Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SEKOLAH KEBANGSAAN PASIR PANJANG

71250 PASIR PANJANG, PORT DICKSON


NEGERI SEMBILAN

MINIT MESYUARAT PANITIA BAHASA INGGERIS


KALI PERTAMA TAHUN 2017

TARIKH : 29 Disember 2016 ( Khamis )


MASA : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
TEMPAT : Bilik Pendidikan Seni
KEHADIRAN :
1. En. Kamaruzaman Bin Kamis GPK Kokurikulum
2. Pn. Fadhlina Bt Basir KP Bahasa Inggeris
3. Pn. Ying Aeisyah Binti Zakaria
4. Pn. Norzalila Bt Mohamed Salim
5. En. Syed Mohd Zaki Bin Sayed Ahmad

Tidak Hadir Bersebab :


1. Pn. Nur Adilah Bt Yusof Cuti Bersalin

1.0 UCAPAN PENGERUSI


1.1 Pengerusi mengucapkan salam dan ribuan terima kasih di atas kehadiran guru-guru.
1.2 Mesyuarat kali ini adalah bertujuan untuk membincangkan perancangan dan aktiviti-
aktiviti Panitia Bahasa Inggeris yang akan dijalankan sepanjang tahun 2017.
1.3 Pengerusi berharap akan mendapat kerjasama semua guru untuk memastikan
peningkatan dan kecemerlangan mata pelajaran Bahasa Inggeris tahun 2017.
1.4 Pengerusi memaklumkan pemantauan PPD Port Dickson ke sekolah pada hari
pertama persekolahan sesi 2017.
Tindakan : Makluman

2.0 PERANCANGAN STRATEGIK


2.1 Guru-guru perlu menyediakan senarai nama murid, TOV dan ETR matapelajaran
Bahasa Inggeris bagi sesi 2017 mengikut kelas yang diajar.
2.2 Guru - guru matapelajaran Bahasa Inggeris sesi persekolahan 2017 mengikut kelas
iaitu :
1 Maju - En. Syed Mohd Zaki Bin Sayed Ahmad
( diganti oleh Cik Oumi Azzahra Binti Zainuddin )
1 Jaya - Pn. Nur Adilah Bt Yusof
1 Usaha - En. Syed Mohd Zaki Bin Sayed Ahmad
( diganti oleh Cik Oumi Azzahra Binti Zainuddin )
2 Maju - Pn. Nur Adilah Bt Yusof
2 Jaya - En. Syed Mohd Zaki Bin Sayed Ahmad
( diganti oleh Cik Oumi Azzahra Binti Zainuddin )
3 Maju - Pn. Ying Aeisyah Binti Zakaria
3 Jaya - Pn. Ying Aeisyah Binti Zakaria
4 Maju - Pn. Fadhlina Bt Basir
4 Jaya - Pn. Fadhlina Bt Basir
5 Maju - Pn. Norzalila Bt Mohamed Salim
5 Jaya - Pn. Norzalila Bt Mohamed Salim
6 Maju - Pn. Norzalila Bt Mohamed Salim
6 Jaya - Pn. Nur Adilah Bt Yusof
6 Usaha - Pn. Fadhlina Bt Basir

2.3 Panitia Bahasa Inggeris akan menyediakan Perancangan Strategik 2017


berdasarkan format yang ditetapkan oleh pihak sekolah.
2.4 Perancangan Strategik yang dirangka akan menitikberatkan aktiviti / program yang
bersesuaian dalam usaha meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan
murid sekolah.
2.5 Guru-guru Bahasa Inggeris diminta memperbanyakkan latihan berunsurkan KBAT
( Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ) untuk murid-murid semasa PdP terutamanya murid
Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR.
2.6 Guru-guru Bahasa Inggeris perlu menarik minat murid dalam subjek Bahasa Inggeris
dengan mempelbagaikan teknik pengajaran, bahan bantu mengajar dan latihan
bertulis yang bersesuaian.
2.7 Target pencapaian murid lulus bagi subjek Bahasa Inggeris adalah sekurang
kurangnya Gred D.
2.8 Sasaran pencapaian Gred A ( UPSR ) bagi subjek Bahasa Inggeris Kertas 1 dan
Bahasa Inggeris Kertas 2 adalah seramai 12 orang.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

