Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

4.

0 GERAKAN PROTES TOK JANGGUT

4.1 PENGENALAN

Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas lebih dikenali sabagai Tok Janggut
merupakan antara individu yang menentang pentadbiran British di Kelantan
disebabkan beberapa hal yang tidak dipersetujui beliau. Beliau dilahirkan pada
tahaun 1850 di Kampung Saring di daerah Jeram. Tok Janggut mendapat pendidikan
pondok di Kelantan dan Mekah serta mahir bersilat. Beliau tinggal di Kampung
Nering dan hanya menjalankan kehidupan seperti insan biasa iaitu bekerja sebagai
petani dan peniaga. Antara faktor yang menonjolkan Tok janggut bangkit menentang
adalah kerana beliau adalah anak seorang Panglima. Pada tahun 1902, Syeikh
Ahmad iaitu guru kepada Tok Janggut telah mengamanahkan Tok Janggut supaya
membebaskan Patani daridapa kuasa Siam dan seterusnya mempertahankan
kedaulatan Kelantan. Pada ketika itu, Patani masih dikuasai oleh Siam dan
pembesar sera golongan istana yang tidak berani dalam menentang kuasa British di
Kelantan, menjadi pemangkin kepada Tok Janggut untuk berani menawarkan diri
kepada Engku Besar Jeram sebagai penentang British.

Gambar 4.1 : Tok Janggut Atau Haji Mat Hassan

4.2 FAKTOR-FAKTOR PENENTANGAN TOK JANGGUT

Berikut merupakan faktor penentangan Tok Janggut terhadap pemerintahan


British di Kelantan yang dikhususkan kepada tiga faktor, iaitu :

11
4.2.1 FAKTOR POLITIK

Faktor politik merupakan tunjang utama yang membangkitkan isu


dalam kalangan masyarakat Kelantan. Hal ini kerana, ia melibatkan pemimpin
dalam sesuatu kawasan itu yang turut mempengaruhi keamanan rakyat.

4.2.1.1 KEDUDUKAN UNGKU BESAR JERAM TERJEJAS

Kelantan ditadbir secara tradisional dengan adanya kuasa sultan dan


dibantu oleh pembesar yang mempunyai kuasa di sesuatu kawasan
pemakanannya. Secara tidak langsung, kepimpinan pembesar merupakan
aspek yang penting dalam menjaga kesejahteraan masayrakat. Seorang
ketua jajahan dan pegawai daerah telah dilantik berdasarkan cadangan W.A
Graham mengenai pembentukan daerah Kelantan. En. Ibrahim memegang
jawatan kuasa tersebut sebagai ketua jajahan di kawasan Daerah Pasir
Puteh. Peranan individu yang memeganag jawatan tersebut ialah memungut
cukai, mengurus urusan tanah serta dalam bidang kehakiman. Oleh sebab
itu, peranan Ungku Besar Jeram telah diambil alih oleh Ketua Jajahan dan
kesannya Ungku Besar Jeram kehilangan keistimewaan di kawasan tersebut.
Peranan Engku Besar jeram yang pada sebelumnya adalah pembesar ditukar
tarafnya kepada Tok Kweng (penggawa) sahaja, manakala jawatan yang
dipegang oleh Engku Besar Jeram Tuan Ahmad dilantik sebagai Tok Kweng
Muda. mereka berperanan dalam membantu Ketua Jajahan menjalankan
tugas. Kedudukan tersebut merupakan kedudukan di bawah arahan ketua
jajahan yang baru iaitu En. Ibrahim.

Perlantikan ini menyebabkan perasaan kurang senang dalam


kalangan Penduduk dan Juga Tok Janggut, hal ini kerana Pembesar Jeram
merupakan individu yang masih dihormati dan juga berkuasa di kawasan
Jeram sejak tahun 1762 lagi. Pemberontakan Tok Janggut tercetus kerana
sokongan Tok Janggut terhadap pentadbiran tradisional disamping pengaruh
yang masuh dimiliki oleh Pembesar jeram yang meletakkan beliau di tempat
yang wajar dalam sistem pentadbiran dan mudah disokong oleh rakyat
pimpinanya.

