BM KONTEKSTUAL (Kesalahan Bahasa)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 22

PENGENALAN

Setiap bahasa mempunyai "perangkap" atau bahaya terselindung yang


menyebabkan banyak penulis, baik penulis baru mahupun penulis profesional,
melakukan kesilapan tatabahasa.Secara sedar atau tidak, para penulis tidak dapat
lepas daripada tatabahasa sebagai rumusan tentang sistem bahasanya. Penulis hanya
memerlukan disiplin yang lebih untuk mengawal bahasa ketika menulis. Terdapat
banyak kesalahn yang terdapat di sekitar kita. Dalam bahasa melayu terdapat banyak
kesalahan dan dapat dipelajari. Kesilapan yang sering dilakukan adalah seperti
kesilapan kerana menggandakan perkataan yang mengikuti kata bilangan,
menggandakan kata mengikut yang bermaksud kumpulan dan sebagainya.

Selain itu, antara aspek kesalahan yang dapat dibincangkan dan dikenalpasti
dalam Bahasa Melayu ialah kesalahan ejaan, kesalahan tanda baca , kesalahan kosa
kata , kesalahan imbuhan , kesalahan frasa dan kesalahan ayat. Kesalahan bahasa
boleh berlku disebabkan kecuaian ataupun tidak arif dengan peraturan-peraturan
tertentu yang terdapat dalam sistem sesuatu bahasa.

Mengikut kajian saya, secara langsung dan secara tidak langsung lebih daripada
20 perkataan ataupun kesalahan tatabahasa yang terdapat di sekitar bandar dan
kampung. “Jika usaha pemulihan tidak segera dijalankan penyakit bahasa cemar ini
akan terus berlaku dan membentuk lingkaran setan...”Awang Sariyan (1983).

1
BAHAN 1

SUMBER : Fasa 1, Taman Perdana,Kuala Terengganu

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Lansir’ Perkataan “lansir” tidak wujud dalam.kamus Langsir
dewan dan tidak membawa makna apa pun.
Sebaliknya perkataan “langsir” bermaksud kain
penutup jendela atau pintu, tirai.

Rujukan: Kamus Dewan Edisi ketiga. (m/s 761)

2
BAHAN 2

SUMBER : Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Batek Di dalam pola keselarasan vokal, ejaan “batek”
menggunakan vokal a-e dan vokal a-e tidak wujud
di dalam pola. Vokal ini ditetapkan huruf vokal i
atau u pada suku akhir tertutup sekiranya suku
kata praakhir menggunakan huruf vokal a, e pepet,
i atau u. Pola keselarasan vokal yang harus
digunakan ialah a-i untuk menjadikan ejaan yang
betul iaitu “batik”.

Rujukan: Ace Head Bahasa Melayu kertas 1&2


( m/s 306)

3
BAHAN 3

SUMBER : Taman Shahbandar, Kuala Terengganu.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Kite Perkataan ‘kite” berlaku kesalahan dari segi Kita
variasi bahasa iaitu penggunaan dialek. “kite”
tidak wujud dalam bahasa baku tetapi wujud
dalam dialek Terengganu. Ini melibatkan
penggunaan dialek daerah iaitu dialek
Terengganu. Perkataan yang sebenar mengikut
bahasa baku ialah “kita”.

Rujukan: teks pra-u STPM bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 99 & m/s 100)

4
BAHAN 4

SUMBER : Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Warong Mengikut pola keselarasan vokal, ejaan “warong” Warung
menggunakan vokal a-o dan vokal a-o tidak
wujud. Dasar perubahan telah menetapkan supaya
digunakan huruf vokal i atau u pada suku akhir
tertutup sekiranya suku kata praakhir
menggunakan huruf vokal a, e pepet, i atau u.
Menurut pola keselarasan vokal yang harus
digunakan ialah a-u untuk menjadikan ejaan yang
betul iaitu “warung”. Dalam kamus dewan edisi
ketiga “warung” bermaksud kedai kecil tempat
menjual makanan dan minuman

Rujukan: siri pendidikan guru bahasa melayu 1


(m/s 212 – m/s 214)

5
BAHAN 5

SUMBER : Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


alatulis Gambar rajah di atas kesalahannya ialah Alat tulis
“Alat tulis” merupakan salah satu
pemajmukan rangkai kata bebas. Justeru itu,
kata majmuk hendaklah ditulis berasingan.
Ini bererti, perkataan “alatulis” adalah salah
dan harus ditulis sebagai “alat tulis”.

