Bab1 4

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 70

bab

Da sar Model
1
Ekonomi Baru
Program Transformasi
Ekonomi63Hala Tuju Untuk
Malaysia

Bab 1: Dasar Model Ekonomi


Baru

M
alaysia telah mencapai kemajuan besar dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang
ketara semenjak beberapa dekad yang lalu. Walau bagaimanapun dalam keadaan
perubahan persekitaran persaingan global, Malaysia memerlukan model ekonomi
baru untuk menjadi
sebuah negara berpendapatan tinggi. Enjin pertumbuhan masa lampau yang semakin lemah, negara
menghadapi risiko terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana. Kedudukan fiskal negara juga tidak
lagi mampan di samping persaingan global untuk pasaran, modal dan bakat pula semakin sengit. Lantas itu,
Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang diperkenalkan merupakan satu perubahan pendekatan ketara
yang bersandarkan kepada Rancangan Malaysia Kesepuluh serta input daripada Majlis Penasihat Ekonomi
Negara (NEAC). ETP memberi tumpuan kepada pemacu pertumbuhan utama atau Bidang Ekonomi Utama
Negara (NKEA). Ia diasaskan kepada pertumbuhan yang diterajui dalam sektor swasta, di mana dijelaskan
tindakan spesifik mengenai dasar dan pelaburan yang perlu, mempunyai hala tuju pelaksanaan yang telus
dengan pengurusan prestasi yang mantap.

MALAYSIA TELAH MENCAPAI KEMAJUAN KETARA

Pertumbuhan ekonomi Malaysia yang pesat dan mampan telah mengangkat negara dari sebuah ekonomi
berpendapatan rendah berasaskan komoditi dan pertanian kepada sebuah ekonomi berpendapatan
sederhana yang berjaya. Kisah peralihan negara kami dari status berpendapatan rendah kepada status
berpendapatan sederhana adalah salah satu daripada kisah kejayaan dunia dalam beberapa dekad yang
lalu. Semenjak 1945, Malaysia adalah salah satu daripada 13 negara 1 yang telah mencapai pertumbuhan
mantap melebihi 7 peratus selama lebih daripada 25 tahun.

Prestasi ekonomi yang mantap ini telah membantu mempertingkatkan kualiti hidup rakyat Malaysia dan
menyokong kemajuan dalam pendidikan, kesihatan, infrastruktur, perumahan dan kemudahan awam,
sebahagiannya ditunjukkan dalam Gambarajah 1-1.

Seiring dengan pertumbuhan ini adalah pengurangan dalam kadar kemiskinan tegar yang hampir
mencecah tahap pembasmian. Kadar tersebut telah menyusut daripada 6.9 peratus pada 1984 ke 0.9
peratus pada 2010. Pendaftaran memasuki sekolah rendah kini hampir meliputi semua kanak-kanak.
Penjagaan kesihatan asas telah bertambah baik dalam tempoh dua dekad yang lepas di mana jangka hayat
telah naik manakala kadar mortaliti bayi telah menurun dengan ketaranya. Berikutan itu, skor yang dicatat
oleh Malaysia dalam Indeks Pembangunan Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nations
Human Development Index) telah meningkat dari 0.67 pada 1980 ke 0.83 pada 2007, satu pencapaian
yang membatasi tanda aras skor 0.8 untuk negara-negara yang mempunyai standard pembangunan insan
yang tinggi.

1 Negara-negara tersebut adalah Botswana, Brazil, China, Hong Kong SAR, Indonesia, Jepun, Republik
Korea, Malaysia, Malta, Oman, Singapura, Taiwan dan Thailand.
Program Transformasi
Ekonomi64Hala Tuju Untuk
Malaysia

Gambarajah 1-1

Walaupun dengan kemajuan ini, beberapa cabaran wujud. Sebagai contoh, 7 peratus daripada penduduk
luar bandar hidup di bawah garis kemiskinan; hanya 80 peratus dari tenaga kerja mempunyai kelayakan
pendidikan setakat Sijil Pelajaran Menengah (SPM) (pendidikan sekolah tinggi setara dengan O-levels) dan
pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah lembap di sepanjang dekad ini semenjak krisis kewangan Asia.
Tugas kami adalah untuk meneruskan pembanguan berdasarkan landasan yang telah tubuhkan sepanjang
beberapa dekad yang lalu dan merangka satu modal pembangunan nasional generasi akan datang.

MENJADI SEBUAH NEGARA BERPENDAPATAN TINGGI YANG


INKLUSIF DAN MAMPAN

Matlamat Kerajaan adalah untuk menjadikan Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi yang
inklusif dan mampan menjelang 2020. Semua matlamat ini akan dicapai bersama. Kerajaan tidak akan
memajukan satu matlamat jangka pendek yang akan melewatkan kemajuan matlamat yang lain. ETP ini
direka untuk memacu Malaysia kehadapan daripada situasi ekonomi yang lembap kini kepada ekonomi
berpendapatan tinggi yang inklusif dan mampan seperti dalam Gambarajah 1-2.
65Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Gambarajah 1-2

Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Kerajaan mendefinisikan pendapatan tinggi sebagai pendapatan per kapita sebanyak lebih kurang
RM48,000 atau US$15,000 pada 2020, berdasarkan takrifan Bank Dunia. Pendapatan Negara Kasar
(PNK) per kapita Malaysia untuk masa kini adalah RM23,700 atau US$6,700. Untuk mencapai status
pendapatan tinggi pada tahun 2020, PNK perlu meningkat pada kadar pertumbuhan benar tahunan
sebanyak 6 peratus di antara 2011 dan 2020.

Objektif Kerajaan untuk mengecapi status negara berpendapatan tinggi bukan hanya satu sasaran
kuantitatif. Malahan, Kerajaan juga mensasarkan ia juga adalah untuk menjadikan Malaysia sebuah negara
maju di mana ekonominya mempunyai ciri lazim negara maju yang lain. Malaysia akan memberi tumpuan
yang khusus terhadap pembangunan:

Sektor perkhidmatan yang besar dan berkembang maju, bagi melengkapi kejayaannya dalam sektor
tradisi seperti minyak dan gas, pertanian dan pembuatan;

Satu ekonomi yang seimbang, dengan sumbangan signifikan dari projek penggunaan dan pelaburan
swasta serta dari segi perbelanjaan Kerajaan dan eksport. Di negara maju, permintaan domestik lazimnya
merangkumi 50 hingga 70 peratus daripada KDNK. Di Malaysia, ianya hanya sebanyak 53 peratus buat
masa kini; dan

Tahap produktiviti yang setara dengan negara Asia utama yang lain. Pencapaian ini akan memerlukan
pembangunan ekonomi yang didorong oleh kemahiran, inovasi dan pengetahuan.

Ketiga-tiga perubahan struktur dalam ekonomi akan menyokong pertumbuhan berterusan Malaysia di
samping membolehkan Malaysia bersaing dengan lebih efektif dengan negara maju serantau dan di dunia.
Program Transformasi
Ekonomi66Hala Tuju Untuk
Malaysia

Masyarakat yang Inklusif

Untuk mencapai sasaran pendapatan tinggi ini, Malaysia perlu membangun dengan cara yang inklusif di
mana semua rakyat Malaysia dapat menikmati manfaatnya. Kerajaan akan menggalakkan pertumbuhan
peluang pekerjaan yang dapat mewujudkan kerja-kerja berpendapatan tinggi yang baru. Kerajaan juga akan
melabur dalam pendidikan dan latihan untuk memastikan bahawa lebih ramai rakyat Malaysia dapat
mengambil bahagian dalam peluang pekerjaan berpendapatan tinggi ini.

Satu tumpuan utama adalah untuk memastikan penambahbaikan dibuat untuk memanfaatkan golongan
isi rumah yang berpendapatan paling rendah. Perhatian khusus akan diberi untuk meningkatkan
pendapatan isi rumah yang berpendapatan dalam lingkungan 40 peratus terendah. Sasarannya adalah
untuk menambahkan pendapatan purata bulanan kumpulan ini daripada RM1,440 pada 2009 kepada
RM2,300 pada 2015, seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.

Pertumbuhan Mampan

Langkah yang dilaksanakan untuk mencapai status berpendapatan tinggi perlu mampan dari segi ekonomi
dan alam sekitar serta memenuhi kehendak semasa tanpa menjejaskan keperluan generasi masa hadapan.

Pertumbuhan ekonomi negara perlu dicapai tanpa menjejaskan sumber semula jadi Malaysia. Negara tidak
akan mencapai status berpendapatan tinggi sekiranya pendapatannya hanya diperolehi daripada hasil
sumber semula jadi.

Selain itu, dasar fiskal Malaysia akan dijadikan mampan serta berfokus kepada pelaburan yang dipacu oleh
sektor swasta supaya tidak terlalu bergantung kepada pembiayaan Kerajaan. Seperti yang dinyatakan dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskalnya daripada 7
peratus pada 2009 kepada 3 peratus pada 2015.

Dari aspek alam sekitar, Kerajaan komited terhadap pemuliharaan alam semula jadi dan sumber yang tidak
boleh diperbaharui. Kerajaan akan memastikan bahawa sumber alam sekitar dinilai sewajarnya dan kos
penuh pembangunan difahami sebelum keputusan pelaburan dilaksanakan.

PERTUMBUHAN DENGAN PENDEKATAN BIASA (BUSINESS AS


USUAL) TIDAK MENCUKUPI

Pertumbuhan ekonomi negara melalui pendekatan biasa tidak lagi memadai untuk mencapai matlamat
pendapatan tinggi, inklusif dan mampan. Kini, Malaysia berada di tahap kritikal dalam pembangunan
ekonominya. Sepanjang dekad yang lalu, Malaysia telah kehilangan momentum pertumbuhannya dan
pemacu pertumbuhan yang lampau tidak boleh lagi diharap untuk membangunkan ekonomi. Dalam
persekitaran ekonomi global yang semakin kompetitif, adalah lebih sukar untuk menjana kadar
pertumbuhan ekonomi yang tinggi. Oleh itu, pertumbuhan ekonomi bukanlah sesuatu yang boleh
dipandang ringan, tetapi sesuatu yang perlu diusahakan.

Untuk mencapai status negara maju menjelang 2020, pertumbuhan ekonomi sebanyak 6 peratus setahun
diperlukan. Tahap pertumbuhan ini memerlukan transformasi ekonomi yang struktural dan menyeluruh.
Berikut adalah empat sebab utama mengapa satu pendekatan dasar baru diperlukan.
67Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Pemacu Pertumbuhan Tradisi semakin Lembap

Prestasi ekonomi Malaysia yang agak lembap beberapa tahun yang lepas menunjukkan bahawa pemacu
pertumbuhan ekonomi Malaysia masa lampau semakin perlahan. Selepas pertumbuhan tahunan yang
kukuh untuk majoriti daripada jumlah tahun di era 1990-an, pertumbuhan ekonomi sepanjang dekad yang
lalu adalah kurang mengalakkan lebih kurang separuh daripada purata dekad sebelumnya, seperti yang
ditunjukkan dalam Gambarajah 1-3.

Sebahagian besar daripada prestasi pertumbuhan yang kurang baik ini disebabkan oleh pertumbuhan
produktiviti tenaga buruh yang perlahan. Untuk melonjakkan prestasi ekonomi Malaysia, satu transformasi
dalam pertumbuhan produktiviti diperlukan.

Pelaksanaan transformasi ini memerlukan kemajuan yang signifikan dalam dua bidang. Pertama, tahap
pelaburan perniagaan swasta perlu ditingkatkan dengan ketara. Pelaburan swasta hanya meningkat 2
peratus setiap tahun semenjak lima tahun yang lepas berbanding dengan tahap 10 peratus yang diunjurkan
dalam Rancangan Malaysia Kesembilan. Berdasarkan unjuran Rancangan Malaysia Kesepuluh yang
menjangka bahawa kadar pertumbuhan tahunan sebanyak 6 peratus pertumbuhan tahunan pelaburan
swasta yang diperlukan adalah sebanyak 12.8 peratus sehingga 2015 bagi mencapai status negara
berpendapatan tinggi, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-4.
Program Transformasi
Ekonomi68Hala Tuju Untuk
Malaysia
Pertumbuhan pelaburan sektor swasta semakin lembap berbanding tempoh pra-1997. Antara sebab
kelembapan ini adalah kos yang tinggi untuk menjalankan perniagaan di Malaysia, karenah birokasi,
kebimbangan para pelabur tentang ketersediaan golongan profesional yang mahir dan peluang pelaburan
yang tidak mencukupi.

Kedua, pelaburan yang lebih besar dalam modal insan akan dilaksanakan bagi menyokong ekonomi yang
berasaskan tenaga kerja berkemahiran tinggi, berpengetahuan dan berinovasi. Malaysia tidak boleh
beralih ke status pendapatan tinggi jika kekal bergantung pada tenaga kerja sedia ada yang berkos rendah
dan kurang mahir. Tambahan pula, pertumbuhan tenaga kerja dijangka lebih perlahan dan ini bermakna
tumpuan baru diperlukan untuk produktiviti sebagai satu pemacu pertumbuhan.

Rizab minyak dan gas Malaysia yang kian merosot juga merupakan sebab untuk mencari enjin
pertumbuhan baru. Malaysia memerlukan punca pendapatan yang baru untuk menggantikan
pengurangan pendapatan dari sumber semula jadinya.

Risiko Terjerat dalam perangkap pendapatan sederhana

Terdapat juga tanda bahawa Malaysia berhadapan dengan risiko terjerat dalam perangkap pendapatan
sederhana, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-5. Malaysia tidak lagi dapat kekal kompetitif
berbanding dengan negara-negara berpendapatan rendah yang lain sebagai pengeluar volum tinggi dan
berkos rendah. Pada masa yang sama, Malaysia juga belum lagi berganjak menaiki rantaian nilai untuk
bersaing dengan negara berpendapatan tinggi. Negara lain lebih kompetitif daripada Malaysia sama ada
69Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

dari segi pengeluaran kos rendah ataupun pasaran yang bernilai tinggi. Ini bukan satu kedudukan mampan
bagi Malaysia.

Strategi yang dahulunya berjaya memacu transformasi Malaysia dari sebuah negara miskin yang
bergantung pada getah dan timah semasa Kemerdekaan kepada sebuah ekonomi berpendapatan sederhana
tidak lagi sesuai untuk Malaysia.

Malahan, banyak negara lain yang telah berkembang dengan pesatnya sepanjang tempoh 1970-an dan
1980an mendapati sukar untuk meneruskan pertumbuhan setelah mencecah status berpendapatan
sederhana. Dari 13 buah negara yang kekal mencapai pertumbuhan sebanyak 7 peratus untuk 25 tahun atau
lebih, hanya 6 telah beralih ke status berpendapatan tinggi. Hanya negara yang telah melaksanakan
program transformasi, yang sistematik untuk mengubah struktur dasar ekonomi mereka, telah beralih atau
meningkat daripada status berpendapatan sederhana ke status berpendapatan tinggi.

Gambarajah 1-5

Kedudukan Fiskal yang Tidak Mampan

Malaysia telah mengalami defisit fiskal setiap tahun sejak 1998. Defisit negara pada 2009 adalah 7 peratus
dari KDNK, seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-6. Paras hutang Kerajaan dijangka melebihi 60
peratus dari KDNK menjelang 2015. Bagi mencapai kedudukan fiskal yang mampan dan memenuhi
komitmen Kerajaan untuk mencapai defisit 3 peratus KDNK menjelang 2015 memerlukan satu perubahan
arah yang signifikan.
Program Transformasi
Ekonomi70Hala Tuju Untuk
Malaysia
Konsolidasi fiskal ini amat penting bagi Malaysia. Sikap para pelabur terhadap hutang Kerajaan telah
berubah dengan ketaranya sejak dua tahun yang lepas dan pasaran modal kurang cenderung untuk
membiayai hutang Kerajaan pada terma yang dahulu.

Terdapat juga tanda-tanda yang mengambarkan persaingan dasar fiskal di antara negara, di mana Kerajaan
negara lain telah mengurangkan kadar cukai korporat untuk menjadi lebih berdaya saing. Bagi
membolehkan Malaysia mengurangkan kadar cukai korporat dan cukai individu, dan pada masa yang sama
melabur dalam pendidikan, penyelidikan dan infrastruktur, ia perlu memperkukuhkan kedudukan
fiskalnya.

Tugas ini lebih mencabar disebabkan oleh pengeluaran petroleum domestik yang dijangka akan menurun
pada dekad akan datang. Sejak sekian lama, pendapatan dari sumber ini adalah salah satu penyumbang
utama kepada pendapatan Kerajaan. Dalam konteks ini, perubahan asas perlu dilakukan kepada dasar
fiskal. Asas cukai perlu diperluaskan kepada cukai penggunaan (seperti cukai barangan dan perkhidmatan)
yang mempunyai asas percukaian yang luas. Sebagai tambahan, perbelanjaan ke atas subsidi akan
dirasionalisasikan dengan signifikan supaya sumber ini hanya disalurkan ke bidang yang memerlukannya.
Disiplin fiskal yang ketat akan dilaksanakan untuk merangkumi semua aspek di atas.

Persaingan Dunia untuk Pasaran, Modal dan Bakat yang meningkat

Ekonomi global menjadi semakin kompetitif. Kemunculan syarikat global dan serantau yang baru dan yang
amat kompetitif telah menguatkan kedudukan mantap syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan
di Malaysia. Malaysia perlu berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai dan mempertahankan kelebihan
daya saingnya, iaitu dengan melabur dalam infrastruktur dan modal insan di samping memastikan bahawa
cukai dan persekitaran adalah kondusif kepada pertumbuhan.
71Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Tambahan pula, syarikat, pelabur dan mereka yang berbakat mempunyai lebih banyak peluang dan pilihan
lokasi. Oleh yang demikian, Malaysia perlu menunjukkan nilai saranan yang jelas supaya dapat menarik
dan mengekalkan mereka. Banyak kerajaan lain telah bersaing secara agresif untuk mendapatkan syarikat,
mereka yang berbakat dan modal. Seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-7, paras pelaburan
langsung asing yang rendah diterima Malaysia sepanjang dekad yang lalu adalah satu petunjuk kedudukan
daya saing yang semakin lemah.

Gambarajah 1-7

Memandangkan terdapatnya kekurangan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi dalam negara, Malaysia
juga mengalami kehilangan bakat melalui emigrasi rakyat Malaysia, yang mana kebanyakannya mempunyai
kelayakan yang tinggi. Lebih daripada 700,000 rakyat Malaysia kini bermastautin dan bekerja di
negaranegara lain. Sehingga Malaysia mampu menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih pantas dan dapat
mewujudkan peluang untuk rakyat, ia akan menghadapi kesukaran untuk menarik dan mengekalkan bakat.

ETP MERUPAKAN SEBAHAGIAN DARIPADA AGENDA KERAJAAN


YANG KOMPREHENSIF

ETP adalah kemuncak daripada usaha penting Kerajaan untuk membangunkan agenda ekonomi sebagai
tindak balas kepada persekitaran baru yang muncul. Walau bagaimanapun, ia bukan bertujuan untuk
menetapkan dasar khusus setiap sektor, tetapi bertindak sebagai input, misalnya, dalam Pelan Induk Sektor
Kewangan oleh Bank Negara Malaysia atau Pelan Induk Perkhidmatan Sekuriti oleh Suruhanjaya Sekuriti.
Program Transformasi
Ekonomi72Hala Tuju Untuk
Malaysia
Ia juga menjadi pelengkap kepada program sedia ada yang mempunyai objektif yang sama. Sebagai contoh,
Program Transformasi GLC yang bertujuan menubuhkan syarikat cemerlang serantau dan global akan
menyokong pelaksanaan ETP. Terdapat beberapa teras umum yang utama bagi ETP.

1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan

Konsep 1Malaysia bertujuan mengukuhkan perpaduan negara dengan menghormati nilai daripada
komuniti berbeza dan diasaskan pada prinsip kesaksamaan dan keadilan. Dari segi ekonomi, ini bermaksud
peluang dan pertumbuhan akan dikongsi dengan saksama. Rakyat Didahulukan merujuk kepada
pendekatan mesra rakyat dalam perancangan dan pelaksanaan, manakala Pencapaian Diutamakan
menunjukkan azam Kerajaan untuk memberi fokus sepenuhnya pada pelaksanaan dan pencapaian.

