Soalan PSK Pk1 t3 2016

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Bahagian A

(30 markah)
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C, dan D. Pilih jawapan yang
paling sesuai dan hitamkan pilihan jawapan dalam ruangan jawapan yang disediakan.

1. Berikut merupakan cara-cara untuk mengetahui peluang kerjaya, kecuali


A jurnal C rakan sebaya
B iklan akhbar D agensi pekerjaan

2. Amirul bercita-cita untuk menjadi seorang doktor perubatan. Dia perlu cemerlang dalam
kombinasi mata pelajaran berikut, kecuali
A Fizik C Biologi
B Kimia D Prinsip akaun

3. Pekerjaan berikut bersesuaian dengan individu yang mempunyai personaliti artistik, kecuali
A pelakon C novelis
B pelukis D juruukur

4. Antara berikut, pekerjaan manakah tergolong dalam bidang profesional?


A Pensyarah C Ahli perniagaan
B Jurukimpal D Penggubah muzik

5. Azlin sangat prihatin tentang masalah orang lain dan berusaha mencari jalan
penyelesaiannya.
Apakah kerjaya yang sesuai untuk Azlin?
A Penulis C Kaunselor
B Jururawat D Pegawai tadbir

6. Apakah yang dimaksudkan dengan kelayakan ikhtisas?


A Kemahiran khusus dalam sesuatu bidang
B Kelulusan tertinggi yang dimiliki seseorang
C Kemajuan seseorang dalam sesuatu lapangan
D Potensi diri yang menonjol dalam diri seseorang

7. Apakah kebaikan memilih kerjaya yang sesuai untuk diri?


A Mendapat gaji yang setimpal
B Mendapat kepuasan bekerja
C Memudahkan kenaikan pangkat
D Mengelakkan tekanan daripada majikan

8. Nyatakan sikap yang perlu ada pada setiap individu yang ingin meneroka kerjaya yang
diminati.
A Mengubah personaliti sedia ada
B Mempunyai nilai kendiri yang positif
C Menjadikan tokoh yang berjaya sebagai idola
D Mendapatkan seberapa banyak maklumat daripada orang perseorangan

9. Pemilihan kerjaya yang tidak selaras dan konsisten dengan personaliti boleh menyebabkan
seseorang individu
A mudah berasa tertekan
B malas melaksanakan tugasnya
C menginginkan perhatian daripada orang lain
D memandang serong terhadap pekerja lain
1
10. Pemilihan kerjaya yang diceburi haruslah berlandaskan
I personaliti diri III kelayakan akademik
II minat dan kebolehan IV komitmen yang fleksibel
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

11. Antara berikut, yang manakah bukan ciri-ciri dalam membuat sesuatu keputusan?
A Ketegasan C Keyakinan
B Kelayakan D Keberanian dalam diri

12. Keputusan perlu dibuat dengan bijak dan


A terburu-buru C dipengaruhi emosi
B terfikiran matang D dipengaruhi orang sekeliling

13. Keputusan yang dibuat secara berat sebelah boleh


A menguntungkan kedua-dua belah pihak yang terlibat
B memajukan diri individu yang terlibat
C menjaga hati dan perasaan kedua-dua belah pihak
D menimbulkan rasa tidak puas hati dan persengketaan

14.
- Gemar melakar pelan bangunan - Bijak dalam matematik
Azhar telah mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang kejuruteraan.
Azhar seorang yang
A berlaku adil
B berupaya membuat keputusan
C membuat keputusan tergesa-gesa
D tidak mengenali potensi dalam diri

15. Untuk menjadi seorang pemimpin, aspek-aspek seperti __________ dapat membantu dalam
membuat keputusan yang bijak.
I keadilan III pengetahuan
II kekuasaan IV kebijaksanaan
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

16. Semasa sesuatu pertandingan dijalankan, seseorang ___________ perlu membuat keputusan
yang bijak dan saksama.
A pemain C peserta
B pengadil D penyokong

