Professional Documents
Culture Documents
BPMN 1013 Assignment
BPMN 1013 Assignment
0 Pengenalan Tokoh
Henry Ford telah dilahirkan pada 20 Julai 1863 dan merupakan seorang industrialis
Amerika. Beliau merupakan pengasas kepada Ford Motor Company dan juga merupakan
salah seorang tulang belakang kepada perusahaa dan pengilangan automotif secara besar-
besaran. Sungguhpun Ford bukanlah pencipta automobil yang pertama didunia, namun
beliau merupakan pelopor kepada penghasilan automobil yang mampu dimiliki oleh
golongan kelas pertengahan di Amerika. Hasil usaha beliau juga telah mengubah senario
permotoran daripada khusus untuk golongan atasan kepada sesuatu yang praktikal serta
mampu milik untuk segenap masyarakat semenjak abad ke-20.
Antara inovasi automobil yang dibawa oleh Ford adalah memperkenalkan Model T
kepada pasaran Amerika. Ia adalah model paling laris di Amerika pada masa tersebut
kerana kualiti dan harga yang amat berpatutan (Wikipedia, 2015). Justeru itu, populariti
Model T melonjak dengan ketara sehingga memaksa Ford dan ahli lembaga syarikatnya
supaya meningkatkan jumlah jam bekerja. Pada masa tersebut, mereka membayar upah
sebanyak $2.34 sehari, jumlah yang dikira agak banyak pada ketika itu. Walau
1
bagaimanapun, jumlah permintaan terhadap Model T masih tidak dapat ditampung
walaupun kesemua pekerja dikerahkan untuk bekerja selama 108 jam seminggu. Justeru,
Ford dan penyelianya terpaksa memikirkan jalan alternatif agar permintaan terhadap model
tersebut dapat dipenuhi secara beransur-ansur.
Namun, pada 1913 masalah tenaga buruh semakin meruncing. Walaupun telah
mempunyai 13000 tenaga buruh yang membanting tulang disetiap operasi pengeluaran,
Ford masih memerlukan lebih 1,000 tenaga tambahan. Malah, ramai antara pekerjanya
terpaksa berhenti kerana tidak sanggup untuk bekerja secara lebih masa. Sungguhpun
demikian, keuntungan jualan Model T terus menerus meningkat sehingga mencapai 370%.
Ini bermakna, Ford mesti memperkukuhkan lagi strategi jualan sekaligus mengekalkan
jumlah pekerja yang boleh diharapkan untuk membantu memperkembangkan lagi
perniagaan automotif beliau.
Pada Januari 1914, sebagai usaha untuk menarik minat pekerjanya agar terus setia
kepadanya, Ford Motor Company telah mengumumkan bahawa mereka akan mula
membayar setiap pekerja yang layak dengan gaji minimum sebanyak $5 setiap hari. Bagi
keseluruhan pekerja Ford, ini merupakan berita gembira kerana mereka akan dibayar dua
kali ganda bayaran yang mereka terima sebelumnya. Malah, untuk menjaga hati pekerjanya,
Ford juga telah mengumumkan bahawa mereka akan mengurangkan jumlah jam bekerja
daripada sembilan jam kepada lapan jam sehari. Berita baik ini disambut dengan gembira
oleh semua pekerjanya kerana mereka secara tidak langsung mempunyai lebih masa untuk
bersama dengan keluarga. Strategi ini telah memungkinkan pertambahan bilangan shift
daripada dua kepada tiga. Langkah bijak ini menguntungkan pekerja dan pada masa yang
sama dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran automobil mereka.
Langkah bijak ini berjaya dilaksanakan berikutan kos pengeluaran yang lebih rendah
daripada pengeluaran Model T. Ini menjana pendapatan sehingga melebihi $10 juta. Atas
rasa tanggungjawab, beliau ingin berkongsi keuntungan syarikat tersebut bersama pekerja-
pekerjanya, dengan harapan bahawa mereka akan lebih bersedia untuk bekerja dengan
lebih gigihpada masa akan datang.