Program Transformasi Kerajaan

Program Transformasi Kerajaan diperkenalkan pada 2010 untuk mentransformasikan Kerajaan supaya
lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatannya dan bertanggungjawab ke atas pencapaian. Program
tersebut merangkumi enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) iaitu: mengurangkan jenayah,
membanteras rasuah, mempertingkat pencapaian pelajar, meningkatkan taraf kehidupan isi rumah
berpendapatan rendah, mempertingkat infrastruktur asas luar bandar dan menambah baik sistem
pengangkutan awam bandar. Petunjuk prestasi utama negara juga ditetapkan untuk NKRA dan sebuah
organisasi baru, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) telah ditubuhkan untuk
mengurus pelaksanaan program bagi mencapai sasaran ini.

Rancangan Malaysia Kesepuluh

Rancangan Malaysia Kesepuluh menggariskan pelan pembangunan Kerajaan untuk negara bagi tempoh
2011 hingga 2015 (untuk menggerakkan Malaysia ke arah status berpendapatan tinggi menjelang 2020).
Ia tertumpu pada merealisasikan pertumbuhan ekonomi, mempromosikan pembangunan sosio ekonomi
yang inklusif, membangun dan mengekalkan bakat, mewujudkan satu persekitaran yang akan
mempertingkatkan kualiti hidup dan mentransformasikan Kerajaan. Ia telah mengenal pasti 12 NKEA
yang dasar dan pelaburannya prioriti dan menjadi fokus utama ETP.

APAKAH YANG BERBEZA MENGENAI ETP

ETP dirangka berasaskan hala tuju yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh untuk
membangunkan satu pendekatan yang jelas berbeza untuk melaksanakan objektif Kerajaan. Pendekatan
yang inovatif dalam ETP mengiktiraf bahawa penambahbaikan secara berperingkat pada keadaan semasa
tidak mencukupi untuk Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi. ETP memperkenalkan lima
aspek khusus yang baru dan berbeza. Aspek ini akan memastikan bahawa ETP menyampaikan hasil
pencapaian lebih baik yang diperlukan oleh Malaysia.
73Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Fokus pada Pemacu Pertumbuhan Utama 12 NKEA

Malaysia akan mengumpil kelebihan daya saingnya dengan mengutamakan pelaburan dan menyokong
dasar yang memanfaatkan beberapa pemacu pertumbuhan utama yang terhad. ETP berfokus pada 12 NKEA
yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh. NKEA ini dijangka akan menyumbang dengan
ketara kepada prestasi ekonomi Malaysia. Negara lain telah menunjukkan bahawa tumpuan strategik
adalah satu elemen yang penting bagi pembangunan ekonomi pesat, terutamanya bagi negara-negara
bersaiz kecil dan sederhana.

Dipacu oleh Sektor Swasta, Dipermudahkan oleh Kerajaan

Sektor swasta akan memainkan peranan utama dalam membuat keputusan mengenai pelaburan dan
pekerjaan. Projek dan peluang perniagaan yang dikenal pasti dalam ETP telah diwujudkan bersama oleh
sektor awam dan swasta. Yang penting adalah kebanyakan daripada projek dan peluang perniagaan ini
akan dibiayai sebahagian besarnya daripada pihak swasta. Peranan Kerajaan adalah sebagai pemudahcara
aktif bagi sektor swasta dengan memberikan sokongan dari segi sumber dan dasar, berbeza dengan peranan
sebelum ini yang bertindak sebagai peneraju utama. Justeru itu, Malaysia akan menjadi sebuah negara
ekonomi maju di mana sektor swasta merupakan pemacu pertumbuhan negara.

131 Projek Permulaan untuk Memulakan Program

ETP adalah berfokus pada tindakan dan bukan konsep. ETP mengandungi idea serta tindakan yang mantap
dan spesifik untuk membangunkan setiap NKEA dan bukannya kenyataan mengenai niat yang umum. Idea
yang disarankan telah dibangunkan melalui kerjasama antara sektor awam dan swasta dan kebanyakan
draipada projek ini semakin menghampiri titik pelancaran. ETP juga mengenal pasti satu siri dasar tertentu
dan pembaharuan regulatori yang diperlukan untuk mendorong pertumbuhan dalam sektor NKEA serta
keseluruhan ekonomi Malaysia. Tindakan yang diperlukan untuk pembaharuan dasar dan regulatori
telahpun dikemukakan untuk pertimbangan pihak yang berkenaan.

Berasaskan pada PNK untuk Mendapatkan Pulangan yang Terbaik

Projek dan inisiatif telah dipilih berdasarkan analisa ekonomi dan kewangan yang teliti untuk memastikan
bahawa pulangan pelaburan dimaksimumkan, terutamanya untuk pelaburan sektor awam. Dalam
persekitaran fiskal yang mencabar, mendapatkan pulangan yang terbaik telah menjadi satu prinsip
panduan. Perbelanjaan dan pelaburan Kerajaan akan disalurkan hanya ke bidang di mana ia boleh
digunakan dalam cara yang paling produktif.

PEMANDU akan Memastikan Pelaksanaan yang Kukuh dan Telus

Kerajaan telah menubuhkan sebuah Unit ETP dibawah PEMANDU untuk memudahkan pelaksanaan serta
memantau program perubahan ini. Petunjuk prestasi utama yang jelas dan mencabar akan ditentukan
untuk setiap NKEA dan juga prestasi ekonomi keseluruhan Malaysia. Pengukuran prestasi ini akan
dilaporkan secara terbuka setiap tahun.
Program Transformasi
Ekonomi74Hala Tuju Untuk
Malaysia

Dipimpin oleh Langkah Asas yang dicadangkan oleh NEAC

Program Transformasi Ekonomi akan mentransformasikan Malaysia kepada ekonomi yang berpendapatan
tinggi, inklusif dan mampan. NKEA akan dipandu oleh langkah asas (SRI) yang dicadangkan oleh NEA,
seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-8.
75Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Gambarajah 1-8

TINJAUAN NKEA

NKEA adalah teras kepada ETP. NKEA ditakrifkan sebagai pemacu aktiviti ekonomi yang mempunyai
potensi untuk menyumbang secara langsung dan konkrit kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia. 12 NKEA
tersebut adalah: Greater Kuala Lumpur/Klang Valley; Minyak, Gas dan Tenaga; Perkhidmatan Kewangan;
Pemborongan dan Peruncitan; Minyak Sawit; Pelancongan; Elektrik dan Elektronik; Perkhidmatan
Perniagaan; Kandungan Komunikasi dan Infrastruktur; Pendidikan; Pertanian; dan Penjagaan Kesihatan.
Daripada 12 NKEA tersebut, 11 adalah sektor-sektor industri manakala satu Greater Kuala Lumpur/
Klang Valley adalah sektor geografi.

Bagaimana 12 NKEA tersebut Dipilih

NKEA tersebut dipilih berdasarkan jangkaan sumbangan kepada PNK pada 2020, dan setakat mana sektor
tersebut boleh membantu Malaysia mencapai status berpendapatan tinggi. Ini berdasarkan pada taksiran
peluang pertumbuhan yang ada dalam sektor dan juga keupayaan Malaysia untuk mengambil peluang
tersebut. Dalam mencapai persetujuan pada portfolio awal NKEA, Kerajaan menjalankan beberapa analisis
prestasi ekonomi ke atas semua sektor, menimbangkan ramalan pertumbuhan setiap sektor dan meneliti
Program Transformasi
Ekonomi76Hala Tuju Untuk
Malaysia
semula kajian sektor. Sebagai tambahan, Bengkel Seribu-Orang telah dijalankan pada bulan Mei 2010.
Peserta-peserta dalam bengkel tersebut terdiri daripada pemimpin dari sektor awam dan swasta, institusi
penyelidikan dan masyarakat awam. Objektif bengkel adalah untuk menentukan secara prioriti sektor
utama pertumbuhan sehingga 2020 bagi Malaysia.

Bengkel ini dimulakan dengan 20 bengkel kecil (terdiri daripada 30 hingga 70 peserta setiap bengkel) untuk
20 sektor ekonomi. Bengkel kecil ini disediakan dengan kadar pertumbuhan sejarah sektor, ramalan
daripada penganalisa bebas untuk setiap sektor serta penanda aras antarabangsa untuk pertumbuhan
ekonomi. Para peserta dalam setiap bengkel kecil telah mendebatkan potensi pertumbuhan sektor tersebut
dan menganggarkan potensi pertumbuhan sektor sehingga 2020. Sebaik sahaja kadar pertumbuhan untuk
semua sektor dianggarkan, kesemua peserta bengkel ditinjau untuk mendapatkan pendapat. Keputusan
tinjauan digunakan bagi mencipta satu senarai NKEA yang berpotensi. Senarai ini konsisten dengan
analisis ekonomi selanjut dan telah diluluskan oleh Jemaah Menteri.

Selain daripada 11 sektor industri, Greater Kuala Lumpur/Klang Valley telah dipilih sebagai satu NKEA
melalui proses yang berasingan. Kuala Lumpur pada masa ini menyumbang lebih kurang satu pertiga
kepada KDNK Malaysia. Bandar adalah pemacu utama pertumbuhan, dan Kuala Lumpur adalah penting
bagi kesejahteraan dan prestasi keseluruhan ekonomi Malaysia. Secara purata, bandar mempunyai
produktiviti tiga kali lebih tinggi daripada kawasan luar bandar. Berikutan itu, Kuala Lumpur, sebagai
bandar raya utama Malaysia, adalah pemacu kritikal kepada pertumbuhan ekonomi negara.

Kesemua 11 sektor dijangka menyumbang 74 peratus daripada potensi pertumbuhan PNK pada dekad akan
datang. Pada keseluruhannya, sektor NKEA adalah sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya
saing semasa atau berpotensi, yang diwakili pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, pertanian
dan industri perlombongan secara bersama. Fokus sektor ini merentasi kawasan bandar dan luar bandar
dan akan berkemungkinan dapat menyokong pertumbuhan ekonomi yang lain.

Arah di mana sektor NKEA berkembang dan membangun adalah konsisten dengan matlamat Kerajaan
untuk membangunkan ekonomi yang inklusif dan mampan. Sektor ini menggaji 59 peratus daripada jumlah
tenaga kerja, dan oleh itu, pertumbuhan dalam sektor ini akan menjana faedah yang luas.
77Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Gambarajah 1-9

Portfolio sektor NKEA, sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 1-9, akan berubah bergantung
pada prestasi daripada pelbagai sektor dalam ekonomi. Dua belas NKEA yang ditunjukkan bukanlah pilihan
tetap, tetapi akan ditaksirkan secara rasmi pada masa akan datang. Satu proses tegas akan dilaksanakan
untuk mengeluarkan sektor lambat berkembang dari portfolio NKEA serta mengenal pasti dan menambah
bidang yang mula bertumbuh ke dalam portfolio NKEA. Proses ini akan dihuraikan secara lebih mendalam
dalam Bab 4. Ini penting kerana kriteria PNK 2020 bererti senarai awal NKEA adalah terdiri daripada
sektor besar sedia ada dalam ekonomi atau sektor bersaiz sederhana dengan prospek pertumbuhan yang
tinggi. Tetapi terdapat beberapa sektor kecil dalam ekonomi, yang menpunyai prospek pertumbuhan yang
tinggi, yang berkemungkinan akan berkembang menjadi penyumbang PNK yang penting pada masa
hadapan. Apabila sektor ini membangun, ia berkemungkinan akan menjadi salah satu NKEA.

Apakah Maknanya untuk Menjadi NKEA

Malaysia akan menumpukan usaha pertumbuhan ekonomi pada NKEA. NKEA akan menerima sokongan
keutamaan Kerajaan termasuk pembiayaan, bakat terbaik dan perhatian daripada Perdana Menteri.
Sebagai tambahan, penyusunan semula dasar seperti penyingkiran halangan untuk bersaing dan liberalisasi
pasaran akan disasarkan pada NKEA. Rancangan Malaysia Kesepuluh mencatatkan bahawa kajian semula
komprehensif peraturan perniagaan yang akan dilaksanakan bagi menambahbaik persekitaran perniagaan
akan bermula dengan peraturan-peraturan yang membawa impak pada NKEA.
Program Transformasi
Ekonomi78Hala Tuju Untuk
Malaysia
Fokus ini akan melibatkan pilihan dan trade-off yang dipertimbangkan dengan mendalam. Dengan
mengutamakan pelaburan dalam sektor NKEA, pelaburan dalam sektor lain akan dikurangkan. Sebagai
sektor NKEA, sektor ini perlu memberikan implikasi yang sebenar pada sumber sekiranya ia akan
menerajui suatu perubahan yang bermakna. Falsafah yang sama bagi pemilihan keutamaan juga akan
digunapakai untuk sokongan lain yang disediakan oleh Kerajaan kepada sektor ini, seperti perbelanjaan
operasi dan usaha-usaha yang ditujukan pada dasar sektor tertentu dan perubahan regulatori.

Sektor bukan NKEA juga akan menerima manfaat dari langkah dasar yang akan menambahbaik
persekitaran perniagaan umum. Ini termasuk dasar yang diumumkan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh, seperti pelaburan infrastruktur, penyusunan semula Perbadanan Produktiviti Malaysia dan
pengurangan kos pematuhan perniagaan.

Kerajaan adalah komited untuk memberi sokongan berterusan kepada pertumbuhan sektor bukan NKEA.
Walau bagaimanapun, Kerajaan akan menumpukan usaha pada NKEA disebabkan oleh sumbangan ketara
bahagian ekonomi ini kepada PNK.

Mengapakah Tumpuan pada NKEA Penting

Kejayaan Malaysia dalam transformasinya dari sebuah negara miskin semasa Kemerdekaan ke sebuah
negara ekonomi berpendapatan sederhana pada hari ini telah didorong terutamanya oleh kepelbagaian
strategi yang khusus. Pada mulanya, persaingan merentasi pelbagai sektor boleh disokong oleh asas kos
pengeluar rendah negara. Walau bagaimanapun, strategi ini tidak lagi mampan. Malaysia tidak lagi boleh
bergantung pada asas kos rendah sebagai satu sumber kelebihan daya saing.

Dalam keadaan ekonomi global hari ini, rangkaian pengeluaran semakin menumpu pada kerantauan dan
membawa kepada integrasi serantau yang lebih besar. Fasa transformasi berikutnya adalah untuk bergerak
dari negara berpendapatan sederhana ke berpendapatan tinggi, yang akan memerlukan anjakan ke arah
nilai tambah lebih tinggi dan aktiviti yang berintensifkan pengetahuan. Persaingan dalam aktiviti nilai
tambah memerlukan pengkhususan dari segi massa kritikal serta satu ekosistem firma dan bakat untuk
memandu kebitaraan dalam ekonomi. Bilangan penduduk yang agak kecil di Malaysia mengehadkan
bilangan bidang pengkhususan ekonomi dan daya saing secara global.

Satu anjakan pada peringkat awal proses kepelbagaian yang merentasi sektor ke arah pengkhususan adalah
diperlukan. Faedah daripada tumpuan ke atas beberapa sektor terhad dapat diperhatikan dalam banyak
negara lain, seperti Taiwan, Republik Korea dan Singapura. Negara-negara yang telah beralih daripada
pendapatan sederhana ke pendapatan tinggi pada kebiasaannya memberi tumpuan pada sektor keutamaan.

Setelah pertimbangan yang menyeluruh dilakukan, Kerajaan telah mengambil keputusan untuk menumpu
pada beberapa sektor sahaja dengan tujuan menjana kekuatan daya saing dalam bidang ekonomi ini. Salah
satu inovasi penting ETP adalah keregangan darjah tumpuan. Dalam konteks ini, ETP mewakili satu cara
pelaksanaan yang baru bagi Malaysia. Terdapat lima sebab utama mengapa penumpuan dalam beberapa
sektor adalah penting dalam menjana manfaat ekonomi bagi Malaysia.
79Bab 1
Dasar Model Ekonomi Baru

Sejajarkan dasar dengan koheren

Mempunyai satu pandangan jelas pada sektor-sektor keutamaan akan memudahkan penyampaian dasar
yang selaras dan koheren. Ia membolehkan Kerajaan untuk menjajarkan dasar dalam bidang berbeza,
seperti pendidikan, infrastruktur dan dasar imigrasi, di bawah satu objektif umum.

Elakkan pelaburan sub-skala

Untuk mencapai impak yang besar dan mampan, pelaburan dan komitmen ke atas sektor tertentu perlulah
bermakna. Jika pelaburan dipecah-pecahkan merentasi terlalu banyak sektor, risikonya adalah nilai
pelaburan menjadi kecil di mana ia tidak mencukupi untuk mencapai perubahan transformasi yang
disasarkan. Ini amat penting untuk negara bersaiz kecil dan sederhana.

Membangunkan usul nilai yang jelas

Sektor keutamaan yang terhad dapat menyumbang kepada satu asas cadangan nilai negara yang jelas, yang
sedia dapat dikomunikasikan kepada para pelabur (asing dan tempatan). Ini menyumbang kepada satu
persekitaran pelaburan yang lebih positif; memberi keyakinan kepada bakal pelabur bahawa sokongan
Kerajaan dan pelaburan akan diarahkan ke bidang keutamaan.

Menyediakan tumpuan kepimpinan

Dengan adanya sektor keutamaan bererti bahawa masa kepimpinan Kerajaan yang sukar didapati (Perdana
Menteri, Menteri-Menteri dan pegawai kanan) dapat diperuntukkan dalam satu cara yang bermakna
terhadap bidang keutamaan berbanding dengan mengagihkan masa dan fokus untuk pelbagai bidang.

Membolehkan pemantauan yang lebih tinggi kualitinya

Jumlah sektor keutamaan yang dihadkan menjadikan kerja pengukuran dan pemantauan prestasi sektor ini
lebih mudah dan meningkatkan kemungkinan untuk impak yang lebih besar kepada ekonomi. Kejayaan
dasar yang berasaskan pada sektor dikaitkan kepada satu proses pemantauan rapi prestasi yang lemah
perlu diperbaiki manakala prestasi yang baik akan diberikan ganjaran. Ini lebih mudah dilaksanakan
apabila tumpuan adalah terhadap satu kumpulan sektor yang fokus.

PENUTUP

Malaysia menghadapi cabaran ekonomi yang signifikan. Kadar pertumbuhan negara lebih perlahan dan
persaingan global pula semakin sengit. Malaysia menghadapi isu kemampanan fiskal dan Malaysia bukan
suatu ekonomi berkos rendah atau bernilai tinggi. Untuk menangani cabaran ini, ETP yang diwujudkan
merupakan satu pendekatan yang jelas berbeza dengan pendekatan lain di mana ia bersandarkan kepada
Rancangan Malaysia Kesepuluh di samping menggabungkan input-input dari NEAC. ETP menumpukan
pada 12 enjin pertumbuhan utama (NKEA), bergantung terutamanya pada sektor swasta, berdasar kepada
satu siri projek yang spesifik di mana pertumbuhan PNK dijadikan sebagai asas. Bab yang berikutnya
Program Transformasi
Ekonomi80Hala Tuju Untuk
Malaysia
membincangkan mengenai metodologi yang digunakan untuk membentuk ETP serta jangkaan impak
daripada perlaksanaan program ini.
Program Transformasi
Ekonomi83Hala Tuju Untuk
Malaysia

Bab 2: Tinjauan Program


Transformasi Ekonomi

P
rogram Transformasi Ekonomi (ETP) akan menjadikan Malaysia sebuah negara
berpendapatan tinggi dengan PNK per kapita lebih kurang RM48,000 atau US$15,000
menjelang 2020. Selain daripada mencapai sasaran PNK menjelang 2020, Malaysia akan
membangunkan kebanyakan ciri
sebuah ekonomi berpendapatan tinggi menjelang 2020: sektor perkhidmatan akan menyumbang lebih
daripada 65 peratus pada KDNK; penggunaan swasta pada tahap hampir 60 peratus daripada KDNK; dan
kebergantungan Malaysia kepada minyak akan dikurangkan daripada 21 peratus KDNK pada 2008 kepada
14 peratus. Transformasi ini akan dipacu oleh sektor swasta di mana 92 peratus daripada lebih RM1.4
trilion pelaburan yang diperlukan adalah daripada sektor swasta. Akhirnya, ETP akan meningkatkan
pendapatan diseluruh Malaysia dengan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan, di mana 60 peratus
berada dalam lingkungan gaji pendapatan sederhana atau tinggi.

