleh Cornelis de Houtman dalam
abad ke-16, iaitu pelayar Belanda yang sampai di Kepulauan Melayu pada tahun
1596. Dia dikatakan mengutip senarai perkataan Melayu itu semasa di dalam
penjara di Bantam. Namun, beliau telah ditebus oleh pihak Belanda dan kembali ke
Belanda pada tahun 1598. Senarai perkataan Melayu yang ditulis oleh C. Houtman
itu kemudiannya disiarkan dan diulas oleh A.W. Hamilton dalamJMBRAS (1947, Vol.
XX, Part II).

Sistem ejaan bahasa Melayu dalam tulisan Rumi semakin berkembang


apabila kamus pertama bahasa Inggeris bahasa Melayu telah disusun oleh
Thomas Bowrey pada tahun 1701 dengan judul English and Malayo, Malayo and
English yang diterbitkan di London. Bowrey dalam kamus itu juga telah memuatkan
ayat-ayat perbualan sehari-hari dan juga dialog-dialog tentang pelbagai tajuk.

Pada tahun 1812 pula, sebuah buku tatabahasa Melayu dan sebuah kamus
Melayu Inggeris/ Inggeris - Melayu dalam tulisan Rumi telah diterbitkan di London
hasil penulisan William Marsden, pegawai Inggeris yang bertugas di Fort
Malborough di Bengkulu (1771-1779). Manakala pada tahun 1820, C.H. Thomsen
telah menulis sebuah kamus Inggeris Melayu yang berjudul A Vocabulary of the
English and Malayan Languages, Containing about 2000 Words, yang
menyenaraikan kata-kata Melayu dengan ejaan Rumi sebagai padanan perkataan
Inggeris. Kamus itu telah disusun berdasarkan tajuk-tajuk yang berbeza, dimulai
dengan The Numerals, Universe, Natural Phenomena, Ect., Elements, Man, Building
Materials dan seterusnya.

Pada tahun 1848, John Crawford telah membuat satu percubaan untuk
merumikan tulisan Jawi bahasa Melayu (Journal of Indian Archipelago and Eastern
Asia, 2: 564-570). Ulasan itu tersiar juga dalam bukunya A Grammar and Dictionary
of Malay Language with Preliminary Dissertation, Vol. I: Dissertation and
Grammar (1852). Pada tahun 1878, satu jawatankuasa telah ditubuhkan di Negeri-
Negeri Melayu Bersekutu di bawah kerajaan British, sebagai lanjutan daripada satu
pekeliling ajaran Lord Carnarvon, supaya membentuk satu sistem ejaan Rumi yang
baku untuk mengeja nama-nama orang dan kawasan tempatan di negeri-negeri ini
(JBRAS I: 45-51).

Pada tahun 1901, van Ophuijsen yang ditugaskan oleh pihak berkuasa
Belanda untuk menyusun sesuatu sistem ejaan dalam bahasa Melayu, telah
menerbitkan satu sistem ejaan tersebut dalam bukunya Kitab Logat Melajoe(1929,
Cetakan ke-8) yang berasaskan sistem ejaan bahasa Belanda.
Sejarah Perkembangan Tulisan Jawi