12
4.2.2 FAKTOR EKONOMI

Permasalahan ekonomi yang diungkit oleh pihak British turut menjadi


punca penentangan penduduk Kelantan terutama sekali Tok Janggut.
Beberapa sistem yang diperkenalkan oleh pihak British telah membebankan
rakyat di samping hak mereka turut terjejas.

4.2.2.1 PENGENALAN EKONOMI BARU

Soal ekonomi merupakan faktor pencetus Tok Janggut tidak selaras


dengan pendtabdiran British. Pihak British telah memperkenalkan peraturan
ekonomi cukai ke atas tanah, tumbuhan dan hasil hutan. Pada tahun 1905,
peraturan yang diluluskan mengenai padi dan kelapa mewajibkan penduduk
membayar hasil tanaman tersebut. Peraturan ini menetapkan bahawa setiap
tanah yang dikerjakan atau tidak diwajibkan membayar cukai. Kejadian ini
amat berbeza seperti yang terjadi sebelum ini. Sebelumnya, bayaran hasil
tanah yang dikenakan adalah berdasarkan hasil yang diperolehi.

Pada tahun 1905, pegawai daerah Pasir Puteh yang pertama iaitu
Encik Ibrahim telah memperkenalkan sistem baru dalam pungutan hasil cukai
dan ia telah dilaksanakan di seluruh negeri Kelantan. Penetapan peraturan itu
memberi kuasa kepada Tok Kweng untuk mengutip dan menilai hasil
tanaman padi setiap kampung dan segala hasil haruslah diserahkan kepada
pegawai daerah. Apabila sesuatu kawasan itu melebihi 200 depa persegi,
hasil tanaman padi akan dinilai mengikut penjuru tanah. Setiap penjuru akan
dikenakan bayaran seperti berikut :

i. Hasil padi : 3 kupang setahun


ii. Ladang : 30 kupang setahun

Kemuncak bagi pengenalan peraturan ini ialah apabila rakyat


merasakan peraturan yang diperkenalkan membebankan mereka.
Disebabkan hasil tanaman yang rosak, pegawai yang memungut cukai juga
kurang cekap serta bersikap kasar menyebabkan ketidakpuashati berlaku
dalam kalangan rakyat. Rakyat juga akan didenda sekiranya gagal membayar
cukai. Hal ini menyebabkan Tok Janggut bertambah benci kepada British.

Pada tahun 1912, Encik Latif menggantikan Encik Salleh, telah


menyebabkan keadaan yang sebelum ini reda tegang semula. Ini keran En.

13
Latif menekankan peraturan membayar cukai kepada pihak kerajaan.
mengikut sistem ini cukai tahunan adalah pertanian dikenakan di antara
seringgit dan seringgit dua puluh sen seekar terhadap tanah kelas satu 80
sen seekar tanah kelas dua, 60 sen seekar bagi tanah kelas ketiga, dan 40
sen seekar bagi tanah kelas keempat.

Sistem ini amatlat membebankan rakyat, ditambah lagi dengan tanah


yang mereka tidak usahakan turut dikenakan cukai. Sebelum kedatangan En.
Latif, rakyat telah pun dibebankan dengan cukai hasil-hasil pertanian seperti
berikut :

i. Padi sawah 97 1/2 sen seekar


ii. Padi huma 46 sen seekar
iii. Pokok buah-buahan sekupang sepokok
iv. Pokok kelapa yang berbuah 3 sen sepohon
v. Sirih 5 sen sejunjung
vi. Binatang peliharaan iaitu lembu dan kerbau 20 sen seekor
vii. Anjing dan khinzir 50 sen setiap seekor

Isu ini mencetuskan perasaan tidak puas hati kepada En. Latif yang
tegas dengan peraturan cukai tersebut, dan turut dikatakn beliau memberi
denda yang berlipat ganda bagi mereka yang gagal membayar cukai.
Permasalahan yang berlaku ini menyebabkan Tok Janggut, Engku Besar
Jeram, Penghulu Adam, Haji Said merbol, Encik Ishak dan penduduk
kampung Pasir Puteh sebulat suara untuk tidak membayar hasil tanah.
Kejadian ini secara tidak langsung telah menyebabkan hasil kerajaan
menurun secara mendadak. Oleh itu dapatlah dikatakan bahawa
permuafakatan di antara pembesar tempatan dengan penduduk pasir putih
merupakan penentangan awal secara terbuka terhadap kerajaan british di
kelantan.