ETP memerlukan Kerajaan untuk memainkan peranan baru sebagai fasilitator pertumbuhan ekonomi
dengan meliberalisasikan pasaran, menyediakan insentif untuk menarik masuk pelaburan, menghapuskan
halangan dan memberi peranan peneraju kepada sektor swasta. Peranan ini adalah kritikal untuk
mengurangkan risiko program ini dan memastikan pelaksanaan yang berjaya.

MEMBANGUNKAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI

ETP bukan mengenai penambahbaikan secara berperingkat bagi meningkatkan ekonomi Malaysia, ia
adalah satu program untuk mentransformasikan ekonomi. Kami yakin transformasi ini boleh dicapai
melalui perubahan pada cara aktiviti ekonomi dilaksanakan, yang kemudiannya akan mengubah
keseluruhan keadaan ekonomi. Ini bererti dengan menukar secara asas bagaimana aktiviti dijalankan, kami
akan dapat mengubah sifat dan struktur ekonomi, akhirnya, mencapai transformasi (Gambarajah 2-1).

Gambarajah 2-1

Engin transformasi
Transformasi melibatkan perubahan asas dalam
cara organisasi menjalankan aktivitinya (melakukan)
sifat organisasi tersebut (mengamalkan)

Untuk mencapai keputusan yang penting dan pantas


84Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

Ia beroperasi
dengan yang
berbeza
Melakukan
(aksi
)

Mengamalkan
(sifat
)
Ia menjadi
sebuah organisasi
yang berbeza

Dengan itu kami yakin bahawa titik permulaan ETP adalah melalui pelaksanaan perubahan ketara dalam
bahagian ekonomi yang tertentu. Di atas faktor itu, 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) telah
dipilih.
Ia juga merupakan sebab pelaksanaan makmal untuk setiap daripada 12 NKEA ini.

Setiap makmal diminta untuk menentukan inisiatif mantap dan projek yang akan memacu transformasi
ekonomi yang diperlukan oleh Malaysia bagi menjadi negara maju menjelang 2020. Dua belas makmal
tersebut, yang merangkumi 11 sektor ekonomi dan pembangunan Greater Kuala Lumpur/Klang Valley,
telah diwakili oleh para peserta dari sektor swasta dan awam dan dikelolakan oleh PEMANDU (Unit
Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan dan di bawah Jabatan Perdana Menteri). Keseluruhannya, 500 orang
telah mengambil bahagian, di mana majoriti adalah daripada sektor swasta.

Idea yang dijanakan dalam makmal ETP adalah berasaskan kepada hala tuju dasar yang ditentukan dalam
Rancangan Malaysia Kesepuluh, termasuk sektor swasta sebagai peneraju ekonomi, liberalisasi pasaran
bagi tujuan memacu dan menggalakkan pertumbuhan melalui inovasi, pembangunan bakat terbaik di
dunia serta pelaburan bagi menambahbaik infrastruktur.

Makmal tersebut, yang dijalankan selama lapan minggu, memberikan sektor swasta peluang untuk
membentuk satu strategi transformasi khusus bagi setiap sektor serta hala tujunya. Setiap makmal telah
mengemukakan rancangan terperinci yang menghuraikan aspirasi, strategi dan pelan tindakan yang
kukuh untuk setiap satu daripada 12 NKEA. Rancangan ini termasuk pembiayaan, pelaburan dan tenaga
kerja yang diperlukan bagi mencapai aspirasi tersebut. Faktor yang kritikal untuk kejayaan makmal ialah
gabungan kukuh dan perdebatan antara pelbagai pihak berkepentingan termasuk pakar industri
(antarabangsa dan tempatan), para pelabur berpotensi, badan perundangan dan Kerajaan. Sesi
gabungan ini membantu memastikan bahawa inisiatif adalah nyata dan realistik.

Apakah itu makmal?

Sebuah makmal adalah satu forum intensif di mana peserta relevan (dari syarikat sektor swasta
dan agensi sektor awam) ditemukan dalam satu kumpulan dengan objektif mencari
penyelesaian radikal yang juga praktikal dan khusus untuk menyelesaikan masalah. Makmal
telah mewujudkan satu persekitaran di mana para peserta boleh mengkaji, berdebat dengan giat
dan mencabar status quo. Dalam tempoh pelaksanaan makmal, para peserta menjalankan sesi
lampas minda (brainstorming) untuk menjanakan idea, melakukan analisis bagi menentukan
kebolehlaksanaan idea tersebut menguji serta menyempurnakan idea dengan pelbagai pihak
berkepentingan.
Program Transformasi
Ekonomi85Hala Tuju Untuk
Malaysia

Garis panduan bagi Makmal ETP

Untuk membangunkan idea, Makmal diberikan panduan khusus mengenai projek dan inisiatif
yang dijangka supaya ia dapat:
Menyumbang secara signifikan kepada PNK;
Memberi penekanan kepada projek yang diterajuioleh pelaburan
swasta di mana Kerajaan memainkan peranan sebagai
fasilitator. Pelaburan dari Kerajaan tidak sepatutnya melebihi
10 peratus daripada keseluruhan pelaburan projek;
Menjadi neutral dari segi fiskal atau mengurangkan defisit;
Mengukuhkan asas sektor dan menggerakkan Malaysia kepada aktiviti
bernilai lebih tinggi; Membolehkan Malaysia mengurangkan
kebergantungan pada sumber pertumbuhan yang banyak
menggunakan bahan mentah;
Menganjakkan pengagihan pendapatan ke arah segmen berpendapatan
tinggi; dan Mengurangkan jumlah rakyat Malaysia yang
berpendapatan rendah

Metodologi

Makmal diminta untuk mengenal pasti inisiatif yang akan mengerakkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Setiap inisiatif yang dicadangkan oleh makmal adalah berasaskan pada kesannya ke atas PNK Malaysia.
Bagi setiap inisiatif, Makmal juga diminta untuk menilai pelaburan swasta dan pembiayaan awam yang
diperlukan serta implikasi pasaran buruh dari segi jumlah pekerjaan baru yang akan diwujudkan serta jenis
kemahiran yang dikehendaki.

Impak pada PNK untuk setiap inisiatif dikira berdasarkan kepada pendekatan pendapatan, seperti yang
digambarkan dalam Gambarajah 2-2. Pendekatan ini dibincangkan dengan pihak berkaitan dan diluluskan
oleh Unit Perancang Ekonomi, Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Perangkaan
Malaysia.
86Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

Gambarajah 2-2

PNK ditaksir menggunakan metodologi mudah yang diluluskan oleh


pakar-pakar merentasi Kerajaan
...dan disindiketkan
oleh para pakar
Cara pengiraan PNK ditafsirkan... merentasi Kerajaan
PNK: Output = KDNK
ekonomi utk Pendapatan bersih
Output ekonomi + dari luar negara
penduduk
sesebuah negara yang dikeluarkan Pendapatan bersih
dalam
garis
- dari tenaga kerja
dan modal kepada
sempadan dan daripada
sesebuah negara rakyat asing

s +$.+ DIKIRA s +ORPORAT


menggunakan
Pendekatan + Pendapatan dari
pendapatan syarikat-syarikat
(Nilai tambahan oleh Malaysia di luar
sektor): KDNK = negara
EBITDA1 + Pampasan
pekerja
- Pendapatan dari
syarikat-syarikat
asing di Malaysia

s )NDIVIDU
+ Pendapatan
yang dihantar
balik oleh rakyat
Malaysia yang
bermastautin di
luar negara

- Pendapatan
yang dihantar
balik oleh rakyat
asing yang
bermastautin di
Malaysia
1 Perolehan sebelum Faedah, Cukai, Susut Nilai & Pelunasan

SUMBER: Australian bureau for Statistics/National Accounts; US Dept of Commerce; Bureau of economic analysis

Dalam penilaian impak pada PNK, setiap makmal NKEA telah mengenal pasti
inisiatif yang diklasifikasikan sama ada sebagai projek permulaan atau peluang perniagaan.

Projek Permulaan (EPP) adalah projek yang akan menjana pencapaian berimpak besar dengan pantas. Ia
merupakan inisiatif yang didefinisikan dengan jelas di mana para pelabur
berpotensi telah dikenal pasti, pelan pelaksanaan yang terperinci telah diwujudkan
serta keperluan pembiayaan telah dinyatakan. EPP hanyalah gelombang yang pertama dan projek
selanjutnya akan dikenal pasti dan dijalankan pada tahun akan datang.

Peluang perniagaan mengambil kira potensi sektor untuk berkembang secara organik. Ini mewakili peluang
perniagaan yang mantap. Beberapa peluang perniagaan akan dicetuskan dengan kejayaan pelaksanaan
ETP. Contohnya, pembangunan tempat peranginan bersepadu dan hotel merentasi Malaysia akan
mewujudkan peluang perniagaan untuk operator pelancongan dan perniagaan pengangkutan darat di
seluruh Malaysia.

Kesan penggandaan mengambil kira impak ekonomi daripada pembangunan EPP ke arah sektor
ekonomi yang lain. Apabila satu sektor berkembang, ia akan mewujudkan permintaan untuk barangan
dan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor lain. Contohnya, apabila sektor pelancongan membangun,
Program Transformasi
Ekonomi87Hala Tuju Untuk
Malaysia

ia akan mewujudkan permintaan tambahan untuk perkhidmatan kewangan yang akan menghasilkan
tambahan kepada PNK. PNK tambahan ini diliputi melalui pengiraan penggandaan.

MENJADI SEBUAH EKONOMI BERPENDAPATAN TINGGI

Projek dan inisiatif yang dikenal pasti dalam ETP akan mentransformasikan Malaysia kepada sebuah
ekonomi berpendapatan tinggi di mana PNK akan meningkat dari RM660 bilion pada 2009 ke RM1.7
trilion pada 2020. Ini bermaksud PNK per kapita akan meningkat daripada RM23,700 atau US$6,700 pada
2009 kepada sekurang-kurangnya RM48,000 atau US$15,000 pada 2020. Berikutan itu, Malaysia dijangka
akan mencapai taraf ekonomi berpendapatan tinggi sebagaimana didefinisikan
oleh Bank Dunia, menjelang 2020. Untuk mencapai matlamat ini, Malaysia
memerlukan pertumbuhan KDNK sebanyak 6 peratus setiap tahun, yang nyata sekali lebih tinggi daripada
4.5 peratus yang diunjurkan bagi ekonomi global dalam laporan Tinjauan Ekonomi Dunia IMF pada April
2010.

Seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-3, daripada cadangan di makmal ETP, EPP boleh
menyumbangkan sehingga 31 peratus daripada pertumbuhan PNK tambahan yang dikehendaki dan
tambahan 10 peratus melalui kesan penggandaan. Peluang perniagaan boleh menyumbang tambahan 33
peratus lagi. Baki 26 peratus pertumbuhan PNK tambahan dijangka akan datang sektor lain (bukan NKEA).

Gambarajah 2-3

Makmal-makmal 11 sektor NKEA mengenal pasti EPP dan peluang perniagaa


dapat menyumbang pada impak PNK~tokokan
RM800 bilion
2020PNK

RM bilion Output
Makmal-
makmal
Peratusan dari NKEA
31 33 10 26
PNK tokokan
1,733

274
102
359

337
661

3
2009PNK Projek Peluang Bakal Lain-lain 2020
Permulaan 1
Perniagaan 2
penggandaansektor Unjuran PNK
(EPP)

1 Peluang perniagaan dari Minyak, Gas & Tenaga termasuk pelarasan harga minyak sebanyak R
(US$10 billion)
2 Tidak termasuk kesan penggandaan dan menganggap kadar pertumbuhan sektor-sektor lain
yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh
3 : US$1.0
Menganggap kadar pertukaran 2009 iaitu RM3.52

Perlu dinyatakan bahawa PNK untuk Greater KL/KV dikira secara berasingan untuk mengelak pengiraan
berganda disebabkan sebahagian pendapatan daripada beberapa NKEA akan dijana dalam kawasan
Greater KL/KV. Dari baki NKEA yang lain, sektor Minyak, Gas dan Tenaga diunjurkan menyumbang
88Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

jumlah terbesar pada PNK tambahan. Sebagaimana digambarkan dalam Gambarajah 2-4, empat NKEA
(Sektor Minyak, Gas dan Tenaga, Perkhidmatan Kewangan, Minyak Sawit dan Pemborongan dan
Peruncitan) diunjurkan menyumbang 60 peratus pertumbuhan tambahan di kalangan 11 sektor NKEA.

Gambarajah 2-4

Minyak, Gas & Tenaga, Minyak Sawit, Perkhidmatan Kewangan serta


Pemborongan
~
& Peruncitan menyumbang 60% pada impak PNK tokokan dari NKEA pada
2020
PNK tokokan1 (2020)

RM bilion 10 1
8 3
Minyak, Gas & Tenaga2
1
Minyak Sawit 125
Perkhidmatan
Kewangan 121

Pemborongan & 36
Peruncitan
35
Pelancongan
34 29
Perkhidmatan
Perniagaan

E&E

CCI

Penjagaan Kesihatan

Pendi
dika
n
Pert 67
ania
n 59 53
1 Berdasarkan 11 sektor NKEA sahaja. Tidak termasuk sektor-sektor lain
2 Peluang perniagaan bagi Minyak, Gas & Tenaga termasuk pelarasan harga minyak RM32
bilion (US$10 billion)
Menjelang 2020, sektor minyak, gas dan tenaga masih akan kekal sebagai sektor terbesar dalam ekonomi
Malaysia, tetapi sumbangan kepada dalam ekonomi akan jatuh disebabkan oleh pertumbuhan pesat
dalam sektor seperti perkhidmatan kewangan dan minyak sawit. Sektor pemborongan dan peruncitan
juga akan berkembang dengan ketara untuk menjadi sektor keempat terbesar dalam ekonomi, seperti
yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-5.
Program Transformasi
Ekonomi89Hala Tuju Untuk
Malaysia

Gambarajah 2-5

PNK Tokokan
Minyak, Gas & Tenaga, Perkhidmatan Kewangan dan Minyak Sawit
Asas 2009
akan menjadi 3 sektor ekonomi terbesar menjelang 2020
Jumlah PNK pada 2020
1

RM bilion Peratusan dari


1 2020
jumlah PNK

Minyak, Gas & Tenaga 110 131 241 19

Perkhidmatan Kewangan59 121 180 14

Minyak Sawit 53 125 178 14

Pemborongan & Peruncitan57 108 165 13

Pelancongan 37 67 104 8

E&E 37 53 90 7

Perkhidmatan Perniagaan
19 59 79 6

Pendidikan 27 34 61 5

CCI 22 36 58 5

Penjagaan Kesihatan
15 35 50 4

Pertanian 20 29 49 4

1 Berdasarkan 11 sektor NKEA sahaja. Tidak termasuk sektor-sektor lain

Pertumbuhan Dipacu oleh Inovasi dan Pembaharuan

Pertumbuhan ini akan dipacu oleh strategi dan pembaharuan yang mesra pasaran, bertumpu pada
inovasi dan peningkatan nilai tambahan, fokus pada peningkatan kualiti, standard dan produktiviti serta
ditumpukan pada bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan tertentu.

Kebanyakan daripada inisiatif yang dirancang berasaskan kepada liberalisasi pasaran dan peningkatan
persaingan. Faktor ini amat penting untuk menarik syarikat multinasional ke Kuala Lumpur,
membangunkan paksi kewangan serantau dalam usaha merangsang pertumbuhan dalam perkhidmatan
kewangan Islam. Liberalisasi harga gas dan pengurangan subsidi juga akan mewujudkan disiplin pasaran
yang lebih kukuh.

Pertumbuhan ekonomi akan didorong oleh inovasi dan anjakan kepada aktiviti nilai tambah yang lebih
tinggi. Anjakan untuk produk makanan dalam NKEA Minyak Sawit bererti Malaysia akan bersaing dalam
pasaran hiliran yang mempunyai margin lebih tinggi. Dalam NKEA Penjagaan Kesihatan, pembangunan
penyelidikan klinikal dan pengembangan pengilangan kontrak dalam alat perubatan akan mengukuhkan
kedudukan Malaysia dalam bidang pertumbuhan global.

Kualiti dan pembaikan standard akan diberi lebih tumpuan. Kualiti latihan kemahiran akan
dipertingkatkan melalui organisasi peneraju industri yang akan menetapkan standard, mengeluarkan garis
panduan mengenai kandungan dan menyelaraskan kurikulum latihan kemahiran merentasi sektor.

Produktiviti tenaga buruh akan bertambah dengan signifikan. Contohnya,


pelancaran teknik penuaian baru bagi kelapa sawit akan meningkatkan
90Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

produktiviti tenaga buruh dalam beberapa ladang; Program TUKAR akan menyaksikan pembangunan
pusat pengedaran berkongsi bagi kedai runcit yang lebih kecil yang dapat menambahkan kecekapan
dan produktiviti dengan signifikan; dan perjanjian perkongsian
tanah akan membolehkan para petani padi meraih manfaat dari pengeluaran berskala
komersil.

Dalam NKEA, pertumbuhan akan ditumpukan pada sub-sektor di mana Malaysia mempunyai kelebihan
daya saing yang mampan. Di antaranya, dalam Perkhidmatan Kewangan, bidang pertumbuhan utama
adalah dalam perkhidmatan kewangan Islam di mana Malaysia mempunyai rekod prestasi cemerlang.
Bagi sektor Minyak, Gas dan Tenaga, Malaysia berada dalam kedudukan yang amat mantap untuk
membangunkan hab perkhidmatan medan minyak serantau disebabkan oleh ketersediaan industri minyak
dan gas tempatan serta kedudukan negara yang berada berdekatan dengan kawasan medan minyak di
rantau ini.

Ciri sebuah Ekonomi Berpendapatan Tinggi

Menjelang 2020, Malaysia bukan sahaja akan mencapai PNK per


kapita sebuah ekonomi berpendapatan tinggi, ia juga akan memiliki beberapa ciri
utamanya. Struktur ekonomi Malaysia akan berubah dengan ketara sepertimana yang ditunjukkan dalam
Gambarajah 2-6.

Sektor perkhidmatan akan menyumbang syer yang lebih besar dalam ekonomi.
Menjelang 2020, sektor perkhidmatan akan menyumbang sebanyak 65 peratus kepada
KDNK, kenaikan daripada 58 peratus dalam 2010. Pertumbuhan ini akan ditumpukan dalam NKEA
Perkhidmatan Kewangan, Pemborongan dan Peruncitan, Perkhidmatan Perniagaan, Pelancongan,
Penjagaan Kesihatan dan Pendidikan. Sebagai contoh, dalam NKEA Penjagaan Kesihatan, pertumbuhan
tahunan 10 peratus disasarkan untuk bidang yang termasuk pelancongan kesihatan, pusat perubatan
pakar dan perkhidmatan kesejahteraan warga emas; dan

Penggunaan domestik akan menjadi pemacu utama pertumbuhan. Jumlah penggunaan


domestik adalah sebanyak 59 peratus daripada KDNK menjelang 2020, berbanding 54
peratus pada 2010. Sebahagian daripada pertumbuhan adalah hasil perkembangan sektor-sektor
termasuk pemborongan dan peruncitan, perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan penjagaan
kesihatan serta perbandaran. Ini adalah amat penting kerana ia bermakna bahawa Malaysia akan
mengurangkan pergantungannya kepada eksport sebagai pemacu permintaan. Pertumbuhan dalam
permintaan domestik ini akan membawa Malaysia setanding dengan ekonomi maju seperti Taiwan and
New Zealand.
Program Transformasi
Ekonomi91Hala Tuju Untuk
Malaysia

Gambarajah 2-6

Dalam mencapai sasaran PNK per kapita, Malaysia akan untuk


memiliki
Median 20 ekonomi teratas
PNK (PPP) per kapita 1

beberapa ciri-ciri penting ekonomi berpendapatan tinggi pada 2009

Ekonomi berganjak kepada lebih berasaskan


perkhidmatan Tahap penggunaan swasta meningkat

Perkhidmatan sebagai peratusan KDNK Penggunaan swasta sebagai peratusan KDNK


( benar)
1,747
100%= 72% 100%= 1,747
RM bilion 765 RM bilion 765
54%

59%
65% 54%
58%

2010 2020 2010 2020


Unjuran EPU Unjuran EPU

1 Dipilih berdasarkan kedudukan Bank Dunia (2009): Australia, Austria, Belgium, Canada, Denma
Jerman, Iceland, Ireland, Italy, Jepun, Luxembourg, Netherlands, Norway, Singapura, Spain, Sw

Selain daripada perubahan dalam struktur, ekonomi Malaysia akan menjadi lebih seimbang dan kurang
bergantung kepada industri yang berasaskan sumber. Khususnya, sumbangan kepada KDNK oleh industri
petroleum akan jatuh dari 21 peratus pada tahun 2008 ke 14 peratus pada 2020. Sebuah ekonomi yang
lebih seimbang dan pelbagai dapat memastikan pertumbuhan yang mampan dalam jangka masa panjang.