Rujukan: teks pra-u STPM Bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 226)

6
BAHAN 6

SUMBER : Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Di sini Kesalahan di dalam ambar rajah di atas Disini
menunjukkan kesilapan penggunaan did an ke.
Kata sendi nama “di” digunakan khusus di
hadapan kata nama atau frasa nama yang
menunjukkan tempat hendaklah di tulis terpisah
daripada kata nama atau frasa nama yang
mengikutinya.Perkataan “sini” pula merujuk pada
tempat dan haruslah dieja berasingan untuk
memastikan perkataan “di sini” tidak mengalami
kesilapan penggunaan “di”.

Rujukan: koleksi pedoman bahasa bil. 1


(m/s 26 & m/s 27)

7
BAHAN 7

SUMBER : no 149, Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Tanjong Mengikut pola keselarasan vokal, ejaan “warong” Tanjung
menggunakan vokal a-o dan vokal a-o tidak wujud.
Dasar perubahan telah menetapkan supaya
digunakan huruf vokal i atau u pada suku akhir
tertutup sekiranya suku kata praakhir menggunakan
huruf vokal a, e pepet, i atau u. Menurut pola
keselarasan vokal yang harus digunakan ialah a-u
untuk menjadikan ejaan yang betul iaitu “tanjung”

Rujukan: siri pendidikan guru bahasa melayu 1 (m/s


212 – m/s 214)

8
BAHAN 8

SUMBER : Telaga Daing, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Goren Gambar rajah berikut menunjukkan Goreng
kesalahan ejaan. Dalam kamus dewan edisi
ketiga, perkataan “goren” tidak wujud dan
tidak mempunyai maksud tertentu tetapi
perkataan “goreng” wujud dan mempunyai
maksud yangg dipanggang (dipanaskan)
dalam kuali kering, yang dimasak dengan
minyak.

Rujukan:kamus dewan edisi ketiga (m/s 441)

9
BAHAN 9

SUMBER : Jalan Tok Lam, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Mengesyurkan Mengikut pola keselarasan vokal, ejaan Mengesyorkan
“mengesyurkan” menggunakan vokal e-u dan
vokal e-u adalah tidak wujud. Menurut , pola
keselarasan vokal yang harus digunakan ialah
e-o untuk menjadikan ejaan yang betul iaitu
“mengesyorkan”.

Rujukan: siri pendidikan guru bahasa melayu 1


(m/s 212 & m/s 213)

10
BAHAN 10

SUMBER : Cabang Tiga, Kuala Terengganu. Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Kelinik Perkataan “Kelinik” merupakan ejaan Klinik
melayu lama dan perkataan di atas
menunjukkan kesalahan ejaan. Dalam
kamus dewan edisi ketiga, perkataan
“kelinik” tidak wujud dan tidak mempunyai
maksud tertentu tetapi perkataan “klinik”
wujud dan mempunyai maksud tertentu.

Rujukan: kamus dewan edisi ketiga


(m/s 688)

11
BAHAN 11

SUMBER : Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


se Kesalahan pada gambar rajah tersebut ialah Satu
kesalahan dari segi variasi bahasa iaitu
penggunaan dialek. Perkataan “se” tidak
wujud dalam bahasa baku tetapi wujud
dalam dialek Terengganu. Ini kerana, dialek
yang digunakan ialah dialek daerah iaitu
dialek Terengganu. Namun begitu,
penggunaan bahasa baku iaitu “satu”
merupakan kata yang tepat.

Rujukan: teks pra-u STPM bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 99 & m/s 100)

12
BAHAN 12

SUMBER : Telaga Daing, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Goren pisang Gambar rajah di atas menunjukkan Pisang goreng
kesalahan perkataan “goren pisang” adalah
salah dari segi bahasa. Ini kerana mengikut
hukum DM, unsur yang diterangkan mesti
mendahului unsur yang menerangkan.
Sebenarnya, perkataan “pisang” merupakan
unsur yang diterangkan dan perkataan
“goreng” merupakan unsur yang
menerangkan. Justeru itu, perkataan yang
tepat untuk “goreng pisang” ialah “pisang
goreng”.

Rujukan: teks pra-u STPM Bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 256)

13
BAHAN 13

SUMBER : Losong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Gi ganu Gambar rajah tersebut menunjukkan kesalahan Pergi
terengganu
kesalahan dari segi variasi bahasa iaitu
penggunaan dialek. Perkataan “gi ganu” tidak
wujud dalam bahasa baku tetapi wujud dalam
dialek Terengganu. Ini kerana, dialek yang
digunakan ialah dialek daerah iaitu dialek
Terengganu. Namun begitu, penggunaan bahasa
baku iaitu “Pergi Terengganu” merupakan kata
yang tepat.