17. Selain boleh mempengaruhi diri sendiri, sesuatu keputusan yang bakal diambil juga
berkemungkinan mendatangkan akibat kepada
A kehidupan C tingkah laku kita
B orang lain D alam sekeliling

18. Mengapakah seorang hakim perlu bersikap adil dalam perbicaraan?


A Supaya mendapat pujian daripada masyarakat
B Supaya kes dapat diselesaikan dengan segera
C Supaya juri tidak mengganggu proses perbicaraan
D Supaya keputusan tidak berpihak kepada individu tertentu sahaja

2
19. Individu yang bijak membuat keputusan berupaya membuat pertimbangan secara rasional.
Ciri-ciri individu yang boleh membuat pertimbangan ialah
A mementingkan diri sendiri
B dapat mengenal pasti individu yang bersalah
C melakukan ssesuatu yang melanggar nilai-nilai agama dan norma masyarakat
D tidak melakukan sesuatu yang mendatangkan kesan buruk di sisi undang-undang

20. Sikap adil dan bertanggungjawab dalam menangani pelbagai situasi mendatangkan kebaikan
seperti
A menambahkan ilmu pengetahuan
B membawa kepuasan hasil keputusan yang diambil
C memajukan diri dan kehidupan seseorang individu
D meningkatkan imej dan mengharumkan nama keluarga

21. Antara berikut, yang manakah bukan tanggungjawab anak-anak terhadap keluarga?
A Menyediakan keperluan asas untuk keluarga
B Menjaga maruah dan nama baik keluarga
C Mendoakan kesejahteraan ibu bapa dan keluarga
D Berazam untuk memajukan diri dan keluarga

22. Apakah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anak?


A Memastikan anak-anak mematuhi perintah mereka
B Memberikan kebebasan sepenuhnya kepada anak-anak
C Mengongkong pergerakan anak-anak
D Memberi didikan agama dan moral yang secukupnya

23. Mengapakah kita perlu memastikan rumah berada dalam keadaan selamat?
A Kerana ahli keluarga sering diancam bahaya
B Kerana rumah merupakan tempat perlindungan untuk keluarga
C Kerana ibu bapa mampu untuk menjamin keselamatan anak-anak
D Kerana langkah-langkah keselamatan di rumah agak longgar

24. Ahli keluarga yang mempunyai kesihatan mental yang baik akan
I menerima kelebihan dan kelemahan anggota keluarga yang lain
II berbangga dengan kelebihan yang dimiliki
III membuat keputusan secara bersendirian
IV berkomunikasi dengan baik sesama ahli keluarga
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

25. Mengapakah aspek keselamatan perlu diutamakan dalam sesebuah keluarga?


A Untuk mengeratkan hubungan antara ahli keluarga
B Untuk melahirkan sebuah keluarga yang prihatin
C Untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan
D Untuk menghindarkan diri daripada sebarang penyakit

26. Apakah yang akan terjadi sekiranya nilai kasih sayang terhadap anggota keluarga tidak
diamalkan?
A Sikap hormat-menghormati sukar diwujudkan
B Masyarakat akan memandang serong terhadap keluarga
C Wujud prasangka dan perselisihan pendapat antara ahli keluarga
D Perpaduan dalam kalangan masyarakat sukar dibentuk

3
27. Apakah kepentingan nilai kasih sayang terhadap keluarga?
I Menjadi sumber inspirasi kejayaan
II Melahirkan keluarga yang harmoni
III Mewujudkan persaingan antara anggota keluarga
IV Melahirkan individu yang bersikap pesimistik
A I dan II C II dan III
B I dan IV D III dan IV

28. Antara berikut, yang manakah bukan tips keselamatan ketika berada di luar rumah?
A Berjalan bersendirian di tempat awam
B Menerima pelawaan orang yang baru dikenali
C Tidak menerima pemberian daripada individu yang mencurigakan
D Tidak mudah mempercayai individu yang baru dikenali