Hasil daripada EPP dan NKEA, Malaysia juga akan menjadi sebuah negara yang lebih mempunyai ciri
perbandaran. Kami menjangka bahawa jumlah penduduk yang tinggal dalam kawasan bandar akan
meningkat dari 64 peratus ke 70 peratus dan kebanyakan dari pertumbuhan ini akan bertumpu dalam
Greater KL/KV akan menyediakan lebih peluang pekerjaan baru untuk rakyat Malaysia. Dijangka bahawa
sesetengah rakyat Malaysia dari kawasan bandar dan luar bandar akan berhijrah untuk meraih manfaat
dari peluang pekerjaan ini.

Walaupun Greater KL/KV akan menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi utama, terdapat juga peluang
pertumbuhan di seluruh Malaysia. Ini termasuk pembangunan industri solar di Sarawak, pembangunan
hab biodiversiti global untuk menarik lebih ramai pelancong ke Sabah, pengkomersialan penanaman padi
serta peningkatan hasil minyak sawit. Liputan cadangan EPP bagi setiap negeri ditunjukkan dalam
Gambarajah 2-7.
92Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

Gambarajah 2-7

Menjelang 2020, Malaysia juga akan menonjolkan beberapa jaguh nasional dan serantau yang baru.
Syarikat ini akan memacu pertumbuhan jangka panjang di bidang termasuk perkhidmatan kewangan,
perkhidmatan perniagaan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan.

Akhirnya, perusahaan sederhana dan kecil (PKS) akan memainkan peranan yang lebih penting merentasi
ekonomi. Contohnya, dalam sektor pendidikan, pertanian, elektrik dan elektronik serta minyak sawit,
penyertaan PKS akan digalakkan secara aktif melalui peruntukan bantuan kewangan, akses lebih baik
kepada penyelidikan dan teknologi serta penambahbaikan dalam infrastruktur.

PERTUMBUHAN DITERAJUI OLEH PELABURAN SWASTA

Pelaburan dalam ekonomi Malaysia sehingga 2020 akan dipacu dan diterajui oleh sektor swasta. Pelaburan
swasta akan merangkumi kira 92 peratus daripada keseluruhan pelaburan dalam NKEA manakala
pembiayaan awam hanya 8 peratus sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-8. Ini adalah satu
peningkatan yang signifikan dari 37 peratus bahagian pelaburan
swasta pada 2008 dan sejajar dengan kadar pertumbuhan pelaburan swasta sebanyak
12.8 peratus yang disasarkan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (2011 hingga 2015) serta sasaran
jangka panjang 12.2 peratus pertumbuhan dari 2011 hingga 2020. Sumbangan sebanyak 92 peratus ini
sesuai dengan peranan baru Kerajaan sebagai fasilitator pertumbuhan ekonomi sepertimana yang
dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh.
Program Transformasi
Ekonomi93Hala Tuju Untuk
Malaysia

Gambarajah 2-8

~92
Pelaburan swasta merangkumi % jumlah diperlukan dalam penyampaian NKEA

RM bilion, 2010-2020
1

1,419
1,311 108

Pelaburan Pembiayaan Jumlah


2
Swasta awam
Bahagian
peratusan 92 8
dari jumlah
pelaburan

1 Tidak termasuk keperluan pembiayaan bagi peluang Greater


perniagaan
KL/KV
2 Jumlah pelaburan swasta yang dinyatakan di sini termasuk GLC dan pelaburan swasta yang la

Pertumbuhan yang diterajui oleh pelaburan swasta bererti ekonomi akan mengurangkan kebergantungan
kepada pembiayaan Kerajaan, yang dikekang oleh keperluannya untuk
mengukuhkan kedudukan fiskal negara. Ia juga bermakna pelaburan akan tertakluk
pada disiplin pasaran dan disasarkan pada bidang di mana para pelabur swasta yakin akan memperolehi
keuntungan yang lebih besar. Pembiayaan kerajaan akan disasarkan pada inisiatif yang akan
memaksimumkan impak PNK untuk setiap ringgit wang awam yang dibelanjakan.

Dari jumlah pelaburan swasta yang diperlukan, pelaburan langsung domestik akan mengambil kira
lebih kurang 73 peratus, dan 27 peratus akan berpunca dari pelaburan langsung asing sebagaimana yang
ditunjukkan dalam Gambarajah 2-9.
94Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

Gambarajah 2-9

NKEA memerlukan pelaburan swasta kira-kira RM1.3 trilion bagi tempoh 2010
di mana 73% dijangka adalah pelaburan langsung domestik

Pemecahan pelaburan langsung domestik dan asing


1
2010-2020
bagi NKEA,

RM bilion Pelaburan langsung asing


100% = RM1,311 bilion
Pelaburan langsung domestik

27%
( RM358
bilion)

73 % (RM953 bilion
)

1 Tidak termasuk peluang perniagaan


Greater KL/KV
2 Untuk peluang perniagaan, nisbah FDI:DDI dianggap setara dengan EPP

Sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-10, Malaysia mempunyai kapasiti untuk menjanakan
pelaburan domestik pada aras yang tinggi disebabkan oleh jurang yang ketara antara kadar simpanan dan
pelaburan. Jumlah simpanan Malaysia adalah pada tahap yang agak tinggi iaitu sebanyak 22 peratus
daripada KDNK, tetapi jumlah pelaburan hanya 10 peratus. Kadar simpanan diunjurkan kekal berterusan,
dengan itu, terdapatruang untuk mempertingkatkan lagi kadar pelaburan
dengan signifikan. EPU menjangka bahawa kadar pelaburan domestik boleh mencapai
18 peratus menjelang 2020, yang berpotensi untuk memberikan jumlah pelaburan yang diperlukan untuk
ETP.

Gambarajah 2-10

Analisa jurang simpanan-pelaburan menunjukkan kapasiti yang cukup untuk


menjana pelaburan domestik yang diperlukan

Peratusan PNK Simpanan


-3.9 Pelaburan
21.9 22.0 Jurang S-P
( Peratusan PNK
)
18.1
-11.9

Jurang simpanan-
10.0 pelaburan swasta
dijangka turun
dengan nyata

2010 2020
Program Transformasi
Ekonomi95Hala Tuju Untuk
Malaysia

MEWUJUDKAN PEKERJAAN BERPENDAPATAN SEDERHANA DAN


TINGGI

Inisiatif dan pembaharuan ETP dibentuk untuk memberi pertumbuhan yang akan memanfaatkan ramai
rakyat Malaysia. Terutamanya melalui unjuran 3.3 juta pekerjaan tambahan yang akan diwujudkan
daripada inisiatif yang dibangunkan dalam makmal NKEA. Lebih 60 peratus daripada pekerjaan baru
tersebut akan menawarkan gaji sederhana atau tinggi seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-11.

Gambarajah 2-11

NKEA akan mewujudkan 3.3 juta pekerjaan tambahan, kebanyakannya


dalam gaji berpendapatan sederhana dan tinggi
Pengagihan gaji dan keperluan tenaga kerja tambahan 2020

Jumlah pekerjaan tambahan juta

Pendapatan Pendapatan Pendapatan


rendah 36% sederhana 49% tinggi 15%

1.1
0.9
0.7

0.3
0.2
0.1

Lingkungan < RM1,000 < RM1,0002,000


- < RM2,0004,000
- < RM4,0007,000
- < RM7,00010,000
- > RM10,000
1
gaji 2020, RM

Peratusan dari
jumlah 3 33 27 22 10 5
pekerjaan
1 Lingkungan gaji menggambarkan RM nominal 2020

Impak keseluruhan ETP adalah pertumbuhan yang signifikan dalam pasaran


kerja, anjakan ke arah pekerjaan bergaji lebih tinggi, pelbagai peluang baru untuk
rakyat Malaysia dan pengukuhan asas kemahiran. Pada 2009, lebih kurang 57 peratus pekerja adalah
pekerja berpendapatan rendah. Akibat daripada kesan gabungan pekerjaan baru yang diwujudkan oleh
NKEA dan pertumbuhan dalam gaji benar, lebih kurang 600,000 pekerja akan dikeluarkan daripada
golongan pendapatan terendah sebagaimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-12. Dengan
pelaksanaan ETP, akan terdapat penambahan sebanyak 2.8 juta dalam jumlah pekerja berpendapatan
sederhana dan peningkatan 3 kali ganda dalam jumlah pekerjaan berpendapatan tinggi akan diwujudkan.
Peluang pekerjaan baru ini akan menarik tenaga kerja asing berkemahiran tinggi serta rakyat Malaysia
yang berbakat kembali ke Malaysia. NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley mensasarkan untuk
menarik 150,000 tenaga kerja rakyat Malaysia yang berkemahiran tinggi untuk kembali ke tanah air bagi
memenuhi keperluan ini.
96Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

Gambarajah 2-12

NKEA akan membantu mengurangkan pekerja berpendapatan rendah dah


meningkatkan bahagian pekerja berpendapatan sederhana dan tinggi
Unjuran Pengagihan Gaji 2020

Jumlah pekerjaan, juta Peningkatan ~2.8 2009

juta dalam 2020 Unjuran


( )
Kejatuhan ~0.6 juta lingkungan ini
dalam lingkungan
ini
4.7 4.6 Peningkatan ~3-
3.7 kali ganda dalam
3.3 lingkungan ini
2.9 2.8
2.3
1.3 1.2
0.6
0.3 0.2

2020 Lingkungan
< RM1,000 < RM1,0002,000
- < RM2,0004,000
- < RM4,0007,000
- < RM7,00010,000
- > RM10,000
gaji1

Pertukaran dalam
# pekerja, juta -0.6 +1.0 +1.3 +1.5 +0.9 +0.4
1Lingkungan gaji menggambarkan RM nominal 2020, lingkungan gaji 2009 telah diselaraskan
sewajarnya

Andaian: Para pekerja diedarkan sama rata dalam setiap lingkungan gaji; semua gaji pekerja bertambah pada
kadar unjuran EPU 2010 - 2020 iaitu 3.6%; produktiviti tenaga kerja sebenar untuk sektor-sektor bukan
NKEA bertambah pada unjuran EPU 2010 - 2020 iaitu 3.6%, sektor-sektor bukan NKEA mempunyai
pengagihan gaji setara dengan putara nasional

Dalam tahun menjelang 2020, jumlah kemahiran yang diperlukan dalam pasaran buruh dengan jumlah
kemahiran yang dibangunkan akan lebih seimbang. Malaysia memerlukan adalah satu kumpulan besar
individu terlatih dan cekap yang mempunyai latihan teknikal dan vokasional yang sesuai (46 peratus kerja
tambahan) seperti yang ditunjukkan dalam Gambarajah 2-13. Pelaburan dalam pendidikan di Malaysia
akan dibentuk untuk memenuhi peningkatan kuantiti dan kualiti individu dengan kelayakan teknikal dan
vokasional.
Program Transformasi
Ekonomi97Hala Tuju Untuk
Malaysia

Gambarajah 2-13

Dari 3.3 juta pekerjaan~


baru,
46 % memerlukan sijil atau diploma vokasional

Jumlah kelayakan yang diperlukan untuk pekerjaan baru pada 2020, juta

46 % dari pekerjaan yang


timbul memerlukan
kelayakan vokasional atau
diploma

0.8
0.7 0.7 0.7

0.2
0.1

Tidak mahir Vokasional/ Diploma Sarjana Sarjana/ PhD


Sijil Muda Professional
Peratusan
jumlah 22 24 22 22 7 3
pekerjaan
tambahan

MENGURUS RISIKO

ETP adalah satu program yang bercita-cita tinggi, dan sudah tentunya mempunyai risiko dalam
pelaksanaannya. Risiko paling nyata adalah tidak mampu untuk mencapai pertumbuhan yang diperlukan
dalam pelaburan sektor swasta iaitu sebanyak 12.2 peratus setiap tahun. Malaysia bermula dari satu
kedudukan pertumbuhan pelaburan swasta (kedua-dua domestik dan asing) yang agak rendah, dan ini
merupakan satu cabaran yang besar. Oleh kerana 92 peratus modal yang diperlukan untuk ETP diunjurkan
datang dari pelaburan swasta, terdapat risiko bahawa ekonomi tidak akan berkembang selari dengan
sasaran Kerajaan jika pertumbuhan dalam pelaburan tidak menjadi kenyataan.

Kerajaan memahami kepentingannya untuk memperoleh pelaburan swasta dan telah mengambil
beberapa langkah untuk mengurangkan risiko ini. Lebih penting lagi, Kerajaan mengiktiraf bahawa ia
perlu memainkan peranan baru untuk memudahkan pertumbuhan program transformasi yang dipacu
oleh sektor swasta. Idea dan peluang pelaburan yang dibangunkan dalam makmal datang dari sektor
swasta. Perubahan yang dikehendaki juga dikenal pasti oleh sektor swasta. Kerajaan akan memberi
tumpuan sepenuhnya untuk melaksanakan pembaharuan ini supaya dapat merangsangkan pelaburan
swasta. Pembiayaan Kerajaan bagi projek pembangunan dan insentif juga akan disasarkan kepada projek
yang akan melibatkan pelaburan swasta yang signifikan supaya dapat
memacukan pertumbuhan PNK.

Sebagai tambahan, pensyarikatan Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA) akan membantu
mempertingkatkan keupayaan Malaysia untuk menarik pelaburan asing dan merangsang pelaburan
domestik.

Terdapat juga risiko lain bagi program ini. Keadaan ekonomi global tidak dapat diduga dan mungkin
tidak akan berkembang sebanyak 4.5 peratus seperti yang diunjurkan sepanjang 10 tahun akan datang.
98Bab 2
Tinjauan Program Transformasi Ekonomi

Terdapat had kepada apa yang dapat dilakukan bagi mengurangkan risiko ini. Walau bagaimanapun, ETP
mensasarkan untuk mengimbangkan pertumbuhan eksport dan penggunaan domestik, yang bermakna
Malaysia akan kurang didedahkan pada perubahan dalam aktiviti ekonomi global.

Terdapat juga potensi risiko di mana pelaksanaan inisiatif akan tertangguh. Ini sedang ditangani oleh
Kerajaan. Program ini adalah berdasarkan kepada inisiatif mantap dan boleh dilaksanakan yang
dicadangkan di bawah setiap 12 NKEA. Projek tertentu telah dikenal pasti untuk memacu pertumbuhan
PNK bersama dengan pembaharuan yang dipacu pasaran untuk menarik pelaburan dan memudahkan
pertumbuhan. Ini adalah berdasarkan pada analisis teliti yang diterajui oleh sektor swasta. Akauntabiliti
yang jelas telah diwujudkan di pihak Kerajaan dan agensinya bagi melaksanakan pembaharuan dan inisiatif
yang diperlukan untuk memacukan pertumbuhan, dan sebuah Unit ETP baru ditubuhkan di bawah
PEMANDU untuk menyokong kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta dalam pelaksanaan ETP.
Kerajaan akan memberi laporan yang telus secara berkala mengenai kemajuan pelaksanaan.

Satu Program yang Sentiasa Berkembang

Satu perkara penting yang perlu di tegaskan adalah ETP adalah satu program yang akan sentiasa
berkembang. Inisiatif yang ditakrifkan dalam makmal bukan bertujuan untuk menjadi satu pelan induk
terperinci aktiviti ekonomi di Malaysia untuk 10 tahun berikutnya ia hanyalah sebagai satu titik
permulaan. Inilah sebabnya istilah projek permulaan digunakan. Pelaksanaan akan dipacu oleh pasaran,
dan pasaran adalah dinamik dan sentiasa berubah. Beberapa projek akan berkembang, sesetengahnya akan
berubah secara radikal manakala sesetengah yang lainnya akan ditamatkan. Banyak inisiatif dan aktiviti
baru yang belum lagi difikirkan akan muncul apabila pembaharuan bermula,
kemunculan peluang baru dan pembangunan pasaran.

Walau bagaimanapun, matlamat Kerajaan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang
2020 tidak akan dikompromi. Begitu juga tidak akan ada kompromi dalam memastikan Kerajaan untuk
memainkan peranannya dalam memudahkan dan menggalakkan insentif pelaburan dan pembangunan
yang dipacu oleh sektor swasta serta dalam melaksanakan pembaharuan yang diperlukan.

PENUTUP

ETP akan mentransformasikan ekonomi Malaysia dan memastikan tercapainya pertumbuhan ekonomi
yang diperlukan untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi: mencapai PNK per kapita sekurang-
kurangnya RM48,000 atau US$15,000 menjelang 2020. NKEA akan menyumbang 74 peratus
pertumbuhan ini melalui satu program inisiatif dan pembaharuan yang didorong pasaran dan bertumpu
pada bidang di mana Malaysia mempunyai kelebihan daya saing. Transformasi ini akan diterajui oleh
sektor swasta dan lebih daripada 90 peratus pembiayaan yang diperlukan akan datang dari pelaburan
swasta. Melalui ETP, lebih daripada 3 juta pekerjaan baru akan diwujudkan, di mana majoriti adalah
pekerjaan berpendapatan sederhana atau tinggi. Ini akan membawa
kepada peningkatan yang signifikan secara keseluruhan ke atas tahap pendapatan.
Peranan Kerajaan adalah untuk memudahkan pertumbuhan ekonomi ini dengan menyampaikan
pembaharuan, memberikan insentif untuk pelaburan dan memastikan pembiayaan awam disasarkan ke
bidang di mana ia akan memberikan impak yang paling besar.
Program Transformasi
Ekonomi103Hala Tuju
Untuk Malaysia

Bab 3: Memperbolehkan
Kejayaan ETP
S
ebahagian besar daripada impak Pendapatan Negara Kasar (PNK) terhadap Bidang Ekonomi
Utama Negara (NKEA) akan dicapai melalui pelaburan dan tindakan sektor swasta. Walau
bagaimanapun, pencapaian kebanyakan projek permulaan (EPP) memerlukan tindakan daripada
pihak kerajaan. Tindakan kerajaan ini melibatkan pertukaran polisi dan regulatori serta pembiayaan dalam
bidang-bidang seperti pendidikan dan infrastruktur. Hanya 15 peratus EPP tidak memerlukan pembiayaan
kerajaan atau sokongan polisi yang khusus.

Lebih kurang 70 peratus daripada tindakan pemboleh kerajaan yang diperlukan adalah khusus kepada
setiap EPP atau merentasi satu NKEA. Ini dihuraikan secara terperinci dalam bab-bab selanjutnya dalam
laporan ini . Selanjutnya, terdapat satu siri tindakan umum oleh kerajaan yang diperlukan merentasi
berbilang EPP dan NKEA. Adalah lebih efektif dan efisien bagi kerajaan untuk menyelaraskan tindakan
bersilang ini daripada menyelesaikan setiap satu apabila dan jika ia timbul.

Selain daripada itu, tindakan pemboleh ini akan menyokong pertumbuhan PNK yang akan terhasil daripada
peluang perniagaan dalam NKEA serta sektor bukan NKEA. Ini adalah penting kerana peluang perniagaan
NKEA merangkumi 33 peratus daripada penambahan PNK yang diperlukan untuk mencapai sasaran PNK
2020. Manakala sektor bukan NKEA akan menyumbang penambahan sebanyak 26 peratus kepada
peningkatan PNK. Tanpa pemboleh polisi lebih meluas ini, pertumbuhan PNK yang diperlukan tidak dapat
dicapai dengan jayanya.