4.2.3 FAKTOR SOSIAL

Selain daripada itu, faktor sosial iaitu faktor yang melibatkan kebajikan
penduduk masyarakat turut menjadi tumpuan kepada penentangan Tok
Janggut dan masyarakat Pasir Puteh. Secara langsung ia turut menggugat
kesejahteraan hidup penduduk Kelantan.

14
4.2.3.1 PENDUDUK TEMPATAN BERSIKAP ANTI-ORANG LUAR
(XENOPHOBIA)

W. A Graham sebagai penasihat pentadbiran Kelantan telah membuat


perlantikan seorang pegawai melayu iaitu En. Ibrahim yang berasal dari
Singapura sebagai ketua jajahan di kawasan daerah Pasir Puteh. Perlantikan
tersebut menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk tmpataan kerana
mereka lebih kepada sikap anti-orang luar. Masyarakat Pasir Puteh
menyuarakan penadapat bahawa Pembesar Jeram Tuan Ahmad yang
seharusnya memegang jawatan tersebut. hal ini telah mempengaruhi
penentangan Tok Janggut pada peringkat awalnya.Tindakan bijak yang
diambil oleh En Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Cik Yim kerana boleh
menjalankan tugas dan berdiplomasi dengan masyarakat pada masa itu dan
lebih bersikap berlembut dalam menjalankan tugas menyebabkan
masyarakat mudah menerima dan mengurangkan krisis diantara ketua
jajahan dengan masyarakat

En. Salleh menggantikan Cik Yim pada tahun 1910, yang mana beliau
juga merupakan rakyat tempatan dan disenangi masyarakat Kelantan.
Namun begitu, tindakan En. Latif yang telah melantik En. Abdul Latif sebagai
pegawai daerah, menyebabkan penduduk tempatan gidak menyukainya.
Beliau suka memaki hamun orang kampung apabila datang ke pejabatnya
untuk melakukan urusan tanah ataupun urusan-urusan yang berkaitan lain.
Tindakan beliau telah menyebabkan banyak rungutan dan sehinggalah berita
ini sampai ke telinga sultan. Dengan iu, wujud sentimen kedaerahan, kerana
masyarakat inginkan pemimpin yang juga merupakan penduduk tempatan.

Maka dengan itu penduduk telah mengangkat Ungku Besar Jeram


Tuan Ahmad sebagai pemerintah Pasir Puteh ini kerana sudah tradisinya
masyarakat Pasir Puteh ditadbir oleh kerabat Diraja Jeram. Kesetiaan
penduduk tempatan begitu jelas sehingga mencabar kedudukan sultan,Oleh
sebab itu, wujudnya satu kebangkitan yang disokong kuat oleh Tok Janggut.

4.2.3.2 PENGARUH LUAR

15
Pengaruh luar turut menjadi punca pemberontakan Tok Janggut dab
rakyatnya. Sebagai contoh, perang dunia pertama dan Dahagi di Singapura
yang berlaku pada tahun 1915 membangkitkan semangat penduduk Pasir
Puteh melancarkan pemberontakan terhadap British. Masyarakat Kelantan
berpendapat bahawa British akan mengalami kekalahan dalm Perang Dunia
Pertama. Kejadian yang sama terhadap peperangan Dahagi yang tercetus di
Singapura. Penduduk Kelatan mendapat tahu bahawa tentera India berjaya
membunuh orang Eropah secara beramai-ramai dalam peperangan itu.
Implikasinya, kejayaan yang dikecapi oleh Dahagi menjadi pemangkin
kepada orang Kelantan tidak menghormati dan membenci orang Eropah.

4.2.3.3 SIKAP PEGAWAI BRITISH YANG NEGATIF

En. Latif yang berasal dari Singapura telah memperkenalkan pelbagai


cukai yang menjadi bebanan kepada masyarakat Pasir Puteh. Antaranya
ialah cukai kepala, cukai buah kelapa dan cukai pokok buah-buahan. Beliau
merupakan seorang pegawai yang jujur dan bertanggungjawab dalam
tugasnya. Disebabkan itu, beliau amat amanh dalam melaksanakan undang-
undang cukai seperti yang diarahkan oleh British.