3 AKTIVITI TAHUNAN
3.8 Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris akan dijalankan 4 kali setahun.
3.9 Minggu Panitia :
3.9.1 Minggu Bahasa Inggeris akan dilaksanakan pada 20 Februari 24
Februari 2017 mengikut takwim sekolah yang telah ditetapkan.
3.9.2 Pertandingan akan dilaksanakan melibatkan murid Tahun 1 hingga 6
sepanjang minggu tersebut, antaranya Kuiz, Word Search, Spelling,
Bercerita dan sebagainya.
3.9.3 Agihan tugas bagi jawatankuasa minggu panitia akan diedarkan
kemudian kepada guru-guru Bahasa Inggeris.

3.10 Buku Tulis


3.10.1 Penggunaan buku tulis mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah seperti
berikut :
3.10.1.1 Tahun 1 : 2 buah Buku Tulis
3.10.1.2 Tahun 2 : 2 buah Buku Tulis
3.10.1.3 Tahun 3 : 2 buah Buku Tulis
3.10.1.4 Tahun 4 : 2 buah Buku Tulis
3.10.1.5 Tahun 5 : 2 buah Buku Tulis
3.10.1.6 Tahun 6 : 2 buah Buku Tulis

3.11 Buku Rujukan / Buku Teks


3.11.1.1 Penggunaan Buku Kerja / Modul Aktiviti adalah perlu
bersesuaian dengan aras kebolehan murid bagi setiap
kelas.
3.11.1.2 Penggunaan KAMUS Bahasa Inggeris adalah wajib bagi
semua murid Tahun 1 hingga 6.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

4 FORMAT RPT DAN RPH


4.8 RPT Bahasa Inggeris Tahun 1
4.8.1 Guru Bahasa Inggeris Tahun 1 perlu menyediakan RPT / mingguan
bermula pada minggu ke 4 persekolahan.

4.9 RPT Bahasa Inggeris Tahun 2 - 3


4.9.1 Format RPT yang disediakan untuk guru-guru Bahasa Inggeris telah
diselaraskan oleh PPD Port Dickson.
4.9.2 RPT mata pelajaran Bahasa Inggeris mesti disusun mengikut tarikh
berdasarkan takwim sekolah bagi sesi persekolahan 2017.

4.10 RPT Bahasa Inggeris Tahun 4 - 6


4.10.1 Guru-guru Bahasa Inggeris perlu menyediakan RPT / mingguan mengikut
Format KSSR berdasarkan takwim sekolah.

4.11 RPH Bahasa Inggeris


4.11.1 Guru-guru Bahasa Inggeris diminta menyediakan Rancangan Pengajaran
Harian di dalam Buku Rekod Mengajar / Fail Mengajar seperti format PdP
Alaf 21 yang telah ditetapkan :
4.11.1.1 Tajuk
4.11.1.2 Tema
4.11.1.3 Standard Pembelajaran
4.11.1.4 Objektif
4.11.1.4.1 Jika ada kelas LINUS, guru perlu menyediakan objektif
khusus untuk murid LINUS
4.11.1.5 Kriteria Kejayaan
4.11.1.6 Aktiviti PdP
4.11.1.6.1 Jika ada kelas LINUS, guru perlu menyediakan aktiviti
khusus untuk murid LINUS
4.11.1.7 Nilai
4.11.1.8 EMK
4.11.1.9 Pentaksiran
4.11.1.10 Refleksi / Impak
4.11.1.10.1 Guru perlu menulis impak berdasarkan bilangan
murid di dalam kelas dan menyatakan aktiviti yang
dijalankan bagi mengatasi masalah murid yang
lemah.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

5 HAL-HAL LAIN
5.8 Pencerapan akan dijalankan oleh pihak pentadbir, PPD dan JPN sepanjang tahun
dari semasa ke semasa. Guru-guru Bahasa Inggeris diminta bersedia dan perlulah
sentiasa menggunakan PdP Abad 21 ketika PdP mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Tindakan : Semua Guru Bahasa Inggeris

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengahari.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

YING AEISYAH BINTI ZAKARIA FADHLINA BINTI BASIR


Setiausaha Panitia Bahasa Inggeris Ketua Panitia Bahasa Inggeris
SK. Pasir Panjang SK. Pasir Panjang

You might also like