Empat kategori pemboleh dibincangkan di bawah. Pertama ialah menggalakkan pelaburan swasta
menarik dan menyokong pelaburan domestik dan asing serta membangunkan rangka kerja jelas bagi
penyampaian sokongan fiskal. Kedua ialah pembangunan modal insan menarik tenaga kerja asing ke
Malaysia untuk menyokong pertumbuhan di bidang-bidang seperti Greater Kuala Lumpur/ Klang Valley,
menyelaraskan peraturan dan prosedur imigrasi dan melabur secara sistematik dalam pendidikan
vokasional untuk rakyat Malaysia. Ketiga ialah mempertingkatkan persekitaran menyeluruh bidang
perniagaan mengurangkan kos pematuhan, memansuhkan peraturan dan mempertingkatkan
kecekapan operasi kerajaan supaya dapat menjana peningkatan ketara dalam pelaburan swasta.
Keempat ialah melabur dalam infrastruktur, seperti jalur lebar dan logistik.

MENGGALAKKAN PELABURAN SWASTA

Pelaburan swasta adalah teras Program Transformasi Ekonomi (ETP). Dalam kebanyakan kes,
penyampaian pelaburan ini akan memerlukan sokongan Kerajaan. Daripada 131 EPP, 59 telah membuat
permintaan rasmi untuk mendapat bantuan kerajaan bagi menggalakkan pelaburan swasta. Permintaan ini
boleh diletakkan dalam dua kategori utama: promosi pelaburan lebih agresif untuk menjana pelaburan
domestik dan asing, dan pelbagai bentuk insentif fiskal.

Tarikan Pelabur

Sejumlah RM1.3 trilion pelaburan diperlukan dari sektor swasta untuk membiayai EPP dan peluang
perniagaan yang dikenal pasti dalam ETP. Lebih kurang 73 peratus daripada modal yang diperlukan, atau
RM953 bilion, dijangka akan dijana daripada sumber domestik. Seperti yang dihuraikan dalam Bab 2,
104Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

Malaysia mempunyai kadar simpanan domestik yang tinggi, yang menunjukkan ketersediaan modal.
Keutamaannya adalah untuk memastikan modal domestik tertarik kepada peluang produktif dalam NKEA.

Memandangkan kepentingan pelaburan domestik dalam penyampaian sasaran ETP, kami akan
memperluaskan bidang tanggungjawab Lembaga Kemajuan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk juga terlibat
dalam usahausaha meningkatkan minat dan tarikan pelaburan domestik. Khususnya, MIDA akan
menjangkau pelabur domestik secara meluas melalui - roadshows dan komunikasi media massa serta
melalui pengenalpastian dan perundingan khusus dengan bakal pelabur.

MIDA juga akan membantu pelabur domestik dalam perundingan mereka dengan agensi kerajaan
mengenai insentif, regulatori dan halatuju dalam prosedur pentadbiran. Selanjutnya, MIDA akan
menyelaras dan menggabungkan pelbagai usaha dalam lima koridor pertumbuhan Iskandar Malaysia,
Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Ekonomi Pantai Timur, Koridor Pembaharuan Tenaga Sarawak
dan Koridor Pembangunan Sabah.

Selain daripada sumber modal domestik yang diterangkan di atas, tambahan sebanyak 27 peratus dari
modal yang diperlukan untuk membiayai EPP dianggarkan datang dari pelaburan langsung asing (FDI)
berjumlah
RM358 bilion dalam 10 tahun hingga 2020. Beberapa NKEA, terutamanya Greater Kuala Lumpur/Klang
Valley, Elektrik dan Elektronik (E&E) dan Minyak, Gas dan Tenaga, bergantung pada penarikan FDI.

Prestasi Malaysia dalam menarik FDI, telah ketinggalan di belakang kebanyakan negara rantau ini
sepanjang dekad lalu. Pada 2009, Malaysia menerima hanya RM4.9 bilion FDI, satu kemerosotan sebanyak
81 peratus berbanding dengan aliran masuk 2008. Pada tempoh yang sama, aliran masuk FDI ke seluruh
rantau Asia Tenggara hanya menurun sebanyak 22 peratus manakala telah meningkat di Filipina (26
peratus) dan Singapura (54 peratus).

Untuk menarik jumlah pelaburan asing dan domestik besar yang diperlukan, Malaysia akan
memperkukuhkan asas aktiviti penarikan pelaburannya. Ini bermula dengan pensyarikatan dan
pemberdayaan dan keperkasaan MIDA sepertimana yang dimaklumkan dalam Rancangan Malaysia
Kesepuluh. Usaha ini termasuk perluasan bidang-kuasanya bagi meliputi pelaburan domestik. Permintaan
khusus daripada pelbagai EPP akan mempertajamkan dan mengkhususkan fokus terhadap usaha reformasi
ini. Terdapat dua kategori penarikan pelaburan: sasaran khusus dan terperinci terhadap pelabur dan rakan
kongsi berpotensi tinggi serta kempen pemasaran yang lebih meluas (Jadual 3-1).

Aktiviti sasaran khusus pelabur berpotensi tinggi termasuk mengenal pasti dan berunding dengan pelabur
berpotensi tinggi untuk menyertai projek yang dikenal pasti. Sebagai contoh, kami akan mengenal pasti
pelabur asing untuk mengambil bahagian dalam lima hab oleo NKEA Minyak Sawit di samping
menggalakkan pelabur sedia ada untuk menyediakan kebolehan pembungkusan maju ke dalam NKEA E&E.
MIDA akan bertanggungjawab untuk bekerjasama dengan pengusaha terlibat bagi menerajui aktiviti
menarik pelabur ini dan akan mengambil tindakan untuk mencapai pencapaian utama secara berperingkat
bagi EPP.

Tambahan kepada aktiviti sasaran ini, MIDA juga akan menjalankan kempen pemasaran yang lebih meluas
dalam NKEA yang relevan bagi mempromosikan Malaysia sebagai lokasi pelaburan yang menarik.
Contohnya ialah penganjuran roadshows antarabangsa untuk menempatkan Malaysia sebagai hab
pengkalan-data bertaraf antarabangsa.
Program Transformasi
Ekonomi105Hala Tuju
Untuk Malaysia

Jadual 3-1

Impak
Pemboleh yang diperlukan
Deskripsi Agensi Peneraju kepada PNK
daripada EPP
(RM bilion)
Sasaran khusus untuk Malaysian Industrial 20.3
11 EPP, termasuk
rakan kongsi berpotensi Development Authority
tinggi E&E: Menggalakkan syarikat atau pengeluar
pemasangan dan pengujian yang sudah berada
di Malaysia untuk menyediakan kemudahan
pembungkusan maju; penglibatan syarikat
rekabentuk IC dan pengeluar subtrat

Minyak Sawit: Menarik pelabur asing sasaran untuk


menubuhkan kilang mereka dalam lima hab oleo

Pelancongan: Menarik pengendali tempat hiburan


untuk melabur dalam zon hiburan yang
diwartakan

Kempen pemasaran 5 EPP, termasuk 34.9


meluas Perkhidmatan Perniagaan:
Mengadakan roadshows untuk
menempatkan Malaysia sebagai hab pengkalan
data bertaraf antarabangsa

E&E: Mempromosikan Sarawak sebagai


tapak pengeluar silikon;
mempromosikan Koridor Utara dan Lembah Klang
sebagai tapak pengeluar wafer dan sel.

Penjagaan Kesihatan: Membiayai


pameran perdagangan farmaseutikal
untuk mempromosikan eksport ubat-ubatan
generik buatan Malaysia

Jumlah 55.2

Insentif Fiskal

Kebanyakan daripada EPP memerlukan sokongan kewangan Kerajaan sama ada untuk perbelanjaan
modal atau perbelanjaan operasi. Secara meluas, sokongan Kerajaan adalah dalam bentuk kredit atau
pelepasan cukai am, insentif cukai yang lebih menepati sasaran, terus kepada peningkatan pelaburan
tertentu dan bentuk sokongan fiskal bukan cukai yang lain seperti geran dan pinjaman mudah. Jadual
3.2 menggambarkan jenis insentif fiskal yang telah dipohon. Insentif ini hanya akan dibayar setelah
bukti komitmen diperolehi dari sektor swasta. NKEA Pertanian memohon konsesi cukai bagi membantu
menarik rakan kongsi asing untuk melabur dalam taman makanan bersepadu yang dicadangkan.

Elaun cukai pelaburan juga telah dipohon untuk menggalakkan tahap pelaburan swasta yang lebih tinggi
dalam pelbagai sektor, seperti kilang pembungkusan maju bagi sektor E&E.

Insentif bukan cukai yang diperlukan oleh EPP ini, mengandungi terutamanya geran dan pinjaman dari
pelbagai agensi kerajaan. Walaupun insentif ini telah dikenal pasti oleh 22 EPP, jumlah yang diminta adalah
masih kecil (contohnya geran RM19 juta untuk menubuhkan pusat penjagaan anak tunas dan latihan
pendidikan) berbanding keperluan kewangan lain yang telah dinyatakan. Kebanyakan pinjaman atau geran
yang diminta adalah daripada dana yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan untuk tujuan khusus ini, seperti
Dana Teknologi Hijau dan pinjaman modal kerja dari Perbadanan PKS.

Kebanyakan insentif ini adalah khusus kepada sektor-sektor terlibat. Kerajaan bukan hanya membuat
pertukaran menyeluruh pada kod cukai tetapi akan memberi kuasa kepada MIDA dan agensi yang terlibat
untuk berunding dengan pelabur tentang insentif yang dipohon pada dasar kes demi kes. Walau
bagaimanapun, Kementerian Kewangan telah menubuhkan satu pendekatan am dan rangka kerja untuk
menyediakan asas menyeluruh bagi mengendalikan perundingan ini. Ini bermakna peruntukan untuk
insentif ini tidak perlu dirumuskan dari permulaan setiap kali perundingan dijalankan. Kerajaan juga akan
106Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

meneliti semula setiap permohonan bagi memastikan hanya permohonan dengan potensi impak tertinggi
kepada PNK akan menerima sokongan kewangan daripada sektor awam.

Jadual 3-2

Impak
Deskripsi Pemboleh diperlukan oleh EPP Agensi Utama kepada PNK
(RM bilion)
Kredit dan pelepasan 7 EPP, termasuk Kementerian 22.9
cukai E&E: Mengecualikan cukai bagi Kewangan
pengeluarperintis silikon dan wafer
serta pengeluar sel
Penjagaan Kesihatan:
Menyediakan pengecualian
cukai kepada syarikat yang layak
menerima status Metropolis Kesihatan
Pertanian:Memberi konsesi cukai kepada
rakan kongsi asing yang memulakan
operasi dalam taman makanan bersepadu
Elaun pelaburan dan 4 EPP, termasuk 17.5
cukai Minyak Sawit: Menyediakan insentif
cukai untuk pengambil alihan
syarikat oleo dan pemprosesan makanan asing
Pelancongan: Menyediakan elaun
cukai pelaburan (ITA) untuk
pembinaan hotel bertaraf 4-bintang dan 5-bintang,
penambahbaikan dan kerja-kerja pemulihan
E&E: Menyediakan insentif untuk
meningkatkan kilang
pembungkusan maju
Insentif bukan cukai 22 EPP, termasuk Unit Perancang 60.6
(seperti geran dan Pendidikan: Dana untuk membina Ekonomi
pinjaman) pusat latihan penjagaan dan dan Kementerian
pendidikan kanak-kanak (ECCE) atau pembesaran Kewangan
pusat sedia ada
E&E: Memberi geran pinjaman
penyelidikan dan
pembangunan (R&D) dan bantuan
latihan untuk perkembangan syarikat-syarikat LED
Pertanian:Mewujudkan skim
pembiayaan faedah rendah
dengan Agrobank untuk pengusaha luar bandar

Jumlah 101.1

MENINGKATKAN MODAL INSAN

Modal insan adalah kritikal kepada kejayaan ETP. Peningkatan ketara diperlukan dari segi jumlah tenaga
kerja dan kemahiran di Malaysia bagi melaksanakan pertumbuhan PNK dalam NKEA yang diperlukan. Satu
pertiga daripada EPP, yang mewakili RM120 bilion sumbangan PNK, memerlukan pelaburan langsung
dalam modal insan. EPP yang lain memerlukan pembangunan modal insan walaupun secara tidak
langsung. Contoh modal insan yang diperlukan termasuk aquaculturists (Pertanian), akauntan
(Perkhidmatan Perniagaan), pengurus harta dan pakar produk kewangan (Perkhidmatan Kewangan) dan
jururawat (Penjagaan Kesihatan). Penting juga adalah keperluan ketara untuk kemahiran kepemimpinan
untuk menjawat jawatan dalam bidang pengurusan dan pentadbiran merentasi semua NKEA.

3.3 juta pekerjaan yang dijangka diwujudkan dalam sektor-sektor NKEA memerlukan pelbagai kelayakan,
dari pekerja kurang mahir ke pemegang sijil vokasional dan diploma ke graduan sarjana profesional
lanjutan, sepertimana yang ditunjukkan dalam Gambarajah 3-1. Analisa dan kajian keperluan kemahiran
dalam NKEA menunjukkan bahawa pada kadar terkini, akan mungkin terdapat sehingga 1.0 juta jawatan
kosong pada 2020 yang sukar untuk dipenuhi. Julat ini merangkumi penolong penjualan yang
berkemahiran rendah dan kakitangan pengemas-urusan hotel kepada jawatan-jawatan berkemahiran tinggi
yang memerlukan ijazah lanjutan seperti jurutera, pensyarah, penganalisis kewangan dan pengamal
perubatan am.
Program Transformasi
Ekonomi107Hala Tuju
Untuk Malaysia

Bagi mengenalpasti dan menangani keperluan modal insan EPP dan peluang perniagaan, Kerajaan akan
mengambil tindakan untuk membina keupayaan dan kemahiran tenaga kerja sedia ada di Malaysia,
menarik tenaga kerja asing untuk bekerja di Malaysia dan melonggarkan peraturan imigrasi bagi
memudahkan kemasukan tenaga kerja dari luar ini. Pembinaan modal insan bukan hanya mampu
memanfaatkan EPP dan peluang perniagaan, malah ia juga akan menyediakan tenaga kerja berkebolehan
dari segi teknikal, pemikiran kritikal dan kemahiran kepemimpinan yang diperlukan untuk menjalan dan
menjayakan peluang perniagaan masa hadapan serta projek-projek bukan NKEA.

Gambarajah 3.1

Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan


2010 keluaran Bank Dunia
Kedudukan Global 2010
Permulaan Pendaftaran Peguatkuasa
Kemudahan Pengendalian Perdagangan
perniagaan Hartanah an kontrak
menjalankan permit merentasi
perniagaan pembinaan sempadan

Singapura 1 4 2 16 1 13

New Zealand 2 1 5 3 26 10

Hong Kong 3 18 1 75 2 3

USA 4 8 25 12 18 8

UK 5 16 16 23 16 23

Thailand 12 55 13 6 12 24

Japan 15 91 45 54 17 20

Republik
19 53 23 71 8 5
Korea

Malaysia 23 88 109 86 35 59

Sumber: Bank Dunia

Melahirkan Keupayaan Domestik

Kemahiran yang dikehendaki bagi memenuhi permintaan beberapa EPP perlu dibangunkan secara
domestik, sama ada melalui peningkatan pekerja sedia ada, melalui program latihan di universiti, institut
pendidikan atau latihan lain. Sebagai sebahagian daripada Rancangan Malaysia Kesepuluh, Kerajaan telah
menambah baik institusi pengajian tinggi secara sistematik dan komited. Ia telah menambahkan
pembiayaan dengan ketara serta lebih menumpu kepada kenaikan taraf latihan teknikal dan vokasional.

Syarikat-syarikat yang menerajui EPP ini telah memohon supaya pihak Kerajaan menjadi rakan kongsi
mereka dalam menyediakan latihan yang diperlukan atau memasukkan pengajian bidang khusus ke
dalam program pembelajaran universiti awam. Sebagai contoh, ialah penubuhan Pusat Kecemerlangan
Kejuruteraan (Centre of Excellence for Engineering atau CEE) di mana sektor swasta dan akademia dapat
berinteraksi dalam program pasca-ijazah, pasca-kedoktoran serta bekerjasama dalam projekprojek
berasaskan penyelidikan, berdasarkan pada permintaan dari sektor swasta (seperti NKEA E&E).
Permintaan lain adalah termasuk permohonan untuk memperkenalkan lebih banyak kursus khusus
berkaitan pengkalan-data di universiti awam. Topik-topik yang disyorkan termasuk topik-topik seperti
rangkaian komunikasi dan IT (networks) pelayan maya dan IT Hijau (Perkhidmatan Perniagaan) serta
108Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

latihan bersama bagi meningkatkan jumlah juruaudit bersijil dalam industri akuakultur bersepadu
(Pertanian). Jadual 3-3 memberi gambaran keseluruhan tindakan yang diperlukan.

Satu lagi keperluan penting untuk kejayaan ETP ialah pembangunan tenaga kerja pengurusan kanan dan
kemahiran kepimpinan untuk NKEA. Berkaitan ini, Talent Corporation (seperti yang dibincangkan di
bawah) akan terlibat dalam mewujudkan keupayaan/kemahiran terbaik yang amat diperlukan oleh NKEA,
bagi memacu kejayaan EPP.

Satu pendekatan yang selaras bagi menyampaikan tahap latihan dan pendidikan yang diperlukan untuk
bidang-bidang ekonomi utama ini akan dilaksanakan oleh pihak Kerajaan. Talent Corporation,
Kementerian Pengajian Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia akan bekerjasasama untuk menyelaras
dengan Kementerian Peneraju setiap NKEA bagi menilai jurang kemahiran dan merancang serta
menyediakan kursus yang sesuai. Kebanyakan dari jurang kemahiran ini adalah dari bidang teknikal dan
vokasional seperti pengurusan hospitaliti dan kejururawatan. Kerajaan komited untuk menyokong
pendidikan teknikal dan vokasional (TEVT) melalui penyelarasan akreditasi merentasi kementerian,
industri dan syarikat/institusi pembekal latihan kemahiran swasta.

Jadual 3-3

Impak
Agensi kepada
Penerangan Pemboleh diperlukan oleh EPP
Peneraju PNK (RM
bilion)
Kredit dan pelepasan 29 EPP, termasuk Kementerian 61.4
cukai Penjagaan Kesihatan (diselaraskan Pengajian Tinggi
bersama Kementerian Kesihatan): dan
Melatih lebih ramai pakar radiologi dan subpakar Kementerian
dalam pelbagai bidang radiologi dan patologi; Sumber
bekerjasama dengan syarikat penjagaan Manusia
kesihatan untuk menyertai program-program
latihan kesihatan bersekutu; menubuhkan pusat
kecemerlangan untuk penjagaan inovatif,
penyelidikan dan pendidikan khusus.
Pertanian (diselaraskan bersama Kementerian
Pertanian): Meningkatkan
pengetahuan mengenai standard dalam
akuakultur bersepadu (IZAQ); mengeluarkan
panduan dan prosedur bagi operasi perladangan
rumpai laut
Perkhidmatan Perniagaan: Melatih 600
jurutera untuk mengembangkan firma
perkhidmatan kejuruteraan pure play yang besar;
mengendalikan seminar teknologi hijau untuk
institusi kewangan bagi membantu mereka
membiayai dan menjadi rakan kongsi dalam
syarikat permulaan teknologi hijau
E&E (diselaraskan bersama Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi): Melatih
tenaga kerja dalam reka bentuk IC,
semikonduktor, pembuatan wafer dan sel;
membiayai bersama program-program MSc dan
PhD dengan
syarikat-syarikat swasta; memperkenalkan
kursus softskills; mengembangkan cepat-naik
bagi pekerja baru industri
Pelancongan (diselaraskan dengan
Kementerian Pelancongan):
Menubuhkan pusat latihan untuk melahirkan
pakar tempatan dalam industri spa; melatih polis
pelancong dalam bahasa asing
Perkhidmatan Kewangan (diselaraskan
dengan Bank Negara Malaysia,
Suruhanjaya Sekuriti): Menyediakan latihan
Program Transformasi
Ekonomi109Hala Tuju
Untuk Malaysia

dalam bidang khusus seperti pengurusan risiko


pasaran modal, pembangunan produk,
perdagangan khusus, pengurusan harta dan
pengurusan aset

Kursus dan modul 15 EPP, termasuk Kementerian 17.4


pengajian di universiti Pertanian (diselaraskan bersama Kementerian Pengajian Tinggi
Pertanian): Menstruktur semula
kursus pertanian sedia ada bagi memastikan
penekanan mencukupi dalam bidang teras
seperti pemakanan haiwan, perladangan
haiwan, penternakan haiwan, agronomi dan
pertanian, teknologi maklumat dan
komunikasi; menambahkan tempat untuk
bidang-bidang baru seperti akuakultur
Perkhidmatan Perniagaan: Menjemput
universiti luar negara untuk
menubuhkan kampus tempatan bagi mengajar
kejuruteraan penerbangan (penyelenggaraan,
pembaikan dan pemeriksaan terperinci);
memperkenalkan kursus pengkalan data
Penjagaan kesihatan (diselaraskan
dengan Kementerian Kesihatan):
Mewujudkan kesinambungan antara program
Sarjana Malaysia dan kolej-kolej antarabangsa
untuk kursus radiologi dan patologi
Minyak sawit (diselaraskan dengan
Kementerian Perusahaan
Perladangan dan Komoditi): Meningkatkan
jumlah kursus dalam kejuruteraan kimia,
kejuruteraan bio, sains makanan, teknologi
makanan, pemakanan dan kesihatan,
penyelidikan produk dan reka bentuk produk
Jumlah 78.8

Tenaga Kerja dari Luar Negara

Kerajaan akan menarik pulang rakyat Malaysia yang bekerja dan bermastautin di negara-negara lain ke
Malaysia serta warga asing untuk membina kerjaya mereka di Malaysia. Potensi besar dapat diraih dari
110Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

kedua-dua kumpulan ini. Pada 2009, dianggarkan terdapat lebih 700,000 rakyat Malaysia yang
bermastautin di luar negara, di mana sehingga dua pertiga daripada mereka adalah terdiri daripada
golongan profesional.