Inisiatif yang diambil oleh Ford Motor Company dalam menjaga kebajikan pekerjanya
tersebar secara meluas diseluruh Amerika. Malah, berita ini mengejutkan pengusaha-
pengusaha automotif yang lain berikutan kemurahan hati Ford yang sanggup berkongsi
keuntungan bersama pekerjanya. Pengkritik menganggap beliau gila dan akan muflis dalam
masa terdekat. Sebaliknya, Ford menjadi semakin terkenal diseluruh Amerika. Melalui
2
penyebaran berita ini juga, Ford secara tidak langsung berjaya mempromosikan automobil
keluaran mereka dan dalam masa yang singkat meningkatkan reputasi mereka dalam
perhubungan awam.
Bagi menangani isu komunikasi antara pekerja di kilang, Ford Motor Company telah
menubuhkan sekolah khusus untuk membantu para pekerjanya agar dapat
mengoptimumkan hasil pengeluaran. Sekolah yang ditubuhkan ini adalah untuk membantu
pekerja-pekerja asing supaya lebih Americanized atau Fordized. Apa yang menarik
tentang sekolah ini ialah, kelas-kelas adalah wajib dan kaedah pengajaran adalah dengan
melalui contoh praktikal yang boleh diaplikasikan dalam bidang kerja mereka. Guru-guru
yang dipilih akan mengajar subjek Bahasa Inggeris dan juga memberikan arahan berkaitan
semua bentuk kehidupan moden, termasuklah cara mencuci pakaian, memberus gigi,
menjaga rumah yang bersih dankaedah menyimpan wang dalam bank untuk membeli
rumah. Ini adalah sebahagian daripada visi ideal Ford agar pekerjanya dapat belajar untuk
hidup dalam industri ini berdasarkan pengalamannya sendiri.
Bayaran sebanyak $5 sehari yang diberikan kepada semua pekerja Ford adalah
dibawah seliaan langsung daripada Jabatan Sosiologi di Ford Motor Company. Penyiasat
yang dilantik oleh jabatan ini akan membuat lawatan sosial secara rumah ke rumah untuk
memastikan semua pekerja Ford hidup dengan selesa dan berpandukan cara yang diajar di
sekolah. Pekerja perlu membuka akaun, sebaik-baiknya dengan syarikatnya agar mereka
boleh menabung untuk membeli rumah. Mereka juga perlu dapat menunjukkan kebolehan
mereka mengurus kewangan secara berhemah dan bukannya menghabiskan pendapatan
mereka pada kemewahan dan arak.
Walaupun gaya kepimpinan yang ditonjolkan oleh Ford agak radikal, namun beliau
mahu setiap pekerjanya mampu untuk menjalani kehidupan yang baik dan selesa. Oleh
kerana pekerjaan di kilang merupakan pekerjaan yang berat, kotor serta berbahaya tetapi
beliau mahu pekerja-pekerjanya agar berjaya dalam menyediakan kehidupan yang selesa
bagi keluarga masing-masing serta dapat memberikan masa depan yang baik untuk anak-
anak mereka.
3
3.0 Perkembangan Organisasi
Pada tahun 1891 , Ford menjadi seorang jurutera di sebuah syarikat yang dikenali
sebagai Edison Illuminating Company (Wikipedia, 2015).Semasa menjadi jurutera, beliau
menunjukkan dedikasi serta kesungguhan yang tinggi sehingga berjaya dinaikkan pangkat
dalam waktu yang singkat. Selepas dinaikkan pangkat menjadi Ketua Jurutera pada tahun
1893, beliau secara tidak langsung mempunyai masa dan wang yang cukup untuk
memberikan sepenuh perhatian kepada eksperimen peribadinya iaitu pembinaan enjin
petrol. Menurut Eye Witness History (2015), pada tahun 1896 beliau akhirnya berjaya
menyiapkan kenderaan tersebut yang dinamakan sebagai Ford Quadricycle.
4
Sebagai tindak balas, Malcomson terpaksa meyakinkan Dogde Brothers agar
bergabung dengan syarikat mereka sebagai salah seorang pelabur utama. Atas persetujuan
Dodge Brothers, syarikat ini telah dijenamakan semula dan kini dikenali sebagai Ford Motor
Company pada tahun 1903 dengan modal hanya sebanyak $28,000. Melalui inovasi
berterusan, Ford kemudian menunjukkan prototaip kereta yang baru direka di Lake St Clair
yang mampu mencecah kelajuan 39.4 saat bagi pemanduan 1 batu (1.6 km). Ini juga
merupakan rekod terbaik yang pernah mereka capai. Yakin dengan kejayaan ini, mereka
menjenamakan kenderaan ini sebagai Ford 999. Bertitik tolak daripada kejayaan ini, Ford
akhirnya dikenali di seluruh Amerika.