Tulisan jawi merupakan salah satu pengaruh Islam yang meresap ke alam Melayu
serta sudah lama wujud di Nusantara. Terdahulu, tulisan jawi juga dikenali
sebagai tulisan Melayu huruf Arab. Tulisan ini sampai ke alam Melayu bersama-
sama dengan kedatangan agama Islam, yang dibawa oleh para pedagang Islam
pada ketika itu. Tulisan Jawi juga merupakan tulisan rasmi bagi negara Brunei
dan digunakan secara meluas di Malaysia, Filipina dan Indonesia. Tulisan ini telah
berkembang sejak zaman pemerintahan Kerajaan Islam Pasai, kemudian tersebar
secara meluas hingga ke Kerajaan Melaka, Kerajaan Johor dan juga Kerajaan
Islam Acheh pada abad ke-17.Bukti kewujudan tulisan Jawi di Malaysia menjadi
lebih kukuh apabila Batu Bersurat Terengganu telah dijumpai yang bertarikh
702H atau 1303M manakala tulisan Rumi yang paling awal ditemui pada pada
akhir kurun ke-19. Hal ini menunjukkan bahawa tulisan Jawi telah sampai lebih
awal berbanding tulisan Rumi. Tulisan Jawi juga telah menjadi tulisan rasmi di
Negeri-negeri Melayu Bersekutu semasa penguasaan British ketika itu. Pada hari
ini, tulisan warisan ini masih diguna pakai untuk hal ehwal Islam dan adat
istiadat Melayu yang kebanyakannya digunakan di negeri Johor, Kedah, Kelantan,
Perlis dan Terengganu. Pada zaman dahulu, tulisan Jawi memainkan peranan
penting dalam masyarakat. Tulisan ini juga digunakan sebagai perantara penting
dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat dan perdagangan. Contohnya
digunakan dalam perjanjian-perjanjian penting antara pihak Raja Melayu dengan
pihak-pihak berkuasa Portugis, Belanda dan Inggeris. Selain itu, Pemahsyuran
Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad
Jawi.J.G de Casparis, seorang sarjana bahasa dari Belanda, dalam
penemuannyaiaitu inskripsi tulisan Jawi pada batu nisan Makam Shaeikh Ahmad
Majanu di Kota Kempas, Port Dickson, Negeri Sembilan telah menterjemahkan
tulisan Jawi yang terdapat pada batu nisan tersebut. Penemuan beliau telah
diperturunkan oleh Prof. Othman Mohd. Yatim untuk dijadikan bahan rujukan para
ahli bahasa tempatan dan luar negara. Antara yang disebut dalam inskripsi
tersebut ialah:
Bismillahirrahmanirrahim dara buta ata-mat Majanu berbawat daya/seda ahmat
Pwan balat anak sadang Ahmad Majanu ma Malaga pada Allah""Dengan nama
Allah yang maha Pengasih lagi Penyayang, makam ini kepunyaan Ahmad Majanu,
wira yang berjuang, Ahmad gugur bersama-sama isteri Balat dan anak lelakinya.
Semasa berjuang dan gugur."Selain itu, para ahli arkeologi telah menemui
banyak artifak yang mempunyai tulisan Jawi. Hal ini telah mengukuhkan lagi
tanggapan bahawa tulisan Jawi telah lama menapak di rantau ini berbanding
tulisan Rumi. Antara penemuan itu ialah duit
syiling emas pada zaman pemerintahan Sultan Dhiauddin Mukarram Shah (1661
1687), iaitu ketika zaman kegemilangan pemerintahan Kerajaan Negeri Kedah.
Sejarah Penyempurnaan Sistem dan Ejaan Jawi
Tulisan Jawi merupakan satu elemen dan identiti kepada masyarakat Melayu di
rantau Nusantara ini. Berdasarkan fakta sejarah yang diperoleh, tulisan Jawi
telahdiguna pakai sebagai wacana persuratan, pendokumenan maklumat
sertapersetujuan perjanjian antara pemimpin tempatan dan luar dahulu. Oleh hal
yangdemikian, terdapat pelbagai prakarsa yang pragmatik diambil oleh kerajaan
bagimemurnikan serta melestarikan lagi kualiti sistem tulisan dan ejaan Jawi,
sejajardengan perkembangan dunia masa kini.
Merujuk kepada catatan yang diwartakan oleh pihak Dewan Bahasa dan Pustaka,
terdapat dua langkah yang diambil bagi menyempurnakan lagi sistem ejaan Jawi.
Usaha ini diambil kira-kira dari tahun 1981 hingga 1989. Usaha tersebut pada
mulanya dibuat oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Diraja Johor (P.Bm.P.B)
yang menerbitkan sistem ejaan Jawi pada tahun 1937, serta usaha yang dibuat
oleh Allahyarham Zainal Abidin bin Ahmad atau Zaba pada tahun 1939. Tulisan
jawi yang sedia dipakai dalam sektor pendidikan dan dalam pelbagai
urursan sejak awal abad ini sehinggalah tahun 1986 dikenali sebagai Sistem
Ejaan Jawi Zaba yang diasaskan pada tahun 1939 pada ketika itu. Kemudian,