EPP untuk beberapa NKEA memerlukan bakat dari luar negara (Jadual 3-4 memberi satu gambaran
keseluruhan), seperti Greater Kuala Lumpur/Klang Valley, Pendidikan dan Perkhidmatan Kewangan.
Walaupun diakui yang kami mengiktiraf bahawa ramai rakyat Malaysia di luar negara serta warga asing
akan memilih untuk datang ke Malaysia disebabkan peluang yang dicipta oleh ETP, Kerajaan juga akan
berusaha dengan gigih untuk menarik sejumlah besar tenaga kerja yang diperlukan. Rancangan Malaysia
Kesepuluh melaporkan jumlah ekspatriat mahir di Malaysia telah jatuh lebih separuh iaitu dari 82,500 ke
38,100 di antara 2000 dan 2007.

Tindakan-tindakan yang perlu diambil termasuk:

Membentuk dan melaksanakan pakej ekspatriat menarik (seperti insentif cukai pendapatan perseorangan)
untuk rakyat Malaysia di luar negara dan warga asing yang mahir;

Membentuk dan melaksanakan usaha pemasaran (seperti roadshows, program sasaran untuk calon yang
telah dikenalpasti); dan

Membantu para ekspatriat dalam permohonan untuk bekerja di Malaysia (seperti visa, permit kerja dan
sebagainya).

Talent Corporation akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk menerajui inisiatif yang
akan menarik, mendorong dan mengekalkan tenaga kerja terbaik yang diperlukan secara kritikal oleh
negara. Sebagai tambahan kepada penyediaan tenaga kerja terbaik Malaysia bagi menyokong ETP, Talent
Corporation juga akan:

Giat mengenal pasti, dan berhubung dengan ahli-ahli diaspora Malaysia yang berkelayakan tinggi. Ini akan
dilaksanakan melalui usaha pemasaran luas seperti roadshows dan pestakerjaya, dan juga melalui lebih
aktiviti sasaran seperti pencarian dan usaha penawaran kerja kepada bakat asing khusus;

Menyelaras dengan Jabatan Imigresen dan misi diplomatik untuk mengenal pasti dan menjejaki tenaga
kerja asing, yang terdiri daripada golongan pakar yang diperlukan dalam NKEA termasuk siswazah
universiti terkemuka dunia yang berpotensi tinggi; dan

Mengukuh dan mempertingkatkan program-program penarikan tenaga kerja sedia ada seperti Returning
Expert (program menggalakkan rakyat Malaysia berkepakaran di luar negara untuk pulang ke Malaysia)
dan Brain Gain (program Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi untuk menarik kumpulan diaspora
Malaysia dan para penyelidik asing, saintis, jurutera dan usahawan tekno).

Unit Perancang Ekonomi akan menerajui penubuhan Talent Corporation, yang dijangka akan ditubuhkan
pada Januari 2011.

Jadual 3-4

Impak
Agensi kepada
Penerangan Pemboleh diperlukan oleh EPP
Peneraju PNK (RM
bilion)
Program Transformasi
Ekonomi111Hala Tuju
Untuk Malaysia

Komunikasi kepada 5 EPP, termasuk Talent Corporation 3.1


kumpulan sasaran Perkhidmatan Kewangan: Mengekalkan
satu pangkalan data nasional
untuk mengesan pakar-pakar perkhidmatan
kewangan Malaysia di luar negara dan
memaklumkan mereka mengenai peluang-
peluang yang wujud
Perkhidmatan Perniagaan: Mengumpul
dan menganalisa profil
diaspora profesional Malaysia; melancarkan
komunikasi sasaran, rangkaian dan
memadankan peluang pekerjaan
CCI: Menyediakan biasiswa untuk
pengeluarkandungan kreatif asing
dan menawarkan pekerjaan kepada mereka
selepas mendapat ijazah
Minyak Sawit: Mengenal pasti dan
menarik ahlisains dan teknologi
makanan Malaysia terbaik, pakar-pakar
pemasaran barangan pengguna laris, jurutera
bahan kimia perindustrian dan jurutera bio
yang tinggal di luar negara
Greater KL/KV: Mengesan dan menghubungi
individuindividu1 paling menarik dalam 5,000
diaspora teratas Malaysia
Kempen pemasaran Lima EPP, termasuk 7.2
meluas PerkhidmatanPerniagaan: Menjalankan
kempen untuk memasarkan Malaysia
sebagai satu destinasi bagi tenaga kerja mahir
profesional; membangunkan portal tenaga kerja
mahir sehenti
Perkhidmatan Kewangan: Menarik
pakar-pakar kewanganIslam global
Jumlah 10.3

Peraturan Imigresen

Undang-undang imigresen Malaysia telah menampakkan banyak perubahan positif dalam tahun-tahun
kebelakangan ini, terutamanya berkaitan dengan kemudahan kemasukan tenaga kerja asing mahir. Walau
bagaimanapun, sektor swasta merentasi banyak industri masih mengalami pelbagai kesukaran untuk
membawa masuk tenaga kerja asing akibat daripada beberapa peraturan imigresen yang agak terbatas.
Contohnya, tidak ada peruntukan yang disediakan untuk memudahkan para siswazah asing berprestasi
tinggi di universiti-universiti Malaysia untuk mendapat pekerjaan di negara ini (seperti visa satu tahun
secara automatik). Risikonya adalah Malaysia mungkin kehilangan pekerja berkemahiran ini ke
negaranegara seperti Singapura yang mempunyai polisi imigresen yang lebih fleksibel.

Kerajaan akan bertindak untuk memudahkan prosedur imigresen; contohnya, memansuhkan sekatan
kepada ekspatriat berpendapatan sederhana dan tinggi supaya untuk bekerja dalam sektor perkhidmatan,
serta memendekkan tempoh permohonan dan prosedur. Kerajaan akan membangun dan melaksanakan
satu set kriteria untuk pemansuhan sekatan pada atau kelulusan automatik visa dan permit kerja.

Satu rombakan polisi- imigresen terpilih juga diperlukan oleh beberapa NKEA bagi melaksanakan EPP
mereka. Contohnya, untuk NKEA Pendidikan, bagi meningkatkan bilangan pelajar luar negara untuk
belajar di Malaysia, proses permohonan untuk kemasukan pelajar asing perlu dipercepatkan. Di samping
itu, sekatan untuk pelajar-pelajar ini bekerja semasa tempoh pengajian bagi memenuhi syarat-syarat
latihan amali perlu dikaji semula. Pada masa yang sama, untuk kejayaan EPP pelancongan perubatan dalam
NKEA Penjagaan Kesihatan, permohonan visa secara ekspress dan pelanjutan tempoh visa bagi

1 EPP ini akan menyumbang sebanyak RM118 bilion kepada PNK menjelang 2020. Tetapi, sumbangan kepada PNK daripada
Greater KL/KV dikira secara berasingan bagi mengelak kiraan dua kali memandangkan sebahagian daripada pendapatan
daripada NKEA lain akan dijana dalam NKEA Greater KL/KV
112Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

pengembara/ pelancong kesihatan dan teman mereka perlu disegerakan. Ini akan dirunding secara kes
demi kes antara wakil sektor masing-masing, Kementerian Peneraju NKEA masing-masing dan
Kementerian Dalam Negeri.
Jadual 3-5 menyediakan satu ringkasan menyeluruh bagi tindakan yang diperlukan.

Jadual 3-5

Impak
Agensi kepada
Penerangan Pemboleh diperlukan oleh EPP
Peneraju PNK (RM
bilion)
Memudah dan 7 EPP, termasuk Kementerian 6.4
mempercepatkan Perkhidmatan Kewangan: Melaksanakan Dalam Negeri
proses permohonan permohonan dan pemprosesan
imigresen dalam talian
Minyak, Gas dan Tenaga: Melaksanakan
tempoh yang pendek serta tetap
bagi permohonan dan kelulusan untuk
memperoleh dan memperbaharui kerja dan
permit kediaman
Penjagaan Kesihatan: Memendekkan
masa yang diperlukan oleh
hospital swasta untuk membawa masuk doktor,
jururawat dan ahli profesional kesihatan asing
yang lain
E&E: Mengurangkan tempoh pemprosesan
(kurang daripada sebulan untuk
permohonan baru dan kurang dari dua minggu
untuk pembaharuan)
Memansuhkan 9 EPP, termasuk 5.6
polisi imigresen E&E: Menyediakan kelulusan automatikuntuk
terbatas dan hak tenaga kerja mahir asing yang
bekerja menceburi bidang kerja pengetahuan (seperti
jurutera dan pereka) untuk syarikat-syarikat
solid state lighting
Perkhidmatan Perniagaan: Memansuhkan
sekatan ke atas ekspatriat
untuk subsektor perkhidmatan utama; sediakan
visa bekerja satu tahun bagi pelajar asing
dengan CGPA
3.5 dan ke atas dari universiti-universiti
tempatan
Pelancongan: Membenarkan pelajar asing
dalam kursus berkaitan hospitaliti
atau pelancongan untuk bekerja sehingga 20 jam
seminggu
Jumlah 12.0

MEMPERTINGKATKAN PERSEKITARAN PERNIAGAAN

Persekitaran am perniagaan di Malaysia adalah satu kelemahan kompetitif yang ketara bagi negara ini.
Malaysia telah mengambil langkah-langkah peningkatan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, termasuk
menubuhkan PEMUDAH (satu pasukan tugas khas bagi memudahkan perniagaan) yang berjaya
menyelaraskan peningkatan seperti mengurangkan masa pemprosesan ke separuh untuk permohonan pas
pekerja ekspatriat dari 14 ke 7 hari dan melaksanakan sistem permohonan lesen perniagaan dalam talian.
Walaubagaimanapun maklum balas dari para pelabur sektor swasta menunjukkan bahawa persekitaran
perniagaan masih lagi satu faktor utama yang mengekang pelaburan. Terlalu kerap, perniagaan
menghadapi pelbagai peraturan rumit yang telah wujud sejak bertahun-tahun dan kini menyekat
pertumbuhan. Contoh bagaimana ini memberi kesan negatif kepada sektor-sektor Pendidikan dan E&E
ditunjukkan dalam Kotak 3-1 dan Kotak 3-2 masing-masing.

Kotak 3-1
Program Transformasi
Ekonomi113Hala Tuju
Untuk Malaysia

Contoh Pendidikan
Malaysia mempunyai salah satu rejim paling liberal di dunia untuk menggalakkan pelaburan
swasta ke dalam sektor pendidikan. Walaubagaimanapun, pelaburan sebenar masih di bawah
potensi pelaburan kerana persekitaran am perniagaan tidak dilihat sebagai menarik oleh para
pelabur asing dan tempatan. Untuk menubuhkan sebuah tadika, contohnya, pelabur memerlukan
berbagai-bagai lesen, pemakluman dan kelulusan dari berbagai pihak seperti dari Kementerian
Pelajaran, Kementerian Kesihatan, Suruhanjaya Syarikat, Suruhanjaya Tenaga Elektrik, Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja, Organisasi Keselamatan Sosial,
Jabatan Hasil Dalam Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Kesihatan dan Keselamatan
Pekerja dan Jabatan Bomba. Sesetengah daripadanya berbeza mengikut negeri atau daerah
(seperti keperluan pihak berkuasa tempatan), dan ini lebih menyukarkan perkembangan sektor
ini di peringkat nasional.

Kotak 3-2

Contoh Elektrik dan Elektronik


Sebagaimana yang digambarkan dalam bab E&E, satu tinjauan industri telah dijalankan ke atas syarika
syarikat E&E. Malaysia dilaporkan amat berdaya saing dalam beberapa bahagian kurang penting, sepe
ketersediaan air dan struktur kos. Bagaimanapun, dalam aspek yang lebih penting seperti peraturan
Kerajaan dan kemudahan urusan dengan Kerajaan, Malaysia ditakrifkan lebih kurang sama dengan Ch
dan sering di belakang Singapura.

Carta 3-2 menjelaskan dengan lebih lanjut bagaimana Malaysia ketinggalan berbanding pesaing
serantaunya, sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Menjalankan Perniagaan 2010 Bank Dunia.
Meskipun Malaysia berada pada kedudukan yang tinggi dari segi kemudahan menggunakan kredit dan
prosedur pengambilan pekerja, ia ketinggalan dalam aspek lain seperti kemudahan memulakan perniagaan
(lebih kurang 11 hari, berbanding dengan 6 hari di Hong Kong), pengendalian permit-permit pembinaan
(melibatkan 25 prosedur, berbanding 13 di Republik Korea) dan pendaftaran hartanah (mengambil masa
144 hari, berbanding dengan 29 hari di China).
114Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

Carta 3-2

Malaysia menduduki tangga ke-23 dalam Laporan Menjalankan Perniagaan


2010 keluaran Bank Dunia
Kedudukan Global 2010
Permulaan Pendaftaran Peguatkuasa
Kemudahan Pengendalian Perdagangan
perniagaan Hartanah an kontrak
menjalankan permit merentasi
perniagaan pembinaan sempadan

Singapura 1 4 2 16 1 13

New Zealand 2 1 5 3 26 10

Hong Kong 3 18 1 75 2 3

USA 4 8 25 12 18 8

UK 5 16 16 23 16 23

Thailand 12 55 13 6 12 24

Japan 15 91 45 54 17 20

Republik
19 53 23 71 8 5
Korea

Malaysia 23 88 109 86 35 59

Sumber: Bank Dunia

Laporan Pelaburan Merentasi Sempadan 2010 juga menyatakan bahawa kemudahan perniagaan di
Malaysia masih boleh diperbaiki, terutamanya bagi para pelabur asing. Ia juga menunjukkan bahawa
Malaysia ketinggalan di belakang pesaing Asia seperti Singapura dan Republik Korea, dan juga jiran ASEAN
seperti Filipina, Vietnam and Indonesia dari segi tahap pemilikan ekuiti asing yang dibenarkan dalam
sektor seperti perbankan, penjagaan kesihatan dan telekomunikasi.

Berdasarkan kerumitan yang dihadapi oleh EPP, kebanyakan daripada mereka telah memohon agar
pemboleh yang akan mempertingkatkan persekitaran perniagaan ditangani dan disediakan. Ini termasuk:

Liberalisasi
Contoh adalah termasuk membenarkan firma guaman asing dengan kepakaran dalam kewangan Islam
untuk beroperasi di Malaysia (Perkhidmatan Kewangan) dan memansuhkan syarat pemilikan ekuiti
bagi menggunakan dana pembangunan produk (Pelancongan); dan

Kemudahan penubuhan dan operasi


Contoh adalah termasuk menyelaraskan prosedur perlesenan untuk menubuhkan pusat pendidikan awal
kanak-kanak (Pendidikan) dan mempercepatkan lagi masa pemprosesan dan kelulusan untuk
kemudahan penjagaan kesihatan (Penjagaan Kesihatan).

Mengjangkaui EPP, peningkatan dalam persekitaran perniagaan adalah satu cara penting untuk mencapai
penambahan teguh dalam pelaburan swasta bagi merealisasikan peluang-peluang perniagaan dan
sektorsektor bukan NKEA yang diperlukan demi mencapai sasaran PNK 2020 (sebagaimana yang
dihuraikan dalam Bab 1). Idea khusus terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh, yang mengambil
ikhtibar daripada nasihat dan pandangan Majlis Penasihat Ekonomi Negara. Ini termasuk satu kajian
Program Transformasi
Ekonomi115Hala Tuju
Untuk Malaysia

semula dan secara menyeluruh regulatori terbabit, liberalisasi lanjut sektor perkhidmatan, pengurangan
dalam kos-kos regulatori PKS dan penyelarasan hubungkait antara Kerajaan dan perniagaan.

Kajian Semula secara Menyeluruh Regulatori Berkenaan

Menjelang 2015, Kerajaan bertujuan menjadikan Malaysia salah satu dari 10 negara teratas di dunia dari
segi kemudahan melakukan perniagaan. Untuk mencapai matlamat ini, Kerajaan akan bermula dengan satu
semakan semula yang menyeluruh keatas regulatori perniagaan, bermula dengan peraturan yang
mempunyai kesan terhadap NKEA. Peraturan yang menyumbang kepada hasil nasional yang lebih baik
akan dikekalkan, sementara peraturan berlebihan dan lapuk akan dimansuhkan. Kajian semula ini akan
diterajui oleh Malaysia Productivity Corporation, yang akan diperbaharui dan distrukturkan semula bagi
memastikan ia mempunyai keupayaan dan sumber-sumber yang diperlukan.

Liberalisasi Lanjut Sektor Perkhidmatan

Kerajaan akan bertindak untuk melonggarkan syarat yang dikenakan keatas sektor perkhidmatan bagi
menggalakkan lebih pelaburan. Misalnya, memansuhkan syarat-syarat pemilikan ekuiti dari sub-sektor
perkhidmatan (contoh Runcit) demi menggalakkan pelaburan asing; pengiktirafan lebih luas bagi
kualifikasi tertentu, seperti untuk para arkitek, jurutera, ahli profesional penjagaan kesihatan bersekutu dan
pengajar; dan mengalihkan sekatan pada komposisi Lembaga Pengarah syarikat. Khususnya, Kerajaan akan
mengkaji semula sekatan ekuiti asing supaya membenarkan sekurang-kurangnya 70 peratus pemilikan
ekuiti ASEAN menjelang 2015. Beberapa agensi akan terlibat dalam melaksanakan tugas ini: Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains, Teknologi dan
Inovasi dan Kementerian Dalam Negeri.

Pengurangan dalam Kos-kos Regulatori untuk PKS

Banyak isu regulatori dirasakan tidak seimbang oleh PKS, yang lazimnya tidak mempunyai sumber
kewangan untuk menghadapi keperluan undang-undang dalam cara yang keberkesanan kos. Dalam
menggalakkan aktiviti keusahawanan, Kerajaan akan mengecualikan beberapa peraturan perniagaan yang
menelan belanja yang besar untuk syarikat yang mempunyai lima atau kurang dari lima pekerja sehingga
syarikat tersebut berkembang melebihi lima kakitangan. Peraturan akan dimudahkan bagi syarikat ini dari
segi pendaftaran perniagaan dan syarat untuk majikan. Pengalaman antarabangsa telah membuktikan yang
ini boleh menjadi satu kaedah amat berkesan bagi menggalak dan merangsangkan keusahawanan.