Kejayaan dalam bidang automotif telah memberikan isnpirasi yang tinggi kepada
Ford untuk mencuba nasib dalam bidang penerbangan. Ford, seperti syarikat-syarikat kereta
lain pada era tersebut telah berusaha sebaik mungkin untuk memasuki perniagaan
berkaitan penerbangan lebih-lebih lagi semasa berlakunya Perang Dunia I. Semasa Perang
Dunia I, Ford telah berjaya menghasilkan beberapa kapal terbang. Namun penglibatan
tersebut tidak berlaku dalam tempoh yang panjang. Selepas perang tamat, beliau kembali
ke pembuatan auto sehingga tahun 1925. Atas penglibatan singkat dalam industri
penerbangan tersebut, beliau telah di anugerahkan Stout Metal oleh Kerajaan Amerika
Syarikat(Steven Stanford, 2014).
Pesawat yang paling berjaya hasil ciptaan Ford ialah Ford 4AT Trimotor, yang juga
dikenali sebagai Tin Goose kerana binaan exterior logam beralun pada kapal tersebut.
Beliau telah menggunakan aloi baru yang dipanggil Alclad yang menggabungkan rintangan
aluminium dengan kekuatan duralumin. Pesawat itu adalah serupa dengan Fokker V.VII -
3m. Justeru, atas persaingan yang terlalu kompetetif ada yang mengatakan bahawa jurutera
Ford secara sembunyi telah mengukur pesawat Fokker dan kemudian menyalinnya. Ciptaan
beliau, The Trimotor berjayaditerbangkan pada 11 Jun 1926. Ia merupakan pesawat
penumpang ketenteraan pertama yang berjaya terbang, yang mampu menampung kira-kira
12 orang (Wikipedia, 2015). Beberapa model ubahsuaian juga telah digunakan oleh Tentera
Amerika Syarikat. Rentetan itu, Ford telah diberi penghormatan oleh Institusi Smithsonian
kerana mengubah senario industri penerbangan di Amerika. Apa yang lebih membanggakan
beliau adalah, sebanyak 199 Trimotors telah berjaya dibina sebelum operasi pengeluaran
dihentikan terus pada tahun 1933 kerana kemelesatan ekonomi pada waktu itu.
5
4.0 Tahap Pertumbuhan Organisasi Sehingga Kini
Pada tahun 1914, beliau telah menaja pembangunan pemasangan automotif secara
besar-besaran. Pada masa yang sama juga, beliau telah memperkenalkan gaji $ 5 sehari
(kini ialah $ 110 semenjak tahun 2011) sebagai kaedah menjaga pekerja agar terus setia
kepada syarikatnya. Oleh kerana automobil yang mereka keluarkan adalah mudah untuk
dipandu dan murah untuk dibaiki, separuh daripada kereta di Amerika pada tahun 1918 ialah
Model T.
Pada tahun 1911, beliau telah membuka kilang automotif di Britain dan Kanada
(Steven Stanford, 2014). Sejurus selepas itu, beliau merupakan pengeluar automobil
terbesar di kedua-dua tempat tersebut. Seterusnya, pada tahun 1912, beliau telah menjalin
kerjasama dengan Giovanni Agnelli Fiat untuk membuka kilang di Itali. Usahasama ini
adalah bertujuan untuk menjadi pengeluar automotif terbesar di sana. Atas kerjasama dan
hubungan awam yang baik, beliau meneruskan pembukaan kilang di Germany pada tahun
1920. Berbekalkan dorongan Herbert Hoover serta Jabatan Perdagangan, mereka sepakat
6
memperakui visi Ford bahawa perdangangan antarabangsa sememangnya mampu
membentuk keamanan diperingkat yang lebih besar. Pada tahun yang sama juga, beliau
telah membuka beberapa lagi kilang automotif di Australia, India dan Perancis. Pada tahun
1929, beliau telah berjaya menjadi pengedar automobil terbesar di enam benua di dunia.
