Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

UZMAR IZMAEL BIN ZUBIR (D20151971461)

KURSUS : HAK ASASI MANUSIA DAN MASYARAKAT


PENSYARAH : EN. NIZAMUDDIN BIN ALIAS
TAJUK : PERISYTIHARAN HAK ASASI MANUSIA SEJAGAT (UDHR)

Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat atau lebih dikenali sebagai Universal Declaration
of Human Rights (UDHR) merupakan satu dokumen peristiwa yang penting dalam sejarah
hak asasi manusia. Dokumen UDHR mengandungi mukadimah yang mengiktiraf keutuhan
kemuliaan dan hak sama rata adalah untuk semua manusia. Mukadimah tersebut diikuti
dengan 30 Fasal yang menyatakan hak dan kebebasan asas untuk semua manusia. UDHR
dijadikan sebagai satu kenyataan objektif-objektif yang perlu diikuti kerajaan-kerajaan
sedunia yang menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). UDHR dihasratkan
menjadi sebagai satu set piawaian antarabangsa melalui prinsip-prinsip tentang hak asasi
manusia yang perlu dijadikan panduan oleh setiap negara.

Usaha ke arah menggubal perisytiharaan ini bermula pada awal tahun 1947 sehingga
1948 selepas era Perang Dunia Kedua. Sebelum Perang Dunia Kedua, perlindungan terhadap
hak asasi dianggap sebagai kebimbangan dan tanggungjawab dalam domestik sahaja. Namun,
selepas percubaan rejim Nazi yang diketuai oleh Adolf Hitler untuk menghapuskan orang-
orang Yahudi, Roma, golongan homoseksual, kecacatan mental dan fizikal, hal ini menjadi
jelas bahawa perjuangan untuk menegakkan hak asasi manusia adalah satu kebimbangan
sejagat. Semasa ucapan dihadapan Kongres Amerika Syarikat pada tahun 1941, Presiden
Franklin D. Roosevelt menguar-uarkan mengenai empat kebebasan asas iaitu kebebasan
bercakap dan bersuara, kebebasan beragama, kebebasan dalam keinginan, dan kebebasan
daripada ketakukan.

Rentetan daripada Perang Dunia Kedua yang mengorbankan ratusan ribu nyawa,
kerosakan harta benda dan kehilangan tempat tinggal, keperluan untuk mengiktiraf dan
mengkodifikasikan hak asasi manusia dilihat semakin penting dan bukan sahaja perlu kepada
negara-negara kuasa besar tetapi perlu disejagatkan kepada negara-negara kecil. Hal ini telah
membawa kepada pembubaran Liga Bangsa yang kurang berjaya dan tertubuhnya PBB.
PBB dibentuk pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1945.
PBB bermatlamat untuk mengelakkan perulangan pertikaian hebat seperti Perang Dunia
Kedua, menegakkan hak asasi manusia, menjamin rasa hormat akan undang-undang
antarabangsa serta memperbaiki taraf hidup penduduk di dunia sebagaimana yang dinyatakan
dalam Piagam PBB. Untuk menegakkan hak asasi manusia selepas tradegi Perang Dunia
Kedua yang berlaku, PBB melalui majlisnya iaitu Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC),
membentuk satu jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Hak Asasi PBB (UNCHR) untuk
menggubal satu dokumen mengenai hak asasi manusia.

Perisytiharaan ini digubal oleh wakil-wakil dalam Pertubuhan Agung Bangsa-Bangsa


Bersatu (PBB melalui jawatankuasa penggubal UNCHR yang mempunyai latar belakang
undang-undang dan budaya yang berbeza dari semua rantau di dunia. Antara wakil penggubal
UDHR ialah Dr. Charles Malik, Alexandre Bogomolov, Dr. Peng-chun Chang, Rene Cassin,
Eleanor Roosevelt, Charles Duke, William Hodgson, Hernan Santa Cruz, dan John P.
Humphrey.

Jawatankuasa penggubal UDHR berbincang dan berdebat mengenai falsafah, undang-


undang, perbezaan budaya dan politik untuk menulis satu dokumen mengenai hak asasi.
Perbincangan antara jawatankuasa penggubal UDHR diadakan melalui mesyuarat di New
York, kemudiannya di Geneva dan Paris. Setelah melalui proses perbincangan dan perdebatan
antara ahli penggubal UHDR, deklarasi itu diisytiharkan oleh PBB di Paris pada 10 Disember
1948 apabila mendapat 48 sokongan, tiada bantahan serta 8 buah negara berkecuali. Antara
negara tersebut ialah semua negara Blok Soviet, Afrika Selatan dan Arab Saudi.

Walaupun isu-isu mengenai hak asasi manusia telah timbul sebelum adanya Magna Carta
pada tahun 1215, namun UDHR dianggap sebagai titik tolak kepada pengiktirafan hak asasi
manusia secara universal dan terpakai di setiap negara di dunia sehingga kini.

You might also like