29. Apakah kebaikan mengadakan sambutan hari istimewa dalam keluarga?


A Dapat meningkatkan imej dan maruah keluarga
B Dapat mengeratkan hubungan anggota keluarga
C Dapat berbangga dengan kemampuan mengadakan majlis
D Dapat mengumpul hadiah yang banyak

30. Antara berikut, yang manakah bukan tindakan yang dapat mewujudkan hubungan mesra
antara anggota keluarga?
A Merancang aktiviti kekeluargaan
B Bersama-sama menyelesaikan masalah keluarga
C Mengkritik anggota keluarga yang melakukan kesalahan
D Berkongsi kesedihan dengan anggota keluarga

Bahagian B
(20 markah)
Arahan: Jawab semua soalan dalam ruangan jawapan yang disediakan.

1.
Akibat tertekan dengan sikap ibu bapanya yang sering bergaduh, Faizal bertindak
melarikan diri dari rumah.
(a) Nyatakan 2 kesan tindakan Faizal kepada:
(i) diri sendiri
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(ii) keluarga
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
[ 2 markah ]
(b) Andaikan anda rakan Faizal, cadangkan 3 keputusan yang sepatutnya diambil oleh Faizal
dalam menghadapi situasi tersebut.
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
________________________________________________________________________
[ 3 markah ]
2. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul dan ( X ) pada pernyataan yang salah.
4
(a) Jesse mengambil pil ecstasy untuk membantu mengurangkan tekanan dan
masalah yang dihadapinya.
(b) Azril memaklumkan kepada ibunya terlebih dahulu sebelum pergi ke rumah
kawannya.
(c) Zack menyahut cabaran jirannya untuk menyertai perlumbaan motosikal
pada malam minggu nanti.
(d) Suresh mengikut rakan-rakannya menyaksikan Pameran Pendidikan di
Putrajaya.
(e) Cikgu Kumar tidak berat sebelah dalam pembahagian markah peperiksaan
kepada pelajarnya.
(f) Aaron membiarkan adiknya menonton televisyen sehingga larut malam dan
mengabaikan pelajaran.
[ 6 markah ]
3. Tentukan sama ada individu di bawah melaksanakan tanggungjawab terhadap ibu bapa atau
tidak. Nyatakan Ya atau Tidak.
(a) Hayati sentiasa mengingati pesanan dan nasihat ibu bapanya.

(b) Adnan sering mengikut rakannya melepak di kafe siber selepas waktu
persekolahan.
(c) Sejak ketiadaan ayahnya, Hamidi selalu membantu ibunya menjual kuih
pada waktu petang untuk meringankan beban keluarganya.
(d) Krishnan lari dari rumah kerana kecil hati dengan ibu bapanya yang tidak
mampu menghantarnya belajar ke luar negara.
(e) Janet dan adik-beradiknya menghadiahkan beg tangan kepada ibu mereka
sempena sambutan Hari Ibu.
(f) Jason mengetepikan hasratnya untuk bekerja di luar negara apabila
mendapat tahu syarikat ayahnya sedang mengalami masalah kewangan.
(g) Akibat tidak tahan dengan leteran isterinya, Izwan telah menghantar ibunya
yang mengalami sakit tua ke rumah orang tua.
[ 7 markah ]

Jawapan Bahagian A :
1 A B C D 11 A B C D 21 A B C D
2 A B C D 12 A B C D 22 A B C D
3 A B C D 13 A B C D 23 A B C D
4 A B C D 14 A B C D 24 A B C D
5 A B C D 15 A B C D 25 A B C D
6 A B C D 16 A B C D 26 A B C D
7 A B C D 17 A B C D 27 A B C D
8 A B C D 18 A B C D 28 A B C D
9 A B C D 19 A B C D 29 A B C D
10 A B C D 20 A B C D 30 A B C D

Disediakan oleh : Disemak oleh : Disahkan oleh :

____________________ ____________________ ____________________


( Norshahira Binti Mohamad ) ( Pn. Low Fei Ching ) ( Pn. Narjen Kaur )

You might also like