Pada tahun 1929 juga, beliau menjalin hubungan diplomatik dengan Kerajaan Soviet
bagi memberikan bantuan teknikal dalam pembinaan kilang kereta pertama di Soviet yang
terletak di Nizhnii Novgorod (Gorky). Perjanjian ini dimeterai antara Ford Motor Company
dan beberapa lagi syarikat dengan kontrak pembelian bernilai $30 juta selama empat tahun.
Untuk tujuan tersebut, Ford menghantar jurutera dan juruteknik ke Kesatuan Soviet untuk
membantu memasang peralatan dan melatih tenaga kerja, manakala lebih seratus jurutera
Soviet dan juruteknik ditempatkan di kilang Ford di Detroit dan Dearborn.
Ford dalam autobiografinya berjudul, My Life and Work, telah meramalkan bahawa
jika perasaan tamak, perkauman dan ketidak-cekapan boleh diatasi, maka pembangunan
ekonomi dan teknologi di seluruh dunia akan maju ke satu tahap di mana perdagangan
antarabangsa tidak lagi berdasarkan kepada penjajahan atau model neocolonial dan benar-
benar memberi manfaat kepada semua orang (Henry Ford, 2015). Sungguhpun idea-idea
yang disampaikan olehnyaadalah tidak jelas, tetapi ia dianggap idealistik.
Hari ini, Ford Motor Company diterajui oleh cucu beliau sendiri iaitu Willian Clay
Ford. Sebagai Pengerusi Eksekutif Ford Motor Company. Menurut Ford Media Centre
(2014), sebagai Pengerusi Eksekutif, William Clay Ford Jr. mengetuai syarikat yang
meletakkan dunia di atas roda ke dalam abad ke-21. Menurut beliau, "Kejayaan berterusan
Ford Motor Company adalah impian saya (Ford Motor Company, 2014).
Willian Ford telah menyertai Lembaga Pengarah pada tahun 1988 dan telah menjadi
pengerusi sejak Januari 1999. Beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga
Jawatankuasa Kewangan dan juga bertindak sebagai ahli Jawatankuasa Kelestarian
Syarikat. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu dari
7
Oktober 2001 hingga September 2006, dan seterusnya dilantik sebagai Pengerusi
Eksekutif(Ford Motor Company, 2014).
Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif, William Ford meneruskan visi datuknya agar
berusahameningkatkan kualiti, mengurangkan kos dan menyampaikan produk-produk baru
yang menarik. Menurut Ford Media Centre (2014), sepanjang menerajui syarikat itu, beliau
telah berjaya menangani krisis kerugian sebanyak $ 5.5 bilion dalam tahun 2001 kepada
tiga tahun berturut-turut keuntungan. Selama bertahun-tahun, visi beliau untuk syarikat itu
telah tidak berubah.
Penutup
Penubuhan Ford Motor Company sejak tahun 1903 sehinggalah ke hari ini masih
mengekalkan visi yang sama, iaitu untuk menghasilkan kenderaan yang mampu dimiliki
dengan kos baik pulih yang murah. Legasi Henry Ford dalam syarikat tersebut kini
diteruskan oleh generasi baru dan terus berkembang walaupun telah melalui pahit jerih dan
rintangan, kejayaan dan kegagalan malah dikritik dengan amat teruk berikutan strategi
perniagaan yang dianggap gila. Kini, Ford Motor Company tetap berdiri dengan teguh dan
terus berkembang maju sejajar dengan peredaran zaman.
8
Rujukan
Eye Witness History (2015). Henry Ford Changes the World, 1908. Diakses pada 14 Ogos
2015 daripada http://www.eyewitnesstohistory.com/ford.htm
Ford Motor Company (2014). Diakses pada 14 Ogos 2015 daripada http://corporate.ford.om
/homepage.html
Henry Ford (2015). The Biography.com website. Diakses pada 12 Ogos 2015, daripada http:
//www.biography.com/people/henry-ford-9298747.
Steven Stanford (2014). Henry Ford-An Impact Felt. Diakses pada 10 Ogos 2015 daripada
http://hfha.org/the-ford-story/henry-ford-an-impact-felt/