usaha untukmeneliti dan menyempurnakan ejaan Jawi tidak berlaku sehingga
akhir tahun 1970- an, kecuali oleh pihak swasta seperti Penerbit Majalah Dian.
Usaha murni bagi melestarikan lagi sistem ejaan dan tulisan Jawi ini mempunyai
objektif dan tujuan yang tersendiri bagi mengelakkan warisan budaya Melayu ini
daripada pupus dibawa arus pemodenan serta dihanyutkan
gelombang globalisasi. Antara tujuan tersebut ialah untuk mewujudkan satu
sistem tulisan dan ejaan Jawi yang dikemaskini sekaligus menyelaraskan
pelbagai kaedah ejaan Jawi yang tidak seragam serta tidak selaras dalam
penggunaannya sebelum tahun 1986.
Selain itu, penyempurnaan ini juga dilakukan untuk membaiki atau membetulkan
beberapa kelemahan atau kekurangan yang terdapat dalam sistem ejaan Jawi
lama yang sedang digunakan iaitu Sistem Ejaan Jawi Zaba. Sehubungan dengan
itu, usaha ini juga bertujuan untuk memodenkan sistem ejaan Jawi selaras
dengan perkembangan ejaan Rumi. Hal ini bertujuan untuk meluaskan dan
mempertingkatkan penggunaannya agar menjadi wahana penulisan
bahasa Melayu moden, tanpa sebarang penghapusan ciri-ciri khusus sejarah dan
budaya yang terkandung di dalamnya. Rentetan itu, penyempurnaan sistem ini
juga bagi menghadapi perkembangan bahasa, bangsa dan negara dalam
merealisasikanWawasan 2020.
Pada tahun 1981, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi
mengkaji penggunaan bahasa Malaysia, terdiri daripada ahli yang telah dilantik
oleh Menteri Pendidikan ketika itu . Jawatankuasa ini dikenali sebagai
Jawatankuasa Mengkaji Penggunaan Bahasa Malaysia telah memperakukan
supaya Sistem Ejaan Jawi yang ada sedia ada sekarang hendaklah dikaji
semula dan diperkemas. Antara kertas cadangan yang dibentangkan ketika itu
ialah menerbitkan sebuah buku Daftar Ejaan Jawi-Rumi yang lengkap.
Ekoran daripada perbincangan itu, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka
telah melantik sebuah Jawatankuasa Mengkaji Semula Sistem Ejaan Jawi pada
Februari 1983. Jawatankuasa ini dianggotai pakar-pakar sistem ejaan Jawi yang
mewakili Pusat Perkembangan Kurikulum, Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia
dan institusi-institusi pengajian tinggi tempatan. Bidang tugas jawatankuasa ini
ialah mengkaji semula Sistem Ejaan Jawi Zaba iaitu Pelita Bahasa Melayu
Penggal I tahun 1941.
Hasil kajian yang dilakukan Jawatankuasa Ejaan Jawi itu telah
dibentangkan dalam Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Yayasan Islam Terengganu
dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang telah diadakan pada 9 hingga 11 April
1984 di negeri tersebut. Konvensyen ini telah dihadiri 150 orang pakar mengenai
ejaan Jawi termasuk yang fasih dalam bahasa Arab dan ahli agama Islam serta
beberapa perwakilan rasmi dari negara Indonesia, Brunei Darussalam, Singapura
dan Thailand. Cadangan tersebut telah diterima dengan baik oleh peserta
konvensyen itu. Hasilnya telah dirumuskan dan disusun oleh Dewan Bahasa dan
Pustaka sekitar tahun 1985 dan diterbitkan pada tahun 1986 dalam bentuk
sebuah buku yang berjudul Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan.
Dengan berdasarkan buku tersebut, Dewan Bahasa dan Pustaka telah menyusun
Daftar Ejaan Rumi-Jawi buat pertama kali diterbitkan pada tahun 1988. Senarai
daftar kata masukan dan serapan adalah berdasarkan senarai kata masukan
dalam buku Daftar Ejaan Rumi Bahasa Malaysia. Buku tersebut telah diterima
dengan pelbagai reaksi dan pandangan oleh pengguna. Hal ini demikian kerana
terdapat banyak kesalahan pengejaan kata. Beberapa orang pakar berpendapat
bahawa daftar ini telah disemak semula dan diterbitkan untuk cetakan kedua
pada tahun 1989. Dalam keluaran terbaru itu, terdapat beberapa pembetulan
terhadap perkataan yang diceta salah atau kurang tepat pengejaannya
dalamcetakan yang pertama, terutamanya perkataan pinjaman dan serapan
daripada bahasa Arab
terhadap perkataan yang diceta salah atau kurang tepat pengejaannya dalam
cetakan yang pertama, terutamanya perkataan pinjaman dan serapan daripada
bahasa Arab.

You might also like