Mereka yang enggan dan lewat membayar cukai akan dikenakan


tindakan. Ditambah lagi dengan sikap pegawai daerah dan kakitangannya
yang bersikap kasar terhaap penduduk Pasir Puteh. Perbuatan yang tidak
rasional ini menimbulkan kemarahan. Keadaan semakin teruk apabila En.
Latif memperkenalkan kontrak dalam pengutipan telur penyu dan kercut yang
sebelumnya penduduk hanya mendapat percuma. Secara tidak langsung,
perkara sedemikian mendapat tentangan yang sangat hebat daripada
pelbagai pihak dan tercetusnya pemberontakan yang diketuai oleh Tok
Janggut.

4.2.4 FAKTOR AGAMA

Unsur keagamaan juga memainkan peranan yang penting dalam


penentangan Tok Janggut.Tok Janggut telah mendapat pendidikan di Mekah

16
dan ideologi pejuangan keagamaan dapat dilihat sebagai faktor penting,Tok
Janggut telah menyeru pengikutnya. Beliau menyatakan bahawa orang putih
ingin memerintah mereka,dan wajib bagi umat islam untuk menentang dan
mengistiharkan sabil terhadap penjajah.

4.2.4.1 PENENTANGAN SEMANGAT JIHAD

Penentangan yang dilakukan oleh Tok Janggut tampak dengan jelas,


ia lebih ke arah ingin menegakkan Darul Islam. Ditambah lagi dengan berita
bahawa peperangan Turki Uthmaniah dengan British, merupakan satu
peperangan dengan semangat jihad. Perkara ini menimbulkan kerisauan
kepada pihak British kerana bimbang akan menggugat kedudukan British di
Kelantan. Bagi menangani isu tersebut, pihak British memaksa Kerajaan
Kelantan untuk sumpah setia kepada Mahkota Baginda King George V.
Namun begitu, pada tahun 1915, wujud kebangkitan anti-British yang tercetus
di Pasir Puteh di bawah pimpinan Tok Janggut.

Penentangan ini dianggap sebagai satu penentangan jihad.


Pernyataan tersebut ada tercatat dalam catatan Wells yang mengatakan
bahawa Tok Janggut membuat penentangan dengan kolonial Barat dengan
mengaitkan faktor agama Islam. Menurut Syaikh-al-Islam,Khayri Effendi,
beliau menyatakan bahawa semua umat Islam di seluruh wajib berjihad
menentang British. Tok Janggut menyokong pandangan itu. Namun begitu,
beliau kecewa dengan tindakan kerajaan Kelantan yang menyokong
pentadbiran Barat. Hal ini kerana, situasi tersebut bercanggah dengan Fatwa
yang diungkapkan oleh Syaikh-al-Islam,Khayri Effendi. Tok Janggut telah
menubuhkan gerakan menentang British di Kelantan dan menjadikan Pasir
Putih sebagai pengkalan. Tok Janggut telah bermesyuarat dengan Tok Nik
Bas tentang strategi menentang British.

Tindakan yang diputuskan oleh Tok Janggut dan pengikutnya ialah


mereka ingin menghapuskan kuasa Barat di tanah Kelantan dan juga telah
menisytiharkan Pasir Puteh telah bebas daripada penjajahan British. Berikut
merupakan antara objektif Tok Janggut mengadakan protes di samping beliau
ingin menekankan unsur agama dalam pentadbiran Pasir Puteh. Semua ini
dapat diliaht penentangan Tok Janggut lebih ke arah perjuangan semangat
jihad.

17
4.3 KESIMPULAN

Kebangkitan semangat anti-penjajah merupakan peristiwa yang bersejarah


dalam sejarah perjuangan menentang penjajah di Malaysia.Ini kerana reaksi
terhadap penjajah yang berkuasa di Kelantan telah menimbulkan semangat ingin
membebaskan negeri dari kawalan penjajah.Orang melayu khususnya di bawah
pimpinan Tok Janggut berani untuk bangkit menentang kerana ideologi dan
pengaruh jihad islam yang begitu tebal dalam diri masyarakat Melayu.

18

You might also like