Menyelaraskan Hubung Kait Kerajaan-Perniagaan

Sebagai tambahan kepada pembentukan semula dasar dan perundangan, Kerajaan juga akan melaksanakan
satu siri tindakan bagi mempertingkatkan penyelarasan di antara perniagaan dan Kerajaan untuk
memastikan persekitaran pelaburan dan operasi yang lebih memberangsangkan di negara ini.
Meningkatkan kualiti dan mempercepatkan perkhidmatan Kerajaan serta menambahkan ketelusan dan
kepastian dalam pengambilan keputusan akan menghasilkan kenaikan produktiviti yang signifikan.
116Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

MEMBINA INFRASTRUKTUR

Infrastruktur fizikal Malaysia telah berkembang dengan begitu nyata sekali dalam lima tahun kebelakangan
ini. Bagaimanapun, pelaburan infrastruktur tambahan yang besar diperlukan bagi menyokong
pertumbuhan ekonomi yang akan dicapai melalui ETP. Malaysia tidak akan menyediakan infrastruktur
dalam cara yang reaktif. Lebih tepat, kami akan menempatkan rancangan pembangunan infrastruktur yang
berpandangan jauh kedepan, dengan tujuan mengkalis masa hadapan ekonomi negara.

Dua jenis infrastruktur akan diberi perhatian khusus memandangkan fungsi utama mereka dalam meneraju
penjanaan PNK: jalur lebar dan logistik.

Jalur Lebar

Jalur lebar adalah satu infrastruktur kritikal dalam kejayaan EPP di bidang-bidang seperti Kandungan
Komunikasi dan Infrastruktur, Elektrik dan Elektronik, Perkhidmatan Kewangan, Pemborongan dan
Peruncitan, Perkhidmatan Perniagaan dan Pendidikan. Misalnya, jalur lebar akan:

Mengembangkan kapasiti (jalur lebar) untuk merangsang hab pengkalan data (Perkhidmatan Perniagaan);

Mempertingkatkan kelajuan untuk memudahkan penghantaran dokumen reka bentuk IC besar (E&E); dan

Meluaskan liputan dan akses bagi menggalakkan pusat beli-belah maya (virtual) (Pemborongan dan
Peruncitan).

Melebihi EPP, jalur lebar juga kritikal untuk pertumbuhan sektor-sektor lain ekonomi. Objektif Kerajaan
adalah untuk menaikkan kadar penembusan jalur lebar di Malaysia ke 75 peratus isi rumah sebelum akhir
2015 (dari sekitar 40 peratus pada masa ini). Ini akan dicapai melalui satu kombinasi jalur lebar
berkelajuan tinggi (sehingga 100 Mbps) di kawasan-kawasan yang mempunyai impak ekonomi tinggi
(seperti Greater Kuala Lumpur/Klang Valley) dan jalur lebar untuk penduduk awam (di bawah 5 Mbps) di
kawasan separuh-bandar dan luar bandar. Kerajaan akan membiayai bersama pelancaran ini melalui satu
perkongsian dengan sektor swasta dan sebahagian dari dana Peruntukan Perkhidmatan Universal akan
digunapakai.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan
Kebudayaan, akan terus berusaha dan bekerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi untuk
memperluaskan liputan rangkaian, meningkatkan kelajuan rangkaian dan seterusnya menambahkan
kemampuan jalur lebar. Kerajaan juga akan meminda Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984
supaya memberi mandat kepada para pemaju dalam usaha menggabungkan kemudahan jalur lebar di
kawasan-kawasan komersil dan kediaman.

Logistik

Malaysia mempunyai salah satu infrastruktur logistik terbaik di rantau ini, termasuk Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur yang telah memenangi berbagai anugerah, Lebuh Raya Utara-Selatan yang
menghubungkan sepanjang Semenanjung Malaysia dan Pelabuhan Tanjung Pelepas di Johor.
Program Transformasi
Ekonomi117Hala Tuju
Untuk Malaysia

Dalam menyokong kejayaan ETP, kami akan menaikkan taraf infrastruktur sedia ada, seperti jalan,
pelabuhan dan lapangan terbang, dan membina infrastruktur logistik baru jika terdapat perniagaan yang
mencukupi, supaya memudahkan pergerakan yang efisien bagi para pekerja dan barangan.

Pelaburan infrastruktur adalah salah satu tema teras bagi NKEA Greater KL/KV: hubungan keretapi laju
antara Kuala Lumpur and Singapura dan sistem transit laju di Greater KL/KV. Sebagai tambahan,
pelaburan infrastruktur termasuk meningkatkan Bintulu sebagai satu lapangan terbang antarabangsa
untuk menarik pengeluar silikon (E&E) dan untuk mencepatkan pembinaan jalan raya penghubung
kepada Pasaraya Besar Boulevard (Big Box Boulevard) di Nusajaya (Pemborongan dan Peruncitan) juga
akan dilaksanakan.

Meningkatkan infrastruktur logistik akan mempunyai kesan meluas kepada negara melebihi NKEA. Oleh
yang demikian, Kerajaan komited untuk mempertingkatkan akses dan kesinambungan pengangkutan di
bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh. Khususnya, Kerajaan adalah komited untuk:

Membina dan meningkatkan jalan-jalan


Beberapa pembangunan utama seperti Jambatan Kedua Pulau Pinang (menghubungkan Pulau Pinang ke
Semenanjung Malaysia) dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan dijadualkan akan siap selepas 2012;

Membangun rangkaian landasan keratapi


Kerajaan akan memperluaskan landasan keretapi berkembar elektrik Utara-Selatan ke Johor Bahru,
membeli keretapi baru (dan membaikpulih yang sedia ada) serta memodenkan kemudahan dan
teknologi perkhidmatan rel pantai timur Semenanjung Malaysia dan Sabah;

Menaik taraf infrastruktur maritim


Inisiatif termasuk mendalamkan saluran pelabuhan supaya bersedia menerima kapal lebih besar dan
menambahkan kapasiti Westport di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pulau
Pinang; dan

Meningkatkan kemudahan terbaikdi lapangan-lapangan terbang


Antara lain, Kerajaan sedang membina satu terminal penerbangan kos rendah baru di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur dan menambah kapasiti penumpang dan kargo di Lapangan Terbang
Antarabangsa Pulau Pinang.

Unit Perancang Ekonomi, bersama dengan Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Kerja Raya akan
menyelaras program pelaburan infrastruktur ini.

KESIMPULAN

Walaupun kejayaan ETP adalah di tangan peneraju sektor swasta yang akan melaksanakan 131 EPP yang
telah dikenalpasti, Kerajaan mempunyai peranan penting dalam memudahkan pertumbuhan sektor
terlilbat melalui tindakan-tindakan pemboleh yang menyokong kuat EPP dan peluang perniagaan.
Kejayaan untuk menarik lebih daripada RM1.3 trilion pelaburan swasta tempatan dan asing bergantung
pada aktivitiaktiviti promosi pelaburan serta pembangunan satu rangka kerja jelas sokongan fiskal. Selain
daripada itu, pengambilan 3.3 juta pekerja baru untuk mengisi peluang pekerjaan yang diwujudkan oleh
NKEA akan memerlukan satu usaha yang signifikan untuk mempertingkatkan modal insan, dengan
melabur secara sistematik dalam membangunkan pemimpin perniagaan tempatan, menarik tenaga kerja
asing dan memperkemaskan proses imigresen. Kerajaan juga akan mewujudkan suatu persekitaran
perniagaan yang lebih dinamik melalui pemansuhan peraturan, mengurangkan kos pematuhan dan
meningkatkan kecekapan operasi dan pelaksanaan kerajaan untuk terus menyokong dan menggalakkan
118Bab 3
Memperbolehkan Kejayaan ETP

pertumbugan sektor swasta. Akhir sekali, ETP akan memerlukan lebih banyak infrastruktur sokongan
seperti jalur lebar dan logistik, bagi mendokong transformasi Malaysia ke arah sebuah ekonomi
berpendapatan tinggi menjelang 2020 sebagaimana yang dicartakan dalam Visi 2020 negara.
Program Transformasi
Ekonomi123Hala Tuju
Untuk Malaysia

Bab 4: Pelaksanaan dan


Penyampaian
P
rogram Transformasi Ekonomi (ETP) telah direka bentuk untuk mentransformasikan Malaysia
menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi dengan ekonomi pendapatan negara kasar
(PNK) bernilai RM1.7 trilion (US$523 bilion) pada 2020.

Walaubagaimanapun, kejayaannya bergantung pada pelaksanaan dan penyampaian yang efektif. Ini akan
memerlukan sektor awam dan swasta untuk bekerjasama melaksanakan 131 projek permulaan (EPP)
merentasi 12 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Bagi memastikan penyampaian ETP yang pantas dan efektif, Kerajaan telah:

Memberi komitmen kepada sektor swasta dalam satu Ikrar yang spesifik dan
boleh dilaksanakan untuk memainkan peranan sebagai fasilitator bagi memastikan pemilikan
sektor swasta, pembiayaan telus, pelaksanaan pantas dan akauntabiliti jelas sepanjang penyampaian EPP.

Membawa kesemua agensi Kerajaan untuk bekerjasama dengan sektor


swasta di mana setiap agensi mempunyai peranan dan tanggungjawab yang jelas bagi
memastikan pelaksanaan selaras untuk EPP dan pembolehnya;

Menubuhkan satu Unit ETP di bawah PEMANDU yang akan bekerja


dengan Unit Perancang
Ekonomi untuk memudahkan penyampaian, iaitu dari penyelesaian isu ke pemantauan prestasi;

Menyediakan mekanisme pemantauan dan laporan prestasi bagi memastikan


akauntabiliti pada penyampaian EPP dan ketelusan awam pada
pencapaian; dan

Membina proses untuk memperuntukkan pembiayaan awam kepada bidang-


bidang yang mempunyai impak tertinggidari segi PNK, dan dalam cara yang
telus buat masa kini dan pada masa hadapan.

IKRAR KAMI KEPADA SEKTOR SWASTA

Untuk melaksanakan dengan jayanya satu program berskala sebegini memerlukan pelbagai pihak untuk
bekerjasama dengan cara yang baru - ke arah satu matlamat
tunggal yang jelas untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.

ETP adalah pada dasarnya berlainan daripada kebanyakan program Kerajaan yang lain. Kerajaan
bertanggungjawab untuk membentuk dan memudahkan proses, manakala sektor swasta akan ditarik untuk
memiliki, melabur dan melaksanakan EPP di bawah program ini. Walaupun skala pembiayaan adalah
besar, ia akan diperuntukkan dengan telus dan pantas, berdasarkan pada merit dan satu set EPP yang
ditakrifkan dengan teliti. Ia juga akan dimulakan dan dilaksanakan oleh
sektor swasta. Isu mencabar dan penangguhan mungkin timbul, dan
124Bab 4
Pelaksanaan dan Penyampaian

jika ini berlaku, Kerajaan adalah komited untuk menjadi rakan kongsi yang senang didekati untuk
menyelesaikannya dengan pantas.

Dalam semangat ini, kami bersediauntuk mencapai tahap akauntabiliti dan


kecekapan yang jarang dilihat dalam gabungan sektor awam-swasta
sebelumini.

Kerajaan berikrar untuk:

Memastikan sektor swasta memiliki EPP di mana mungkin, sambil


mengalih peranan sektor awam kepada penyediaan sokongan dan fasilitasi;

Memintaskan pindaan peraturan, menyingkirkan halangan dan menubuhkan


pemboleh lain yang diperlukan khusus oleh EPP;

Mengelakkan penyingkiran pelaburan sektor swasta sambil menumpukan pelaburan


dana hanya sebagai satu pemangkin;

Menganugerahkan kontrak awam bagi pembiayaan EPP dengan menggunakan


proses berdasarkan merit, mesra pasaran, telus dan pantas;

Merombak Lembaga Pembangunan Perindustrian Malaysia (MIDA) untuk


menarikpelaburan asing dan domestik secara efektif ke EPP
tersasar;

Senantiasa mencari dan bertindak secara responsif kepada maklum balas dari
sektor swasta;

Menyediakan laporan tahunanuntuk menilai impak ETP secara objektif; dan

Mengekalkan ETP sebagai keutamaan negara, di sampingmemastikan ia


diberi penekanan dari segi perhatian kepimpinan, pembiayaan dan sokongan.

KESEMUA AGENSI KERAJAAN AKAN BERGABUNG DAN


BEKERJASAMA DENGAN SEKTOR SWASTA BAGI MEMASTIKAN
PENYAMPAIAN

Proses mentransformasikan EPP dari satu idea ke satu projek pelaksanaan penuh yang akan memberi
impak pada PNK serta pekerjaan baru memerlukan beberapa komponen.

Penyampaian pemilikan diperlukan bagi memastikan terdapat satu titik akauntabiliti pada setiap masa.
Sebagai sebahagian daripada peserta makmal, sektor swasta telah mewujudkan bersama idea,
membangunkan pelan implementasi dan pembiayaan serta mengenal pasti pemboleh yang diperlukan
untuk EPP. Walaupun kebanyakan dari pemilik EPP yang dikenal pasti terdiri sebahagiannya dari pihak
Kerajaan, pemilik ini dianggap sebagai penjaga awal yang akan menguruskan proses telus untuk memilih
pemilik EPP dan memperuntukkan dana. Sektor swasta akan memacupelaksanaan
EPP sebagai sebahagian daripada proses ini.
Program Transformasi
Ekonomi125Hala Tuju
Untuk Malaysia

Sokongan diperlukan bagi memastikan ketersediaan pemboleh yang diperlukan. Contohnya, membina
tempat peranginan ekopelancongan memerlukan lebih daripada tindakan
sektor swasta. Pelaksanaan mungkin memerlukan penyediaan peraturan untuk
menghadkan aktiviti maritim yang merosakkan batu karang, pembinaan jalan untuk menyediakan akses ke
tempat baru atau tindakan sokongan lain. Peranan Kerajaan adalah untuk menyingkirkan kesemua
halangan ini, memastikan pemboleh yang diperlukan disediakan dengan pantas dan meminimumkan
penangguhan.

Pembiayaan diperlukan bagi memastikan setiap EPP mempunyai dana


mencukupi untuk meliputikos pembangunan dan operasi. Ia mungkin juga
memerlukan sumbangan dari sumber swasta dan awam. Sektor swasta dijangka menyediakan pembiayaan
majoriti manakala Kerajaan akan memastikan sumbangannya digunakan untuk EPP berimpak tinggi dan
yang akan diperuntukkan dengan telus.

Manakala sektor swasta akan menerajui penyampaian EPP dan


bertanggungjawab untuk membiayai projekprojek ini, ia juga perlu memberi
penekanan pada bidang yang memerlukan sokongan. Oleh itu, kesemua agensi Kerajaan akan
bersepadu dalam memastikan penyampaian. Di sini terdapatbeberapa
contoh peranan agensi Kerajaan:

Kementerian akan lebih banyak memainkan peranan sokongan dalam penyelesaian


sebarang isu yang mungkin timbul akibat implementasi EPP. Walaubagaimanapun,
beberapa kementerian bertanggungjawab untuk menyampaikan EPP terpilih (berbeza bergantung pada
NKEA), terutamanya di mana tiada pemilik sektor swasta yang diwujudkan;

Pengawal selia akan memainkan peranan sokongan. Beberapa EPP


mungkin memerlukan pindaan pada peraturan atau insentif yang khusus pada sektor.
Selain itu, pengawal selia akan menyelaras dan mempertemukan sekumpulan pemain industri untuk
melaksanakan satu EPP atau sebahagian daripada EPP secara kolektif. Mereka juga akan
menilai cara untuk mengurangkan risiko projek tersebut;

Unit Perancang Ekonomi dan Kementerian Kewangan akan


memperuntuk dan membayar pembiayaan EPP di mana pembiayaan awam
diperlukan;

MIDA akan memainkan peranan sokongan untuk kebanyakan EPP dengan


menarikpelaburan melalui aktiviti pemasaran dan pembangunan perniagaan
yang menyasarkan pelabur asing dan domestik. MIDA juga akan
mencari pemilik EPP, merundingkan insentif di mana perlu dan berkhidmat
sebagai pusat setempat bagi kontak pelabur. Dalam beberapa keadaan,
MIDA mungkin akan menerajui penyampaian tahap pertamaEPP
secara interim, terutamanya EPP yang bergantung sepenuhnya pada
pelaburan asing;

Talent Corporation akan menyediakan sokongan kepada EPP dengan melaksanakan program menarik dan
mengekal bakat. Sama seperti MIDA, ia bertanggungjawab ke atas
penyampaian EPP terpilih, terutamanya EPP yang bergantung pada penarikan bakat;
126Bab 4
Pelaksanaan dan Penyampaian

PEMUDAH (satu pasukanpetugas khas untuk memudahkan perniagaan) dan


Perbadanan Produktiviti Malaysia yang distruktur dan dijenamakan semula akan
menyediakan sokongan kepada NKEA dengan menyemak dan menyarankan perubahan kepada
peraturan dan polisi sedia ada dengan tujuan mengeluarkan peraturan yang tidak diperlukan dan kos
pematuhan serta mempertingkatkan kepantasan dan kemudahan penyampaian;

Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS),sebuah unit di bawah Jabatan Perdana


Menteri untuk memudahkan perkongsian awam-swasta (public-private partnership
atau PPP) akan menyediakan sokongan kepada EPP yang layak untuk menerima
pembiayaan melalui Dana Fasilitasi dan penstrukturan PPP di mana relevan;
dan

Entiti pelaburan berkaitan Kerajaan seperti Khazanah Nasional


Berhad dan PNB (Permodalan Nasional Berhad) akan menyediakan sokongan
pembiayaan dengan melabur bersama dalam EPP yang memenuhi pelaburan kriteria mereka.

UNIT ETP YANG BARU DITUBUHKAN AKAN BEKERJA DENGAN UNIT


PERANCANG EKONOMI UNTUK MEMUDAHKAN PENYAMPAIAN

Untuk menguruskan penyampaian program, kami telah menubuhkan Unit Program Transformasi
Ekonomi (Unit ETP). Unit ETP ini adalah sebahagian dari PEMANDU,
Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan di bawah Jabatan Perdana
Menteri. Unit ini melapor kepada Ketua Pegawai Eksekutif
PEMANDU. Unit Perancang Ekonomi diamanahkan untuk
menyediakan pelan pembangunan negara dan memperuntukkan
pembiayaan kepada semua projek pembangunan. Unit ETP akan menyelaraskan dan bekerja
rapat dengan Unit Perancang Ekonomi bagi memastikan penyampaian
EPP tersebut.