Rujukan: teks pra-u STPM bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 99 & m/s 100)

14
BAHAN 14

SUMBER : Losong, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Weii Gambar rajah tersebut menunjukkan oi
kesalahan dari segi variasi bahasa iaitu
penggunaan dialek. Perkataan “weii” tidak
wujud dalam bahasa baku tetapi wujud dalam
dialek Terengganu. Ini kerana, dialek yang
digunakan ialah dialek daerah iaitu dialek
Terengganu. Namun begitu, penggunaan
bahasa baku iaitu “oi” merupakan kata yang
tepat.

Rujukan: teks pra-u STPM bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 99 & m/s 100)

15
BAHAN 15

SUMBER : Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Setor Gambar rajah di atas menunjukkan kesalahan stor
ejaan. Dalam kamus dewan edisi ketiga,
perkataan “setor” tidak wujud dan tidak
mempunyai maksud tertentu tetapi perkataan
“stor” wujud dan mempunyai maksud tertentu.

Rujukan: kamus dewan edisi ketiga (m/s 1305)

16
BAHAN 16

SUMBER : Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Payan Gambar rajah di atas menunjukkan Tempayan
kesalahan ejaan. Dalam kamus dewan edisi
ketiga, perkataan “payan” tidak wujud dan
tidak mempunyai maksud tertentu tetapi
perkataan “tempayan” wujud dan mempunyai
maksud tertentu.

Rujukan: kamus dewan edisi ketiga


(m/s 1410)

17
BAHAN 17

SUMBER : Cabang Tiga, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Persisir Gambar rajah di atas menunjukkan pesisir
kesalahan ejaan. Dalam kamus dewan edisi
ketiga, perkataan “persisir” tidak wujud dan
tidak mempunyai maksud tertentu tetapi
sebaliknya perkataan “pesisir” wujud dan
mempunyai maksud tertentu.

Rujukan: kamus dewan edisi ketiga


(m/s 1029)

18
BAHAN 18

SUMBER : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Ketang Kesalahan yang terdapat pada gambar Ketam
rajah tersebut ialah kesalahan dari segi
variasi bahasa iaitu penggunaan dialek.
Kesalahan perkataan “ketang”perkataan ini
tidak wujud dalam bahasa baku tetapi wujud
dalam dialek Terengganu. “ketang”
digunaan dalam dielek Terengganu .
Namun, penggunaan bahasa baku iaitu
“ketam” merupakan kata yang tepat.

Rujukan: teks pra-u STPM bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 99 & m/s 100)

19
BAHAN 19

SUMBER : Pantai Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Ikang Gambar rajah menunjukkan kesalahan dari Ikan
segi variasi bahasa iaitu penggunaan dialek.
Perkataan “ikang” tidak wujud dalam
bahasa baku tetapi wujud dalam dialek
Terengganu. Ini kerana, dialek yang
digunakan ialah dialek daerah iaitu dialek
Terengganu.Penggunaan bahasa baku iaitu
“ikan” merupakan kata yang tepat.

Rujukan: teks pra-u STPM bahasa Malaysia


kertas 1 (m/s 99 & m/s 100)

20
BAHAN 20

SUMBER : Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman.

KESALAHAN ALASAN PEMBETULAN


Kapet Gambar rajah di atas menunjukkan karpet
kesalahan ejaan. Dalam kamus dewan edisi
ketiga, perkataan “kapet” tidak wujud dan
tidak mempunyai maksud tertentu tetapi
perkataan “karpet” wujud dan mempunyai
maksud tertentu.

Rujukan: kamus dewan edisi ketiga


(m/s 579)

21
REFLEKSI

Setelah saya menyiapkan kerja kursus ini,saya menjadi lebih peka terhadap
papan tanda di setiap kawasa. Tambahan pula saya menjadi rajin membaca walaupun
di setiap sudut yang ada tulisan ataupun penyataan.

Selain itu, saya dapat mendalami hukum DM. saya juga lebih mengetahui
tentang dielek daerah secara mendalam. Pola keselarasan bahasa amat penting
dikuasai oleh pelajar serta bakal guru untuk memimpin murid sekolah. Kesalahan dapat
dianalisa dengan jelas apabila dapat menguasai pola tersebut.

Justeru itu, dalam penggunaan dielek daerah,saya dapat membezakan kesalhan


tatabahasa dengan jelas sekaligus dapat membetulkan dielek yang sering digunakan
oleh masyarakat.

Akhir sekali, saya amat berbangga kerana mendapat mendalami tatabahasa.


Pengalaman yang saya alami semasa mengambil gambar kesalahan tatabahasa tidak
akan saya lupakan.

22

You might also like