Surat Lantikan POL BC

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

PEJABAT PELAJARAN DAERAH Telefon : 07-931 1132 / 07-931 6194

SEGAMAT KGSK : 07-933 3049


Faks : 07-931 4476
JKR 1884, JALAN AJI,
85000 SEGAMAT,
JOHOR DARUL TAZIM. e-mail : info@ppdsgmt.my
Laman Web : http://www.ppdsgmt.my/

Ruj.Kami :
Tarikh :

Nama : CHEE CHOR CHEUNG (DG44)


No KP : 590531015862
No Telefon : 012-3456789

Melalui dan salinan:

Pengetua
SK Canossian Convent
Segamat

Tuan/ Puan,

Pelantikan Guru POL (Pupils Own Language) Bahasa: Cina

Adalah dengan ini saya melantik tuan sebagai guru POL di: SK Canossian Convent (JEA7777), Segamat,
Johor mulai 2 Januari 2013.

2. Lantikan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat seperti berikut:

2.1 Elaun:

Kadar elaun ditawarkan sebanyak RM60.00 sejam bagi setiap jam yang hadir bertugas.

2.2 Waktu Bekerja:

Tuan hanya dibenarkan mengajar tidak melebihi 4 jam seminggu selaras dengan Surat
Pekeliling Kewangan Bil.2 Tahun 1987.

2.3 Penamatan Perkhidmatan:

Sekiranya terdapat guru baru opsyen Bahasa Cina ditempatkan atau dipindahkan ke
sekolah ini, pihak sekolah dikehendaki memaklumkan dengan segera ke Pejabat Pelajaran
Daerah dan perkhidmatan guru POL sedia ada akan ditamatkan dalam tempoh dua
minggu.

3. Tuntutan elaun Guru POL hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pelajaran Daerah Segamat
sebelum atau pada 5 haribulan bulan berikutnya melalui sekolah yang ditempatkan untuk urusan
pembayaran untuk setiap bulan.

Sekian, terima kasih.

BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

Saya yang menurut perintah

YASIRAN BIN MASKOM


Pegawai Pelajaran Daerah
Segamat

s.k. Guru Besar, SJKT Ladang Nagappa, Segamat

(Sila catatkan rujukan pejabat ini apabila berhubung)

You might also like