Kebebasan Berhimpun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kebebasan Berhimpun

Hak untuk berhimpun adalah hak setiap warganegara Malaysia mengikut


Artikel 10(1) (b) Perlembagaan Persekutuan. Hak tersebut membuka ruang untuk
seorang warganegara berhimpun secara aman, tanpa senjata. Hak berhimpun
diiktiraf dalam undang-undang antarabangsa seperti Artikel 20(1) Deklarasi Hak
Asasi Manusia Sejagat dan Artikel 21 Waad Antarabangsa Mengenai Hak Awam dan
Politik (ICCPR).

Dalam sebuah masyarakat yang demokratik, adalah amat penting untuk


suara rakyat disampaikan ke peringkat keputusan tertinggi negara ini. Rakyat perlu
melibatkan diri dalam pelaksanaan keputusan negara, sama ada secara langsung
atau tidak, dan salah satu caranya adalah dengan meluahkan pendapat masing-
masing melalui perhimpunan aman, serta bantahan ataupun cadangan. Melalui
demonstrasi dan perhimpunan rakyat, warga Malaysia dapat melalui satu proses
luah perasaan untuk melepaskan rasa tidak puas hati terhadap keputusan-
keputusan kerajaan yang mewakili kuasa terbesar negara.

Disebabkan kuasa yang bagaikan mutlak di dalam tangan kerajaan, maka


amat mudah untuk pihak kerajaan melanggar hak asasi seorang individu ketika
menjalankan urus tadbir negara. Himpunan rakyat adalah penting bagi rakyat
memastikan kerajaan boleh bertindak muhasabah dan melakukan penambahbaikan
dalam pentadbiran mereka setelah mendapat maklumbalas dalam bentuk bantahan
awam sebegini.

Himpunan rakyat wujud sebagai satu landasan untuk pandangan rakyat


didengari, sama ada oleh pihak kerajaan mahupun di peringkat antarabangsa.
Pandangan ini bukan sahaja mewakili suara bilangan peserta di perhimpunan
tersebut, tetapi juga harapan mereka untuk melihat kehidupan yang lebih baik
melalui desakan kepada pihak tertentu untuk mengambil tindakan. Ia juga boleh
dilihat sebagai suatu kaedah civil disobedience, dimana desakan dibuat terhadap
pihak kerajaan supaya tuntutan rakyat dipenuhi. Di dalam sebuah negara yang
mengamalkan demokrasi, suara rakyat adalah amat penting, maka sebuah
demokrasi tidak akan sempurna tanpa protes ataupun perhimpunan rakyat, yang
keduanya merupakan elemen penting dalam pembinaan masyarakat sivil yang
berasaskan Kedaulatan Undang-Undang dan menghormati Keluhuran
Perlembagaan.

Walaubagaimanapun, tiada hak yang mutlak yang wujud di dunia ini, dan
kawalan perlulah dilaksanakan untuk mengekalkan keamanan dan ketenteraman
awam. Artikel 10(2) (b) memberi kuasa kepada Parlimen untuk membuat undang-
undang mengekang kebebasan berhimpun atas alasan keselamatan negara dan
ketenteraman awam.

Di Malaysia, kita melihat Akta Perhimpunan Aman 2012 sebagai undang-


undang utama yang mengawal perhimpunan aman di negara ini. Kekangan tersebut
haruslah munasabah dan tidak menyekat kebebasan seseorang individu sehingga
haknya tidak dapat dipraktikkan langsung. Jikalau kita mengkaji Akta Perhimpunan
Aman tersebut, timbul juga beberapa seksyen yang tidak munasabah. Protes
jalanan ditetapkan sebagai haram, dan protes jalanan diberi maksud perjumpaan di
sesuatu tempat yang bergerak ke sesuatu tempat dalam kumpulan yang besar untuk
tujuan tertentu. Individu berumur kurang daripada 21 tahun tidak dibenarkan
berhimpun, dan ini bercanggahan dengan Artikel 15 Konvesyen Mengenai Hak
Kanak-Kanak, di mana kanak-kanak juga ada hak untuk berhimpun. Notis 10 hari
tentang perhimpunan juga perlu diberi kepada pihak polis untuk himpunan di tempat
yang bukan disediakan untuk himpunan. Pelanggaran syarat boleh menyebabkan
penganjur didenda. Notis tersebut bukanlah untuk meminta kebenaran dari pihak
polis untuk berhimpun, tapi tujuannya adalah untuk memberitahu polis untuk
mengawal traffik demi memastikan perhimpunan tersebut berjalan dengan lancar.

Pihak kerajaan haruslah menghormati Kedaulatan Undang-Undang serta


Keluhuran Perlembagaan, seperti mana yang terkandung dalam Rukun Negara, dan
tidak menggubal undang-undang yang tidak berasaskan semangat kedaulatan
undang-undang.

Contoh terbaik sebuah perhimpunan rakyat yang aman adalah Himpunan


Kebangkitan Rakyat KL112 yang telah berlangsung di Stadium Merdeka awal tahun
ini. Dengan ketiadaan Pasukan Simpanan Persekutuan atau Federal Reserve Unit
kelihatan semasa perhimpunan tersebut, segala aktiviti yang dijalankan dapat
berjalan dengan lancar. Pertama kali dalam sejarah negara kita perhimpunan
sebesar ini diadakan yang dihadiri oleh rakyat dari seluruh negara. Pihak polis juga
tidak menggunakan kekerasan semasa menjalankan tugasnya, berbanding dengan
yang telah dilakukan pada BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0. Ini membuktikan bahawa
rakyat Malaysia sudah bersedia untuk demokrasi yang lebih telus.

You might also like