Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

IBSE KSSR TAHUN 5

Syiling Menimbul

(Aras Inkuiri: Berstruktur)

A. Pengenalan:
Apabila cahaya bergerak dari satu medium ke satu medium yang lain,

cahaya itu dibiaskan. Kejadian ini disebut sebagai biasan cahaya. Pembiasan

cahaya berlaku kerana kelajuan cahaya berubah apabila ia memasuki medium yang

ketumpatannya berbeza. Medium ialah bahan yang membenarkan cahaya

menerusinya. Ianya wujud dalam keadaan gas, cecair atau pepejal. Contoh medium

ialah udara, air dan kaca. Cahaya bergerak lebih perlahan di dalam medium yang

lebih tumpat. Cahaya bergerak lebih laju melalui udara daripada melalui air.

Cahaya yang bergerak secara serong dipesongkan apabila melalui dua medium

yang berbeza tidak dibiaskan.

B. Arahan:
1. Letakkan duit syiling 50 sen ke tengah dasar mangkuk yang legap cahaya yang

berada di atas meja.


2. Seorang pemerhati duduk di atas kerusi.
3. Alihkan kedudukan mangkuk dan mata sehingga syiling tidak kelihatan apabila

dilihat dari tepi mangkuk.


4. Ukur jarak di antara mangkuk dengan pemerhati dan rekodkan.
5. Ukur ketinggian air yang dituang oleh rakan sehingga duit syiling kelihatan.
6. Rekod pemerhatian ke dalam jadual.
7. Ulangi langkah 4 hingga 6 dengan penambahan jarak sebanyak 10cm sehingga

lima kali.

C. Tempoh Masa:
1 jam
D. Radas dan Bahan: :

Bil. Radas Kuantiti


1. Duit syiling 50 sen 1 unit
2. Pembaris meter 1 unit
3. Pembaris 30 cm 1 unit

1
IBSE KSSR TAHUN 5

4. Mangkuk polistirena (mana-mana mangkuk legap 1 unit

dengan diameter lebih kurang 17cm dan ketinggian

5cm)

5. Bikar plastik 500 ml 1 unit


6. Air 500 ml

Bil. Radas Kuantiti


1. Air 500ml

E. Soalan Penilaian dan Cadangan Jawapan

1. Rekodkan hasil pemerhatian anda.

2. Apakah kesimpulan yang dapat anda buat daripada aktiviti tersebut.

3. Berikan contoh fenomena lain yang menunjukkan cahaya boleh dibiaskan dalam
kehidupan harian.

4. Selepas hujan, Ali keluar bermain di halaman rumahnya. Dia terlihat pelangi
di langit. Berikan sebab kenapa kejadian ini berlaku ?

5. Ramalkan apa yang akan berlaku apabila lampu suluh disinarkan ke atas :

2
IBSE KSSR TAHUN 5

i. Prisma Kaca
ii. Satu kanta pembesar diletakkan dihadapan prisma kaca

F. Rujukan

Alias Puteh, Zaharah Ibrahim. (2015) . Bijak DSKP Sains. Sasbadi. Selangor

Darul Ehsan.

Nur Raihan, Yap Chee Mun, Nur Aisyah. (2015). Peta Minda Visual dan Komik.

PNI Neuron. Selangor Darul Ehsan.

You might also like