Unit ETP Akan Memacu Penyampaian Program

Peranan Unit ETP adalah untuk:

Merancang dan menerajui ETP


Unit ETP ditugaskan untuk menghubungkan sektor awam dengan swasta. Ia telah membentuk dan
menerajui Bengkel Seribu Orang bagi menentukan NKEA, membantu makmal NKEA yang berlangsung
selama lapan minggu dan menganjurkan Hari Terbuka untuk masyarakat
awam. Ia ditugaskan untuk menyesuaikan ETP dalam menangani
sebarang cabaran pelaksanaan dan pertukaran dalam persekitaran
ekonomi tempatan atau global;
Menyelesaikan isu terbangkit dan menyokong pelaksanaan bila
perlu
Melalui mesyuarat tetap dengan pemilik EPP, Unit EPP akan mengenal pasti isu, mempertemukan pihak
relevan dan membantu menyelesaikan masalah. Unit ETP juga mungkin membawa isu ke tahap
tertinggi Kerajaan, contohnya ke Majlis Ekonomi. Dalam beberapa
Program Transformasi
Ekonomi127Hala Tuju
Untuk Malaysia

kes di mana tidak terdapatpemilik alamiah, Unit ETP akan bertanggungjawab


untuk melaporkan kemajuan beberapa EPP;

Mempertemukan pihak yang diperlukan untuk melabur dalam EPP


Dalam kes di mana tidak terdapatpemilik EPP yang jelas atau di
mana usaha penubuhan dana tidak memenuhi sasaran, Unit ETP akan
mengenal pasti dan mempertemukan unit-unit Kerajaan lain
yang belum terlibat dalam proses. Contohnya, ia mungkin
memaklumkan MIDA (yang memegang mandat untuk memobilisasikan pelaburan dari
sumber domestik dan asing) di mana sokongannya diperlukan. Ia juga akan bekerja
dengan pemilik EPP mengenai cara penstrukturan dan penggunaan
pelaburan alternatif;

Memastikan akauntabiliti dan memantau dengan teliti penyampaian


keputusan
Unit ETP ditugaskan bagi memastikan setiap EPP mempunyai pemilik, petunjuk prestasi utama yang jelas
dan peristiwa penting sebelum pengagihan dana. Ia juga bertanggungjawab memantau dan melaporkan
kemajuan. Sebagai sebahagian daripada proses ini, satu kajian semula rasmi akan diadakan setiap
enam bulan diantaraPerdana Menteri dan Menteri Peneraju yang relevan.
Dalam penyediaan kajian semula ini, Unit ETP akan mengemukakan satu laporan sulit yang
memberi ringkasan mengenai kemajuan NKEA selama enam bulan yang lepas serta pelan tindakan
untuk enam bulan berikutnya bagi menyelesaikan halangan pada pencapaian
sasaran. Laporanini akan digunakan oleh Perdana Menteri sebagai dasar untuk
dialog kajian semula prestasi formal beliau dengan Menteri Peneraju yang relevan;

Menyokong komunikasi dan urusan, terutamanya dengan para


pelabur
Unit ETP akan menyediakan dan menyampaikan ETP secara berkala
melalui beberapa forum yang merangkumi jerayawara pelabur, persidangan Invest
Malaysia dan jangkauan yang menyasar pelabur berpotensi berimpak tinggi termasuk dana domestik
dan antarabangsa; dan

Menyediakan laporan tahunan kepadamasyarakat awam


Unit ETP bertanggungjawab untuk laporan berkala dan telus merentasi NKEA. Sebagai sebahagian dari
usaha ini, ia akan mencetakkan sebuah laporan tahunankepada masyarakat
awam yang menghuraikan dengan telus pencapaian ETP dan kewajaran
untuk sebarang jurang prestasi,jika ada. Laporantahunanakan menyediakan
butiran terperinci merentasi semua NKEA, EPP dan pemboleh
sokongan mereka.
Laporan pertamaakan dicetakkan pada suku pertama2012 dan akan
mengandungi juga pencapaian Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Kepimpinan, Laporan dan Kakitangan

Ketua Pegawai Eksekutif PEMANDU akan bertanggungjawab kepada Perdana


Menteri bagi memastikan bahawa PNK dan sasaran pengwujudan pekerjaan
ETP dilaksanakan. Dengan itu, beliau dijangka akan bekerja rapat dan
128Bab 4
Pelaksanaan dan Penyampaian

sering berinteraksi dengan Perdana Menteri serta para pemimpin lain di tahap tertinggi Kerajaan bagi
memastikan kejayaan program.

Unit ETP akan mempunyai kakitangan sepenuh masa bagi menjalankan mandatnya. Kakitangan akan
dipilih melalui proses yang teliti bagi mengenal pasti dan melantik
insan paling baik dan cerdik, bukan sahaja dari perkhidmatan awam tetapi juga dari
sektor swasta. Kakitangan akan mempunyai kemahiran kepimpinan yang terserlah serta
keupayaan menyelesaikan masalahdan cenderung terhadap
perkhidmatan awam. Mereka bertanggungjawab untuk menetapkan petunjuk prestasi utama
(KPI) dan menyelia prestasi NKEA dan EPP tertentu.

Rangkaian dan Perkongsian antara Unit Perancang Ekonomi dan Unit ETP

Unit Perancang Ekonomi ditugaskan untuk menyediakan pelan


pembangunan ekonomi bagi negara. Unit ETP akan bekerja rapat dengannya
dalam menjalankan mandat bagi memastikan penyampaian EPP.

Unit ETP bertumpu terutamanya pada pemastian penyampaian EPP


manakala Unit Perancang Ekonomi akan mengambil peranan
kepimpinan dalam hal-hal berkait rapat, seperti:

Peruntukan dan pembayaran pembiayaan untuk EPP


Meskipun Jemaah Menteri dan Parlimen akan memberi kelulusan
muktamad bagi pembiayaan program, Unit Perancang Ekonomi
adalah pemacu proses di mana ia akan mempertimbangkan permintaan
pembiayaan sambil menyediakan maklum balas sepanjang proses. Ini adalah untuk memastikan
pembiayaan diperuntukkan kepada EPP berimpak paling tinggi. Setelah pembiayaan diperuntukkan
bagi EPP tertentu, Kementerian Kewangan bertanggungjawab untuk membayar dana pada
setiap tahun. Sebagai sebahagian daripada proses ini, Unit Perancang
Ekonomi akan memastikan KPI tertentu dan pemilik telah dikenal pasti sebelum
pembiayaan dilakukan. Pembiayaan berterusan tidak akan dilakukan dalam kes
di mana prestasi belum tercapai dan di mana Menteri Peneraju menentang
pembiayaan tambahan;

Menggabungkan ETP ke dalam pelan Malaysia masa hadapan


Unit Perancang Ekonomi memainkan peranan penting bagi memastikan
ETP diintegrasikan sepenuhnya dalam kitaran perancangan lima tahun
Malaysia. Dengan menggabungkan ETP ke dalam Rancangan Malaysia
Kesebelas, Unit Perancang Ekonomi akan memastikan
kesinambungan dalam agenda transformasi Kerajaan dan pembiayaan dapat diteruskan tanpa
penangguhan sebagai sebahagian daripada proses bajet; dan

Memastikan pemboleh utama disediakan


Unit Perancang Ekonomi akan memainkan peranan penting dalam
memacukebanyakan pemboleh yang dikenal pasti di bawah NKEA. Ia perlu memastikan
bahawa pemboleh ini dilaksanakan dengan pantas bagi membenarkan pelaksanaan EPP tepat pada
Program Transformasi
Ekonomi129Hala Tuju
Untuk Malaysia

masanya. Contohnya, peningkatan EPP Penjagaan Kanak-kanak dan Pendidikan Awal


(Early Child Care and Education atau ECCE) (di bawah NKEA Pendidikan) memerlukan
Unit Perancang Ekonomi bekerja dengan Kementerian Kewangan bagi
membantu mendapatkan pinjaman keutamaan daripada institusi kerajaan.

PEMANTAUAN PRESTASI DAN LAPORAN

Meskipun peranan dan tanggungjawab yang jelas adalah satu langkah penting bagi memastikan
akauntabiliti, ia tidak mencukupi. Saiz dan skala program transformasi
memerlukan setiap 131 EPP untuk mempunyai tanggungjawab pemilikan
jelas. Tambahan, setiap 12 bidang NKEA mempunyai struktur urus tadbir teguh siap teratur untuk
akauntabiliti dan program keseluruhan mempunyai pemantauan aktif serta laporan kemajuan.

Meskipun terdapat sedikit perbezaan dalam butiran urus tadbir tertentu yang merentasi NKEA, terdapat
juga elemen struktur yang sama. Dalam bahagian ini, kami menghuraikan
elemen yang sama yang akan membawa kepada penyampaian EPP tepat pada
masanya, terutamanya dari segi titik akauntabiliti dan struktur urus tadbir.

Memastikan Satu Titik Akauntabiliti untuk Setiap EPP

Untuk menyokong penyampaian pantas dan telus, kami akan memastikan bahawa:

Setiap EPP akan diterajui oleh pemilik alamiah bagi sektor


swasta, kecualidalam beberapa kes di mana pemilikan
sektor awam adalah lebih sesuai
Seperti yang dinyatakan pada awal bab ini, kebanyakan dari pemilik EPP yang tersenarai dalam hala tuju
ini akan berkhidmat sebagai pengurus awal yang akan menyelia proses yang telus dalam memilih
pemilik sektor awam, menentukan peristiwa penting terperinci dan
menguruskan pembiayaan. Akauntabiliti muktamad untuk kebanyakan EPP akan tersandar
pada pengurus sektor swasta yang akan menerajui usaha pelaksanaan di tapak;

Pelbagai agensi Kerajaan akan bekerja dengan pemilik EPP


untuk menyokong penyampaian
Sebelum pembiayaan dan pelaksanaan EPP bermula, pemilik projek akan mengemukakan senarai
terperinci pihak relevan kepada Jawatankuasa Pemandu, dengan menyenaraikan
peranan mereka dalam proses serta tahap penglibatan mereka. Kami akan terus menggunakan
rangka kerja RASCI1 bagi memastikan setiap orang yang terlibat dalam pelaksanaan EPP serta
pemboleh diberi satu atau lebih peranan, seperti yang ditunjukkan dalam Carta 4-1; dan

Setiappemilik EPP bertanggungjawab untuk mencapai jadual pencapaian dan


petunjuk prestasi utama manakala Menteri Peneraju
bertanggungjawab terhadap prestasi keseluruhan NKEA
Batu petanda pencapaian terperinci akan dibangunkan dan dipersetujui
di peringkat Jawatankuasa Pemandu sebelum Kementerian Kewangan membuat

1 RASCI adalah sebuah rangka kerja untuk mengenal pasti peranan dan tanggungjawab ketika transformasi dan
perubahan program. Ianya bermaksud Responsible, Accountable, Supportive, Consulted dan Informed.
130Bab 4
Pelaksanaan dan Penyampaian

sebarang pembayaran kepada EPP (lihat butiran dalam seksyen berikut). Mencapai
batu petanda pencapaian mengikut garis masa yang dipersetujui
adalah tanggungjawab setiap pemilik EPP. Mereka akan berkomunikasi secara
berkala dengan ahli dilantik dalam Unit ETP bagi mengutarakan sebarang
cabaran yang timbul semasa pelaksanaan dan yang meminta penyelesaian pantas. Menteri
Peneraju bertanggungjawab untuk keseluruhan PNK dan sasaran pekerjaan
dalam NKEA masing-masing, yang memerlukan prestasi merentangi semua EPP.
Pencapaian dijangka akan dijadikan KPI setiap Menteri tersebut.

Struktur Urus Tadbir Setara Merentasi NKEA Bagi Memastikan Akauntabiliti

Manakala terdapatperbezaan kecil dalam struktur urus tadbir merentasi


NKEA, mekanisme urus tadbir untuk EPP dan NKEA adalah sama merentasi semua
sektor.

Pemilik EPP akan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dan penyampaian. Pemilik ini terdiri
terutamanya dari pemimpin sektor swasta pada tahap eksekutif kanan yang mempunyai penglibatan
signifikan dan pemilikan yang komited terhadap EPP.

Jawatankuasa Pemandu menyeliakan kejayaan keseluruhan PNK dan


sasaran pengwujudan pekerjaan untuk setiap NKEA. Jawatankuasa ini akan
bekerja dengan pemilik EPP bagi memastikan peristiwa penting tercapai.
Setiap Jawatankuasa Pemandu dipengerusikan oleh Menteri Peneraju
relevan yang bertanggungjawab untuk mencapai sasaran ini.
Jawatankuasa Pemandu terdiri dari wakil kanan dari sektor Kerajaan
dan swasta. Dalam sesetengah kes, jawatankuasa juga akan diwakili oleh
panel penasihat industri (contohnya NKEA Kandungan Komunikasi dan
Infrastruktur dan NKEA Elektrik dan Elektronik). Jawatankuasa Pemandu
akan bertemusecara berkala (lazimnya setiap bulan) untuk mengkaji
semula kemajuan, menyediakan bimbingan dan menyelesaikan konflik.

Carta 4-1

Peranan dan Tanggungjawab


Peranan dalam kemajuan

Tanggungjawab
Membantu menyelesaikan isu ETP paling mencabar
Menyemak prestasi Perdana menteri
Jangkauan langsung Menteri ke pelabur berpotensi berimpak paling tinggi

Dimaklumkan mengenai kemajuan dengan cara berkala melalui forum seperti Majlis Ekonomi
Bimbingan dan arah tuju

(Menteri Pimpinan)
Bertanggungjawab untuk memenuhi sasaran PNK dan pekerjaan untuk semua EPP dan NKEA
(Lain) Bertanggungjawab untuk keputusan dan pelaksanaan dalam bidang kuasa mereka
Menyelesaikan konflik
Meninjau semua hal-hal NKEA
Jawatank
uasa Pemandu
Program Transformasi
Ekonomi131Hala Tuju
Untuk Malaysia

Pengerusi:
Menteri Peneraju

Menetapkan agenda Jawatankuasa Pemandu

Sokongan dalam peninjauan pelaksanaan semua NKEA, fokus pada penyediaan pertolongan pada tahap EPP
untuk
menyelesaikan isu, tertumanya isu yang merentangi agensi
Membawa semua isu EPP dan NKEA kepada Jawatankuasa Pemandu
Memantau kemajuan dan menyelesaikan isu dengan pasukan EPP
Unit
ETP

Pelaksanaan EPP

Bertanggungjawab untuk penyampaian harian EPP tertentu dan sasaran terancang


132Bab 4
Pelaksanaan dan Penyampaian

Penyampaian pencapaian
EPP 1
Ahli Pasukan
EPP 2
EP
P3
...
EP
P8

Pemilik EPP

MEMPERUNTUKKAN PEMBIAYAAN BAGI MENCAPAI IMPAK


TERTINGGI

Manakala sektor swasta akan membiayai sebahagian besar ETP, pembiayaan awam memainkan peranan
penting untuk memangkinkan pelaburan dalam bidang di mana sokongan tambahan diperlukan.

Kerajaan adalah komited untuk menjagadan menungkil sepenuhnya dana


awam. Dalam semangat ini, kami akan memastikan dana awam diutamakan
untuk NKEA dan EPP yang mempunyai impak PNK tertinggi. Dana awam akan diperuntukkan
kepada pemilik yang dipilih secara telus berdasarkan merit manakala
pembayaran adalah mengikut prestasi yang telah diadili berdasarkan pada
batu petanda pencapaian dan petunjuk prestasi utama.

Mengutamakan Pembiayaan Awam kepada NKEA dan EPP Berimpak Paling


Tinggi

NKEA telah dipilih dengan teliti, dan setiap NKEA mempunyai impak ketidakseimbangan dan penting pada
PNK negara. Oleh demikian, kami merancang untuk mengutamakan
peruntukan bajet pembangunan kepada ETP bagi memastikan NKEA mempunyai
pembiayaan yang diperlukan untuk kejayaan.

Kami juga bertekad untuk mengutamakan perbelanjaan awam mengikut EPP yang mempunyai
pengungkilan tertinggi, di mana pengungkilan ditakrifkan sebagai peningkatan
PNK yang boleh dicapai dengan pelaburan setiap ringgit awam.
Program Transformasi
Ekonomi133Hala Tuju
Untuk Malaysia

Memilih Pemilik dengan Telus Berdasarkan Merit

Satu elemen penting untuk melaksanakan program ialah memastikan semua dana awam diagihkan melalui
proses yang telus (contohnya, peraturan dan proses dibentangkan dengan
jelas) dan berdasarkan merit (contohnya, kesaksamaan kepada semua para
pembida).

Kebanyakan dari EPP tidak memerlukan pembiayaan Kerajaan dan adalah terbuka kepada syarikat
yang memilihuntuk mengambil kesempatan peluang ini. Dalam kes sebegini,
Kerajaan akan menumpu pada penyingkiran sebarang halangan kepada
pelaburan dan memantau setiap EPP bagi memastikan penyampaian pencapaian yang
dirancang.

Walau bagaimanapun, beberapa EPP memerlukan pembiayaan awam. Dalam kes


sebegini, Kementerian
Kewangan akan memastikan proses yang telus dan berdasarkan merit dilaksanakan. Contohnya, EPP
Memperluaskan Latihan Guru Swasta dalam NKEA Pendidikan memerlukan Kerajaan
memilihrakan kongsi sektor swasta dalam penyediaan latihan ECCE bagi
guru-guru sektor awam. Senario ini memerlukan proses pembidaan
kompetitif (melalui permintaan untuk kertas cadangan request for
proposal atau RFP) bagi memilih pembekal berdasarkan merit.

Dalam kes sebegini di mana pembiayaan Kerajaan akan menyokong


jumlah rakan kongsi sektor swasta yang terhad, proses pembidaan akan dilaksanakan
dan akan mematuhi proses yang telus di samping penilaian berdasarkan merit yang digunapakai oleh
Kementerian Kewangan.

Pembayaran Dana Berdasarkan Prestasi

Kementerian Kewangan mempunyai akauntabiliti muktamad bagi memastikan pembiayaan awam dibayar
dalam setiap NKEA dengan cara yang mengganjarkan prestasi.Oleh demikian,
pembiayaan berterusan hanya akan diberikan kepada EPP di
mana prestasinya mencapai peristiwa penting yang ditakrifkan oleh
Jawatankuasa Pemandu dan Menteri Peneraju.

Dalam kes di mana peristiwa penting tidak terlaksana dalam garis


masa yang ditetapkan, Jawatankuasa Pemandu mempunyai tanggungjawab untuk
mengambil beberapa tindakan:

Terma pembiayaan akan ditukar jikalau tindakan segera diperlukan


Contohnya, Jawatankuasa Pemandu boleh menempatkan peristiwa
penting yang lebih ketat, garis masa yang lebih pendek dan keperluan
laporan yang lebih terperinci dalam usaha untuk memantau kemajuan
dengan lebih baik, mengenal pasti isu dan menyelesaikannya
dengan cepat; atau

Pembiayaan masa hadapan akan ditarik balik


134Bab 4
Pelaksanaan dan Penyampaian

Ini akan digunapakai dalam kes di mana EPP dianggap tidak lagi boleh dilaksanakan, atau PNK dan
sasaran pengwujudan pekerjaan dianggap nyata sekali kurang dari jangkaan asal.

Pembiayaan Berterusan yang akan Menawan Peluang Pertumbuhan Masa


Hadapan

Pembiayaan program ETP seperti yang diluluskan oleh Jemaah Menteri


adalah terjamin dan akan diperuntukkan dalam siri tranche berterusan.

Tranche dana permulaan dari 2011 ke 2012 telah diluluskan oleh Parlimen pada Oktober 2010;

Dana untuk 2013 ke 2015 akan diluluskan pada 2012 semasa kitaran
perancangan dua tahun seperti yang dinyatakan dalam Rancangan
Malaysia Kesepuluh;

Pembiayaan program dari 2015 ke 2018 akan diluluskan di


bawah Rancangan Malaysia Kesebelas; dan

Pembiayaan akhir dari 2018 ke 2020 akan diluluskan pada 2017.

Kami mempunyai fleksibiliti untuk mengimbangkan semula pembiayaan untuk


NKEA dan EPP, sambil menghadkan jumlah maksimum NKEA yang dilaksanakan ke 12
pada setiap masa. Set terkini NKEA mencerminkan sektor dengan pertumbuhan PNK
tertinggiyang diunjurkan pada 2020. Besar kemungkinan juga akan
terdapatnya pertumbuhan ketara dalam sektor bukan NKEA yang lain pada masa hadapan akibat dari
pertukaran pasaran dan persekitaran. Selanjutnya, mungkin terdapat juga kes di mana EPP akan
dikeluarkan dari program jika tidak mencapai PNK dan sasaran
pekerjaan.

Bila dianggap sesuai, Unit ETP mungkin menyarankan pelaksanaan proses makmal baru untuk
mengimbang semula set NKEA dan EPP. Proses ini akan mempertemukan peserta dari sektor awam dan
swasta dan laporan akan dikongsisecara telus bersamamasyarakat awam dalam
semangat ETP.

KESIMPULAN

Pada kebiasaannya, kejayaan sebarang program transformasi berlandaskan pada pelaksanaannya.


Pengadilan bagi ETP adalah melalui cara bagaimana 131 EPP dan
pembolehnya dilaksanakan dan disampaikan. Ini memerlukan sektor awam dan swasta
untuk bekerja sama dalam satu perkongsian. Sebagai menandakan komitmennya, Kerajaan
telah membuat satu Ikrar yang spesifik dan boleh dilaksanakan kepada
Sektor Swasta di mana ia akan memainkan peranan fasilitator efektif sepanjang penyampaian. Tambahan
pula, kesemua agensi Kerajaan akan bergabung untuk memastikan pelaksanaan selaras EPP dan
pemboleh. Ini termasuk Unit ETP PEMANDU yang akan
bekerja rapat dengan Unit Perancang Ekonomi untuk menerajui
program ini. Bagi memastikan akauntabiliti dan pencapaian
ketelusan awam, ETP telah direka bentuk dengan pemantauan prestasi yang jelas dan
Program Transformasi
Ekonomi135Hala Tuju
Untuk Malaysia

mekanisme pelaporan. Akhirnya, pembiayaan awam akan diperuntukkan ke dalam sektor berimpak tinggi
dari segi PNK sepanjang perjalanan program ini.

You might also like