Forum 2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Kursus : Fisiologi Aktiviti Fizikal (QSU 6014)

Nama Pelajar : Jeevitha A/P Elengowan

Nombor Matrik : M20141000922

Pensyarah : Professor Mohd Sani Madon (PhD)


What are primary explanations as to why a hot environment impairs aerobic
performance?

Please explain in your own words...

Senaman aerobik adalah senaman yang melibatkan penggunaan oksigen dalam badan. Aerobik bermaksud
dengan oksigen dan merujuk kepada penggunaan oksigen dalam metabolism badan atau tenaga-proses
penjanaan. Persekitaran panas boleh memberi kesan kepada prestasi aerobik. Banyak faktor yang boleh
diambil kira untuk menyatakan bahawa melakukan latihan dalam persekitaran panas mampu memberi
kesan keatas prestasi atlet. Sesi senaman berpanjangan boleh mengakibatkan dehidrasi kerana keperluan
regulasi suhu dalaman melalui berpeluh. Kemerosotan kapasiti kerja ada hubung kait dengan perubahan
kedua-dua isipadu dan osmolaliti disebabkan oleh kehilangan peluh. Gangguan fungsi fisiologi dapat
dikurangkan jika keseimbangan air yang lebih baik dapat dipelihara melalui minuman semasa senaman
yang berpanjangan.

Selain itu terdapat beberapa kesan terhadap tubuh badan sekiranya melakukan latihan dalam cuaca
yang panas. Antara kesan yang boleh terjadi ialah badan akan berasa keletihan, atlit akan mengalami
kekejangan otot dan rasa sakit badan, terasa mahu pitam dan pengsan dan heat stroke. Semua ini
adalah kesan sekiranya tubuh badan kita mengalami dehidrasi yang teruk sehingga merosakkan
thermostat dan menyebabkan peningkatan suhu yang tinggi sehingga tidak boleh dikawal lagi. Keadaan
suhu badan yang meningkat dengan lebih pantas semasa latihan atau aktiviti dalam persekitaran yang
panas akan mengalami dehidrasi juga boleh membawa kepada pitam atau maut selain menjejaskan
prestasi aerobic.

You might also like